Masalah ini bukan sahaja kepada anak anak yang kurang berat tapi juga yang berlebihan berat ada mengalami masalah ini.
Anak kurang berat akibat kurang pengambilan zat yang memenuhi keperluannya
Anak lebihan berat akibat pengambilan zat yang berlebihan.
Dua dua boleh berlaku apabila tidak mengamalkan diet yang sihat dan seimbang
Contoh
Bagi kes kurang berat:
Anak saya makan sikit sangat, nak habiskan 1 senduk tu kadang kadang ambil masa 30min
Bagi kes berlebihan berat:
Anak saya selalu makan nasi dengan lauk je, kalau nampak sayur akan asingkan. Bawang pun letak tepi..
Ads
Adakah anak anda salah satu dari di atas?
Tips untuk naikkan selera anak sebelum makan
1. Beri appetizer
– appetizer adalah pembuka selera dan selalu adalah benda manis atau sup
– yang sesuai bagi anak adalah buah buahan, pudding buah, dadih buah atau boleh beri sup berkrim (homemade) seperti chicken soup, mushroom soup, ikut kepada menu yang dibuat
2. Gunakan perkakas yang berwarna warni serta sesuai dengan size anak
Ads
– ramai ibubapa lupa, size anak tak sama dengan dewasa maka bila guna perkakas yang sama dengan dewasa ini akan membuat anak rasa susah nak habis makan
3. Lebihkan finger foods bukan makanan perlu disuap
– Contoh dari beri nasi dan lauk sahaja boleh buat bebola nasi (ada sayur dan protein sekali ye)
– boleh potong buah dan sayur panjang
4. Jadual makanan yang tetap
– sarapan, lunch, dinner masa yang SAMA
– automatic anak akan lapar
Ads
5. No gadgets 15-20min sebelum makan
– gadget sebenarnya menarik perhatian anak dari focus apa yang depan mata.
– jika mereka tak focus kepada makanan, susah untuk enjoy dan habiskan
– jika anak makan lebih sambil tengok tv, anda sedang mengajar anak untuk menjadi couch potato. Makan depan tv dan ini membahayakan kesihatan.
6. Jarakkan waktu ambil susu
Jika anak masih menghisap susu dalam botol, pastikan jarak antara waktu makan berat dan waktu minum susu adalah 2 jam.
7. Cari ikon
– omar&hana, upin ipin semua ini boleh menjadi ikon kepada anak anak. Cari episode yang tidak membazirkan makanan, atau episod makan sayur&buah dan sentiasa tunjuk kepada anak.
“Adik jangan bersulam air, nanti buncit” pernah dengar tak ayat ni? Biasanya mak-mak sangat marah jika bersulam air. kononnya akan menyebabkan perut buncit? Tapi benarkah tabiat itu punca kepada masalah sistem pencernaan?
Berikut 3 mitos yang sering menjadi kepercayaan ramai.
Makan sambil minum punca perut buncit?
Terdapat dakwaan kononnya tabiat makan bersulam air ini boleh mendatangkan masalah pada sistem pencernaan.
Ada juga mengatakan makan sambil minum boleh menyebabkan toksin terkumpul dan akhirnya mewujudkan pelbagai masalah kesihatan.
Pastinya anda mungkin tertanya-tanya adakah benar segelas air yang diminum sambil makan itu boleh memberikan kesan negatif – atau ia sekadar mitos yang menjadi kepercayaan kebanyakan individu, kan?
Memahami sistem pencernaan
Pertama sekali, untuk mengetahui mengapa tabiat makan sambil minum dianggap boleh menjejaskan fungsi sistem pencernaan, anda perlu memahami bagaimana proses pencernaan yang normal.
Umumnya, proses tersebut bermula sebaik sahaja anda mula mengunyah makanan di dalam mulut.
Apabila kunyahan dimulakan, ia petanda kelenjar air liur anda mula menghasilkan air liur yang mengandungi enzim untuk membantu memecahkan makanan.
Sebaik sahaja makanan yang dikunyah itu tiba ke bahagian perut, ia akan bercampur dengan jus gastrik berasid. Jus ini berfungsi untuk memecahkan dan menghasilkan cecair pekat yang dikenali sebagai chyme.
Saluran usus
Pada saluran usus kecil, chyme akan bercampur dengan enzim pencernaan daripada pankreas dan asid hempedu yang dihasilkan hati.
Ia akan memecahkan chyme dan menyediakan nutrien untuk diserap ke dalam aliran darah tubuh anda.
Sebahagian besar nutrien diserap ketika chyme bergerak melalui usus kecil anda. Hanya sebahagian kecil nutrien yang tertinggal untuk diserap apabila tiba ke saluran usus besar.
Apabila nutrien memasuki saluran darah, ia akan bergerak ke pelbagai organ dan bahagian tubuh anda.
Proses sistem pencernaan akan berakhir apabila bahan-bahan yang tersisa disingkirkan daripada badan.
Bergantung kepada jenis makanan yang anda makan, proses pencernaan boleh memakan masa antara 24 hingga 72 jam. Lama, kan?
Tabiat makan sambil minum punca masalah sistem pencernaan?
Pengambilan air yang secukupnya pada setiap hari menawarkan pelbagai manfaat dan kebaikan kepada tahap kesihatan.
Walau bagaimanapun, ada sesetengah individu yang mempercayai bahawa tabiat makan sambil minum adalah idea yang tidak baik.
Berikut adalah 3 kepercayaan biasa yang menjadi hujah untuk menyokong dakwaan bahawa air atau cecair yang diminum sambil makan boleh mendatangkan risiko bahaya kepada sistem pencernaan.
Hujah 1: Minuman beralkohol dan berasid jejaskan fungsi air liur
Bagi sesetengah individu, mereka berpendapat bahawa mengambil minuman beralkohol atau berasid dengan makanan akan mengeringkan air liur.
Keadaan tersebut sekali gus akan menyebabkan tubuh sukar untuk mencerna makanan.
Sememangnya alkohol mengurangkan penghasilan air liur sebanyak 10 hingga 15% per unit alkohol. Tetapi ia tidak melibatkan minuman dengan kadar kepekatan alkohol rendah seperti bir atau wain.
Manakala, minuman berasid pula akan meningkatkan rembesan air liur.
Pada akhirnya, tiada bukti saintifik untuk mengesahkan minuman beralkohol atau berasid yang diambil secara sederhana boleh memberikan kesan negatif kepada pencernaan ataupun penyerapan nutrien.
Hujah 2: Air, asid perut dan enzim pencernaan
Banyak dakwaan menyatakan makan sambil minum air akan mencairkan asid perut dan enzim pencernaan. Ini akan menjadikan tubuh lebih sukar mencerna makanan.
Pun begitu, dakwaan yang menunjukkan sistem pencernaan tidak dapat menyesuaikan rembesannya dengan konsistensi makanan adalah salah.
Hujah 3: Cecair dan kelajuan proses pencernaan
Kepercayaan ketiga yang sering digunakan sebagai hujah adalah cecair yang diambil semasa makan akan meningkatkan kelajuan makanan pejal disingkirkan daripada perut.
Ini dianggap dapat mengurangkan waktu hubungan makanan dengan asid perut dan enzim pencernaan, sehingga menjejaskan pencernaan.
Malangnya, tiada kajian saintifik yang menyokong dakwaan ini.
Bahkan, dalam kajian pemerhatian yang menganalisis proses pengosongan perut menunjukkan, walaupun cecair melalui sistem pencernaan lebih cepat daripada pepejal, namun ia tidak mempengaruhi tahap kelajuan pencernaan makanan pejal.
Kesimpulannya – makan sambil minum sama ada air, minuman beralkohol atau berasid tidak akan menjejaskan proses pencernaan makanan dalam tubuh anda.
Tabiat makan sambil minum kurangkan pengambilan makanan
Hakikatnya, makan bersulam air boleh memberikan anda ‘masa berehat’ di antara setiap kunyahan makanan.
Ia secara tidak langsung membuat anda mempertimbangkan sama ada diri sudah berasa kenyang atau masih lapar.
Ini pastinya dapat mengelakkan tabiat makan berlebihan dan membantu menurunkan berat badan.
Bantu bakar kalori
Malahan, melalui hasil kajian 12 minggu yang dilakukan, peserta yang minum 500 ml air sebelum makan kehilangan 2 kg lebih banyak berbanding mereka yang tidak.
Penyelidikan juga menunjukkan bahawa minum air boleh mempercepatkan metabolisme tubuh sekitar 24 kalori untuk setiap 500 ml air yang diambil.
Perlu diingatkan bahawa kebanyakan cecair yang diambil adalah air kosong dan bukannya air yang mengandungi kalori tambahan.
Berdasarkan satu tinjauan, jumlah pengambilan kalori adalah 8 hingga 15% lebih tinggi apabila seseorang individu itu makan sambil minum air bergula, susu, atau jus.
Oleh itu, jadikan tabiat minum air kosong sebagai satu pilihan yang sihat dan bukannya air manis, okay?
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Melihat saiznya yang comel pasti anak-anak teruja. Namun perlu berhati-hati dengan saiz comel baby nenas yang berlambakan di pasaran. Pemanis tiruan yang terkandung di dalamnya sememangnya kurang sesuai untuk kita. Jadi berhati-hati.
Malah menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, baby nenas ini mengandungi pemanis tiruan tanpa khasiat. Hati-hati!
Hati-hati kalau anak nak makan nenas. Elakkan beli baby nenas, kemungkinan ianya ada pemanis tiruan tanpa khasiat cylamate.
Cyclamate ni pengganti gula. Manis dia 30 – 50 kali ganda lebih dari gula. Letak sikit pun dah cukup untuk beri rasa manis.
Cylamate bukan je takde langsung nutrisi buat anak tau, tapi akan beri kesan buruk jika diambil.
Yang sebenarnya, cylamate dah diharamkan di beberapa buah negara. Tapi baru ni dalam Malaysia sendiri pun, masih dijumpai baby nenas yang ada kandungan cylamate.
Kita hati-hati ya. Lebih baik cari nenas saiz biasa, dari biarkan anak makan baby nenas yang kemungkinan ada kandungan cylamate.
Real food tu baik. Bagus sangat untuk anak. Tapi manipulasi sektor pemakanan zaman sekarang, merisaukan sangat.
Real food pun kena pandai pilih. Kita cuba sama-sama ya.
Terdahulu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) melalui Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) memaklumkan bahawa terdapat 11 sampel buah nanas kecil atau baby nanas telah dikesan mengandungi bahan pemanis zat, siklamat.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, menurut KKM, siklamat merupakan sejenis pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis 30-50 kali lebih daripada gula biasa.
Berdasarkan Codex General Standard for Food Additives (GSFA), penggunaan siklamat adalah dibenarkan dalam makanan tertentu seperti jem, jeli, dan lain-lain.
Namun begitu, penggunaan siklamat adalah tidak dibenarkan terhadap buah-buahan segar, termasuklah yang telah dikupas atau sedia untuk dimakan. Ini juga disokong dalam Peraturan-Peraturan Makanan 1985.
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom.
Bila anak dah berusia 6 bulan ke atas, mesti ibu dah fikir macam-macam makanan untuk diberi pada si kecil. Dalam tempoh itu, pelbagai resipi nak di cuba supaya anak dapat zat yang cukup.
Dalam hal ini, seeloknya elakkan penggunaan gula dan garam dalam masakan anak-anak dari awal. Ada alternatif yang boleh dibuat untuk menggantikan garam iaitu buat serbuk ikan bilis sendiri untuk bagi ada rasa dalam makanan anak.
Perkongsian dari Puan Nurdiyana Jalaludin yang menghasilkan serbuk ikan bilis untuk anaknya boleh dicuba juga oleh ibu-ibu yang mahukan makanan anak lebih sihat.
Proses untuk buat serbuk ikan bilis ni seeloknya kita bersihkan dulu ikan bilis dengan membuang tulang dan kotoran yang ada.
Lepas tu bolehlah rendam dulu ikan bilis sekurang-kurangnya 4 jam.
Toskan ikan bilis yang direndam sebelum itu biar betul-betul kering.
Tak perlu gunakan minyak. Sangai atau goreng ikan bilis tanpa minyak sampai garing atau rangup. Jangan sampai hangit pulak. Kemudian sejukkan.
Boleh guna pengisar kering dan kisar sampai hancur.
Guna penapis untuk pastikan serbuk bilis betul-betul hancur dan halus. Penggunaan serbuk bilis tu tak perlu letak banyak. Cukup satu sudu kecil bergantung saiz hidangan anak.