Kek coklat antara yang menjadi kegemaran seisi keluarga tak kira orang dewasa mahu pun anak kecil. Selain tak jemu di makan, kek ini boleh dipelbagaikan resipi mengikut citarasa masing-masing.

Jika sebelum ini bahan asasnya hanya menggunakan coklat saja tetapi kini direvolusikan dengan menambah cheese dalam kek tersebut. Bagi yang nak mencuba Kek Coklat Tornado, anda boleh cuba buat resipi yang dikongsikan oleh Qaseh Umairah ini. Boleh buat untuk hidangan hari raya nanti. Mesti anak-anak suka!

Kek Coklat Tornado Leleh. Rasa Lemak Cheesenya Sungguh Mengancam!

Kek Coklat Tornado

BAHAN UNTUK KEK:

Bahan A:

5 biji telur
1 cawan gula halus
1 sudu kecil esen vanilla
1/2 cawan susu pekat
1 cawan minyak atau marjerin cair

RESIPI MENARIK [Patutlah Sampai 25K Share, Samperit Susu 3 Bahan, Cukup Manis dan Sedap!]

Bahan B:

IKLAN

1 1/2 cawan tepung gandum
1 cawan serbuk koko
1 sudu kecil baking powder
1/2 sudu kecil soda bikarbonat
Sedikit garam halus

Bahan C:

1/2 cawan air panas

Kek Coklat Tornado Leleh. Rasa Lemak Cheesenya Sungguh Mengancam!

Cara-cara:

IKLAN

Satukan telur, gula dan esen vanilla. Kacau rata gunakan senduk atau whisk.
Kemudian masukkan susu pekat dan marjerin.
Di dalam bekas yang lain ayakkan bahan B. Kemudian masukkan bahan B ke dalam bahan A. Kacau dengan sebati.
Masukkan air panas dan kacau sekali lagi sehingga tiada ketulan tepung.
Masukkan adunan ke dalam bekas kecil dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak.

Bahan untuk coklat ganache:

500g milk chocolate
1 cawan dairy whipping cream
1 sudu besar marjerin

Cara-cara untuk coklat ganache:

Satukan semua bahan dan cairkan dengan kaedah double-boil.
Kacau sehingga likat dan smooth.
Kemudian, sejukkan sebentar di dalam peti bahagian biasa.

IKLAN

Kek Coklat Tornado Leleh. Rasa Lemak Cheesenya Sungguh Mengancam!

Bahan untuk topping cheese:

250g cheese tatura
3 sudu besar susu pekat
1/2 cawan non-dairy whiping cream
1/4 cawan susu segar

Cara-cara untuk topping cheese:

Masukkan cheese dan susu pekat dalam mixer dan whisk sampai sebati.
Kemudian masukkan whiping cream sejuk-sejuk dan whisk sehingga kembang.
Selepas dah gebu, masukkan susu segar dan whisk sekali lagi.
Ambil kek yang sudah siap dikukus dan sapu topping cheese diatas kek dengan rata.
Selepas itu, keluarkan coklat ganache di dalam peti sejuk dan tuangkan diatas layer cheese. Taburkan topping mengikut citarasa masing-masing.

Selamat mencuba!

RESIPI WAJIB CUBA [Popia Sira Sambal Pedas-Pedas Manis. Dijamin Kekal Ranggup & Tak Lembik Kulitnya]

Kredit Resipi: Qaseh Umairah

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI