Resipi juadah raya yang paling kita rindui di waktu kita kecil dahulu pastinya kek homemade yang disediakan oleh ibu. Apabila kek sudah dibakar bermakna tibanya hari raya. Itulah ibaratnya raya dan kek bagi diri kita. Jadi kek sememangnya resipi wajib ada di pagi raya. Pun begitu zaman dahulu tidaklah canggih seperti kini malah kek hanya disediakan dengan pukulan tangan yang padu. Hasilnya tetap wow.
Bagi mengimbas nostalgia kek homemade di masa kecil, cikgu masakan popular di media sosial, Azlina Ina Fans kongsikan kek homemade mak-mak kita. Paling menarik teramatlah mudah malah gunakan sukatan cawan sahaja, tanpa mixer. Jom cuba!
Siapa tengok kek ni mengimbau kenangan beraya masa kecik? Kek macam ni kenangan tau sebab dulu-dulu mak-mak kita tak pandai mixer, tak pandai ovalate bagai. Dorang hanya ada senduk kayu ada mangkuk tapi kek gebu. Maka di sini mak ajar korang buat kek dulu-dulu yang mak panggil kek hari raya dengan cara mudah dan gerenti jadi.
Kek Hari Raya Viral
Bahan-bahan:
1 cawan majerin
3/4 cawan gula perang -nak guna gula putih pun boleh
1 sk esen vanila
Tak kisah dia macam terpisah lemak dan air pun ye tapi tak kisah jadi je hehe. Masukkan 1/2 cawan susu tepung, sebatikan.
Ads
1/2 cawan tepung jagung dan kacau lagi.
Tambah 1 1/2 cawan tepung self rising. Kalau tak ada korang tambah dengan tepung gandum +1sk baking powder eh.
Last penyedap dia 1/2 cawan nestum ori. Kacau sebatikan siap dah kek kite senang.
Ok bahagikan beberapa bahagian dan buh pewarna makanan.
Ads
Lapik baking paper loyang 7 ngam cantik naik dia. Kalau korang pakai 8 rendah sikit boh la adunan macam tu sampai habis. Ok siap hentak sikit dan panas kan oven. Bakar suhu 170 masa 45 minit atau ikut oven masing-masing.
Sebut roti jala semua akan terfikir warnanya kuning dan dicicah bersama kuah kari. Kalau di negeri Kelantan, kebanyakannya akan makan bersama kuzi ayam atau kambing. Ikut kepada citarasa masing-masing.
Mungkin bagi kita orang dewasa, roti jala ni makan kegemaran dan biasanya akan menjadi hidangan sarapan atau minum petang. Cuma bagi anak-anak kecil mereka kurang menggemarinya kerana dicicah dengan kari yang rasanya sedikit pedas.
Tak apa anda jangan risau. Kali ni Pa&Ma nak kongsikan resipi roti jala coklat melalu resipi yang dikongsikan oleh Muhamad Fadzul Ilahi Azhar.
Caranya sangat simple dan mudah sangat. Kalau ada rezeki boleh buat jual pula. Semestinya anak-anak akan suka kerana dicicah dengan sos coklat yang sedap.
Roti Jala Sos Coklat
GUNA KUALI NONSTICK
– Gandum 3 cawan
– 2 biji telur
– 3 sb serbuk koko (tengok nak gelap atau cerah)
– 3 sb gula
– Sedikit garam
– 3 sb minyak masak
– 1/2 cawan susu cair
– Air ikut kepekatan jangan pekat sangat jangan cair sangat
Kacau semua bahan dalam satu mangkuk lepas tu blend hingga halus. Semasa blend tu boleh tengok kalau ada pusar kat tengah tu boleh masuk satu ibu jari tu adunan cantik.
Kalau blend adunan tu tak ada pusar atau pusar kecik.. masukkan air bagi ada pusar kat tengah. Tak pandai nak explain dah kenalah pandai tengok ya.. ahha
**MESTI GUNA BOTOL 3 KAKI (baru cantik kejadiannya)
Masukkan semua sekali dan double hingga semuanya cair. Dah sejuk sikit, bolehlah dicicah bersama dengan roti jala. Memang sedap.
Sumber: Muhamad Fadzul Ilahi Azhar
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bagi penggemar roti, resipi yang satu ini mungkin menambahkan lagi hidangan resipi roti anda. Roti dengan gabungan ringkas iaitu telur dan susu pekat manis buat rasa roti lebih lembut dan manis berlemak.
Malah gabungan dua bahan ini memang sedap rasanya. Tak percaya jom cuba resipi ini. Memang meletop. Ringkas tetapi cukup sedap. Anak-anak pasti makan berebut-rebut.
RESEPI ROTI GORENG LEMAK MANIS ALA FRENCH TOAST
Bahan-bahan:
Telur 3 biji
Susu pekat manis 2 @ 3 sudu besar
Secubit garam
Roti potong (besar)
Minyak untuk menggoreng
1. Mula-mula, pecahkan telur. Masukkan susu pekat dan garam. Kacau hingga sebati.
2. Kemudian, potong roti ikut suka dan celupkan dalam adunan tadi.
3. Bila kuali dah panas, letak sedikit minyak dan bolehlah goreng seperti biasa.
Kalau goreng dengan butter pun boleh, lebih wangi. Tapi tak perlu letak garam ya kalau nak guna butter yang dah sedia masin @ salted butter.
Bila dah nampak garing atau keperangan, bolehlah balikkan. Lepas tu angkat dan toskan. Siap!
Ha, semudah ABC dah siap dah roti goreng lemak manis kita. Mungkin ada yang biasa buat sebelum ini, tapi tak pernah pula terfikir nak tambahkan susu pekat kan?
Jadi apa lagi, kena cubalah sebab memang rasa lemak manis-manis tu akan menaikkan lagi rasa. Boleh dimakan begitu saja. Anda mesti akan rasa perbezaannya.
Kredit : Ratna Sari Zain
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak perlu kuah bersantan atau sambal pedas, cukup hanya ikan goreng pun buat kita makan nasi bertambah. Jika kebiasaannya kita goreng ikan dengan kunyit dan garam sahaja, ubah kelainan style orang lama.
Apa resipi orang lama? Tidak hanya kunyit dan garam bahkan tumbuklah sedikit bawang dan cili kisar dan perap. Ikan goreng jadi bertambah sedap.
Jom cuba perkongsian resipi Ummi Hanna ini. Sedap!
Ikan goreng akak stail. Nasi panas-panas ada sambal belacan, budu, ulam-ulam petai skit pun dah cukup nikmat. Alhamdulillah.
Bahan-bahan:
5 ulas bawang merah
4 ulas bawang putih
2 inci kunyit hidup
5 sdb cili kisar
3 sdb garam halus
Belacan sikit (optional)
Tumbuk kunyit hidup, belacan dengan garam sampai hancur. Lepas tu tumbuk bawang merah bawang putih. Tak lumat sangat pun tak apa.
Masukkn cili kisar, gaul-gaul rata masukkan dalam bekas bertutup. Simpan dalam peti, nak guna ambik sikit.
Lumur ikan dan perap sekejap lepas tu goreng.
Minyak goreng ikan tu sedap buat goreng sayur @ buat nasi goreng ikan.
Nota: * Guna sudu besar, banyak tapi bukan guna sekaligus tu. Buat stok simpan dalm peti. Senang tak payah tumbuk banyak kali.
* Garam tu ikut citarasa la nak rata atau nak penuh.
* Kalau simpan bekas bertutup elok seminggu pun tahan, tak ada hal.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.