Ramai suami merasakan apabila berkahwin mereka terpaksa memikul satu tanggungjawab yang dianggap beban. Walhalnya ia adalah satu amanah Allah kepada suami untuk menjaga isteri sebaiknya. Jangan jadikan isteri sebagai bebanan setiap hari, sebaliknya jadikan isteri sebagai peneman dan pembangkit semangat untuk sama-sama menguatkan rumah tangga.
Perkongsian bapa dan suami ini, Firdaus Syakirin sememangnya benar. Hakikatnya isteri bukan bebanan seorang suami. Isteri adalah pelengkap kehidupan.
Jika kita anggap isteri tu bebanan, maka kita akan terbeban…
Sebenarnya isteri bukan bebanan suami, isteri adalah tanggungjawab suami. Bila kita berkahwin, Allah bukan membebankan kita orang lelaki yang jadi suami ni untuk menanggung isteri dari segi tempat tinggal, makan minum, pakaian, perubatan serta perlindungan.
Ads
Allah meletakkan isteri di bawah tanggungjawab seorang suami, Allah amanahkan isteri untuk suami jaga.
Jika kita menganggap isteri itu hak kita dan kita boleh buat apa saja terhadapnya seperti mengabaikan dirinya, tidak bertanggungjawab terhadapnya, melukakan hati dan perasaannya, menganiayai dan memukul dirinya, maka disitu kita silap.
Ads
Perbuatan kita terhadap isteri itu boleh menyebabkan kita ke neraka.
Ads
Sebab Allah tidak mengamanahkan seorang isteri kepada seorang suami untuk didera, dianiaya, dizalimi dan dideritakan. Itu bukan tujuan sesebuah perkahwinan dibenarkan, sesebuah hubungan dihalalkan dan sesebuah rumahtangga didirikan.
Kena ingat, isteri tu amanah. Bila amanah, maka kita kena jaga dengan baik-baik, bagi perlindungan, bagi kasih sayang, bagi segala kewajipan yang kita patut bagi kepadanya. Baru amanah itu kita pegang dengan sebaiknya dan baru kita boleh masuk syurga.
Jangan sesekali pernah rasa terbeban dengan adanya isteri. Isteri bukan bebanan dan jika isteri itu satu bebanan, maka hiduplah sendirian.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi ibu bekerjaya, waktu petang adalah waktu paling mencabar buat ibu. Mana tidaknya, selain mengambil anak pulang dari sekolah, ketika itulah ibu mula memikirkan apa juadah buka puasa pula.
Balik ke rumah terkocoh-kocoh mengeluarkan barang basah untuk masak juadah buka puasa. Tak perlu tergopoh-gapah kalau semuanya sudah disiapkan awal seperti yang dikongsikan oleh Wan Muhammad Hafiz Satar ini. Memang jimat masa!
Assalamualaikum. Baru siap pack bahan mentah untuk stock seminggu sebelum difrozenkan.
Lauk-lauk dah bersih siap-siap sekaligus semua sebelum masuk peti. Untuk bagi senang nak masak dan jimat masa Style Baba pack barang Baba akan pack ikut portion dan jenis menu yang nak dimasak nanti( boleh tengok gambar).
Contohnya macam set tomyam tu dalam satu bekas lauk-lauk untuk masak tomyam Baba dah satukan siap-siap.
Bila nak masak defrost kan dan boleh lah lebur dalam periuk. Cepat dan mudah kan. Pes pun ada sekali.
Sama jugak kalau nak buat singgan ikan, satu bekas tu dah ada semua. Senang kan? Nak masak pun jimat masa dan yang penting balik pasar beli barang sekali buat semua pastu tak perlu dah nak bersusah-susah siangkan cuci ayam tiap kali nak masak.
Pelakon, Ozlynn berkongsi aktiviti pada waktu cuti yang dilakukan oleh suami dan anak-anak. Menurut Ozlynn, iainya penting untuk memupuk sikap rajin dan tanggungjawab dalam diri ahli keluarga supaya mereka faham tentang tugasan masing-masing.
Walaupun mereka mempunyai pembantu rumah namun ianya bukan satu tiket buat anak-anak untuk bersenang-lenang.
“Weekend cara suami kita workout.. vacum, mesti angkat carpet.. kerusi beralih sana sini, mop pulak 3 kali.. sabun (any brand la asal bersih kadang bebudak makan jatuh lantai tak perasan kan) kedua bilas.. ketiga dettol.. dettol tu kita buh air panas so masa mop bau dia macam naik sedap.. 🤣.. ni bukan sebab covid tau.. memang dari dulu macam ni sebab bebudak ni sejenis kulit sensitif tak boleh habuk, asthma jugak tapi alhamdulillah lama dah tak kena dan sihat..”
“bebudak pon papa mandikan.. weekend papa kata beli tak payah masak.. so lepak la kita kejap.. anak-anak bujang macam aabang Ariq & Sodiq ada bahagian memasing buat keje.. abang Ariq bersihkan kandang rabbit, sugar glider, bagi kucing & semua makan.. Sodiq kemas vacum bilik game.. stor belakang dorang handle sesama.. bilik air budak laki abg ariq dah basuh, bilik air aku papa dah basuh, licin berkilat.. bilik air bawah jek.. tak ada sape bersihkan.. satgi ada la tu yang bersihkan..”
“Dorang semua kita dah training dari awal.. 🤣 dulu tak ada maid so kita buat semua sesama.. even ada maid pon bilik memasing sendiri kemas.. baju aku basuh keringkan, maid tolong lipat sesama & gosok.. so bila takde maid dah senang, tak payah nak bagitau kena buat apa.. memasing tau tugas memasing.. plus umah lagi kemas bila tak ada maid.. sb dorg sendiri pon rimas bila umah serabut.. dorg plak x pandai nk menyuruh maid.. maid kita kdg ajar byk kali pon.. ttp tidak menepati piawaian kita.. malas nak bising.. kang cabut lari plak..”
“Ha bila dah tak ada maid.. anak-anak & laki kemas Alhamdulillah lagi bersih dan kemas tapi kadang ada gak kena pekik.. baru jalan.. normal kan?? Tapi selalunya dorang tau la tugas memasing, cuma kalau dah start main game tu.. apa pon dorg tak dengar.. haaa masa tu la kita punya muka & rambut bertukor jadi mak lampir🤣🤣.. Apapon bersyukur rezeki dapat suami & anak-anak yang ADA HATI untuk membantu.. Alhamdulillah”
Rata-rata followers bersetuju dengan cara didikan Johan dan Ozlynn, setiap anak perlu didik untuk bertanggungjawab dengan memberikan tugasan rumah yang mudah.
Johan dan Ozlynn mendirikan rumah tangga pada 25 Julai 2009 dan dikurniakan 3 cahaya mata lelaki, 2 cahaya mata perempuan iaitu Ariq, Sodiq, Haziq, Chantiq dan Moleiq.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza. Selain mendapat ilmu penyusuan, peserta juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah. Daftar segera di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ atau terus scan QR Code pada poster.
Terlalu banyak sangat arahan dalam satu masa akan membuatkan anaktidak mendengar kata. Punca inilah yang membuatkan anak menjadi degil. Anak tidak mendengar kata boleh jadi puncanya dari kita sendiri, bila mana kita tidak banyak mendengar mereka bercakap-cakap.
Kita sebagai ibu bapa juga tidak banyak bercakap dengan anak-anak. Salah satu sebab mengapa anak tidak mendengar nasihat ke dua ibu bapa mereka bukan kerana mereka degil dan tidak mendengar kata. Tidak!
“Eh apa pula Ustazah, saya selalu bercakap-cakap dengan anak saya, tapi memang dia yang tak nak dengar cakap.. Degil! Berbuih mulut cakap baru nak jalan..!”
Ya, betul. Kita memang selalu bercakap dengan anak, tapi, pernah tak kita AUDIT apa yang kita CAKAP DENGAN ANAK-ANAK tu?
Maksudnya, adakah kita BERCAKAP BENDA YANG BETUL dengan anak-anak selama ini, iaitu benda yang anak-anak perlu dengar?
Atau kita sekadar cakap dan bercakap tanpa pernah audit apa yang kita cakap itu samada itu yang perlu anak dengar atau tak?
“Contohnya macam mana tu Ustazah?”
Contohnya, kita selalu cakap dengan anak-anak. Tapi asal kita bercakap saja dengan anak, kita fokus pada ARAHAN dan benda-benda yang kita ‘anggap penting’ sahaja.
“Kakak, pergi mandi. Kakak, jangan kacau adik. Kakak, kerja sekolah dah siap belum?”
“Kakak, ibu penat ni. Dah jangan nangis lagi..”
Dan KITA TERUS BERCAKAP DENGAN ANAK-ANAK TENTANG BENDA YANG PENTING!
Kerana kita rasa itu penting, maka kita cakap dengan anak-anak tentang perkara-perkara ‘penting’ itu SEPANJANG MASA!
Kena Tahu Isi Hati Anak
Walhal, sebenarnya BERCAKAP ‘perkara-perkara yang penting’ bagi seorang anak adalah sebenarnya ‘bercakap perkara-perkara yang tidak penting’ bagi diri kita!
“Kakak rasa cantik tak sikat baru kakak yang Hanim bagi semalam?”
“Ehhh… Kakak buat suara macam kataklaaa… Ongggg onggggg…!! Lucu ibu dengar!”
“Kakak… Comotnya makan! Sampai hidung kakak pun makan nasi jugak! Sedap sangat ke atau kakak yang lapar sangat?”
“Teddy bear kakak dah minum susu belum?”
Yes. ITU BENDANYA.Benda-benda remeh yang memang kita rasa tak sepenting memasak di dapur, sidai baju, pantau kerja sekolah anak-anak dan menguruskan rumahtangga, tetapi itulah yang SANGAT PENTING untuk MENGIKAT KETAATAN dan KEPATUHAN dalam diri anak-anak. Sehingga hatinya terikat untuk sentiasa menyenangkan kita, dan MENDENGAR KATA KITA.
“Apa kaitan perbualan dan cakap-cakap ‘tak penting’ tu dengan kepatuhan anak-anak dalam mendengar kata kita..?”
Begini..
Bila kita tanya soalan-soalan dan timbulkan perbualan ‘tak penting’ macam tu, anak-anak akan CENDERUNG, DIDORONG untuk MELUAHKAN RASANYA, PENDAPATNYA, DUNIANYA kepada orang yang dia paling cinta dan puja.
Hati dan perasaan, itu ibarat isi dalam gelasnya. Yang mesti dikosongkan dahulu, sebelum menerima ‘isi’ baru.
Apabila anak-anak dah kosongkan ‘gelas’ dia. Agak-agak boleh tak dia nak terima air dan muatan baru? Tentulah boleh!
Tapi kalau gelas dia sendiri dah penuh, kita nak isi dan tambah muatan baru, hasilnya tentulah melimpah dan tersia-sia!
Tak masuk dalam gelas, sebab itu anak jadi tak dengar cakap.
Sebab, kata-kata itu semuanya ibarat limpahan air ke dalam cawan yang sudah sedia penuh. Tak tersimpan malah terbuang!
Sebab itu, KOSONGKAN GELAS ANAK itu sangat penting sebelum anda sendiri tuangkan isi baru kepada mereka.
Dengar Luahan Anak
Belajar mendengar mereka, sebelum kita mahu didengari. Biar mereka luah, sebelum kita menambah!
Luahan cerita dan emosi anak-anak akan membuatkan anak-anak rasa tenang, lega, difahami, dihargai, dipercayai, DEKAT, RAPAT dengan insan yang paling penting dalam hidup.
Anak-anak yang CUKUP YAKIN DIRINYA DIDENGARI DAN DISAYANGI, takkan mempunyai sebab lain untuk dia bersikap degil, rebel dan tidak mendengar kata. GELAS DIA SUDAH KOSONG! DIA BERSEDIA UNTUK MENERIMA ‘ISI-ISI’ BARU DARI KITA!
Hasilnya nanti bila gelasnya kosong, dia akan SANGAT MUDAH BEKERJASAMA dengan kita dalam apa jua aktiviti yang melibatkan dirinya dan arahan dari kita.
InshaALLAH, bila kita bercakap benda yang betul dengan anak-anak dengan MENCUKUPI, anak-anak pun akan SANGAT MUDAH MENDENGAR KATA kita.
Jadi, cuba dulu. Ubah TOPIK APA yang kita cakap dengan mereka, PILIH TOPIK YANG MEMBANTU MEREKA MENGOSONGKAN ‘GELAS’ MEREKA dan inshaALLAH, lihatlah perubahan dalam diri anak-anak kita nanti.