Usahawan jenama Muslimah Leeyana Rahman yang selamat melahirkan cahaya mata ketiganya baru-baru ini turut berkongsi wajah dan nama buah hati terbarunya itu.
Leeyana dan suaminya, Mohamad Hafiz sepakat menamakan anak ketiga mereka dengan nama, Mellysa Rose.
“Kenalkan baby ketiga aka anak bongsu kami, Hajjah Mellysa Rose bt Muhammad Hafiz ❤️.
“Korang tengok muka macam sape? Alhamdulillah anak yang baik tak kuat ragam,” ujarnya.
Ads
Melalui entri itu juga, Leeyana atau mesra disapa Yana turut memuat naik sekeping gambar si comel Mellysa Rose yang cukup comel.
Ibu kepada tiga orang anak perempuan ini juga turut meluahkan penghargaan kepada suaminya yang menjaganya dan bayi ketiga di dalam pantang.
“Thankyou #hafizhamids setiap malam jaga anak. Habis je pantang esoknya kita terus pegi travel okey hahaha!
Ads
Terdahulu, ibu cantik manis ini selamat melahirkan bayi ketiganya itu pada tarikh cantik iaitu 11 November yang lalu.
Terbaru, pelakon dan usahawan Yana Samsudin memaklumkan dirinya sedang hamil enam bulan. Berkongsi berita itu kepada umum ketika majlis pelancaran produk minuman susu oat jenamanya iaitu Bagoos yang berlangsung di KLCC.
Menurutnya tiada niat untuk menyembunyikan kehamilan cahaya mata ketiganya itu, sebaliknya lebih selesa untuk tidak menghebohkan kepada umum.
Berbeza dengan kehamilannya sebelum ini untuk anak yang pertama dan kedua, suami berkongsi berita gembira tersebut. Namun untuk anak yang ketiga ini Yana akan maklumkan bahawa dirinya tengah hamil jika ada yang bertanya dan lihat perubahan fizikal saya.
“Memang cara saya daripada anak pertama dan kedua bila usia dah tujuh lapan bulan baru hebohkan pada orang ramai. Sebabnya saya kan ada PCOS (sindrom ovari polisistik) yang saya tak tahu tarikh subur. Saya pula dah tiga kali keguguran.
“Bagi saya, kalau masih awal hamil itu kalau tak cakap pun tidak apa lagi kot. Tiada niat pun tak nak beritahu, siapa nampak saya tidak menidakkan. Alhamdulillah dah enam bulan, insya-Allah hujung bulan Januari atau awal Februari tahun depan saya bersalin,” jelasnya.
Dalam masa sama, Yana turut berkongsi pengalaman dengan mendedahkan dirinya mengalami alahan yang teruk sehingga terpaksa dimasukkan ke hospital beberapa kali untuk kandungan kali ini.
“Saya alami alahan yang sangat teruk. Siang malam rasa susah nak bangun. Baring je selalu, nak makan pun tak lalu sangat. Sampai banyak kali juga masuk keluar hospital.
“Masuk air dalam badan banyak kali, masukkan vitamin juga. Sampai dah masuk kandungan lima bulan baru okay sikit. Dah la masa lima bulan tu saya diuji juga dengan Influenza A,” kongsinya lagi yang akan melahirkan zuriat ketiganya itu dengan kaedah pembedahan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sambutan hari lahir biasanya dipenuhi gelak tawa, permainan dan belon berwarna-warni. Namun, dalam sekelip mata, suasana yang menggembirakan boleh berubah menjadi detik paling mencemaskan buat sebuah keluarga.
Itulah yang berlaku kepada Uwais Al-Fateh apabila sebiji belon yang belum ditiup dipercayai memasuki saluran pernafasannya sehingga menyebabkan dia sukar bernafas, tubuh menjadi kebiruan dan jantung terhenti seketika.
Menurut perkongsian ibunya, Nurul Huda Zulkhairi, Uwais pada awalnya kelihatan sihat. Dia sempat minum air, berlari-lari dan bermain bersama rakan-rakan sebelum tiba-tiba menunjukkan tanda sesak nafas.
Disebabkan adik Fateh pernah mengalami asma, ahli keluarga menyangka keadaan itu adalah serangan asma biasa. Namun, keadaannya semakin merosot dalam tempoh yang sangat singkat.
Apabila tubuh Fateh mula bertukar kebiruan, ahli keluarga segera memberikan pertolongan cemas kerana menyangka dia mungkin tercekik makanan.
Uwais kemudiannya dibawa ke hospital untuk menerima rawatan kecemasan.
Ketika doktor cuba memasukkan tiub pernafasan, sebiji belon yang belum ditiup ditemukan tersangkut di dalam saluran pernafasannya. Belon tersangkut dalam saluran pernafasan anak tersebut berjaya dikeluarkan sebelum rawatan diteruskan.
Belon tersebut berjaya dikeluarkan dan CPR diteruskan sehingga denyutan jantung Fateh kembali.
Selepas melalui detik kritikal itu, Fateh dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU). Dia kini masih menjalani rawatan dan proses rehabilitasi.
Ramai ibu ayah mungkin melihat belon sebagai permainan yang ringan dan tidak berbahaya. Namun, belon yang belum ditiup serta cebisan belon yang pecah sebenarnya boleh mendatangkan risiko tercekik yang serius, terutama kepada kanak-kanak kecil.
Berbeza dengan makanan keras, belon diperbuat daripada bahan yang lembut dan anjal. Apabila tersedut masuk, ia boleh berubah mengikut bentuk saluran pernafasan.
Permukaannya yang lembap pula boleh melekap pada dinding saluran udara dan menutup laluan oksigen ke paru-paru.
Dalam keadaan tertentu, batuk juga mungkin tidak mampu menolak belon keluar kerana bahan getah boleh berkedut, mengembang atau bergerak lebih jauh ke dalam.
Sebab itu, cubaan mengorek mulut anak secara membuta tuli tidak digalakkan. Tindakan tersebut boleh menyebabkan objek ditolak semakin dalam dan menyukarkan proses menyelamat.
Apabila saluran pernafasan tersumbat sepenuhnya, anak mungkin tidak dapat mengeluarkan suara seperti biasa.
Antara tanda yang perlu diperhatikan ialah:
Jika tanda-tanda ini berlaku, ibu ayah perlu mendapatkan bantuan kecemasan dengan segera.
Hubungi talian 999 dan lakukan bantuan tercekik yang sesuai mengikut usia anak. Elakkan memasukkan jari ke dalam mulut kecuali objek tersebut benar-benar kelihatan dan mudah dicapai.
Keselamatan anak tidak berakhir apabila sambutan hari lahir selesai.
Selepas tetamu pulang, ibu ayah perlu memastikan semua belon dan cebisan belon dikutip. Jangan biarkan belon yang belum ditiup berada di atas lantai, bawah meja atau di celah perabot.
Beberapa langkah pencegahan yang boleh dilakukan ialah:
Ibu ayah juga disarankan mempelajari asas pertolongan cemas tercekik dan CPR. Ilmu tersebut mungkin kelihatan kecil, tetapi boleh menjadi penyelamat ketika kecemasan berlaku.
Belon mungkin menjadi simbol kegembiraan dalam sesuatu majlis, tetapi ia juga boleh membawa bahaya sekiranya tidak dikendalikan dengan betul.
Apa yang berlaku kepada Uwais menjadi peringatan bahawa bahaya kepada anak kadangkala datang daripada benda yang paling biasa berada di sekeliling mereka.
Kisah belon tersangkut dalam saluran pernafasan anak ini turut mengingatkan semua ibu bapa supaya tidak memandang ringan risiko yang dibawa oleh belon yang belum ditiup atau cebisan belon yang pecah.
Semoga Uwais Al-Fateh terus diberikan kekuatan, dipermudahkan segala urusan rawatan dan dikurniakan kesembuhan sepenuhnya.
Semoga seluruh ahli keluarganya turut diberikan ketabahan dalam melalui ujian ini. Mudah-mudahan kisah ini membuka mata lebih ramai ibu ayah agar lebih berhati-hati dengan penggunaan belon, khususnya apabila melibatkan kanak-kanak kecil.
Isteri kita orang yang paling banyak berkorban dalam membesarkan anak. Lebih-lebih lagi suri rumah tangga. Sebahagian besar masanya sepanjang hari dihabiskan untuk memberi perhatian pada anak. Bukan seorang tapi pada anak-anak yang lain. Tak mudah!
Sesekali isteri mengadu tidak sihat, janganlah kita buat tak peduli. Tunjukkan rasa keprihatian kita pada isteri. Dia jarang mengadu sakit tapi kerana tidak berdaya dia perlukan suami untuk membantu.
Perkongsian saudara Firdaus Shakirin ini memang deep. Jangan lebihkan kerja sahaja, keluarga tidak ada galang gantinya. Jangan buat tak peduli!
Bangun pagi ni, wife kata tak sihat. Hari ni 1st day school, terus mesej bos, bagitau ambik AL. Kalau tak bagi, ambik EL, kalau tak bagi jugak, kira ABSENT.
Bos tanya kenapa tak WFH ja? Tak boleh, WFH kena attend meeting, kena buat keje itu ini, email sana sini. Jap lagi nak beli makan lagi, nak ambik anak lagi. Tak boleh fokus dengan kerje yang bos nak bagi. Dia tak kata apa, dia reply ok 👌 ja.
Dulu macam ni jugak masa anak-anak masih kecil. Bila wife cakap tak sihat, nak p keje tu jadi berat. Dia tak sihat tapi dia jugak tak boleh rehat sebab kena uruskan anak-anak.
Bila saya fikir dan ingat balik, dalam setahun tu, kadang-kadang sekali dua saja dia akan cakap tak sihat dan dia bagitau. So bila dia kata tak sihat tu, maka saya faham yang dia memang tak boleh buat apa-apa dah, dia dah tak mampu buat, dia perlukan rehat.
Ayat “Tak Sihat” dari dia adalah sesuatu yang amat JARANG didengari.
Saya pulak jenis yang pegang ayat family 1st, maka tak kisah dah performance nak lingkup ke, buruk ke, bos nak kata tak komited ke apa ke. Kerja boleh cari, family tiada ganti.
Family sakit, baik isteri, anak-anak, suami mesti cuba untuk ada di sisi. Kadang-kadang kehadiran tu yang jadi penyembuhnya, yang jadi pengubatnya.
Assalamualaikum dan selamat pagi gais. Mulakan hari anda dengan bismillah. Semoga semua yang tak sihat cepat sembuh seperti biasa.
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penyebab utama anemia di kalangan wanita mengandung adalah kekurangan zat besi. Semasa mengandung, badan manusia akan menghasilkan banyak darah untuk menampung tumbesaran janin.