Ads

Kawan Baik Mengandung, Kita Pun Tiba-Tiba Hamil! Betul Ke Kehamilan Boleh ‘Berjangkit’?

Kawan Baik Mengandung, Kita Pun Tiba-Tiba Hamil! Betul Ke Kehamilan Boleh ‘Berjangkit’?

Baru sahaja berkongsi berita gembira tentang kehamilan dengan sahabat baik, tiba-tiba beberapa minggu kemudian dia pula mengumumkan dirinya berbadan dua. Daripada selalu keluar makan dan membeli-belah bersama, kini masing-masing sibuk berkongsi cerita tentang alahan, mengidam dan perkembangan bayi dalam kandungan.

Lebih seronok apabila tarikh jangkaan bersalin pun tak jauh beza. Minggu ini kita bersalin, mungkin minggu depan giliran sahabat pula menimang cahaya mata.

Pernah tak ibu-ibu mengalami situasi seperti ini? Sampai ada yang berseloroh, jangan duduk dekat sangat dengan kawan yang tengah mengandung, nanti ‘berjangkit’ pula!

Kedengaran lucu, tetapi sebenarnya fenomena ini turut menarik perhatian para penyelidik.

Kawan Baik Mengandung, Kita Pun Tiba-Tiba Hamil! Betul Ke Kehamilan Boleh ‘Berjangkit’?

Betul Ke Bila Kawan Mengandung, Kita Pun Boleh Terikut Sama?

Menerusi kajian bertajuk Does Fertility Behavior Spread among Friends? yang diterbitkan dalam jurnal American Sociological Review pada tahun 2014, penyelidik mendapati bahawa hubungan persahabatan boleh mempengaruhi keputusan seseorang wanita untuk memiliki cahaya mata.

Kajian yang menggunakan data National Longitudinal Study of Adolescent Health (Add Health) di Amerika Syarikat itu mendapati kecenderungan seseorang wanita untuk bergelar ibu meningkat selepas rakannya melahirkan anak, dengan pengaruh tersebut mencapai kemuncak sekitar dua tahun kemudian.

Bagaimanapun, kehamilan bukanlah sesuatu yang boleh berjangkit secara biologi. Sebaliknya, faktor emosi, psikologi dan persekitaran sosial boleh mempengaruhi keinginan seseorang untuk mempunyai anak.

Dalam erti kata lain, hubungan persahabatan boleh mempengaruhi perancangan untuk memiliki cahaya mata, bukannya meningkatkan kesuburan seseorang secara langsung.

Kawan Baik Mengandung, Kita Pun Tiba-Tiba Hamil! Betul Ke Kehamilan Boleh ‘Berjangkit’?

Ini 5 Sebab Mengapa Kehamilan Sahabat Boleh Mempengaruhi Kita

1. Tiba-Tiba Rasa Teruja Nak Jadi Ibu

Sebelum ini mungkin belum terfikir untuk mempunyai cahaya mata. Namun, apabila melihat sahabat baik mengusap perut yang semakin membesar, membeli pakaian bayi dan berkongsi gambar imbasan kandungan, hati mula tersentuh.

Ads

Dalam diam, timbul pula keinginan untuk merasai sendiri pengalaman indah bergelar seorang ibu.

2. Seronok Ada Teman Sepanjang Kehamilan

Bayangkan mempunyai sahabat baik yang sedang melalui fasa kehidupan yang sama. Bolehlah berkongsi cerita tentang alahan, mengidam, perubahan emosi dan persediaan menyambut kelahiran bayi.

Malah, apabila ada perkara yang merisaukan, sekurang-kurangnya ada teman yang memahami apa yang sedang dilalui. Tak adalah rasa keseorangan sangat!

3. Lebih Yakin Untuk Melangkah Ke Alam Keibuan

Bagi wanita yang belum mempunyai anak, kehamilan dan proses bersalin mungkin sesuatu yang mendebarkan.

Namun, apabila melihat sahabat sendiri melalui perjalanan tersebut, sedikit sebanyak ia memberikan keyakinan untuk menempuh pengalaman yang sama.

Perkongsian pengalaman daripada sahabat juga boleh menjadi sumber pengetahuan dan sokongan dalam membuat persediaan bergelar ibu.

4. Tak Mahu Ketinggalan Momen Indah Bersama Sahabat

Dahulu sama-sama belajar, mencari pekerjaan dan mendirikan rumah tangga. Apabila seorang sudah bergelar ibu, mungkin timbul pula keinginan untuk melalui fasa kehidupan yang sama.

Ads

Lebih-lebih lagi apabila membayangkan anak masing-masing membesar bersama, bermain bersama dan mungkin menjadi sahabat baik seperti ibu mereka.

5. Sokongan Emosi Buat Diri Lebih Bersedia

Perjalanan menjadi seorang ibu bukanlah mudah. Ada hari penuh kegembiraan dan ada juga hari yang cukup mencabar.

Namun, mempunyai sahabat yang memahami perubahan emosi, kepenatan dan cabaran sepanjang kehamilan boleh membuatkan seseorang wanita berasa lebih yakin serta bersedia untuk memikul tanggungjawab baharu.

Kawan Baik Mengandung, Kita Pun Tiba-Tiba Hamil! Betul Ke Kehamilan Boleh ‘Berjangkit’?

Daripada Bestie Jadi ‘Mommy Bestie’, Indahnya Persahabatan!

Kalau dahulu topik perbualan berkisar tentang pakaian, tempat makan dan percutian, selepas bergelar ibu semuanya berubah.

Kini, cerita tentang lampin, susu, rutin tidur bayi dan perkembangan anak pula memenuhi ruangan WhatsApp. Kalau dahulu keluar berdua, sekarang masing-masing membawa si kecil untuk sesi playdate bersama.

Ads

Indahnya apabila persahabatan yang terjalin sejak zaman muda diteruskan pula oleh generasi seterusnya.

Walaupun pengalaman kehamilan masing-masing mungkin berbeza, seronok juga apabila ada sahabat yang sentiasa sudi mendengar luahan hati dan berkongsi pengalaman sepanjang perjalanan bergelar ibu.

Namun, Rezeki Anak Setiap Orang Berbeza

Walaupun seronok melihat sahabat baik berbadan dua, jangan sesekali menjadikan kehamilan orang lain sebagai tekanan untuk diri sendiri.

Setiap pasangan mempunyai perjalanan, tahap kesediaan dan rezeki yang berbeza. Keputusan untuk memiliki cahaya mata seharusnya mengambil kira kesediaan fizikal, emosi, kewangan serta persetujuan bersama pasangan.

Tak perlu berlumba-lumba kerana setiap orang mempunyai waktu indahnya sendiri.

Agaknya, siapa antara ibu-ibu yang pernah mengandung serentak dengan sahabat baik? Mesti banyak kenangan manis yang tak boleh dilupakan, kan?

Menarik: Surah Al-Ikhlas & 3 Zikir Ni Jangan Tinggal Masa Anak Jawab Peperiksaan! 

Zikir Ibu Ayah Ketika Anak Hadapi Peperiksaan, Amalan Mohon Permudahkan Urusan!

Disiplinkan Anak Tanpa Jerit & Ugut Rotan, Ikut Langkah Ni Guna Time Out

Sumber: American Sociological Review, Demographic Research

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
∞
∞
Ads

Untuk Papa Mama

Result Matrik Dah Nak Keluar? Mak Ayah, Jangan Lupa Hargai Usaha...

Mak-mak dah bersedia nak ambil keputusan peperiksaan anak? Kadang-kadang yang lebih berdebar bukan anak, tetapi mak ayah sendiri! Anak nampak tenang, boleh lagi tersenyum,...