Tiga beranak pergi bersama. Ibu dan dua anak yang menaiki sebuah kereta dipercayai terbabas sebelum terjunam ke sungai di Jambatan Syed Omar, Jalan Sungai Petani-Baling, petang semalam, ditemukan lemas awal pagi (26 Jun).
Ditemukan seakan-akan saling berpelukan
Mayat Masyitoh Ibrahim, 37, yang juga guru agama di Sekolah Kebangsaan (SK) Kampung Selarong, bersama dua anaknya, Muhammad Ziyad Zikri Sharudin, 7, dan Muhammad Ziyad Haziq, 5, dijumpai kira-kira jam 3.30 pagi di bahagian belakang kereta terbabit yang tenggelam di dasar sungai berkenaan.
Kereta jenis Proton Persona itu ditarik keluar dari dasar sungai pada kedalaman hampir lima meter, dengan bantuan kren sebelum mayat ketiga-tiga mangsa ditemukan dalam keadaan seakan-akan saling berpelukan.
Kredit Gambar: Metro
Timbalan Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Pesuruhjaya Bomba Syufaat Kamaron, berkata terdahulu pasukan daripada Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya serta Baling melaksanakan operasi mencari dan menyelamat (SAR) sejurus menerima panggilan pada jam 6.42 petang berhubung insiden itu.
Ads
Beliau berkata, pasukan kemudian berjaya mengesan kedudukan kereta terbabit di dasar sungai itu kira-kira jam 11 malam tadi.
“Anggota melakukan penandaan di tempat yang dikenal pasti sebelum anggota penyelam daripada Pasukan Penyelamat Di Air (PPDA) yang melakukan selaman, mengesahkan kenderaan itu berada di lokasi.
“Susulan itu, proses menaikkan kenderaan terbabit dilakukan mulai jam 11.30 malam hingga 3.30 pagi tadi. Kereta itu kemudian berjaya dibawa naik ke atas jambatan.
Kredit Gambar: Metro
“Tiga beranak terbabit ditemukan tidak tersepit di bahagian belakang kereta itu. Mayat kesemua mangsa berjaya dikeluarkan sebelum diserahkan kepada pihak polis,” katanya kepada pemberita di lokasi pencarian, awal pagi tadi.
Ads
Syufaat memaklumkan, mayat Mashitoh berjaya dikeluarkan pada jam 3.32 pagi diikuti kedua-dua anaknya selang dua minit kemudian, dalam operasi yang turut dibantu penduduk kampung, polis, Pasukan Bomba Sukarela (PBS) dan Jabatan Sukarelawan Malaysia (RELA).
Mayat ibu dan anak ditemui berpelukan di tempat duduk belakang.
Mengulas lanjut, beliau berkata, pada mulanya pasukan menghadapi cabaran di mana anggota telah mengikat rantai besi pada mata kren tetapi ia tercabut akibat arus deras.
Justeru, katanya, cubaan kedua dilakukan dengan melilit rantai besi itu pada tayar kereta dengan lebih ketat sebelum kenderaan itu berjaya dinaikkan.
“Ketika ditemukan, semua mangsa dalam kereta berkenaan nampak seakan-akan saling berpelukan, dipercayai apabila kenderaan itu terhempas ke sungai,” katanya.
Ads
Difahamkan, mayat tiga beranak itu kemudian dihantar ke Hospital Kulim untuk tindakan lanjut.
Pilunya hati membaca kisah benar ini. Hanya kerana kurangnya gagal mengumpul kos pengurusan jenazah, tubuh si bayi terpaksa dibiarkan dalam peti sejuk 3 hari sebelum dikebumikan….
Perkongsian daripada organisasi sukarela ini amat menyentuh hati. Bagaimana pengorbanan si ibu yang mengalami sawan sejak hamil akhirnya kehilangan bayi yang dikandung dan koma selepas bersalin. Belum sempat mendakap si kecil, ibu ini koma.
Apa yang lebih menyentuh hati warganet ialah usaha susah payah datuk dan nenek bayi berkenaan mendapatkan wang sebanyak RM500 bagi menampung kos pengebumian si kecil ini sehingga saudara mara pun tidak membantu sehinggalah bantuan diberikan oleh badan amal ini.
Gambar hiasan.
Disebalik Mengurus jenazah ke-80 petang tadi ada cerita pilu menyentuh hati semua unit sukarelawan yang bertugas.Dari unit sukarelawan van jenazah,unit bilal jenazah muslimah dan muslimin,unit taskforce hingga lah ke unit escort yang mengiringi jenazah bayi berusia 1 hari itu.
Maklumat tentang Kes anak syurga itu diterima melalui salah seorang rakan unit sukarelawan iaitu En yus yang juga kakitangan forensik hospital tengku ampuan rahimah,ketika itu semua unit sukarelawan sedang sibuk ditemuramah oleh wartawan **** untuk siaran rancangan **** tentang perjalanan dan matlamat unit khas van jenazah.
NENEK DAN DATUK BERHABIS UNTUK KOS PENGURUSAN JENAZAH
Menurut En Yus,pihak waris memerlukan bantuan dari unit khas van jenazah untuk menguruskan satu jenazah bayi yang meninggal dunia setelah dilahirkan.maklumat awal yang diberi menyatakan pihak keluarga yang juga datuk dan nenek kepada anak syurga itu sudah berhabis usaha untuk mencari duit bagi membayar kos pengurusan jenazah bagi mengebumikan jenazah cucu pertama mereka.
Setelah mendapat maklumat,9 orang wakil sukarelawan ukvj dari unit van jenazah ukvj-l dan ukvj-ll telah digerakkan ke hospital ********** diiringi unit escort untuk mengambil jenazah yang kami gelarkan anak syurga untuk dibawa balik ke bilik pengurusan jenazah jannatul firdaus.
Apabila jenazah anak syurga itu tiba dibilik wakaf bersama datuk dan neneknya,7 orang dari unit bilal jenazah muslimah tanpa berlengah terus melakukan tugasan mandi dan kafan dengan segera.
Ini kerana dari temubual yang dilakukan oleh ketua unit operasi terhadap si nenek kepada anak syurga itu,jenazah telah disimpan selama 3 hari dipeti mayat hospital ********** gara gara gagal untuk mencari duit.
Gambar hiasan.
JENAZAH TERBIAR 3 HARI KERANA TAK MAMPU KUMPULKAN LAGI RM300
Didalam temubual itu si Datuk dan nenek kepada anak syurga itu telah berusaha untuk meminjam duit kepada ahli keluarga dan jiran jiran,tetapi selepas 3 hari usaha mereka tidak berhasil sepenuhnya dan hanya dapat mengumpul duit berjumlah rm200.
Jumlah keseluruhan yang diperlukan bagi kos mandi kafan untuk jenazah kategori bayi@kanak kanak berharga rm250,manakala kos pengebumian juga berharga rm250 untuk jenazah kanak.jumlah kos keseluruhan yang perlu disediakan oleh si datuk dan nenek kepada bayi syurga ini adalah rm500.
Bayangkan jenazah anak syurga itu terbiar selama 3 hari didalam peti mayat gara gara si datuk dan nenek gagal mencari duit!
Disaat datuk dan nenek kepada bayi syurga ini buntu mencari rm300 lagi baki duit pengurusan jenazah cucu mereka,Allah swt telah memudahkan urusan dengan menghantar unit kami untuk membantu setelah maklumat disalurkan oleh salah seorang staff unit forensik yang juga sukarelawan kepada unit khas van jenazah.
ADIK BERADIK LANGSUNG TIDAK MAHU MEMBANTU
Ketika jenazah bayi syurga ini sedang disempurnakan oleh unit bilal jenazah muslimah kami,si nenek memberitahu sambil menangis teresak esak selama 3 hari beliau cuba berusaha untuk meminjam disana sini termasuk lah kepada beberapa orang jiran ditempat tinggalnya.mujur ada seorang dua yang menghulurkan bantuan dengan memberi pinjaman sehingga terkumpulnya duit rm200.
Katanya lagi beliau dan suami juga ada menghubungi Adik beradiknya,tetapi adik beradiknya langsung tidak mahu membantu untuk meminjamkan duit bagi menguruskan jenazah cucunya.
Gambar hiasan.
KOS DITANGGUNG PIHAK BADAN AMAL
Apabila mendengar keluhan suami isteri ini,kem unit kami cuba menenangkan si nenek sambil memberitahu pengurusan jenazah cucunya dari perkhidmatan van jenazah,perkhidmatan mandi dan kafan juga kos ditanah perkuburan akan ditanggung sepenuhnya oleh unit kami.
Sambil menangis ke dua dua suami isteri ini tidak putus putus perkataan terima kasih keluar dari mulut mereka!
IBUNYA DISERANG SAWAN SEMASA HAMIL
Menurut dari apa yang dikongsikan juga kepada unit kami,bayi yang sedang dimandi oleh unit bilal jenazah itu adalah cucu pertama kepada mereka berdua.
Ketika sudah hampir cukup bulan untuk bersalin,Anak perempuannya yang mengandungkan bayi tersebut telah 3 kali diserang sawan.apabila berlakunya kejadian serangan sawan untuk kali ke 2 mereka telah membawa anak perempuannya ke hospital kerana bimbang berlaku perkara yang tidak elok kepada si ibu dan juga bayi didalam kandungan.
Gambar hiasan.
SAWAN TERAKHIR IBU AKHIRNYA BERSALIN TAPI BAYI MENINGGAL DUNIA
Setelah ditahan diwad untuk menunggu si ibu bersalin,sekali lagi berlaku kejadian serangan sawan kepada si ibu sekali dengan tanda tanda bayi didalam kandungan siap sedia untuk dilahirkan.
Namun malangnya setelah dibawa ke bilik labour room bayi yang baru dilahirkan itu meninggal dunia selepas disambut oleh pihak doktor dan kakitangan.
Apabila meninggal dunia selepas lahir bermula lah satu lagi masalah baru ibarat sudah jatuh ditimpa tangga untuk si bapak,si nenek dan si datuk kepada anak syurga itu.
saat dipalit kesedihan,mereka dihantui pula dengan masalah untuk menguruskan jenazah akibat tidak mempunyai duit.bayangkan jika maklumat tentang masalah yang dihadapi waris kepada anak syurga ini tidak sampai kepada kami?
IBU KOMA MASIH BELUM TAHU ANAKNYA MENINGGAL DUNIA
Persoalan yang bermain diminda kami semua petang tadi,entah Berapa lama kah agaknya lagi jenazah anak syurga ini akan berada dipeti beku mayat?sudah la ibu kepada anak syurga ini masih tidak tahu bayinya telah meninggal dunia.si ibu pula ketika ini tidak sedarkan diri diwad rawatan rapi kerana diberi ubat tidur oleh pihak doktor.ditidurkan kerana kepenatan selepas terkena serangan sawan dan melahirkan anak.anak yang belum dilihat pula sudah pergi menemui sang pencipta.
Gambar hiasan
BAGAIMANA IBUNYA BILA TAHU ANAKNYA SUDAH TIADA?
Bagaimana kah agaknya situasi yang bakal berlaku setelah si ibu sedar dari tidur.pasti si ibu akan meraung sepuas puasnya bila mendengar berita anak yang baru dilahirkan sudah tiada.
Selepas selesai jenazah bayi itu dikebumi,sebelum pulang si nenek mengucapkan terima kasih berkali kali.si datuk memeluk ketua unit kami sambil mengucapkan perkataan terima kasih berulang ulang kali,begitu juga si bapa kepada anak syurga itu yang mulutnya tidak henti henti menyatakan terima kasih kepada semua unit sukarelawan yang sudah membantu.
ANAK SYURGA DINAMAKAN NURJANNAH
Apabila sedar nanti,moga si ibu tabah dalam menghadapi ujian dunia yang diberi allah swt kepada mereka sekeluarga.
Sebelum beredar Si nenek sempat memberi nama untuk anak syurga ini kepada nama NURJANNAH sempena nama bilik wakaf ukvj.
Salam takziah,kisah anak syurga telah unit kami selesai menggunakan duit dana yang telah disumbangkan oleh orang ramai sebelum ini dengan izin allah swt.alhamdulillah!
“Saya hanya minta doa, bukan minta sumbangan” begitulah luahan kecewa Puan Nurul Erwani apabila ada manusia-manusia yang tidak bertanggungjawab menggunakan gambar Ainul Mardhiah untuk meraih dana demi kepentingan peribadi si pelaku.
Beberapa tangkap layar menunjukkan maklumat sumbangan kilat yang katanya akan disalurkan kepada adik Ainul yang kini berada di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) akibat jangkitan kuman yang menyerangnya beberapa hari lalu.
Ibu kepada dua cahaya mata ini merayu kepada seluruh warga Malaysia agar tidak terpedaya dengat hantaran-hantaran yang dibuat oleh scammer tersebut demi meraih sumbangan.
“Tolong jangan percaya! Tolong jangan percaya! Wahai scammer tolong lah jangan gunakan kesempatan ini untuk kaut duit orang.”
Tambahnya lagi, dia tidak pernah meminta sebarang dana orang ramai buat cahaya mata sulungnya itu.
“Saya sebagai mak dia tak ada tulis dalam posting saya untuk minta sumbangan. Saya cuma minta doa orang ramai sahaja.”
Puan Nurul Erwani sempat menasihati orang ramai supaya tidak berkongsi tentang dana penipuan ini dan segera maklumkan kepadanya jika terjumpa lagi hantaran yang berkaitan.
“Kalau jumpa di mana-mana posting berkaitan untuk minta sumbangan Ainul. Tolong jangan percaya ya semua! Minta semua alert dengan perkara ni.”
“Kalau ada dan saya jumpa, saya akan ambil tindakan lanjut. Terima kasih.”
Setiap orang ujian yang dilalui tak sama. Namun bagaimana seseorang itu menempuhinya terletak dalam diri kita sendiri. Ada orang hidupnya sempurna sejak dari kecil sehinggalah besar. Ada pula yang pernah melalui peristiwa hitam dalam hidup sehingga menjadikan diri lebih kuat.
Apa pun perjalanan hidup kita, percayalah Allah tempat kita bergantung harap. Asalkan niat yang baik untuk berubah ke arah kebaikan, pasti dipermudahkannya.
Seperti kisah seorang ibu muda ini yang dikongsikan oleh Kaunselor Laktasi, Puan Nad Masrom, ia begitu menyentuh hati kerana perjuangannya untuk tetap menjaga bayi dan menyusukan dengan susu ibu walaupun status anak itu tidak mempunyai ayah.
Gambar Hiasan
Tebus kesilapan lalu
“Assalamualaikum puan. Saya masih dalam perjalanan. Kalau saya lambat sikit boleh tak? Nanti tolak masa 3 jam tu..”
Biasanya saya buat kaunseling hampir 3 jam juga. Jadi ibu ini minta izin untuk mula lewat tapi habis pada masa yang sama.
Saya ringkas jawab, “Boleh..”
Kemudian saya pesan kepadanya supaya tak tergesa-gesa. Bimbang kalau suaminya terpaksa bawa kereta laju-laju untuk sampai awal.
Selepas 1 jam setengah lebih kurang, ibu muda ini dan adiknya sampai dengan seorang bayi.
“Naik apa?”, tanya saya.
“Naik bas kak..”, tersipu malu dia jawab.
“Suami kerja?”, tanya saya.
“Saya tak ada suami…”, jawabnya sambil tertunduk.
“Maaf akak nak tanya, awak belum bernikah?”
Dia menggeleng kepala. Allahu.. Serba salah pula saya melihat dia bersusah payah untuk datang berjumpa saya hari ini.
Saya tahu dia belum makan dan desak dia pergi makan dulu. Apatah lagi dia sudah bertolak dari pukul 7 pagi.
Dia menolak pelawaan saya. Saya terpaksa hulur duit ke tangannya kerana bimbang dia tak cukup duit dan minta izin untuk ambil bayinya (semoga Allah jauhkan saya dari sifat ujub dan riak).
“Pergilah makan dulu. Mesti awak tak makan lagi. Nanti dah makan kita sambung.”
Dia dan adiknya yang berusia 11 tahun tersenyum dan pergi makan di kedai hadapan. Usai makan, kami teruskan sesi kaunseling.
‘Doakan saya dan anak mati’
Ya ibu muda ini telah melahirkan anak tidak sah taraf.
Hidupnya sendiri kerana keluarga malu. Dia kesal dengan apa yang berlaku. Namun dia tak pernah putus asa dalam mencari ilmu demi menyusukan bayinya dengan susu ibu.
“Lelaki tu doakan saya dan anak mati bila saya cari dia untuk bertanggungjawab. Dia dah kahwin pun dengan orang lain..”, jawabnya sambil bergenang air mata.
“Saya nak bagi susu ibu sebab saya sayang anak saya…”
“Nak menuntut ilmu ni 3 kali saya tukar bas dan 3 kali naik grab,” terangnya yang buat saya serba salah. Kalaulah saya tahu sesusah itu si ibu, sudah tentu saya sendiri yang akan melawatnya di rumah.
“Saya jumpa akak melalui Youtube. Saya belajar marmet dari youtube akak. Kemudian saya nampak gambar akak. Saya rasa akak orang yang sama dengan youtube tu. Sebab tu saya nak belajar dengan akak”, ceritanya tentang bagaimana dia boleh menemukan saya.
“Sayang sangat pada lelaki tu?”, tanya saya tiba-tiba.
“Ya sayang. Sebab sayanglah saya buat benda bodoh tu..”
“Setiap titis susu yang keluar tu kena syukuri. Bila kita bersyukur, Allah tambah nikmat. Macam hari ni, susah payah awak datang, awak kena bersyukur sebab tak semua orang dapat gali ilmu macam awak,” terang saya untuk meredakan rasa salah dalam dirinya.
“Jaga anak ni betul-betul. Mana tahu dia akan jadi pejuang agama dan pelindung kepada ibunya nanti..”, beritahu saya pada ibu ini.
Banyak yang kami kongsi bersama tentang penyusuan susu ibu. Dari teknik perahan tangan, teknik perahan dengan pam, posisi penyusuan, lekapan dan lain-lain.
Ibu ini juga aktif dalam group-group penyusuan. Saya perasan juga profilnya tanpa muka dan nama yang pelik juga.
“Memang sengaja guna nama pelik untuk sembunyikan identiti?”, tanya saya kepadanya.
Dia mengangguk sahaja. Pernah dia diminta tukar nama profil facebook itu untuk memasuki group. Rupanya ada sebab mengapa sesetengah ibu ini terpaksa menyembunyikan identiti mereka.
Dia nampak letih dan sugul. Tapi bersemangat waja.
Nampak rindu di wajahnya pada keluarga. Nampak terbeban di bahunya menanggung tanggungjawab itu sendirian. Sungguh bayi yang dikendong itu tidak berdosa. Dan syukurlah dia masih mahu menjaga dan menyusukan bayinya.
Dia sudah kesal dengan apa yang berlaku. Saya yakin dia tak mahu mengulangi kesilapan yang lalu.
Saya kagum dengan semangatnya yang luar biasa.
Dalam sendiri dan tidak bersuami, dalam kepayahan dan tiada kenderaan, dia masih mahu datang dari jauh, dengan naik turun bas dan grab hanya ingin zahirkan rasa cinta dan sayang buat anaknya.
“Saya nak bagi susu ibu sebab saya sayang anak saya…”, kata ibu itu yang menggamit jiwa keibuan saya sebelum dia beransur pulang.
Semoga ibu ini terus tabah dalam menempuh jalan seribu liku.
Sumber: Nad Masrom
Kaunselor Laktasi
Fasilitator Art Therapy in Breastfeeding
**Jangan lupa saksikan Pa&Ma Journey Bersama SchAwaLara, setiap Rabu jam 9 malam di Astro Ria saluran 104/124 dan ulangannya setiap Ahad jam 9.30 pagi.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Berita Bung Moktar meninggal dunia mengejutkan negara. Ketahui perjalanan hidup, keluarga, legasi politik dan sisi peribadi tokoh Sabah ini yang dikenang ramai.