Penyusuan susu ibu eksklusif disarankan sehingga bayi berumur 6 bulan. Selepas itu, makanan pelengkap perlu mula diperkenalkan bagi menampung keperluan tenaga dan pemakanan bayi.
Jika terlalu awal, kebaikan penyusuan susu ibu eksklusif tidak akan diperolehi. Jika terlalu lewat pula, akan melambatkan pertumbuhan dan perkembangan bayi.
Untuk 6-8 bulan pertama, bayi diberi makanan dalam bentuk dikisar, dipuri atau dilecek.
Ads
Paling penting, kepelbagaian dan keseimbangan makanan! Ada sayur, buah, karbohidrat, protein dan lemak (minyak, marjerin atau santan)
Sumber : nutritionist kota bharu, kementerian kesihatan malaysia
Anda pasti pernah mendengar tentang kebaikan mengambil minyak ikan dalam diet pemakanan seharian, bukan?
Tetapi adakah anda benar-benar memahami apa itu minyak ikan dan apakah manfaat dan kebaikan yang boleh diperolehi daripadanya?
Artikel ini akan membantu anda untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenainya.
Apa itu minyak ikan?
Minyak ikan adalah lemak atau minyak yang diekstrak daripada tisu ikan. Kebiasaannya ia dihasilkan daripada ikan berminyak seperti ikan tuna dan ikan tenggiri.
Adakalanya ia turut diperbuat daripada hati ikan, sebagai contoh, minyak hati ikan kod.
Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) turut menyarankan pengambilan ikan dalam diet pemakanan setiap minggu.
Ini kerana asid lemak omega-3 yang terdapat pada ikan memberikan pelbagai manfaat kesihatan, ia adalah termasuk membantu melindungi dan mencegah beberapa penyakit.
Walau bagaimanapun, jika anda tidak dapat mengambil hidangan 1-2 hidangan ikan bagi setiap minggu, pengambilan supleman tambahan berasaskan minyak ikan akan dapat membantu anda untuk mendapatkan omega-3 yang mencukupi.
Kebiasaannya, 30% minyak ikan terdiri daripada asid lemak omega-3, manakala bakinya terdiri daripada lemak lain.
Sesetengah daripadanya juga biasa mengandungi beberapa jenis vitamin, seperti vitamin A dan vitamin D.
Umumnya, jenis omega-3 yang terdapat dalam minyak ikan menawarkan manfaat kesihatan yang lebih baik berbanding omega-3 yang boleh ditemui dalam beberapa sumber tumbuhan.
Sumber omega-3 utama dalam minyak ikan adalah asid eikosapentaenoic (eicosapentaenoic acid, EPA) dan asid docosahexaenoic (docosahexaenoic acid, DHA), manakala bagi omega-3 dalam sumber tumbuhan pula mengandungi asid alpha-linolenic (ALA).
Walaupun ALA merupakan asid lemak penting, EPA dan DHA mempunyai lebih banyak manfaat kesihatan.
Ikan, suplemen atau tumbuhan?
Memakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 dan nutrien lain dalam diet dipercayai memberikan lebih banyak manfaat kesihatan keseluruhan secara am dan kesihatan jantung secara khususnya berbanding pengambilan suplemen.
Pilihan makanan lain selain ikan yang turut mengandungi beberapa asid lemak omega-3 adalah termasuk flaxseed, walnut, minyak kanola, kacang soya dan minyak soya.
Walau bagaimanapun, sama dengan suplemen, bukti manfaat kesihatan dan jantung yang lebih sihat daripada memakan makanan ini tidaklah sekuat daripada memakan ikan.
Bagi seorang individu dewasa, sekurang-kurangnya dua hidangan ikan yang kaya dengan omega-3 seminggu disyorkan.
Saiz hidangan ialah 3.5 auns (99 gram). Bagi individu wanita yang hamil atau merancang untuk hamil serta kanak-kanak harus mengehadkan jumlah ikan yang dimakan kerana mereka paling mudah terdedah kepada kesan potensi toksin dalam ikan.
Kepelbagaian manfaat kesihatan
#1 Jantung dan darah
Keberkesanan penggunaan minyak ikan dalam diet makanan telah diuji untuk pelbagai jenis keadaan kesihatan.
Kebiasaannya ia digunakan untuk keadaan yang berkaitan dengan sistem jantung dan darah.
Sesetengah individu menggunakannya untuk membantu menurunkan tekanan darah, trigliserida dan tahap kolesterol.
Ia juga sering digunakan untuk mencegah penyakit jantung atau strok (angin ahmar) dan beberapa masalah berkaitan jantung seperti arteri tersumbat, sakit dada, denyutan jantung yang tidak teratur, pembedahan pintasan, kegagalan jantung, mencegah pembekuan darah dan tekanan darah tinggi selepas pemindahan jantung.
#2 Buah pinggang
Minyak ikan juga digunakan untuk pelbagai masalah berkaitan dengan buah pinggang termasuk penyakit buah pinggang, kegagalan buah pinggang, dan komplikasi buah pinggang yang berkaitan dengan kencing manis, sirosis (cirrhosis), penyakit Berger (IgA nephropathy), pemindahan jantung, atau penggunaan ubat yang disebut siklosporin.
#3 Otak
Ikan mungkin mendapat reputasi sebagai ‘makanan otak’ kerana sesetengah individu mengambil ikan untuk membantu mengatasi masalah kemurungan, gangguan bipolar, psikosis, kecelaruan hiperaktif kurang daya tumpuan (ADHD), penyakit Alzheimer, gangguan penyelarasan pembangunan, sakit kepala migrain, epilepsi, skizofrenia dan gangguan mental.
Adakah minyak ikan bagus untuk penyakit jantung?
Jika anda bimbang tentang penyakit jantung, makan satu hingga dua hidangan ikan seminggu boleh mengurangkan risiko kematian akibat serangan jantung.
Selama bertahun-tahun, Persatuan Jantung Amerika telah mencadangkan agar setiap individu memakan ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3 sekurang-kurangnya dua kali seminggu.
Asid lemak Omega-3 dapat mengurangkan trigliserida, menurunkan tekanan darah, mengurangkan pembekuan darah, mengurangkan strok dan risiko kegagalan jantung dan mengurangkan degupan jantung yang tidak teratur.
Makan sekurang-kurangnya satu hingga dua hidangan ikan seminggu, terutamanya ikan yang kaya dengan asid lemak omega-3, kelihatan mengurangkan risiko penyakit jantung, terutamanya kematian jantung yang tiba-tiba.
Apa yang anda perlu tahu jika ingin beri anak suplemen omega-3?
Jika anda memutuskan untuk memberikan anak-anak anda suplemen omega-3 dalam diet mereka, berikut adalah beberapa perkara yang perlu diberikan perhatian oleh anda, antaranya adalah seperti:
Cari suplemen yang diperbuat daripada isi ikan berbanding hati. Minyak hati ikan mungkin mengandungi toksin atau amaun vitamin A – adalah sejenis vitamin larut lemak – yang jika kandungannya terlalu banyak atau tinggi, melebihi tahap normal, yang mana ianya tidak elok untuk kanak-kanak dan boleh menyebabkan kesukaran dalam peryingkiran dari badan berbanding vitamin larut air yang mudah disingkirkan melalui air kencing. Suplemen mengandungi minyak mikroalga adalah lebih sesuai untuk golongan vegetarian. yang terlalu banyak, yang mana ianya tidak elok untuk kanak-kanak. Suplemen mengandungi minyak mikroalga adalah lebih sesuai untuk golongan vegetarian.
Periksa arahan dos pada label dan pastikan anda tidak beri anak melebihi dos yang disarankan. Pengambilan minyak ikan yang berlebihan boleh menyebabkan sakit perut atau cirit-birit.
Suplemen cecair adalah yang terbaik untuk diberikan kepada anak kecil. Suplemen berbentuk kapsul boleh menyebabkan anak anda tercekik, jadi jangan berikan suplemen jenis ini kepada kanak-kanak di bawah usia tiga tahun. Suplemen jenis cecair ada dijual dalam botol dan pek kecil.
Berikan suplemen pada waktu makan dan mulakan dengan dos yang rendah. Anda boleh menambah dos secara berperingkat sehingga ke dos yang disarankan. Jika anak anda tidak gemar mengambil suplemen, anda boleh campurkannya di dalam susu atau jus mereka.
Followers Pa&Ma yang nak dapatkan barangan permainan anak dengan harga murah boleh klik di SINI
Kredit: Hello Doktor
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pemakanan yang sebenar bermula dari rumah. Tanggungjawab mendidik anak-anak tentang pemakanan sihat jatuh di bahu ibu bapa. Ibu bapa yang mencorakkan pemakanan dan kesihatan anak-anak dan memberi ilmu tentang pemakanan sihat buat mereka.
Jika tidak mengamalkan pemakanan yang sebenar dan pemakanan yang sihat, kesihatan anak juga yang menjadi taruhan. Seperti perkongsian doktor ini, dia hampir terkejut melihat keputusan ujian darah anak yang baru berusia 9 tahun. Rupanya corak pemakanan yang ‘bahaya’ dan tidak seimbang antara faktor masalah kesihatan yang dihadapi oleh anak ini.
Terkejut saya tengok keputusan ujian darah pesakit yang baru berumur 9 tahun. Saya kata pada ibunya, “apa yang anak akak sukaaaa sangat makan setiap hari. Boleh akak cerita gaya pemakanan anak kat saya, apa dia makan pagi, petang dan malam. Kita cuba check, kat mana yang perlu dibetulkan.”
Burger M*D, setiap pagi atau petang, sejak umur 6 tahun. Megi setiap malam wajib 2 bungkus. Seminggu banyak kali makan chicken chop kat kedai western.
Keropok kentang setiap hari mesti ambil. Burger gerai tepi jalan, sekali makan terus 2 biji dia boleh habis.
Nasi makan sehari sekali saja, itupun sikit sangat. Air putih, jarang nampak dia minum. Air manis, air bergas selalu ada dalam peti sejuk.
Aiskrim, setiap hari mesti makan.
MasyaAllahhh. Terkejut betul saya dengar.
Saya kata, “takpe kak, masih belum terlambat. Alhamdulillah Allah lorongkan akak untuk datang ke klinik, buat medical check up untuk anak. Adik nampak okay je macam takde masalah kesihatan apa, nampak sihat je dia. Tapi dalam badan dia kita tak tahu kan.”
Makanan ultra prosessed, ini yang adik suka makan.
Apa itu makanan ultra processed?
Makanan yang telah melalui pelbagai jenis proses untuk menjadikan ia ‘makanan’, pelbagai bahan tambahan ditambah, pelbagai nutrisi yang sepatutnya ada dibuang. Jadilah ia makanan yang anak kita suka sangat makan, walaupun tiada langsung nutrisi yang tinggal.
Saya kongsikan di sini, supaya kita sama-sama dapat belajar dari kisah adik ini.
Bukan untuk salahkan adik kecil umur 9 tahun, sebab dia betul-betul tak tahu yang makanan itu tak elok pun untuk diri dia.
Bukan juga untuk kita salahkan ibu ayahnya, sebab ibu ayahnya pun tak tahu sekadar mana makanan proses itu membahayakan kesihatan anak mereka.
Elakkan dengan sebaiknya, apa saja jenis makanan ultra processed dari anak-anak kita.
Makanan dan minuman ini, mungkin asalnya dari bahan ramuan yang okay. Tapi bila ditambah pemanis tiruan, MSG tiruan, perasa tiruan, pewarna makanan, aditif dan pengawet, maka terjadilah ia makanan ultra processed yang akan burukkan keadaan kesihatan anak-anak kita jika diambil secara berterusan tanpa kawalan.
Walaupun ada banyak kemungkinan kolesterol adik ini tinggi, dan bukan semata-mata hanya sebab makanan yang diambil, tetapi tetap makanan ultra processed bukan suatu makanan yang baik untuk diambil setiap hari.
Boleh ya, sama-sama kita cuba cari jalan untuk hilangkan ketagihan anak kita dengan makanan ultra processed.
Epal yang dipotong selalunya akan menjadi lebam dan kelihatan kurang menarik. Apabila terlalu lama disimpan dan tidak dimakan, epal juga menjadi kurang rangup. Bila sudah lebam dan kurang rangup tentu tiada siapa sudi menjamahnya.
Bagi mengelakkan pembaziran ada beberapa tip yang boleh dipraktikkan. Melalui perkongsian Lailatul Munira Zainuddin empat petua ini boleh kita gunakan jika mahu mengupas dan memotong epal.
EMPAT PETUA ELAK BUAH EPAL LEBAM LEPAS POTONG WALAUPUN TERDEDAH
Boleh guna cara 1 dan 2 kalau bawa bekal buah, lepas letak dalam bekas bertutup- simpan peti sejuk di bahagian chiller.
1. Air garam
Sediakan air biasa, tambah secubit garam kemudian rendam hirisan epal ke dalam air tersebut sekejap. Saya rendam dalam 5 minit saja, kemudian toskan. Garam tu jangan banyak sangat sebab nanti buah epal akan masin. Agak-agak saja.
2. Madu
Selain daripada petua yang saya biasa gunakan, ada lagi beberapa petua yang saya ingin kongsikan. Yalah, mungkin ada orang tak suka rasa masin garam pada buah epal. Jadi, bolehlah menggunakan madu.
Caranya pun mudah. Cuma campurkan 2 sudu madu dengan segelas air biasa. Kemudian, rendam potongan epal ke dalam campuran itu selama beberapa minit. Lepas itu, toskan dan sudah boleh dihidangkan.
3. Jus lemon
Hanya perlu perah sedikit jus lemon ke dalam air. Kemudian, rendam potongan epal beberapa minit dan toskan sebelum dihidang.
4. Pisau tajam dan limau nipis
Gunakan pisau tajam untuk memotong epal. Tapi sebelum itu, sapu atau lengserkan pisau dengan limau nipis. Kemudian baru potong epal seperti biasa.
Petua ini pun boleh digunakan untuk mengelakkan kita ‘menangis’ masa nak potong bawang. Cubalah! Kalau tak ada jus lemon, boleh juga gantikan dengan jus limau nipis atau apa-apa jus buah yang bersifat sitrus seperti oren atau nanas. Petua ini juga boleh digunakan untuk buah pear, lai, pisang, atau buah-buahan lain.
SACC Santuni Anak Yatim Sempena Bufet Ramadan Citarasa Orang Kita yang menawarkan lebih 100 hidangan tradisional serta program CSR penuh bermakna sepanjang Ramadan.