JPNJ pantau penyalahgunaan AI dalam kalangan pelajar sekolah. Jabatan Pendidikan Negeri Johor (JPNJ) akan terus memantau dengan teliti isu penyebaran gambar lucah yang disunting oleh pelajar, melibatkan pelajar perempuan lain di sekolah-sekolah seluruh negeri itu.
JPNJ Pantau Penyalahgunaan AI Dalam Kalangan Pelajar Sekolah
Exco Pendidikan dan Penerangan negeri, Aznan Tamin menegaskan bahawa perbuatan sedemikian adalah satu jenayah serius dan amat tidak wajar berlaku di kalangan pelajar sekolah.
Aznan menyampaikan duit raya kepada kanak-kanak pada Majlis Jamuan Aidilfitri Kelab Media Johor di Kampung Pasir, Johor Bahru.
Beliau menjelaskan bahawa pihak JPNJ akan memastikan teknologi kecerdasan buatan (AI) tidak digunakan secara salah oleh pelajar sehingga memberi kesan buruk kepada masa depan mereka.
“Kita bimbang dengan penyalahgunaan teknologi AI dalam kalangan pelajar. Ini merupakan sisi negatif teknologi yang perlu diberi perhatian serius.
“Oleh itu, JPNJ bersama Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) serta pihak sekolah akan memantau perkembangan isu ini dengan rapi supaya kejadian seumpama tidak berulang,” katanya.
Beliau ditemui wartawan selepas menghadiri Majlis Jamuan Aidilfitri Kelab Media Johor yang berlangsung di Dewan Hassan Abdullah, Kampung Pasir.
Turut hadir, Pengerusi Jawatankuasa Belia, Sukan, Pembangunan Usahawan dan Koperasi negeri, Mohd Hairi Mad Shah.
Ads
Dalam masa yang sama, Aznan turut menyeru ibu bapa supaya mengambil peranan aktif dalam memantau penggunaan telefon pintar oleh anak-anak di luar waktu persekolahan.
“Kita hanya berupaya memantau pelajar semasa mereka berada di sekolah. Justeru, tanggungjawab di luar sekolah terletak kepada ibu bapa agar anak-anak tidak terpengaruh dengan unsur negatif,” tambahnya.
Terdahulu, sebuah sekolah menengah persendirian di Kulai mendapat perhatian ramai selepas tindakan pelajarnya menyebarkan gambar lucah hasil suntingan yang melibatkan pelajar lain serta bekas pelajar sekolah itu menjadi tular.
Lembaga pengarah sekolah berkenaan memaklumkan bahawa pelajar yang dikenal pasti sebagai dalang utama telah dibuang sekolah, menolak dakwaan bahawa hanya tindakan ringan dikenakan.
Ads
Namun begitu, pihak sekolah turut mengakui bahawa berlaku kelewatan dalam mengambil tindakan, sekali gus mencetuskan kebimbangan dalam kalangan masyarakat.
“Kami telah mengarahkan agar perkara ini dijadikan iktibar oleh pihak sekolah agar tidak berulang,” jelas Aznan.
Sementara itu, Polis Johor mengesahkan telah menerima sebanyak 29 laporan berhubung kes penyebaran gambar lucah oleh pelajar menerusi media sosial.
Seorang pelajar lelaki berumur 16 tahun, dipercayai individu utama dalam kes ini, kini sedang direman dan tahanan reman dijangka tamat pada keesokan hari.
Dengan hanya menghabiskan masa lebih kurang lima ke sepuluh minit sebanyak lima kali sehari (jika boleh), anda mampu menyuburkan kasih sayang antara suami isteri. Impaknya mungkin tidak nampak terus, tetapi jika diamalkan secara konsisten pasti berbahagialah anda dan si dia.
Tidak susah, ambil wuduk dan kemudian bentanglah sejadah. Solatlah dengan penuh kusyuk dan kesungguhan, kemudian panjatkan doa kepada Allah SWT untuk melindungi perkahwinan anda.
Mungkin untuk solat lima waktu sehari agak sukar kerana masing-masing bekerja dan sebagainya. Pun begitu, sekurang-kurangnya ambillah dua waktu terbaik ini, maghrib dan isyak. Secara zahir tidak terlihat manfaatnya tetapi percayalah ia akan tersemat dalam jiwa kalian berdua. Suami isteri yang mengamalkan soalt berjemaah akan merasai nikmat rumah tangga yang harmoni.
Sebenarnya jalinan kasih sayang yang dibina ketika anda solat bersama terbit sewaktu lepas solat. Sudah menjadi kemestiaan selepas bersolat, isteri akan bersalaman serta mencium tangan suami. Pada waktu ini, isteri akan belajar untuk menghormati pasangan. Suami pula akan terdidik untuk sentiasa merasa sayang kepada isteri.
Ketika memohon ampun kepada satu sama lain, hati akan merasa tenang dan jauh dari sebarang anasir jahat.
‘Short Cut’ Ke Syurga
Sudah kita ketahui, solat berjemaah berganda kali baik daripada sembahyang sendirian. Apabila solat berjemaah, anda sebenarnya membina jalan pintas untuk ke syurga. Yakinlah kepada Allah SWT yang akan memberi ganjaran pahala kepada anda.
Ketika bersolat, suami akan menjadi imam (ketua). Isteri akan patuh dan menghormati peranan suam. Cara ini dapat mendidik isteri untuk menghormati peranan suami dalam rumah tangga. Suami pula terdidik untuk sentiasa di hadapan dan membimbing isteri serta keluarga. Dengan menjadi imam, sekaligus melatih si suami untuk menjadi ketua yang bertanggung jawab.
Seandainya anda mahukan pasangan untuk sentiasa menyayangi, mengasihi serta menghormati anda, cubalah amalkan ayat Yusuf ini:-
“Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy syamsa wal qomaro roaituhum li sajidin.”
Ketika Nabi Yusuf berkata kepada bapanya: Maksudnya,“Wahai ayahku! Sesungguhnya Aku mimpi melihat sebelas bintang dan matahari serta bulan; Aku melihat mereka tunduk memberi hormat kepadaku“.
Setiap kali tibanya bulan Ramadan, Bazar Ramadan Klebang Restu di Ipoh pasti meriah dengan pelbagai jenis juadah berbuka. Namun, ada satu gerai yang sentiasa menjadi tumpuan ramai gerai kuih talam hasil air tangan wanita berusia 71 tahun, Rahmah Hashim atau lebih mesra dikenali sebagai ‘Cik Mah’.
Menariknya, dalam tempoh kurang sejam sahaja selepas jualan dibuka, kuih talam beraneka jenis yang dijualnya laris terjual. Pelanggan setia dan pencinta kuih tradisional sanggup beratur awal demi mendapatkan kuih talam Cik Mah yang terkenal dengan rasanya yang asli dan memikat selera.
Resipi Sejak Usia 20-an Kekal Digunakan
Menggunakan resipi yang dihasilkan sendiri sejak usia 20-an, Cik Mah telah berniaga kuih talam selama lebih 40 tahun. Keunikan rasa dan tekstur kuih yang dihasilkan membuatkan ia sentiasa menjadi pilihan ramai, terutamanya ketika bulan Ramadan.
Menurut anak lelakinya, Ishammudin Isahak, 37, ibunya tetap mengekalkan cara penyediaan tradisional bagi memastikan setiap kuih talam yang dihasilkan tidak berubah rasa.
Pelbagai Jenis Kuih Talam Menjadi Tarikan
Di gerai kecilnya, Cik Mah menawarkan pelbagai jenis kuih talam. Setiap jenis kuih talam ini dihasilkan dengan penuh teliti bagi memastikan tekstur yang lembut serta keseimbangan rasa manis dan lemaknya yang menjadi kegemaran pelanggan.
Setiap tahun, kehadiran kuih talam Cik Mah di bazar ini menjadi sesuatu yang dinantikan oleh pelanggan setia. Ada yang sanggup datang dari jauh semata-mata untuk merasai keenakan kuih talam yang sukar didapati di tempat lain.
Dengan sambutan yang tidak pernah surut, kuih talam Cik Mah terus menjadi warisan rasa yang tidak lapuk dek zaman. Kepada sesiapa yang ingin merasai keunikan kuih talam asli, gerai Cik Mah di Bazar Ramadan Klebang Restu pastinya destinasi yang tidak boleh dilepaskan!
Selamat melahirkan cahaya mata ketiganya pada 3 September yang lalu, selepas hampir dua bulan, usahawan dan personaliti media sosial, Intan Saleh tampil berkongsi koleksi gambar buah hati ketiganya.
Menerusi Instagramnya, Intan memuat naik beberapa keping gambar si comel, Muhammad Ayyaz Muqri yang dipotretkan dalam satu sesi fotografi sebagai kenang-kenangan.
Malah Intan juga turut berkongsi detik indah ketika sesi fotografi itu berlangsung di laman Tik Toknya.
Banyak aksi-aksi comel dan menarik yang digayakan Baby Ayyaz ketika sesi itu. Antara gaya menarik yang dipilih Intan dan suaminya, Mohd Aizam Yahya adalah gaya ahli muzik, lengkah berpakaian comel sambil memegang gitar.
Tidak ketinggalan juga gaya Ayyaz yang cukup comel sambil memegang bola kecil dengan tema pasukan bola sepak gah, Manchester United.
Kedua-duanya dipotretnya dengan hasil karya yang cukup indah. Bahkan Intan, suami dan anak-anak juga turut sama merakam detik bahagia mereka dengan tema warna putih bersih.
Rata-rata wargamaya turut memuji wajah comel Ayyaz.
Suami paling ringan tulang
Dalam pada itu, menerusi akaun Tiktoknya, Intan turut meluahkan ucapan perhargaan pada suaminya yang paling banyak membantunya sepanjang berpantang malah cukup ringan tulang menguruskan anak pertama mereka.
Kongsi Intan, dia paling bersyukur kerana suami menerima dirinya seadanya malah amat membantu dalam segala hal.
“Dia bukan sesiapa, aku terima seadanya macam mana dia terima aku dan anak-anak seadanya.
“Seorang yang sangat membantu tanpa disuruh. Dia cakap dia tak banyak duit tapi dengan cara ni harap aku happy.
“Doakan kami bersama sampai bila-bila. Kenangan photoshoot dengan team @newborn.heartshotfocus,” tulis Intan lagi berkongsi.
@intanroxssaleh Dia bukan sesiapa..aku terima seadanya macam mane dia terima aku dan anak2 seadanya..seorg yg sangat membantu..tanpa disuruh…dia ckp dia tak bnyak duit tp dgn cara ni harap aku happy… doakan kami bersama sampai bila2.. 🤲🏻 Kenangan photoshoot dengan team @newborn.heartshotfocus ♬ Kenangan Terindah X Pilihan Yang Terbaik – Reza Zulfikar
Proses penyembuhan luka bersalin sememangnya memerlukan masa untuk sembuh sepenuhnya. Dianggarkan luka jahitan ini akan sembuh dalam masa empat hingga enam minggu bagi yang bersalin normal dan enam minggu hingga berbulan-bulan bagi luka jahitan pembedahan caesarean.