Khairul Aming diberi kebenaran ambil barang di Mydin bantu mangsa banjir. Situasi banjir di Kelantan semakin kritikal. Terpanggil membantu meringankan beban mangsa-mangsa banjir, pempengaruh, Khairul Aming turun padang memberi bantuan.
Khairul Aming Diberi Kebenaran Ambil Barang Di Mydin Bantu Mangsa Banjir
Dalam pada itu, syarikat pemborong dan peruncit terkenal, Mydin Mohamed Holdings Berhad (Mydin) telah mengambil inisiatif untuk memudahkan urusan Khairul Aming bagi meneruskan pemberian bantuan kepada mangsa banjir di Kelantan.
Menerusi sebuah video yang tular di TikTok, Pengarah Urusannya, Datuk Ameer Ali Mydin memberi jaminan untuk membenarkan usahawan itu mengambil barangan di premis miliknya bagi membantu rakyat terkesan.
“AWAK BOLEH AMBIL BARANG SEBERAPA BANYAK AWAK NAK, TAK PERLU HANTAR ORANG ATAU KAD KREDIT, 20,000 ATAU 100,000, NANTI SELEPAS BANJIR AWAK BAYARLAH,” KATANYA.
Situasi banjir yang dilihat semakin kritikal melanda negeri Kelantan sehingga mencecah hampir 100,000 mangsa.
Ia mendapat perhatian ramai sehinggakan pempengaruh media sosial dan beberapa usahawan tempatan termasuk Khairul Aming turun padang membantu mangsa banjir.
Khairul Aming atau nama sebenarnya Khairul Amin Kamarulzaman menerusi Instagram miliknya memaklumkan sebaik tiba di Kelantan pada Sabtu, dalam tempoh dua jam dia berjaya kumpul bantuan untuk 2,000 mangsa banjir di Pasir Mas.
Dalam pada itu, pihak Mydin turut memberikan sumbangan berbentuk barangan kepada mangsa.
Setiap kali tibanya musim ibadah korban, pasti ramai antara kita yang tertanya-tanya tentang cara terbaik dan paling afdhal untuk mengagihkan daging korban.
Lebih-lebih lagi bagi mereka yang pertama kali menyertainya, atau ingin memastikan ibadah ini dilaksanakan sebaik mungkin mengikut tuntutan syarak.
Seorang individu telah mengajukan soalan kepada Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan:
“Assalamualaikum Dato’ Seri Mufti. Alhamdulillah, saya berkemampuan untuk menyertai ibadah korban pada tahun ini. Saya ingin bertanya, bagaimanakah cara pembahagian yang afdhal untuk saya bahagikan daging korban ini? Mohon pencerahan Tuan Mufti. Terima kasih.”
Berikut merupakan penjelasan yang diberikan oleh pihak Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan bagi persoalan ini:
Alhamdulillah segala puji bagi Allah SWT Tuhan semesta alam, selawat serta salam ke atas junjungan teragung Nabi Muhammad SAW dan ke atas ahli keluarga serta mereka yang mengikuti jejak langkah Baginda SAW hingga ke hari Kiamat.
Allah SWT telah mensyariatkan ibadah korban kepada golongan yang berkemampuan untuk melaksanakannya. Dalil pensyariatannya adalah berdasarkan firman Allah SWT:
فَصَلِّ لِرَبِّكَ وَانْحَرْ
Maksudnya: Oleh itu, kerjakanlah sembahyang kerana Tuhanmu semata-mata, dan sembelihlah korban (sebagai bersyukur).
Begitu juga, hadith yang diriwayatkan oleh Anas Ibn Malik RA:
Maksudnya: Sesungguhnya Nabi SAW melaksanakan korban dengan dua ekor kambing dan aku sendiri (Saidina Anas RA) juga melaksanakan korban dengan dua ekor kambing.
Hadith riwayat al-Bukhari: (5233)
Hukum melaksanakan ibadah korban bagi mazhab Syafi’ie ialah sunat muakkad. Ini kerana ia merupakan syiar Islam yang wajib ke atas orang muslim yang berkemampuan demi untuk menjaga terhadap syiar tersebut. (Rujuk al-Mu’tamad fi Fiqh al-Syafie, 2:478)
Selain itu, daging korban itu wajib untuk disedekahkan kepada golongan fakir dan miskin dalam kalangan orang Islam berdasarkan firman Allah SWT:
Maksudnya: Dengan yang demikian makanlah kamu dari (daging) binatang-binatang korban itu dan berilah makan kepada orang yang susah, yang fakir miskin.
(Surah al-Hajj: 28)
Menjawab persoalan di atas, kami menyatakan bahawa hal ini hendaklah terlebih dahulu melihat sama ada korban tersebut merupakan korban sunat atau korban nazar atau yang telah ditentukan untuk dijadikan korban.
Jika sekiranya haiwan korban tersebut merupakan korban sunat, maka sunat juga baginya untuk memakan sebahagian daripada daging haiwan korban tersebut.
Walau bagaimanapun, harus untuk dia mengagihkan kesemua daging korban tersebut kepada orang lain. Ini berdasarkan hadith yang diriwayatkan oleh Jabir RA, bahawa Baginda SAW telah melakukan korban:
Maksudnya: Baginda SAW menyembelih 63 ekor unta, kemudian Baginda SAW memberikan kepada Ali Ibn Abi Talib untuk menyembelih apa yang terbaki. Lalu Baginda SAW menyuruh supaya bagi setiap satu unta itu dibahagikan kepada beberapa orang. Kemudian dimasukkan ke dalam periuk lalu dimasak. Setelah itu mereka berdua makan dagingnya dan minum kuahnya.
Hadith riwayat Muslim: (1218)
Oleh itu, daging korban tersebut boleh dibahagikan kepada beberapa cara, antaranya:
Sebaliknya, jika sekiranya haiwan korban tersebut merupakan sebagai korban nazar atau korban wajib yang telah ditentukan, maka dia wajib menyedekahkan kesemua daging korban tersebut kepada golongan fakir miskin dan tidak harus untuk dia memakan sebahagian daripadanya. (Rujuk al-Mu’tamad Fi Fiqh al-Syafie: 485)
Oleh itu, al-Sheikh Muhammad Bin Ahmad al-Syathiri di dalam kitab Syarh al-Yaqut al-Nafis, mengatakan bahawa:
Maksudnya: Adapun yang afdhal bagi pembahagian sembelihan korban yang sunat ialah dengan memberi sedekah sebahagian besar daripadanya dan meninggalkan sedikit untuk dimakan sebagai mengambil berkat daripadanya. (Rujuk Syarh al-Yaqut al-Nafis: 826)
Kesimpulan
Berdasarkan perbahasan dan perbincangan di atas, kami menyimpulkan bahawa jika sekiranya korban tersebut merupakan nazar atau yang telah ditentukan untuk dijadikan korban, maka wajib untuk dia menyedekahkan kesemua daging tersebut dan tidak boleh dia memakan sebahagian daripadanya.
Manakala, jika sekiranya ia merupakan korban yang sunat, maka cara yang afdhal bagi pembahagian daging korban tersebut ialah menyedekahkan kesemuanya bagi mencapai tujuan korban tersebut, serta memakan sedikit daripadanya untuk beramal dengan zahir nas al-Quran dan sunnah Rasulullah SAW.
Semoga Allah SWT memberikan kita taufiq dan hidayah dalam mengamalkan syariat agamaNya dengan sebaiknya. Amin.
Selangor kini berdepan realiti yang semakin membimbangkan apabila kadar kesuburan di negeri itu jatuh ke paras rendah dengan purata hanya 1.5 anak bagi setiap wanita, jauh daripada paras penggantian generasi iaitu 2.1 anak.
Situasi ini menimbulkan persoalan besar tentang masa depan demografi negeri, sekali gus memberi isyarat bahawa cabaran sosial dan ekonomi bakal menanti sekiranya trend itu berterusan.
Sebagaimana yang dinyatakan oleh Exco Pembangunan Wanita dan Kebajikan Masyarakat Negeri Selangor, Anfaal Saari berkata, statistik menunjukkan penurunan kelahiran hidup sebanyak 7.2 peratus pada 2022 berbanding 2021.
Menurut beliau, antara faktor itu disebabkan trend perkahwinan lewat dalam kalangan generasi muda khususnya Generasi Z menyumbang kepada penyusutan kadar itu.
“Ramai anak muda memilih untuk berkahwin lewat kerana mengambil kira kos sara hidup yang semakin tinggi.
“Akibatnya, tempoh usia produktif semakin pendek sebelum mereka mencapai umur matang 40 hingga 45 tahun,” katanya
Anfaal berkata ketika ditemui selepas Majlis Pelancaran Seminar Kependudukan Negeri Selangor (SKNS) Selasa lalu., kerajaan negeri sedar cabaran itu, namun setakat ini belum ada inisiatif khusus berkaitan kesuburan.
Bagaimanapun, sebuah pusat subfertiliti akan dibangunkan di Shah Alam dengan kerjasama Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN).
Katanya, kerajaan negeri melalui Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) akan memudah cara urusan kelulusan bagi membolehkan projek itu direalisasikan.
“Pusat subfertiliti ini bukan sahaja memberi manfaat kepada warga Selangor, malah seluruh penduduk Zon Tengah.
“Projek ini sudah diluluskan dalam RMK-12 (Rancangan Malaysia Ke-12) dan dijangka siap menjelang tahun 2030,” tambah beliau.
Mengulas mengenai seminar itu, Anfaal memberitahu, program itu bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai isu kependudukan selain menjadi platform perbincangan strategik.
“LPPKN berhasrat memperkukuh dasar dan intervensi yang menyokong institusi keluarga khususnya bagi generasi muda.
“LPPKN juga berharap hasil pembentangan dan perbincangan yang berlangsung dapat menjadi asas kukuh dalam penggubalan dasar dan pelaksanaan intervensi yang lebih berkesan,” jelasnya.
Jelasnya, isu kadar kesuburan bukanlah sekadar angka di atas kertas, sebaliknya bakal memberi kesan langsung terhadap struktur masyarakat dan pembangunan negeri pada masa hadapan.
Justeru, usaha yang lebih menyeluruh diperlukan bagi menggalakkan perkahwinan awal, menyokong institusi keluarga dan memudahkan akses kepada rawatan kesuburan.
Jika tidak ditangani segera, Selangor mungkin berdepan generasi mengecil yang akan menjejaskan kelangsungan tenaga kerja serta keseimbangan sosial dalam tempoh beberapa dekad akan datang.
Dalam Tak Sedar Menitis Air Mata Lihat Video Ni, Cara Adik Umar Jaga Ibu Strok Undang Sebak
Tular video seorang anak lelaki berusia 12 tahun sedang menguruskan ibunya di wad tanpa kekok undang sebak.
Pengorbanan kanak-kanak dikenali sebagai Iman yang baru berusia 12 tahun menjaga ibunya yang diserang strok membuatkan ramai kagum dan menitis air mata.
Muat naik video berdurasi 51 saat menerusi perkongsian di laman sosial TikTok @norasni31 telah meraih tontonan hingga 2.8 juta.
“Iman anak tunggal. Sepanjang aku kat sini dia seorang diri menjaga ibunya yang mengalami strok.
“Tidak duduk diam dia untuk memastikan keadaan ibu betul-betul selesa.
“Dialah yang akan tukarkan lampin ibunya dan lap badan yang merupakan ibu tunggal. Dia buat semuanya seorang diri tanpa bantuan sesiapa pun.
“Ibunya hanya ada Iman,” kongsinya.
Menurut wanita itu, Iman sebagai satu-satunya waris perlu ‘menghadam’ segala maklumat dan perkembangan kesihatan bondanya daripada pihak hospital.
“Doktor sendiri tidak tahu sama ada Iman faham atau tidak. Apa yang diterangkan dan apa yang perlu dibuat pada usia 12 tahun.
“Semoga Iman kuat dalam menjalankan tanggungjawab biarpun masih terlalu muda.
“Kita yang dewasa ini pun belum tentu dapat melakukan apa yang dilakukan Iman, sanggup berjaga siang dan malam.
“Semoga ALLAH permudahkan urusan kamu dik,” coret Norasni.
Meninjau diruangan komen, rata-rata meluahkan rasa sebak dan simpati.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!