Umur berapa anak saya akan mula bersedia nak menyambung ayat? Ini antara yang ramai ibu bapa nak tahu kan. Di awal usia anak setahun, biasanya anak akan mula mengeluarkan satu patah perkataan.
Perkembangan ini dah dianggap normal. Contohnya mama, papa, susu, makan, tidur, bola, baby dan sebagainya.
Menurut Patologis Pertuturan Bahasa, Aishah Kassim untuk kanak-kanak bersedia menyambung ayat, anak-anak perlu ada ciri ini.
Ads
✅ Menggunakan pelbagai jenis perkataan – kanak-kanak perlu tahu menggunakan/menyebut lebih daripada kata nama (nama-nama objek, orang dan tempat). Apabila kanak-kanak mula menggunakan perkataan seperti kata kerja/perbuatan (bagi, nak, jom), kata sifat (panas, besar, cepat) dan posisi (atas, dalam, luar), mereka sudah mempunyai asas untuk menggabungkan perkataan bersama.
Ads
✅ Menyatakan 2 idea – sebelum kanak-kanak menyatakan 2 idea dalam bentuk ayat, mereka biasanya akan menggunakan gesture terlebih dahulu. Contohnya seperti mereka menyebut “Mama” sambil tangan menunjuk kepada susu, mereka sedang menyatakan 2 idea iaitu: mereka nak ibu memberikan susu. Atau kanak-kanak membuat aksi “besar” menggunakan tangan sambil menunjuk kepada kereta: mesej yang disampaikan mempunyai 2 idea iaitu kereta yang besar.
Biasanya, kanak-kanak akan menyambung ayat bila berusia hampir dua tahun, Jika dua tahun masih belum sambung ayat lagi, bolehlah tengok skil yang diterangkan sama ada dah ada ke belum.
Anak yang pemalu ini biasanya apabila orang dewasa suka berlebih-lebihan ketika memuji sehingga ada yang mencubit kegeraman. Justeru, dia rasa malu dan “terancam” setiap kali berjumpa dengan orang dewasa kerana sudah menjangkakan apa yang akan berlaku. Di kalangan rakan sebaya, mereka tidak memperlakukannya seperti mana orang dewasa.
Tambahan lagi, apabila setiap kali ahli keluarga atau orang dewasa yang lain datang menyapanya, sudah tentu anda akan mengatakan “Dia ni pemalu…”, “Pemalu sangat budak ni…”, “Dia ni memang macam ni. Pemalu sangat, tak tau nak buat macam mana…” atau mungkin orang yang datang menyapanya akan berkata “Mana budak cantik ni…”, “Mana budak cantik yang pemalu tu…”. Ia adalah sebahagian kata yang mungkin pernah diucapkan.
Anak anda sudah memahami kata-kata orang dewasa. Jadi dia rasa malu. Apatah lagi sekiranya anda dan juga orang lain memang melabelnya sebagai pemalu. Mungkin pada asalnya dia tidak tahu pun dia sebenarnya pemalu. Tetapi oleh kerana perkataan itu yang selalu disebut dan ditujukan kepadanya, membuatkan dia telah menyerapkan ke dalam diri. Lalu, dia menganggap yang dia adalah pemalu dan akan berbuat demikian setiap kali bertemu orang dewasa.
3 tip mengurangkan rasa malu anak;
Jangan berputus asa untuk mendidik anak untuk menjadi lebih berkeyakinan. Keyakinan yang ada pada ibu bapa itu pasti akan berjangkit kepada anak anda kelak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sekarang memang ramai anak kecil ketagih makanan dan minuman manis akibat terlalu kerap disogokkan dengan makanan dan minuman manis setiap hari.
Akibat terlalu kerap disogokkan dengan makanan dan minuman manis setiap hari sampai mereka langsung tak boleh minum air tanpa rasa manis.
Seorang ibu yang juga doktor, berkongsi pengalamannya berhadapan dengan kes kanak-kanak tak pernah langsung minum air putih dan mengalami ketagihan makanan dan minuman manis.
Ekoran dari itu menurut Dr Mazliana Mazlan, kanak-kanak tersebut tiada selera makan.
Anak umur 5 tahun, tak pernah minum air putih kecuali setahun pertama sahaja dan sewaktu makan ubat.
Allahu.
Terkejut Ummi dengar ibunya bercerita. Sampai Ummi ulang ‘tak penah langsung?’ sampai beberapa kali.
Air yang diminum selepas umur 1 tahun, hanyalah air manis.
Di rumah, suka minum air sirap dan M***. Ke sekolah, suka bawak air teh o. Di sekolah, juga dihidangkan dengan air manis mengikut jadual harian.
Deria rasa lidahnya dah terbiasa dengan makanan minuman manis. Sehinggakan air putih tanpa rasa tidak dapat diterima oleh tekaknya.
Bukan itu sahaja, nasi juga hanya 1 – 2 mulut yang boleh ditelan. Mesti ayam goreng atau telur goreng menjadi lauk. Sayur dan buah? Juga direject.
Tidak salah Ummi katakan semua kesan ini, adalah sebab gula dan pemanis tiruan yang berlebihan telah terserap di dalam badan anak tadi.
Makanan dan minuman proses bukan saja tinggi kandungan gula, pemanis tiruan juga tidak ketinggalan. Semakin diamalkan makanan minuman proses, semakin susah untuk elakkan ketagihan makanan minuman manis pada anak.
Gantikan gula dan pemanis tiruan dalam makanan minuman proses anak, kepada makanan yang segar dengan menggunakan gula dan pemanis semulajadi yang dicipta Allah.
1. Madu
2. Daun stevia
3. Kurma
4. Puree epal
5. Gula versi lebih sihat dari gula putih – Gula tebu asli – Gula kelapa – Gula kabung – Gula mollasses
Cuba ya, kita sama-sama jaga makan minum anak-anak kita.
Sekian dari Ummi Mazliana Mazlan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Fitrah anak kecil memang suka bermain. Bagaimanapun, di usia 5 hingga 6 tahun ibu bapa mula memikirkan bagaimana untuk menarik minat anak supaya lancar membaca. Ini kerana setiap anak ada cara untuk memastikannya kekal fokus.
Lagipun dalam keadaan sekarang, anak-anak tak boleh pergi sekolah, ibu yang perlu jadi guru mengajar anak. Cuma bila dengan ibu, macam-macam alasan sehingga ibu dah habis idea nak ambil hati anak.
Bagi memberi keseronokan anak minat membaca, ibu perlu jadi kreatif. Apa kata cuba kaedah yang dikongsikan oleh ibu ini yang berjaya mengajar anaknya cepat membaca. Mana tahu sesuai dengan anak anda. Berikut perkongsian di Facebook Zeyqa Amani
Saja nak sharing antara aktiviti Eka dangan Afraa sepanjang minggu ini. Selain open ended play yang memang dibuat setiap masa setiap hari, Eka peruntuk sedikit masa untuk buat aktiviti bahasa.
Sebelum ini, Eka dah kenalkan Afraa dengan kaedah fonik bacalah anakku. Eka kenalkan bunyi huruf dan ajar membaca dengan menggabung kan bunyi huruf tersebut. Dan sekarang Afraa minta nak menulis pula. Lama juga Eka fikir macam mana nak tarik minat dia untuk membaca dengan cara menulis. Jadi kat sini Eka nak share la sedikit aktiviti kami.
✅Fonik
Kaedah fonik dari cikgu fonik Nik Eliani Nik Nawi ni sudah terbukti membantu anak membaca lebih cepat asal kaedahnya betul. Eka dulu pun ambil class dengan teacher Masturah A. Latih supaya tak salah kaedah nak ajar anak. Dengan cara ni Eka ajar bunyi huruf dulu kepada Afraa. Jangan campur aduk bunyi dan nama huruf.
✅Kad huruf berpasir & garam
Sebelum ni ajar bunyi huruf jadi Eka nak bagi Afraa kenal bentuk huruf tersebut maka Eka diy huruf berpasir. Mula-mula Eka minta dia gerakkan jari atas huruf berpasir tersebut. Kemudian minta tuliskan huruf tersebut ke atas garam. Garam tu pun Eka diy. Letak pewarna pink utk tarik minat Afraa. Dia suka warna pink.
✅Kad huruf bergerak
Selain dari buku, kad huruf bergerak ni Eka diy sendiri sebagai medium untuk Afraa belajar. Eka tertarik dengan kaedah montessori yang mana anak belajar disamping ada objek konkrit. Tapi sebab Eka tak ada miniature/replika jadi Eka gunakan kad bergambar saja pun dah memadai & sampai fungsi asalnya.
✅ Read aloud
Setiap hari pasti ada sebuah cerita sekurang-kurangnya Eka bacakan untuk dia. Eka juga wujudkan ruang membaca untuk Afraa. Kami baca bersama & tanya anak beberapa soalan berkaitan cerita dalam buku tersebut untuk membantu kefahamannya. Selain itu, tanya juga perasaan dia terhadap cerita itu & nilai-nilai murni yang boleh diambil sebagai pengajaran.
✅Menulis di papan hitam
Untuk mengurangkan penggunaan kertas, Eka guna papan hitam untuk Afraa menulis. Eka beli di daiso. Eka sebutkan sukukata atau huruf kemudian minta afraa tulis. Selepas tulis minta Afraa sebut kembali apa yang telah ditulis.
Ini antara aktiviti membaca dengan deria untuk Afraa yang Eka dah lakukan. Deria yang dimaksudkan ialah penglihatan, pendengaran, pergerakan & tactile (sentuhan). Jadi ibu-ibu semua tak perlu risau jika anak tak mahu hadap buku sahaja. Kita kena pelbagaikan cara untuk anak kita belajar.
Anak-anak akan cepat belajar melalui multisensori ini kerana setiap dari mereka memproses maklumat dengan cara yang berbeza dan setiap anak itu istimewa. Semoga sharing Eka ni dapat memberi inspirasi & manfaat kepada ibu semua.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Power Pumping membantu merangsang penghasilan susu ibu apabila hasil perahan merudum. Ketahui cara melakukannya, kekerapan yang disyorkan serta tip mengepam dengan lebih berkesan.