Chantelle Broughton, 29, selamat melahirkan bayi lelaki bernama Ayon dan kembarnya bayi perempuan bernama Azirah di Hospital Bandar Nottingham pada April lalu.
Memetik laporan, wanita dari Nottingham, England itu melahirkan bayi kembar lelaki dan perempuan namun kedua-duanya mempunyai warna kulit yang berbeza.
Apa yang membezakan kedua-dua bayinya dengan kembar lain adalah, Ayon memiliki mata hijau dengan kulit cerah manakala Azirah mata coklat dan berkulit gelap.
Menurut pakar genetik, kelahiran ini adalah luar biasa dan ia terjadi satu dalam sejuta kes kelahiran.
Ads
Malah dari genetiknya, wanita itu memiliki darah campuran kerana datuk sebelah ibunya berasal dari Nigeria, manakala suaminya pula berdarah kacukan Jamaica dan Scotland.
Menurut wanita itu lagi, semasa dilahirkan anak kembarnya itu tidak kelihatan berbeza tetapi perubahan ketara mula dilihat sejak empat bulan lalu.
Ads
Selain penampilan berbeza, kedua-dua kembar itu juga dikatakan mempunyai personaliti bertentangan antara satu sama lain.
Perempuan itu adalah seorang wanita yang dilahirkan menjadi seorang ibu selepas sebuah episod kelahiran. Dia melalui satu frasa yang asing. Dahulu hidupnya hanya memikirkan perihal dia. Sekarang dia ada satu tanggungan (iaitu anak) yang kau sebagai lelaki tidak mampu melunaskan hak sebagai seorang ibu.
Kalau lelaki bertanya
Mengapa perempuan kuat beremosi selepas bersalin?
Fahami ini. Anak itu lahir.
Tidak berdialog. Hanya menangis. 1 tangisan melambangkan 1000 cerita. Hanya naluri ibu memahami apa cerita yang si anak cuba sampaikan. Tetapi lelahnya dia untuk mengintrepetasikan bunyi tangisan itu memakan seluruh tenaga batinnya.
Kemudian anak yang lahir itu ditimpa kuning. Orang keliling berkata…”normallah”
Kau tidak mampu faham. Sebagai seorang ibu, meskipun 10 orang anak melalui frasa cucuk ambil darah, letak bawah lampu biru. Sepuluh kali juga hatinya renyuk. Terbayang apa salahnya sehingga anaknya diserang kuning.
Drama?
Bukan. Dia terlalui menyintai. Perasaan yang kau tak mampu hadami. Kemudian cerita menyusu. Dari awal kelahiran segala buku, blog, website, pakar, bidan dia jumpa untuk belajar hal penyusuan.
Tetapi Allah dah tetapkan rezeki dia bercatu untuk menyusukan anak. Kalian hanya boleh terbayangkan botol dan formula. Dalam kepalanya terbayang erti kegagalan!
Kemudian proses penyembuhan.
Mari aku ceritakan. Dia seorang ibu hamil. Terpaksa menapak separuh kilometer saban hari, berdiri 30 minit dlm lrt/ktm, memandu tekan clutch kereta sekeras kayu mengharung jem.
Demi…. Sesuap nasi.
Selembar rezeki untuk membayar tanggungan dan hutang hidup. Bersama-sama berkongsi jerih dengan suami. Sambil melayan mabuk loya dan alahan. Dari usia kandungan sehari sehingga 9 bulan.
Kemudian ketika melahirkan anak. Kesakitan maha hebat. Terasa terkoyak terkopak dua badan menahan sakit. Ketika itu sudah rela diambil nyawa. Baik mati dari beranak atau berdebar tunggu dibedah. Habis bius luka memerit melintang di bawah. Kemudian bila pulang dari hospital. Segala tanggungjawab tidak berkurangan.
Masih sama.
Kain baju perlu dibasuh disidai. Jika ada anak-anak yang tua, perlu diuruskan hal sekolah. Tembolok keluarga perlu dipenuhkan dengan masakan rumah. Lantai perlu disapu dimop untuk elakkan semut menjamah kulit bayi. Badan sendiri tak terbela.
Penat tak habis hilang. Anak perlu dibesarkan penuh didikan dan kasih sayang. Dia beremosi kerana dia wanita. Dia beremosi kerana dia seorang ibu. Dia menanggung beban dunia di ubun kepalanya. Dan dia beremosi kerana dia seorang yang normal. Dia memerlukan ruang untuk merasa lemah dan lelah.
Masa untuk dia melepaskan semuanya. Sambutlah dia wahai suami. Dia tidak minta disanjung. Cukup sekadar kau mendampingi.
Emosi itu bukan nusyuz atau derhaka.
Emosi itu lambang kekuatan kalian menjadi pemangkin hidup dia.
Biarkan dia menangis. Dengari bebelannya. Dekati dia dengan pujuk lembut. Bawa dahinya kedadamu. Kucup dan alunkan zikir sehingga dia terlena. Tak perlu mencari solusi.
Cukup sekadar kau memahami. Mengapa dia beremosi.
Peringatan buat bakal-bakal bapa.
Kredit : Siti Aishah
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Air mineral yang disimpan lama, lebih-lebih lagi waktu tengahari ketika panas sebaiknya dielakkan untuk anak minum. Apa sebabnya?
Menurut perkongsian Dr Mazliana Mazlan, air dalam botol plastik yang panas ini akan mengganggu imuniti anak. Ini yang mak ayah perlu tahu.
Elak anak minum air dalam botol plastik yang kita simpan dalam kereta tengah panas. Cuba elakkan semampu yang kita boleh.
Botol yang dipanaskan, akan ada bahan kimia yang terhasil. Bisphenol dan antimony. Ia akan terlarut dengan air yang ada dalam botol.
Air dalam botol kita simpan dalam kereta. Air suam kita tuang dalam botol plastik. Air botol tertinggal dalam kereta waktu tengahari. Kita panaskan air dalam kettle plastik. Bancuh susu dengan air suam dalam botol plastik.
Semua keadaan macam ni, kalau boleh kita cuba elakkan.
Bahan kimia dari botol, boleh buatkan hormon dalam badan anak terganggu. Kacau bilaukan imuniti anak, masalah sistem saraf dan metabolik.
Antara pilihan yang lebih baik, ganti botol anak dari material stainless steel.
Sekejap masa berlalu, video terbaru anak keempat Dato’ Seri Eizlan Yusof, Zaelynn Rosa telah menarik perhatian ramai. Bila jarang-jarang kongsi, tahu-tahu dah besar si comel ini. Bulan April depan genaplah dua tahun usianya.
Zaelynn Rosa adalah anak kacukan Serani dan Melayu melalui perkahwinan kedua Eizlan Yusof dengan isteri, Datin Seri Natasha Rosa Boudville yang berketurunan Serani.
Menerusi instagram Sasha Boudville, satu video yang dikongsikan telah meraih perhatian ramai. Video tersebut memaparkan isteri Eizlan dan anak perempuannya di sebuah restoran sedang menikmati makanan.
Apa yang menarik perhatian adalah gelagat Zaelynn yang semakin bijak dan comel serta dah mula faham arahan apabila disuruh oleh mommynya.