Sesekali teringin nak makan kek batik tetapi tak tahu cara nak buatnya bagi sedap dan teksturnya masih ranggup, anda boleh cuba resipi mudah ni.
Resipi yang dikongsikan oleh Fazliana Sabeli ini tidak rumit dan semua boleh buat. Jika nak ajak anak sekali buat pun tak ada masalah kerana caranya sangat senang.
Siapa suka makan kek batik yang bukan tekstur macam kek? Hehe. Yang tu tips dia, jangan letak telur.
Mesti ramai yang dah tau buat kek batik tanpa telur tu. Ni saya tunjuk cara saya buat kek batik tanpa telur. Resepi lengkap serta tips ada pada setiap gambar.
Bahan-bahannya:
250 gram butter
200 gram milo (1 paket kecil)
3 sudu besar serbuk koko
1/2 tin susu pekat (boleh ubah ikut citarasa masing-masing)
1 paket biskut marie
Cara-cara membuatnya:
Ads
Cairkan butter. Api kena perlahan je tau, maklumlah takut tak boleh handle kalau kuat sangat. Kelam kabut nanti.
Butter dah cair, masukkan serbuk koko dan susu pekat, kacau bagi sebati. Kacau laju-laju sikit supaya tak nak bagi serbuk koko berketul. Api masih perlahan.
Masukkan milo sikit-sikit. Kacau bagi sebati lagi. Sampai tak berketul-ketul.
Dah sebati semua macam ni dan pekat sikit. Tutup api.
Ads
Sediakan loyang yang dilapik dengan plastik. Saya guna loyang 7″ bulat.
Kalau nak cantik, better guna 8″ petak. Juz nice tinggi kek batik tu nanti. Saya tak jumpa loyang tu, tu guna apa yang ada je. Hehe.
TIPS NAK SENANG KELUARKAN KEK BATIK :
Lapik loyang dengan plastik. Oles dulu loyang tu dengan minyak sikit bagi rata. Lepas tu lapikkan plastik, supaya plastik tu tak bergerak – gerak.
Susun suku biskut meri yang dah dipatah-patahkan secara random sahaja.
Masukkan adunan yang dah siap tadi ke atas biskut meri tu. Bagi rata-rata sikit.
Tambahkan lagi lebihan biskut meri tu. Tekan-tekan bagi padat sampai tak nampak lebihan adunan coklat yang dah dicairkan tadi.
Tadaaa.. sampai lah jadi macam ni. Masukkan dalam peti ais setengah hari atau semalaman untuk bagi keras. Peti ais bawah je tau jangan yang beku tu pulak. Jenuh nak potong nanti. Haha.
Ni hasilnya setelah buang lapik plastik tu. Emm.. tempting takkk.
TIPS NAK SENANG POTONG KEK BATIK NI :
Keluarkan 15 minit awal sebelum nak potong tu, supaya tak keras sangat bila nak potong. Pisau pun tak patah, tangan pun tak sakit.
Boleh follow fb Fazliana Sabeli untuk resepi2 menarik dimasa akan dtg. Boleh share kalau bermanfaat.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Mood raya masih lagi ada walaupun tak dapat nak ke mana-mana. Tambah lagi bila PKP ni asyik duduk rumah je, kejap-kejap anak mengadu lapar. Ibu pun dah habis idea nak buat apa.
Bagi yang nak mencuba buat kek pula, apa kata buat Kek Batu Marmar. Kek yang dikukus ini ala-ala seperti kek batik Sarawak kerana lembut dan tahan lama jika disimpan dalam peti ais.
Nampak macam susah, sebenarnya ia mudah je kalau tahu cara membuatnya. Bolehlah ambil mood raya lagi walaupun makan dengan anak beranak je depan TV. Nak tahu resipi lanjut, ini yang dikongsikan oleh Eyka Hewitt.
Serius kek ni sedap dan sangat lembut. Makan masa baru keluar peti, memang sedap.
KEK BATU MARMAR
Bahan-bahan:
450g mentega (Jenama Anchor) tapi saya guna Tatura
165g gula kastor
10 biji telur A
170g kaya Yeo’s100g susu pekat
1sdk vanilla
100g tepung gandum
200g Horlicks (tepung dan Horlicks diayak bersama)
100g susu tepung
100g serbuk coklat minuman. Contoh: Vico (Saya guna Milo dan tambah 3 sudu besar Nutella..
4sdk browning sugar (saya guna pewarna coklat)
Cara-Cara:
Langkah 1
1. Pukul butter dan gula sehingga kembang putih. Masukkan telur satu persatu.
2. Masukkan seri kaya dan susu pekat, pukul sebati.
3. Masukkan vanilla, tepung dan Horlicks sedikit demi sedikit.
Langkah 2
Timbang keseluruhan adunan di bekas lain. Bahagikan adunan kepada 2 (guna calculator). Contoh: jika berat keseluruhan bahan (tidak termasuk berat bekas) ialah 1720g bahagi 2 = 860g
BEKAS A – dicampur serbuk coklat minuman kegemaran, coklat cair dan browning (atau pewarna hitam)
BEKAS B
1. Campur dengan susu tepung, putar dengan kelajuan perlahan / sederhana laju cukup untuk membuat adunan sebati sahaja.
2. Dibahagikan (menggunakan penimbang & calculator) kepada beberapa bahagian dengan warna pilihan. Cling wrap / pembalut plastik.
Warna = merah / pink, kuning,hijau dan dark purple.
3. Kukus berasingan 45 minit dan potong dadu. Loyang 6×6 / bekas makanan yang sama saiz atau guna bekas makanan seperti dalam gambar. Pastikan bekas tahan panas ya.
Cara Mengukus
1. Tuangkan separuh adunan A. Susun ketulan coklat bar di atas keseluruhan permukaan adunan, tak perlu ditekan-tekan.
2. Susun kek kukus B dan tekan-tekan sedikit agar sedikit tenggelam.
3. Cling wrap loyang dengan satu atau dua lapis, biar kuat dan tidak bocor / adunan tidak dimasuki air dari wap kukusan.
4. Lapisan pertama dikukus selama 1 jam 15 minit.
5. Ulang langkah pengukusan lapisan pertama dan cling wrap. Lapisan kedua 1 jam 45 minit.
Setelah masak:
– Sejukkan 1 atau 2 jam, kemudian masukkan ke dalam peti sejuk, rehatkan beberapa jam atau semalaman.
– Potong saiz satu jari.
– Untuk pastikan kek kukus tahan lama, jangan biarkan kek terbiar di luar / di atas meja (ketahanan kek kukus boleh berkurangan jika terdedah kepada suhu sejuk panas atau udara tidak bersih bawaan angin) lebihan kek yang belum dimakan terus disimpan di dalam peti sejuk.
– Untuk memanaskan, boleh dikukus sebentar / microwave sekejap sahaja atau biarkan defrost begitu sahaja..
Berbanding kek mentega atau kek-kek lain, kek pandan antara kek yang cukup harum baunya. Ketika kek di masak di dalam oven, anak-anak pastinya tak sabar dan menantikan kek yang satu ini. Baunya cukup membuatkan seisi rumah rasa tak senang.
Bagi peminat kek pandan, jangan abaikan kek yang satu ini. Air tangan cikgu masakan yang popupar di internet iaitu Puan Azlina Ina Fans ini tak pernah menghampakan kita. Semuanya sedap-sedap belaka. Jadi bagi peminat kek pandan, anda wajib cuba kek ni!
Musim PKP ni teringin nak kek mudah-mudah, jimat bahan kan. Siapa peminat pandan macam mak. Mak memang suka gila apa-apa yang berkaitan pandan.
Bahan A:
Marjerin cairkan dan sukat secawan bila suam
Bahan B:
1/4 cawan susu segar + 1 sk cuka + 1/2 sk soda bikarbonat -campurkan (Kalau korang suka guna daun pandan, susu segar tu blend dengan daun pndan 1 cawan then tapis. Korang boleh ambik 1/4 je selebih nya simpan nak buat kuih-kuih lain nanti senang boleh pakai lagi.)
Bahan C:
Ayak tepung gandum
2 cawan tepung
1 sk baking powder
1 sk cream off tartar (skip kalau tak ada, fungsi dia cuma nak bagi kek lagi ringan, kalau bakar tak ada pun tak apa, kalau kukus je tak ada kek kurang ringan tapi tetap jadi)
Bahan mix:
5 biji telur
1 cawan gula
1 sb ovalate
2 sb pandan coconut pasted (setakat ni yang paling sedap)
1 sb pewarna hijau aple Mix gebu kemudian masukkan bahan B. Kemudian A sampai habis. Dah sebati masuk c sampai habis. Siap.
Step campur susu dan cuka. Cuka tu cuka masakan bagi yang tak pernah tengok lah. Kang korang beli cuka getah dah begelimpangan pulak.
Mix bahan tadi sampai gebu macam gini.
Korang angkat kepala mixer tu adunan tak jatuh dari mata mixer maknanya dah gebu la tu.
Masuk susu plus cuka tadi. Tak payah kacau tak apa, perlahankan mixer tu kang tetiba banjir rumah.
Lepas sebati baru masuk majerin cair tadi sampai habis.
Last masuk tepung, mixer masih slow.
Ok adunan gebu macam ni. Ni mak buat 2 adunan sekali 10 biji telur, tu nampk banyak.
Masuk bekas tak kisah kalau kukus bekas macam ni pun boleh. Kalau loyang saiz 9×9 sebab kek ni akan naik gebu ye. Kalau saiz 8 mesti tuang sikit kat loyang 5.
Ok kukus 40 minit api sederhana. Kalau bakar suhu 170 masa 50 minit api atas bawah.
Terbalikkan la kat board lepas siap je masak, tak kira kukus ke bakar.
Alhamdulillah gebu moist dan wangi sangat. Sesuai untuk korang cuba tau.
Setiap ibu pastinya mahu memberikan yang terbaik buat anak, terutamanya aspek penyusuan eksklusif, kan? Tapi ia tidaklah semudah disangka. Usah bimbang, ada resepi makanan penggalak susu yang boleh dicuba.
Antara cabaran utama ibu-ibu dalam melakukan penyusuan eksklusif adalah untuk memastikan bekalan susu mencukupi bagi memenuhi keperluan si manja.
Tetapi, masalah tersebut boleh diatasi dengan pengambilan makanan penggalak susu yang sihat dan berkhasiat.
Dalam perkongsian artikel ini, ikuti resipi yang sedap dan paling penting berkhasiat untuk ibu. Dalam masa yang sama ia juga dapat meningkatkan bekalan susu badan untuk bayi.
5 resipi makanan penggalak susu sedap
1. Smoothie epal beri
Minuman ini boleh diambil sebagai sarapan atau snek minum petang. Ia dipenuhi dengan buah-buahan yang kaya protein dan nutrien.
Yogurt Greek adalah sumber kalsium yang hebat dan membuatkan anda berasa lebih kenyang untuk tempoh yang lama. Ia mengandungi bakteria dan probiotik sihat yang bagus untuk sistem pencernaan ibu dan bayi.
Bahan-bahan:
3 cawan jus epal
2 biji epal, dicincang halus
2 pisang beku, dipotong dua
2 cawan beri biru beku
2 cawan strawberi beku
1⅓ cawan yogurt Greek kurang lemak
Cara membuatnya:
Campur semua bahan dalam mesin pengisar. Kisarkan sehingga sebati.
Tuangkan smoothie dalam bekas minuman kecil. Sejukkan semalaman dalam peti ais sehingga pekat.
Jangan lupa goncang sebelum minum.
2. Tauhu cili manis dan bijan
Bagi ibu yang sedang mencari menu untuk makan tengah hari, mungkin boleh cuba idea resepi makanan penggalak susu ini.
Tauhu adalah alternatif daging yang baik dan merupakan sumber kalsium. Biji bijan juga tinggi kalsium, selain menjadi sumber serat dan zat besi.
Sebagai penyeri masakan, anda juga boleh menambah lada benggala. Haa, jangan tak tahu lada ini mengandungi lebih banyak vitamin berbanding buah sitrus!
Bahan-bahan:
600g tauhu lembut, dibasuh dan dikeringkan
2 sudu besar biji bijan
1 sudu kecil bawang putih dicincang halus
2 sudu besar kicap
2 sudu besar sos cili manis Thai
1 sudu kecil minyak bijan
¼ cawan daun bawang, dipotong
Cara membuatnya:
Masukkan tauhu ke dalam periuk bersama air sehingga menutupi permukaan tauhu. Masak atas api sederhana sehingga mendidih. Kemudian perlahankan api untuk mengekalkan kepanasan tauhu. Panaskan periuk kecil pada suhu sederhana. Masukkan biji bijan dan masak selama 2 hingga 3 minit sehingga dipanggang dengan baik.
Tumbuk menggunakan lesung batu atau lenyekkan biji bijan yang telah dipanggang sehingga menjadi separuh serbuk. Lakukan kaedah yang sama dengan bawang putih.
Satukan biji bijan, bawang putih, kicap, sos cili dan minyak di dalam mangkuk kecil. Angkat tauhu dengan berhati-hati daripada air rebusan dan potong. Letakkan di atas pinggan dan tuangkan sos yang disediakan tadi. Jangan lupa taburkan daun bawang yang telah dipotong. Sedia untuk dimakan!
3. Daging bersama brokoli tumis
Makanan ini penuh dengan nutrien yang menyokong kesihatan ibu dan bayi. Daging lembu dapat meningkatkan tenaga dan merupakan sumber protein dan zat besi yang hebat. Brokoli pula adalah sumber kalsium dan vitamin A yang bagus.
Resepi ini juga sedap dimakan bersama nasi panas!
Bahan-bahan:
500g daging lembu, dihiris nipis
1 sudu besar jus lemon atau limau nipis
2 sudu besar kicap, dibahagi 2
2 sudu besar minyak zaitun
1 sudu besar bawang putih, dicincang
2 sudu teh halia, dicincang
6 cawan brokoli
2 sudu besar stok ayam/ boleh gantikan dengan campuran air bersama mentega cair
2 sudu besar sos tiram
1 sudu besar tepung jagung dicampur dengan 1 sudu besar air
¼ cawan air
Cara membuatnya:
Campurkan daging bersama jus lemon atau limau nipis bersama 1 sudu besar kicap. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun. Ratakan seluruh permukaan kuali dengan minyak.
Masukkan daging dan biarkan selama 1 minit sehingga bertukar kecoklatan tetapi tidak masak sepenuhnya. Keluarkan daging ke dalam pinggan dan ketepikan. Masukkan bawang putih dan halia ke dalam kuali, tumis selama 30 saat atau sehingga naik bau wangi. Campurkan brokoli dan tumis untuk tempoh seminit atau sehingga warnanya bertukar menjadi hijau terang.
Kemudian, masukkan ¼ cawan air dan tutup kuali. Biarkan selama 2 minit atau sehingga brokoli menjadi lembut.
Campurkan 1 sudu besar kicap, stok ayam dan sos tiram ke dalam kuali. Biarkan ia mendidih dan masak selama 1 minit atau sehingga perisanya bergabung.
Masukkan daging yang telah diketepikan awal tadi ke dalam kuali. Kacau adunan air bersama tepung jagung dan masukkan ke dalam kuali. Masak hingga kuah menjadi pekat. Sedia untuk dinikmati!
4. Puding coklat chia
Puding ini sesuai dijadikan sarapan pagi yang lazat atau pencuci mulut enak. Ia juga makanan penggalak susu terbaik untuk dimakan. Makanan ini turut tinggi kandungan protein dan dapat membuat ibu berasa kenyang.
Bahan-bahan:
1 cawan susu lembu
6 sudu besar biji chia
¼ cawan madu
2 sudu besar serbuk koko
⅛ sudu kecil garam
1 sudu kecil ekstrak vanila
Pilihan untuk topping: buah beri, cip coklat atau kacang
Cara membuatnya:
Masukkan susu, biji chia, madu, serbuk koko, vanila dan garam ke dalam mesin pengisar. Mulakan kisaran tahap rendah sebelum menukar kepada kisaran lebih tinggi, sehingga campuran bahan-bahan menjadi halus dan sebati.
Puding ini harus mempunyai konsistensi pekat dan ia sedia untuk dinikmati bersama pilihan topping anda.Jika mahukan puding yang sejuk, tuang kisaran ke bekas dengan penutup dan sejukkan dalam peti ais. Sejukkan untuk tempoh 3 hingga 4 jam sebelum dimakan.
5. Booby bites
Snek ini bagus sebagai makanan peningkat tenaga segera. Tambahan pula ia mengandungi bahan seperti oat dan biji rami yang dapat menggalakkan susu.
Bahan-bahan:
1 cawan oat
½ cawan mentega kacang
½ cawan biji rami
⅓ cawan madu
½ sudu besar ekstrak yis
1 sudu kecil ekstrak vanila
½ cawan cip coklat mini
Cara membuatnya:
Campurkan semua bahan kering: oat, biji rami, cip coklat dan ekstrak yis. Masukkan mentega kacang, madu dan vanila. Gaul rata. Sejukkan adunan untuk tempoh sejam.
Keluarkan daripada peti ais dan bentukkan menjadi bebola kecil. Sudah boleh makan!
Baki bebola itu boleh disimpankan dalam bekas kedap udara sebelum dimasukkan kembali ke dalam peti ais. Snek ini boleh tahan sehingga 2 minggu!
Selamat mencuba resepi yang dicadangkan di atas. Moga bermanfaat untuk ibu-ibu yang sedang berusaha melakukan penyusuan eksklusif!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Tinggal lagi 6 hari sahaja webinar Mama Tak Penat Susukan Anak akan berlangsung. Tahniah & terima kasih admin ucapkan kepada 1000 orang yang sudah mendaftar sebagai peserta webinar terbesar ini. Mohon semua peserta untuk join Telegram Group Mama Tak Penat Susukan Anak di https://t.me/joinchat/a_u8xHQS-09mZDA1 kerana kita akan update segala info, itinerary webinar, pemenang cabutan bertuah, cara nak menang hadiah kuiz semasa webinar. Jadi penting ya untuk semua peserta join Telegram webinar.
Bagi yang belum daftar sebagai peserta webinar, anda boleh daftar di https://toko.ideaktiv.com/product/webinar-mama-tak-penat-susukan-anak/ kemudian terus join grup Telegram webinar ya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
T. Vishakan mencipta rekod MBOR selepas berjaya menjawab 53 soalan sifir dalam masa satu minit. Ketahui kisah kanak-kanak berusia enam tahun yang memiliki bakat luar biasa dalam matematik.