Berbanding kek moden, kak kampung biasa tetap punya peminatnya yang tersendiri. Walau bahannya tidak banyak dan ringkas namun rasanya cukup sedap.
Resipi mudah lima bahan yang dikongsikan oleh Rohani Ronnie wajib anda cuba. Cukup senang!
Done kek kampung. Oven rumah rosak. Teringin sangat nak makan. Kita bakar ja dalam kuali macam orang dulu-dulu. Menjadi jugak kek kampung kita alhamdulilah.
Bahan-bahan:
1 cawan planta
1 cawan gula aising
3 biji telur B
1 susu teh esen vanilla
1 1/2 cawan tepung kek @ t.gandum +1 sudu teh baking powder
Ads
Pukul telur dan gula hingga kembang.
Masukkan esen vanilla dan telur sebiji demi sebiji.
Ads
Masukkan tepung dan kacau sampai sebati.
Bakar dalam kuali bertutup. Bakar api sederhana perlahan.
Wow! Bestnya mommies dapat me-time dengan bff di Muzium Negara. Ada sharing dari pakar, games menarik dan hadiah lumayan untuk dimenangi. Jom, daftar sekarang di SINIhttps://toko.ideaktiv.com/product/mummy-me-time/
Roti yang dicelup dengan telur, keju dan sebagainya mungkin sudah terbiasa sebagai sajian untuk anak-anak dan keluarga. Apa kata musim PKP ini kita sajikan dengan menu unik dan kreatif untuk anak-anak dan suami di rumah.
Resipi yang dikongsikan oleh Pn Farisha Sofea ini memang awesome. Rangup terlebih bila digabungkan dengan salutan sardin. Memang terbaik. Rugi tak cuba!
Bahan Bahan :
Roti gardenia secukupnya (saya guna roti perancis)
1 tin sardin
1 biji bawang merah saiz sederhana -didadu
4 biji cili padi dihiris (boleh juga guna lada besar)
3 biji telur
1 sb sos cili
Sedikit lada putih
Potongkan roti kepada 2 atau 3 bahagian. Ketepikan seketika.
Di dalam mangkuk, satukan sardin, bawang merah, cili padi dan juga telur. Kacau sebati dan hancurkan sedikit isi ikan sardin.
Masukkan sos cili dan lada putih dan kacau rata. Kalau nak tambah bahan bahan lain pun boleh.
Celupkan roti ke dalam adunan tadi dan masak di atas kuali tahan lekat. Masak sehingga garing kedua dua belah permukaan.
Angkat dan hidangkan dengan sos.
Siap!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Memesan makanan terus ke rumah pastinya tidak sama dengan menikmati di kedai. Tidak dinafikan satu kerinduan untuk makan di kedai bersama keluarga seperti dahulu. Apa kata kita cuba menu dari restoran pula untuk anak-anak dihujung minggu.
Resipi Kue Tiaw Kungfu yang dikongsikan oleh Pn Suzana Othman ini memang terbaik. Rupanya macam ni caranya hendak menyediakan kue tiaw kungfu. Patutlah sedap!
RESEPI KUEY TEOW KUNGFU
Dulu-dulu sebelum PKP korang pernah tak bila makan kat luar tak rasa nak makan nasi. Tekak cuma nak makan makanan panas-panas macam mee atau nasi goreng. Kali ni kita nak share resepi kuey teow kungfu pulak.
Silakan study resepi dan langkah demi langkah pada gambar di bawah. Jenuh kita snap satu-satu.
Bahan-bahan:
1 bungkus kue teow 450g, cuci dan toskan.
2 keping dada ayam- potong kecil
1 mangkuk udang
2 keping fish cake- hiris nipis
2 pokok pakchoy
½ biji lobak merah-hiris
Bunga kobis-potong
Baby corn-hiris
5 biji telur
5 ulas bawang putih- ketuk
5 tangkai cili siam- ketuk
3sb sos tiram
2sb sos ikan
Lada sulah
1 ketul kiub pati ayam
3sb tepung jagung- larutkan dengan sedikit air
Minyak masak
Pecahkan 4 biji telur dalam bekas, kemudian pukul hingga kembang. Taburkan sedikit lada sulah, masukkan kuey teow dalam bekas tadi.
Panaskan minyak dalam kuali, pastikan minyak mencukupi. Goreng kuey teow macam goreng telur dadar. Jangan balikkan selagi tak garing nanti pecah. Bila dah masak, angkat dan masukkan dalam pinggan. Kita ulang proses hingga 4 kali.
Dalam periuk lain, panaskan sedikit minyak kemudian tumis bawang putih hingga garing. Masukkan 1liter air.
Masukkan isi ayam dan fish cake.
Kemudian masukkan sayuran kecuali pakchoy. Masukkan 3sb sos tiram.
Masukkan 2 sb sos ikan. Jenama apa-apa pun boleh janji halal. Cari je kat pasaraya mesti jumpa.
Masukkan 1 ketul kiub ayam, kita guna 1sk serbuk pati ayam. Jangan lupa masukkan serbuk lada sulah.
Masukkan udang. Masukkan sayur.
Baru masukkan garam. Aji tak usah guna sebab dah ada pati ayam tadi.
Pecahkan sebiji telur dalam mangkuk, pukul sekejap, masukkan dalam periuk lepastu kacau macam dalam video.
Bila dah menggelegak baru masukkan larutan tepung jagung. Masak hingga kuah memekat.
Akhir sekali masukkan cili yg diketuk. Tutup api.
Curahkan kuah dan segala khazanah atas kuey teow tadi.
Sedia utk dinikmati. Kalau nak pedas boleh makan dengan cili potong.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!