Bila nampak baju putih anak terkena warna dari baju-baju lain semasa mencuci dalam mesin basuh, rasa kecewanya bukan main lagi. Terus rasa down. Tak gitu mama?
Janganlah rasa kecewa kerana sebenarnya ada cara terbaik untuk hilangkan kesan warna pada baju putih ini. Nak tahu caranya?
Tip dan perkongsian pengguna Tik Tok, @jason_jezi ini mak-mak kena cuba. Memang baju jadi putih bersih.
Baju & kain kena warna tak boleh hilang? Sebenarnya cara nak bersihkannya senang sahaja.
Masukkan sabun mandi rata.
Masukkan pula baking soda.
Kemudian tuangkan air panas.
Biarkan kain dan baju direndam selama 30 minit.
Hasilnya warna pada baju akan luntur dan keluar.
Memang jadi putih bersih.
Kalau macam ni senanglah kerja mak-mak, lagi-lagi waktu nak basuh baju sekolah anak.
Bukan mudah mendidik anak-anak. Kita hanya ada peluang untuk melentur mereka sekali sahaja. Bila sudah menjadi buluh, tersilap cara, bimbang akan ‘patah riuk’ jadinya.
Bila melihat ramai muda-mudi sekarang yang rosak akhlaknya, kita yang ada anak pun cemas juga. Andai sudah tersalah didik, masa bukannya boleh berpatah balik. Allahuakbar!
Sebab itu, setiap kali bertemu dengan ibu bapa yang saya anggap sudah berjaya mendidik anak mereka dengan baik, saya akan cuba menadah rahsianya. Memang, lain orang, lain pula pendekatan mereka.
FADILAT AMALAN HADIAHKAN AL-FATIHAH
Hari ini saya ingin kongsikan rahsia seorang bapa yang sangat saya hormati ilmu dan keperibadiannya. Oleh kerana saya sedang berusaha untuk ‘tidak terlupa’ mengamalkan nasihatnya, maka saya cuba kongsikan.
Kata orang, makin kita rajin menyampaikan, makin lekat sesuatu perkara itu di dalam ingatan. Jadi, seperti biasa, sama-samalah kita pesan memesan dan menyebar kebaikan.
Kata si bapa, ada satu amalan yang dilakukannya secara istiqamah. Setiap kali lepas solat, dia akan hadiahkan al-fatihah buat anak-anaknya.
Amalan tu bermula sejak Allah ‘mengetuk hatinya’ ketika mendengar satu kuliah di masjid. Kata penceramah, ramai yang malas hadiahkan al-Fatihah kepada Baginda Rasulullah. Dia yang tak pernah melakukannya serta merta diterpa rasa sebak lalu menangis teresak-esak.
Sejak itu, amalan menghadiahkan bacaan al-Fatihah mula menjadi tabiatnya. Selesai solat, itulah ikhtiarnya. Dihadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah, kedua arwah ibubapanya, isteri kesayangannya dan juga anak-anak permata hatinya juga.
Barangkali berkat amalan mudah itu, dia hidup tenang dan berjaya. Saya juga tumpang seronok melihat keluarga bahagianya.
Cuma hadiahkan al-Fatihah! Mudah sahaja, kan? Berapa minit sangat masa yang diperlukan? Tapi perkara yang mudah, tidak akan mampu kita buat tanpa hidayah. Perkara yang semudah ini pun kadang-kadang kita gagal buat dengan istiqamah.
Kita mungkin biasa membaca al-Fatihah sebagai wirid selepas solat. Namun selepas ini, jangan lupa niatkannya sebagai hadiah. Sebut satu persatu nama penerimanya. Secara automatik, dengan hanya satu amalan, pahala kita akan jadi berganda-ganda. Sudah dapat pahala membacanya, dapat pula pahala bersedekah dan mendoakan kebaikan untuk mereka.
Mulai sekarang, ketika ini, jom kita cuba buat perkara-perkara mudah yang disukai Allah. Jangan lupa, setiap kebaikan yang kita kirimkan untuk orang lain, pasti akan kembali pula kepada kita. Subhanallah.
Jom sama-sama kita beramal secara istiqomah hadiahkan Al-Fatihah untuk Rasulullah SAW, kedua ibu bapa kita, untuk suami/isteri kesayangan serta anak-anak permata hati kita. Usah lupa hadiahkan untuk diri sendiri juga.
Aamiin. InsyaAllah, moga mendapat baroqah yang berterusan hingga ke jannah.
Kongsilah dengan rakan-rakan yang lain. Mudah-mudahan penyebaran ini mendapat keberkatan dan pahala dari Allah SWT.
RAHSIA AL-FATIHAH
1. Al fatihah – Seringkali di baca untuk arwah.
2. Al fatihah – Tanpa membacanya solat kita tidak sah
3. Al fatihah – Menjadi petunjuk bagi yg buntu dan resah.
4. Al fatihah – Jika merindui seseorang, maka bacalah.
5. Al fatihah – Dibaca ditiup pada beras, bagi anak yg bemasalah.
6. Al fatihah – Salah satu surah penawar sihir, sabda rasulullah SAW.
7. Al fatihah – Terjemahannya indah, hafalnya mudah.
8. Al fatihah – Sunat dibaca ketika masuk dan keluar rumah.
9. Al fatihah – Sunat dibaca ketika dirimu sedang marah.
10. Al fatihah – Bersama amalkan, tiada resah walaupun resah.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tidak semestinya kita seorang ibu akan sentiasa betul. Ada masanya anak yang masih kecil boleh bantu untuk buat kita mengenali dan menginsafi diri. Anak kecil sangat telus dan tidak akan berbohong. Sesekali, cuba tanyakan pada mereka apa perasaan mereka mempunyai ibu seperti kita. Atau boleh ditanyakan, bagaimana kita sebagai seorang ibu.
Menerusi penulisannya, Wawa Shauqi ada memberitahu jawapan yang diberikan oleh anak-anak dapat dijadikan life lesson buat kita. Sebelum tidur, bolehlah ajak anak berbual dan tanyakan tentang diri kita. Itulah yang dipraktikkan oleh ibu beranak dua ini dan katanya cara ini sangat berkesan untuk membuatkan anak-anak terasa istimewa di sisi kita.
Saya cadangkan kat korang, malam waktu anak tidur tu, cuba ajak anak-anak sembang. Baring rileks di sebelah anak, peluk & cium sikit, kemudian tanya pasal diri kita.
Jawapan yang anak beri kadang-kadang boleh jadi life lesson untuk kita.
Tapi malam ni, life lesson saya yang dapat kat anak, tak banyak!
Sebabnya, sebelum tidur, Aqlan dah buat haru. Menangis tengah malam ‘memeriahkan’ kejiranan. Macam nak bawak sampai ke subuh aje nangisnya.
Settle pujuk Aqlan sampai dia tertidur, saya berbaring sebelah Ammar. Saya peluk dia sambil pegang tangannya.
“Ammar, macam mana mama nak bertenang ya Ammar? Mama penatlah stres-stres.” Saya tiru gayanya mengadu.
“Mama dengarlah Quran. Jom baca surah dengan Ammar.”
“Ammarlah baca. Mama period.”
“Kalau macam tu, mama dengar je lah bunyik air. Air sungai ke, air hujan ke.”
Saya senyum dengar jawapan budak 5 tahun ni.
Memang ada waktu yang serabut, saya duduk kat kerusi urut sambil dengar bunyi air dari henfon. Kadang-kadang, si Ammar ni pun mengikut sekali. “Ammar nak tenang jap.” katanya.
“Kalau kita tak happy, kita kena senyum mama.” kata Ammar lagi, sambil gosok-gosok pipi saya yang berkerutu kesan jerawat baru.
Kemain! Ayat macam adorably sangat!
Macam tak kena dengan budak yang siang harinya, bikin ribut kat semua orang. Menyakat Aqlan la, panjat bahu mama time makan la, berlari ke sana sini.
Dengan melayan soalan “kenapa ini”, “kenapa itu” yang dia aju setiap 2 minit. Hilang nafas rasa nak menjawab!
Memang.
Manusia kecil ni, bila waktu malam, kita akan lihat mereka lebih comel dan adorable berbanding waktu mereka berjaga di siang hari.
Kan? Kan? Kan?
Waktu mereka tutup mata tu lah rasa kasih dan sayang baru nak datang, kan? Kan?
Jadi, jangan lupa praktikkan. Sembang dari hati ke hati sebelum mereka tidur. Kalau diorang tak dapat bagi life lesson untuk kita, paling tidak, anak rasa diri mereka ada tempat istimewa dalam hati kita.
#sembangmalam
Ada masanya kita terlupa dan terlalu menggunakan kuasa sebagai ibu dalam mendidik anak-anak. Kita terlupa untuk menjadi sahabat mereka dan saling bertukar pendapat tentang diri masing-masing. Semoga kita lebih terbuka dengan anak dan tidak malu mengakui kesilapan kita dalam percubaan membesarka mereka sebagai anak yang baik.
Geram betul saya. Dah lama saya perhatikan mak saya ni kalau tengah sahur mesti dia akan paling terakhir makan.
Tadi pun sama, mula mula dia akan kira semua anak anak dia dah cukup korum ke belum. Kalau belum dia akan teriak teriak panggil nama anak anak dia sampai semua anak anak dia ada di meja makan.
Lepastu dia akan tengok wajah anak dia satu persatu. Dia akan ‘paksa’ kami adik beradik cedok nasi masing masing dulu. Lepastu dia akan ‘paksa’ pula kami ambil lauk pauk yang terhidang di meja.
Bila saya minta mak makan dulu, dia akan tolak dengan tegas. Katanya “mak makan kejap lagi lah” ataupun “mak kenyang lagi ni”
Memang jawapan klise sungguh. Saya paksa makan dulu pun dia tak mahu. Nak berkeras sangat pun tak boleh kalau dengan mak sendiri ni. Adeh!
Rupanya bila perhati baik baik. Lepas je anak anaknya dah makan dan nampak masing masing dah mula khusyuk makan baru la mak akan perlahan lahan duduk di kerusinya sambil menjamah nasi kosong di pinggan tanpa lauk.
Tanpa kita sedar nanti mak akan cari lauk yang dah disentuh oleh anaknya. Dibelek belek lauk yang masih ada. Dicubit sedikit demi sedikit lauk yang ada dengan perlahan lahan.
Sebenarnya saya faham apa yang mak saya sedang lakukan. Inilah namanya pengorbanan perasaan. Ya, mak sedang korbankan perasaannya sendiri demi melihat anak anaknya gembira. Selama ni kita ingat seorang ibu ni hanya korbankan duit, harta dan material semata mata.
Rupa-rupanya pengorbanan perasaan terlebih la besar. Bayangkan daripada kecil lagi mak kita korbankan perasaannya demi kita semua.
Tak sedikit ibu kita korbankan perasaan ingin bebas berjalan ke sana sini, perasaan ingin bersendiri, perasaan ingin meluangkan masa dengan suami sendiri hinggalah kepada perasaan ingin merehatkan emosi dan diri sendiri. Semuanya hanya demi menjaga kita semua anak anaknya.
Patutlah ada Hadis daripada Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu bahawa ada seorang lelaki telah bertanya kepada Rasulullah S.A.W: ‘’Wahai Rasulullah, siapakah manusia yang paling berhak untuk aku berbuat baik kepadanya ?’’. Maka Rasulullah SAW menjawab
Ibumu, kemudian ibumu, kemudian ibumu, kemudian bapamu.
3 kali nama ibu disebut, baru lah 1 kali ada nama si bapa.
Rupanya kerana pengorban ibu terhadap anak anaknya bukan cuma sebatas pengorbanan fizikal, harta dan dunia semata mata tetapi bab jiwa dan perasaan tu yang paling dasyat pengorbannya. Sebak la pula.
Tiba tiba saya teringat kisah Uwais Al Qarani. Beliau ni seorang tabiin tapi Nabi Muhammad SAW sendiri minta Umar Al Khattab yang bertaraf Sahabat untuk minta doa daripada Uwais yang bertaraf Tabiin ini.
Kenapa? Kerana terlalu taatnya Uwais ni pada ibunya! 2 kelebihan yang dia dapat hanya dengan mentaati ibunya. Pertama, namanya menjadi harum dan mulia. Kedua, doanya menjadi sangat mustajab! Rupanya mungkin mulianya diri kita dan mustajabnya doa kita selama ni hanya kerana adanya ibu kita.