Ads

Jerebu Makin Membimbangkan! Panduan Penting Bacaan IPU Untuk Ibu Ayah, Sekolah Ditutup Jika Lebih 200

ChatGPT Image

Keadaan jerebu yang semakin membimbangkan pastinya membuatkan ramai ibu ayah mula risau, lebih-lebih lagi apabila anak perlu keluar rumah setiap hari untuk ke sekolah, tadika atau taska.

Bukan sekadar pandangan menjadi kabur, udara yang tercemar juga boleh memberi kesan kepada kesihatan anak, terutama mereka yang masih kecil atau mempunyai masalah pernafasan.

Sebab itu, ibu ayah perlu sentiasa peka dengan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) di kawasan masing-masing. Sekiranya bacaan IPU melebihi 200, sekolah, tadika dan taska perlu ditutup serta-merta demi menjaga keselamatan dan kesihatan murid serta kanak-kanak.

IPU SEJAK SEMALAM (9/8/2026)

Lapan kawasan di Sarawak dan satu di Selangor merekodkan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat jam 6 petang tadi.

Menurut Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara (APIMS), tiga kawasan baharu di Sarawak iaitu Miri dengan bacaan IPU 119, Sarikei (152) dan Sri Aman (154) merekodkan tahap tidak sihat susulan jerebu rentas sempadan petang ini, menjadikan keseluruhan lapan kawasan berbanding lima pada sebelah pagi.

Lima kawasan yang sebelum ini merekodkan bacaan tidak sihat ialah Kuching dengan bacaan IPU 156, Samarahan (157), Serian (169), Bintulu (154) dan Samalaju (152).

Johan Setia, Selangor IPU Tidak Sihat

Di Semenanjung, Johan Setia, Selangor menjadi satu-satunya kawasan berada pada tahap tidak sihat dengan bacaan IPU 153.

Sementara itu, 57 kawasan di Semenanjung, Sabah dan Sarawak berada pada tahap sederhana, manakala Langkawi, Kedah dan Kangar, Perlis masing-masing merekodkan bacaan pada tahap baik.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) dalam notis ramalan cuaca signifikan memaklumkan cuaca panas dan kurang hujan dijangka di kebanyakan kawasan di Borneo termasuk Sarawak hingga 14 Ogos.

MetMalaysia memaklumkan, pengaruh angin dari arah selatan serta jumlah titik panas yang dijangka kekal tinggi di negara jiran berpotensi menyebabkan jerebu rentas sempadan dan mengurangkan jarak ketampakan, terutama di selatan Sarawak.

Jerebu: Bila IPU Lebih 100, Aktiviti Luar Perlu Dihentikan

Apabila bacaan IPU melebihi 100, kualiti udara sudah dikategorikan sebagai tidak sihat.

Dalam keadaan ini, semua aktiviti luar bilik darjah yang melibatkan murid perlu dihentikan. Antaranya termasuk aktiviti sukan, Pendidikan Jasmani, perhimpunan serta program yang dijalankan di kawasan terbuka.

Walaupun sekolah masih boleh beroperasi seperti biasa, pihak sekolah perlu mengambil langkah untuk mengurangkan pendedahan murid kepada udara tercemar.

Anak-anak juga boleh dinasihatkan memakai pelitup muka yang sesuai serta minum air dengan lebih kerap sepanjang berada di sekolah.

Ads

Bagi ibu ayah pula, jangan lupa pantau keadaan anak. Jika anak mula mengalami batuk, sesak nafas, mata pedih atau kelihatan kurang sihat, elakkan mereka daripada terlalu lama berada di luar rumah.

IPU Lebih 200, Sekolah, Tadika & Taska Ditutup Serta-Merta

Keadaan menjadi lebih serius apabila bacaan IPU melebihi 200 kerana tahap kualiti udara ketika itu dikategorikan sebagai sangat tidak sihat.

Pada tahap ini, sekolah, tadika dan taska perlu ditutup serta-merta bagi mengelakkan murid dan kanak-kanak terus terdedah kepada pencemaran udara.

Pihak sekolah juga perlu memaklumkan mengenai tindakan penutupan tersebut kepada Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dan Jabatan Pendidikan Negeri (JPN).

Sebab itu ibu ayah dan penjaga digalakkan untuk sentiasa mengikuti makluman rasmi daripada pihak sekolah, khususnya ketika bacaan IPU menunjukkan trend peningkatan.

Institusi pendidikan pula perlu membuat persediaan lebih awal sekiranya bacaan IPU semakin menghampiri paras 200 supaya tindakan boleh dilakukan dengan segera sekiranya keadaan bertambah buruk.

Artikel trending: “Saya Takut Bila Ada Anak Sendiri, Hati Saya Akan Berubah” Madammu Kongsi Dilema Besarkan 3 Anak Tiri

Artikel viral: Lebih 25 Manfaat Bila Ada Kad OKU Untuk Anak Disleksia, Autisme Dan ADHD, Ibu Ayah Jangan Malu Daftar!

Artikel: Pelajar 12 Tahun Meninggal Mengejut Selepas Latihan Silat, Mengadu Sakit Kepala Sebelum Rebah

Ads

Jerebu Lebih Bahaya Jika IPU Melebihi 500

Jika bacaan IPU melebihi 500, keadaan udara dikategorikan sebagai berbahaya.

Dalam situasi ini, sekolah akan ditutup sepenuhnya dan guru serta kakitangan sekolah juga tidak perlu hadir.

Langkah lebih ketat ini penting kerana pendedahan kepada udara yang terlalu tercemar boleh membahayakan kesihatan semua, bukan sahaja kanak-kanak tetapi juga golongan dewasa.

Dalam keadaan sebegini, ibu ayah juga perlu lebih berhati-hati dan seboleh-bolehnya mengehadkan aktiviti anak di luar rumah. Kanak-kanak yang mempunyai masalah kesihatan atau pernafasan memerlukan perhatian lebih kerana mereka mungkin lebih mudah terjejas apabila kualiti udara berada pada tahap berbahaya.

Ibu Ayah, Jangan Ambil Mudah Keadaan Jerebu

Jerebu Makin Membimbangkan! Panduan Penting Bacaan IPU Untuk Ibu Ayah, Sekolah Ditutup Jika Lebih 200

Dalam situasi jerebu, ibu bapa dan penjaga turut memainkan peranan penting dalam melindungi kesihatan anak.

Sekiranya ibu ayah bimbang dengan keadaan kesihatan anak atau merasakan keadaan udara di kawasan kediaman tidak sesuai, ibu bapa boleh mengambil langkah sewajarnya dengan tidak menghantar anak ke sekolah dan memaklumkan perkara tersebut kepada pihak sekolah.

Kurangkan juga aktiviti anak di luar rumah, pastikan mereka minum air secukupnya dan tutup pintu serta tingkap sekiranya keadaan jerebu semakin teruk.

Ads

Pada masa sama, ibu ayah boleh memeriksa keadaan anak dari semasa ke semasa. Perhatikan jika terdapat perubahan seperti batuk yang berterusan, mata terasa pedih, kesukaran bernafas atau anak kelihatan kurang aktif berbanding kebiasaan.

Langkah berjaga-jaga seperti ini penting terutama apabila keadaan udara semakin merosot. Jangan tunggu sehingga anak menunjukkan keadaan yang lebih serius sebelum mengambil tindakan yang bersesuaian.

Pantau Bacaan IPU Ketika Jerebu

Pihak pentadbir sekolah pula perlu sentiasa memantau bacaan IPU melalui Sistem Pengurusan Indeks Pencemaran Udara Malaysia (APIMS) serta mengambil tindakan berdasarkan bacaan dan arahan semasa.

Ibu ayah juga boleh menjadikan pemantauan bacaan IPU sebagai rutin ketika keadaan udara mula kelihatan tidak sihat. Bacaan ini boleh membantu ibu bapa membuat pertimbangan sebelum membenarkan anak melakukan aktiviti di luar rumah.

Lebih-lebih lagi apabila keadaan jerebu berubah dari semasa ke semasa, pemantauan secara berkala boleh membantu ibu ayah mengetahui tahap kualiti udara terkini dan mengambil langkah berjaga-jaga lebih awal.

Dalam keadaan cuaca dan kualiti udara yang tidak menentu, keselamatan serta kesihatan anak perlu menjadi keutamaan. Jadi ibu ayah, sentiasa periksa bacaan IPU dan ikuti pengumuman rasmi supaya tindakan awal dapat dilakukan demi melindungi si kecil.

Baca lagi: Ubat Cacing Kanak-Kanak: 7 Petanda Amaran Anak Dijangkiti Cacing Yang Ramai Ibu Bapa Terlepas Pandang

Artikel Trending: Kemas Kini Mykad Atau Berisiko Didenda RM20,000, Ini Ibu Ayah Kena Ambil Peduli Bila Pindah Rumah

Baca lagi: Ramai Salah Faham! Bantuan Kanak-Kanak JKM Bukan Terus Dapat RM1,000 Sebulan,Ini Cara Kiraannya

Jerebu Makin Membimbangkan! Panduan Penting Bacaan IPU Untuk Ibu Ayah, Sekolah Ditutup Jika Lebih 200

Jom sertai Edutainment Fest 2026! 🎈 Festival kanak-kanak yang menggabungkan pembelajaran 📚 dan keseronokan 🎨 sambil memberi pendedahan tentang kepentingan simpanan pendidikan untuk masa depan anak-anak 🌟 📅 Tarikh: 5–6 September 2026 ⏰ Masa: 10.00 pagi – 10.00 malam 📍 Lokasi: Sunway Putra Mall, Kuala Lumpur Lebih menarik, 500 peserta terawal yang mendaftar akan menerima: 💰 Akaun Simpan SSPN bernilai RM30 🎁 Goodies istimewa 📜 Sijil penyertaan Daftar sekarang dan bawa anak-anak menikmati pengalaman belajar yang menyeronokkan! 👇 https://www.majalahpama.my/edutainment-fest/

 

Sumber: Astroawani & ecentral, Berita TV3

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

Tragedi Pilu Sekolah Di Thailand: 5 Nasihat Penting Buat Ibu Bapa

Tragedi tembakan sekolah Thailand pada 2026 menjadi peringatan serius tentang tekanan dan kesihatan mental anak. Ini 5 nasihat penting untuk ibu bapa.