Masalah cepat lupa adalah yang kerap diadu oleh kebanyakan wanita selepas melahirkan anak.
Adakah ia perkara yang normal? Rata-rata ibu mengakui selepas melahirkan anak mereka mengalami simptom mudah lupa.
Ada yang membuat persepsi kemungkinan salah satu urat terputus semasa proses melahirkan anak membuatkan mereka mudah lupa. Benarkah?
Menurut Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi, Dr Maiza Tusimin, wanita selepas bersalin mengalami pelbagai perubahan fizikal dan mental yang meletakkan ibu berisiko mengalami gangguan emosi dan mental yang teruk.
Dr Maiza Tusimin, Pakar Perunding Obstetrik & Ginekologi
“Fasa selepas bersalin dikaitkan dengan peningkatan risiko kemerosotan kognitif, terutamanya ingatan yang lemah atau cepat lupa, kealpaan dan kesukaran menumpukan perhatian.
Perubahan tahap hormon seperti paras estrogen, progesteron, dan glukokortikoid secara mendadak sebaik sahaja melahirkan menyumbang kepada kemerosotan fungsi kognitif semasa tempoh berpantang. Namun begitu, ianya bersifat sementara,” demikian jelas Dr Maiza.
Jika menurut penjelasan Dr Maiza, simptom pelupa itu disebabkan perubahan hormon dan bersifat sementara sahaja, jadi ibu tak perlu terlalu risau memikirkannya.
Jangan Abaikan Masalah Cepat Lupa
Mungkin juga disebabkan terlalu fokus memikirkan penjagaan bayi baharu lahir dan keletihan akibat kurang tidur membuatkan ibu cepat lupa banyak hal lain.
Justeru itu ada beberapa perkara yang perlu diberi perhatian dan diperbaiki supaya ibu boleh mengurangkan masalah cepat lupa.
1. Tidur berkualiti
Kurang tidur kerana menguruskan bayi boleh membuatkan ibu lagi cepat lupa banyak perkara. Cuba bergilir dengan suami dalam bab menguruskan si comel supaya ibu boleh berehat dan tidur dengan cukup (walaupun sebenarnya tak boleh cukup pun).
2. Mengambil makanan sihat
Ads
Sentiasa amalkan pemakanan yang sihat dan baik untuk otak supaya membantu menguatkan daya ingatan ibu. Sumber makanan tersebut seperti ikan salmon, telur, tauhu, teh hijau, blueberry, brokoli dan lain-lain lagi yang berkhasiat.
3. Rancang aktiviti harian yang penting
Selepas bergelar ibu, anda akan mempunyai rutin baru menguruskan si kecil selain rumah tangga dan kerjaya (jika bekerja). Untuk memastikan semua itu tidak menjadi bebanan dan sukar memberi tumpuan, buatlah senarai keutamaan tugas-tugas harian supaya memudahkan pengurusan rutin ibu.
4. Belajar menerima perubahan baru selepas bergelar ibu
Kehadiran bayi benar-benar mengubah kehidupan seorang ibu dan ayah serta ahli keluarga lain. Ibu kena belajar menyesuaikan diri dengan tanggungjawab baru sebagai ibu yang pastinya berbeza dengan situasi sebelum mengandung dan melahirkan anak dulu.
Adakalanya perubahan ini akan membuatkan sesetengah ibu berasa keliru, murung dan kehilangan fokus. Bertenang dan terima dengan reda tanggungjawab baru tanpa rasa sedih atau marah.
Dengan adanya persekitaran yang positif ibu pasti dapat melalui cabaran baru dengan gembira.
Ads
Nabila Huda Kongsi Makin Pelupa
Baru-baru ini aktress dan pengacara terkenal Nabila Huda turut berkongsi masalah pelupa yang dialaminya menjadi semakin teruk.
Walaupun bukan baharu melahirkan anak tetapi pelakon berbakat besar yang mesra disapa Abil, 38, telah meminta tips di Instagram Story bagi mengatasi masalah yang dihadapi itu.
Menurut Abil, dia bimbang sekiranya perkara itu berlarutan, ia boleh mengganggu karier lakonannya.
“Saya rasa otak saya dah rosak la. Sekarang jadi susah nak ingat..cepat lupa. Letak phone tak ingat, nak cakap apa lupa. Makin teruk.
Ads
“Nak makan kismis dah terlambat pula. Anda tahu tak apa supplement yang bagus untuk pulihkan otak dan ingatan?
“Nampak macam main-main tapi saya serius ni…saya takut kalau saya cepat lupa, saya dah tak boleh ingat skrip atau dialog. Musnahlah karierku..tolong saya”
Selepas berkongsi masalahnya di Insta Story, ramai pengikut Abil berkongsi tip pemakanan untuk membantu menguatkan kembali ingatan.
Abil kemudiannya berkongsi tip-tip berguna yang diberikan pengikutnya supaya peminat-peminat lain turut boleh membuat amalan tersebut juga.
Menurut Abil, selepas ini dia akan cuba mengamalkan makan buah zaitun, fig dan kurma serta minum segelas air zam-zam setiap kali selepas bangun tidur.
“Maka saya pun dah muktamad pilih apa yang terbaik untuk diri saya dan anda boleh cuba juga kalau ada masalah yang sama,” tulisnya.
Tak salah kalau ibu-ibu lepas bersalin yang mengalami masalah cepat lupa macam Abil boleh juga amalkan makan makanan sunnah tersebut di samping berusaha berdoa mohon kepada Allah supaya sentiasa permudah urusan seharian sebagai ibu.
Bukan mudah untuk mendapatkan berat badan ideal selepas bersalin. Namun bagi Emma Maembong, penampilannya selepas bersalin anak keduanya, Shakil Aryan Shah pada 10 Mei lalu dipuji ramai.
Mana tidaknya, Emma dilihat tampil cantik dan kekal ramping biarpun sudah punya anak dua.
Akui Emma, bukan mudah untuknya mendapatkan berat badan ideal dan menurutkan berat badannya selepas bersalin.
Ibu kepada dua cahaya mata ini mengakui terpaksa menahan diri dari makan dan mengamalkan senaman bagi mendapatkan bentuk badan yang ideal.
“Pada peringkat awal saya langsung tak menyentuh nasi. Tak dinafikan mengganggu mood sehinggakan saya menjadi ‘cranky’ kerana menahan lapar.
“Saya sudah lebih kurang tiga bulan bersalin cahaya mata kedua dan bukanlah mudah sebenarnya untuk kembali mendapatkan berat badan ideal.
“Kalau tak bersenam lemak lepas bersalin tu jadi tepu dan susah nak hilang. Jadi ambil masa juga sebenarnya,” luahnya berkongsi.
Berkongsi cerita kisah berpantangnya, akui Emma semuanya terpulang kepada individu itu sendiri.
“Apa yang saya boleh katakan, jangan paksa diri dna kenali tubuh anda. Ambillah suplement dan kena tahu apa yang badan anda perlukan,” jelasnya lagi.
Terdahulu, Emma selamat melahirkan anak keduanya, Shakil Aryan Shah pada 10 Mei lalu.
Pengalaman pertama kali menyusukan anak pastinya mencatat seribu satu kenangan. Bermacam ragam. Semuanya kerana tiada pengalaman. Jika sebelum ini susu berwarna kekuningan, jangan terkejut susu juga boleh keluar seperti darah.
Ada ibu dalam berpantang tunjuk saya susu badan perahannya, warnanya lain, seakan-akan air karat!
In medical, kite gelar keadaan ini sebagai Rusty pipe syndrome – sindrom air karat.
Jangan bimbang. Keadaan ini tak berbahaya. Biasanya terjadi selepas beberapa hari pertama kelahiran, dan akan kembali kepada warna susu asal lebih kurang seminggu macam tu.
Ianya tak menyakitkan, boleh terjadi pada sebelah breast atau kedua-duanya. Biasanya mak-mak tak perasan pun, dan biasa nampak ’air karat’ ni bila depa start untuk perah susu untuk simpanan.
Sebenarnya yang memberi warna karat pada susu badan itu adalah darah lama yang tertinggal pada kelenjar susu.
Bila mengandung, berlaku perubahan pada breast untuk prepare mak-mak supaya bersedia dengan breastfeeding. Segala salur darah pada breast akan membesar akibat perubahan hormon, so sisa darah yang lama tertinggal dan keluar bersama colostrum dan berikan warna karat pada susu badan. Ada juga yang berwarna pinkish macam air bandung.
Sisa darah ni tak bahaya untuk mak dan babies. Jangan dibuang susu tu, continue breastfeeding macam biasa.
Anak ada bakat? Sertai Bakat Cilik Pa&Ma sekarang!
Kalau anak-anak ada bakat hebat, janganlah simpan sendiri. Jom, support mereka dengan menyertai Bakat Cilik Pa&Ma. Rakam aksi anak-anak dengan bakat mereka dan hantarkan kepada Pa&Ma.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
“Anak saya minum susu sampai tidur, gigi dia banyak yang rosak” Betul, menyusu botol atau menyusu badan boleh menyebabkan gigi rosak, lagi-lagi ngempeng sampai tidur.
Dah budak budak memang lah minum susu malam, lepas tu terus tertidur. Dengan maknya sekali tertidur, biasalah tu.
Tak salah pun sebenarnya minum susu semasa tidur. Tak salah susu pun sebenarnya. Walaupun memang betul “nursing caries” itu wujud.
Tapi, ada caranya untuk elak daripadapa nursing caries terbentuk. Ikuti perkongsian penuh daripada doktor pergigian, Dr Izaza.
Bagaimana?
👶 Bersihkan gigi dan gusi keesokkan hari
👶 Pastikan gigi diberus sebersihnya dalam masa 24 jam atau kurang
Sebab, gigi mula rosak selepas 24 jam kalau sisa susu atau sisa makanan tak dibersihkan dari mulut selepas minum atau makan
👶 Bersihkan tempat favourite kuman iaitu di bawah gusi dan di celah gigi
Tak perlu tunggu tumbuh gigi baru kalut nak gosok. lagi awal lagi baik! Ada yang tahu, ada yang tak tahu. Baby akan start tumbuh gigi pada usia 6 bulan.
Masa ni, baby dah start makan makanan solid, masa ni masa yang sangat sesuai nak kenalkan anak berus gigi.
Kalau sebelum 6 bulan, pun kena bersihkan mulut anak lepas menyusu dengan kain nipis yang basah supaya mulut anak bersih.
Jadi nak guna berus gigi macam mana untuk baby 6 bulan ni? Guna berus gigi untuk baby yang berusnya lembut dan kecil. Memang saiz baby.
Kalau nak best lagi, boleh guna berus gigi silicone. Mak boleh masukkan jari dalam berus gigi untuk berus gigi baby dan boleh bersihkan mulut dan lidah baby juga.
Untuk awal-awal tak perlu ubat gigi, guna air suam je untuk bersihkan gigi dan mulut baby, sebab baby masih tak tahu meludah.
Tak jumpa atau tak tau kat mana nak beli berus silicone? Boleh cari kat kedai baby atau kat farmasi. Kalau tak jumpa juga, boleh je guna kain kapas nipis dan dibasahkan
Simple je, mudah untuk bersihkan gigi anak-anak kalau dah intro dari awal.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!