Selain sakit fizikal lepas bersalin, cabaran paling besar bagi wanita ialah untuk menstabilkan emosi.
Hampir 80 peratus wanita hadapi perubahan mood dan perasaan negatif sejurus selepas bersalin. Ini fakta realiti tak kira bersalin anak pertama, kedua atau seterusnya.
Keadaan ni dinamakan sindrom Baby Blues. Bahaya jika tak dikawal ya.
Berikut perkongsian dari Puan Masturah Abu Bakar, ibu kepada tiga anak yang boleh dijadikan peringatan bersama.
Saya sendiri rasa dan hadapi setiap kali lepas bersalin. Walaupun anak dah 3, tetap hadapi Baby Blues ni.
Sebab apa ni sindrom berlaku? Adakah sebab ibu tak kuat iman? Atau derhaka pantang?
Bukan. Tak ada alasan spesifik kenapa sindrom ini berlaku.
Ads
Kemungkinan disebabkan perubahan hormon masa mengandung dan melahirkan yang menyebabkan badan menghasilkan perubahan kimia. Perubahan ini memberi kesan kepada otak dan boleh menyebabkan depression.
Selain tu, rutin yang berubah, ragam baby, tak cukup tidur dan badan yang baru nak adapt juga boleh menyebabkan sindrom ni terjadi.
Maksudnya, sindrom Baby Blues merupakan benda biasa yang akan dihadapi ibu-ibu. Benda biasa tapi BERBAHAYA.
Cara kita menangani sindrom ini menentukan kesihatan mental kita selepas bersalin.
Ads
Cuba cek simptom baby blues ni:
1) Rasa sedih atau menangis tiba-tiba 2) Tak sabar, cepat marah 3) Cepat terasa hati dan banyak pendam 4) Rasa letih (mental atau fizikal) 5) Rasa cemas atau berdebar-debar 6) Gelisah 7) Tak boleh tidur (walaupun baby dah tidur). Kadang-kadang kalau nak tidur terngiang-ngiang suara baby menangis. 8) Tak boleh beri perhatian kepada baby atau diri sendiri Para suami, kalau nampak isteri tu lain macam, cepat-cepat peluk. Tak perlu banyak tanya. Lepas bersalin ni ialah tempoh yang sangat kritikal dan sensitif.
Jangan buat tak tahu. Jangan anggap tak ada apa-apa. Jangan anggap remeh. Jangan lepas tangan.
Salah langkah, salah cara, lambat tangani, isteri boleh dapat PPD.
Kalau Baby Blues tak settle dari awal, kesan buruknya berlarutan dan mungkin jadi inner conflict which may lead to depression.
Ads
Pelukan boleh beri sokongan emosi to the max. Percaya tak pelukan tu boleh redakan emosi isteri yang bergelojak? Semua akan cool down lepas tu.
Sediakan makanan yang sihat. Tak payah percaya pantang yang bukan-bukan tu. Ni dah tahun 2019.
Para isteri, kalau rasa sedih terus cakap kat suami. Jangan simpan jangan pendam. Walaupun tak ada sebab kukuh kenapa anda menangis. Just bagitahu.
Please please please minta tolong orang lain kalau rasa tak boleh buat. Jangan jadi supermom. Sebab kita memang tak mampu.
Dan bagi yang Muslim, lindungi diri kita dengan zikir dan ayat-ayat pelindung. Supaya jauh dari gangguan syaitan.
Ada anak kecil tak sah kalau tak berlaku tumpahan air, susu dan juga makanan. Tambah lagi bila dalam kereta yang bergerak, nak kawal keadaan ini agak sukar. Jadi bila kusyen kereta jenis fabrik, kesan tumpahan itu lama kelamaan akan jadi ‘berpeta’ dan kita pun sakit mata bila melihatnya.
Kadang bila orang tumpang kereta kita pun serba salah dan segan. Jadi nak tak nak terpaksa ambil alternatif menggunakan khidmat mencuci kusyen kereta. Namun kosnya agak mahal juga kalau buat untuk sebuah kereta.
Bagi yang ingin jimat bajet boleh cuba bersihkan sendiri peta dunia pada kusyen kereta. Berikut adalah cara yang dikongsi oleh Cleaning Assassin, tak susah mana modal pun cuma dalam RM15 saja!
Langkah Mudah Mencuci Seat Kereta
1. Buat chemical sendiri
Langkah pertama anda kena buat ‘chemical’ anda sendiri. Bunyi macam susah kan? Padahal senang je. Tuang sesudu sabun pencuci pinggan dan campur dengan air suam ke dalam satu bekas air saiz sederhana. Kacau sehingga sebati.
2. Sembur
Masukkan campuran chemical anda ke dalam botol spray. Kemudian spray rata ke seat anda. Ambil jarak dalam 6-8 inci dari seat.
3. Gosok guna berus lembut
Selepas itu, ambil berus yang lembut, gosok seat anda sehingga bersih. Bahagian yang kotor mungkin memerlukan menggosok berkali-kali. (Jangan guna berus yang mudah terlerai seperti berus sabut, ia akan melekat ke dalam seat jika terlerai).
4. Lap dan bilas
Lap dengan kain bersih yang dibasahkan dengan air suam. Bilas kain dengan kerap supaya kotoran tidak kembali pada seat. Ulang banyak kali sehingga kesan chemical hilang.
5. Guna tuala microfiber
Akhir sekali, lap dengan microfiber towel sehingga kering. Selesai satu seat, anda boleh beralih ke seat yang lain.
KOS:
Sabun basuh pinggan (percuma, curi kat dapur)
Botol spray (percuma, ambil spray untuk iron baju)
Berus lembut (RM5)
Kain bersih (percuma, ambil kain yang lama)
Microfiber towel (RM10)
INFO
Setiap seat berbeza pengeluar dan material, so kesan tak akan sama. Kotoran yang dah lama dan terlampau banyak memerlukan usaha yang lebih untuk menghilangkannya.
Hasil cucian ini tidak sama dengan cucian profesional berpengalaman yang menggunakan chemical dan mesin yang dikhaskan.
Setiap ibu bapa dah ada harapan serta impian untuk anak. Seboleh-bolehnya sebelum 7 tahun nak tengok anak dah boleh mengenal bacaan dalam al-Quran. Lagi seronok jika anak kita minat dengan sendiri tanpa perlu dipaksa-paksa.
Namun bagaimana nak pupuk minat anak membaca al-Quran sejak dari kecil. Ini pendekatan dan tip yang dilakukan oleh seorang ibu, Dr Farhuda Zulaikha pada anak-anaknya. Tip ini sangat berkesan dan alhamdulillah menjadi!
TIPS ANAK-ANAK SUKA MENGAJI
Tak susah sebenarnya nak buatkan anak-anak suka mengaji. Ini antara tips mudah.
1. MULA PERKENALKAN ANAK KEPADA HURUF HIJA’IYAH SEAWAL USIA
Boleh jadi melalui flashcard, puzzle, lagu, video atau buku iqra’ terus. Game pun ada tau.
2. PERKENALKAN DENGAN SILIBUS MENGAJI YANG MUDAH
Ada banyak pilihan di luar dan kalian boleh survey serta buat pilihan sendiri. Ada yang diterbitkan dalam bentuk buku, flashcard, video dan macam-macam lagi. Antara silibus yang terbaik adalah Iqra’. Susunan content bagi setiap tahap Iqra’ sangat mudah untuk diikuti oleh anak kecil. Tidak terlalu complicated dan tidak juga terlalu pack bagi satu-satu muka surat.
3. BELIKAN KELENGKAPAN MENGAJI ANAK-ANAK SENDIRI.
Jika punya 3 orang anak yang masih mengaji iqra’, belikan 3 iqra’ berbeza buat mereka. Sertakan jua dengan rehal/penunjuk Al-Quran. Percayalah mereka akan lebih teruja nak mengaji menggunakan barang mereka sendiri. Tanyakan pendapat mereka, rehal warna apakah yang menjadi pilihan hati. Raikan.
Jika anak yang sudah naik al-Quran, cuba belikan mereka Al-Quran yang telah dipecahkan kepada naskhah-naskhah kecil mengikut juzuk. Selain mudah untuk dibawa ke mana-mana, ia juga menjadi motivasi buat si anak untuk menghabiskan bacaan kemudiannya boleh naik ke juz selepasnya.
4. REWARD SYSTEM.
Kenalkan anak kepada sistem reward. Tidak perlu yang mahal, cukup walau sekadar sticker yang ditampal di helaian yang telah lancar bacaannya. Tuliskan bersama tarikh sekali. Semua sticker ini saya dapatkan di MR. DIY sahaja dan murah. Tapi excitednya mereka tu boleh dilihat dari senyuman yang berseri-seri. Siap berebut nak pilih sticker yang mana.
Nanti lama-lama (bila mereka semakin besar) apabila mereka mampu naik bacaan kepada tahap yang seterusnya (eg, naik iqra’ atau naik juz), hadiahkan mereka benda yang lebih significant. Contoh hadiah yang lebih besar daripada sticker adalah buku, mainan, boleh pilih movie untuk tontonan atau sebagainya. Nampak macam mengajar anak mengaji tak ikhlas kan, tapi percayalah it works!
Dahulu semasa masih kecil dan ketika baru mula-mula belajar mengaji, anak-anak sangat teruja untuk dapatkan reward sticker itu, namun percayalah, semakin lama nanti mereka dah tak kisah pun dengan reward system. Yang mereka tahu, setiap hari kena mengaji dan hari ini bacaan mengaji haruslah lebih baik dari semalam.
Boleh juga selitkan mengaji dalam logbook daily activities. Hadiahkan sticker pada logbook mereka jika berjaya laksanakan task.
5. TETAPKAN WAKTU YANG KONSISTEN UNTUK SESI MENGAJI
Orang selalu kata 3 aktiviti keluarga ini kalau boleh cuba kita laksanakan setiap hari untuk tautkan kasih sayang sesama ahli keluarga.
i. Makan bersama
ii. Solat bersama
iii. Menonton bersama
Kali ini kita tambah pula lagi satu iaitu mengaji. Cuba kalian wajibkan waktu mengaji setiap hari. Tidak dapat tidak kena pastikan seisi rumah mengaji setiap hari. Waktu yang terbaik adalah selepas Maghrib kerana pada waktu ini ibu ayah yang bekerja pun biasanya sudah sampai di rumah.
Awal-awal nanti memang terasa berat tapi lama-lama nanti alah bisa tegal biasa. Apabila ia dijadikan rutin, anak-anak pun automatik akan terus ambil Iqra’ atau Al-Quran sebaik sahaja habis solat tanpa perlu disuruh pun.
6. CERITAKAN GANJARAN PAHALA MENGAJI
Ajarkan pada anak-kenapa perlu mengaji. Apa ganjaran yang akan diperoleh sekiranya kita selalu mengaji. Apakah kelebihan membaca surah tertentu dan ceritakan juga bacaan doa yang dipetik daripada ayat al-Quran bersama maksudnya sekali.
7. CERITAKAN IBRAH DAN PENGAJARAN DARI SETIAP SURAH.
Anak-anak lebih suka teknik penceritaan secara santai atau storytelling. Banyak kisah menarik yang boleh diceritakan kepada anak-anak. Mulakan sahaja dengan surah-surah lazim. Tidak perlu setiap hari pun, boleh jadi seminggu sekali atau sebulan sekali. Jika kita mampu hidupkan kisah semasa kita kecil, boleh sahaja kita hidupkan macam-macam cerita yang terkandung dalam Al-Quran itu juga sebenarnya.
8. PERDENGARKAN BACAAN AYAT QURAN SEJAK DALAM KANDUNGAN.
Ibu yang mengandung digalakkan mengaji setiap hari. Antara surah-surah yang digalakkan untuk dibaca ketika hamil ialah surah Luqman, Surah Yusuf dan Surah Maryam.
Boleh juga menggunakan adjustable headphone yang boleh dipasang pada perut ketika hamil.
Ketika anak sudah besar sedikit, kalian bukalah video mengaji kanak-kanak di YouTube. Macam-macam pilihan ada termasuklah cerita kartun namun backgroundnya adalah bacaan ayat Al-Quran. Percaya atau tidak, anak-anak pun mudah menghafal surah yang kerap mereka tonton dan dengar.
9. DOA IBU DAN AYAH
Rugi sekiranya kita tidak manfaatkan kelebihan doa oleh ibu ayah. Berdoalah apa sahaja untuk anak kalian setiap hari, jangan lupa untuk doakan mereka agar menjadi golongan yang cintakan Al-Quran.
10. CONTOH TERDEKAT
Akhir sekali, ibu ayahlah yang harus memainkan peranan penting untuk menjadi contoh yang baik. Amatlah tidak patut kita menyuruh anak kita mengaji setiap hari namun kita sendiri yang culas. Sebolehnya mengajilah kalian pada waktu yang sama mereka mengaji. ‘Riak’ dan mengajilah di hadapan mereka.
P/s: Secara jujurnya kami pun bukanlah mengaji setiap hari dulu. Entah apalah yang kami sibukkan dengan dunia masa tu sampai tak sempat langsung nak mengaji kan. Namun demi mengajar anak-anak mengaji, kami paksa juga diri mengaji setiap hari. Alhamdulillah asbab anak-anak jugalah kami mampu istiqamah mengaji setiap hari. Dan percayalah apabila kalian dah dapat rentak mengaji setiap hari, akan rasa tak lengkap kalau tak mengaji walau satu hari.
Ingat, anak-anak kecil won’t follow your orders. They imitate you. Semoga bermanfaat
Sertai Webinar penyusuan terbesar ‘Mama Tak Penat Susukan Anak’ yang dianjurkan Pa&Ma tahun ini. Webinar PERCUMA ini menampilkan panel-panel hebat seperti Dato’ Dr Sheikh Muszaphar, Dr Seri Suniza, Dr Hairin Anisa, Puan Asiah Maharam dan perkongsian istimewa oleh Dato’ Siti Nurhaliza.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hati-hati ya! Sebagai mak ayah kita kadangkala tak perasan yang kita suka lebihkan anak. Anak yang ada persamaan karakter dengan kita, kita sayang.
Anak yang lain sikit karakternya atau yang ada karakter kita tak suka sering jadi punching bag untuk kita lepaskan kemarahan, kekecewaan dan kepenatan kita. Ada juga yang bezakan sebab,
Anak kebanggaan
Sebab dia pandai atau dia jaguh sukan misalnya, atau dia lebih handsome atau comel dari yang lain misalnya.
Anak sering buat salah
Kita sebenarnya kena bimbing mereka, sebab anak kecil ni mana tau apa.
Anak yang rajin
Bila ada yang rajin, yang lain nampak macam tak berguna. Rasa bersalah..Maksudnya ibu bapa salahkan dirinya sebab kekurangan anak dan sekarang dia nak tebus semula hingga abaikan yang lain.
Ish macam-macamlah kan sebab lain..Be a conscious parents, hati-hati jangan sampai ada suasana ‘pilih kasih’ dalam keluarga.
Sebab apa tau, bila ada pilih kasih, anak yang jadi pilihan mungkin rasa rimas atau rasa dia special dan dia berkuasa buat apa sahaja, atau dia sendiri rasa serba salah dengan adik beradik lain.
Anak yang bukan pilihan pula akan rasa tidak disayangi, tiada keyakinan diri, makan hati. Akhirnya membawa kepada cemburu antara adik beradik.
Merajuk lalu tak mahu rapat dengan mak ayahnya, ada kajian percaya, perbezaan personaliti individu 75% adalah disebabkan bagaimana keluarga melayan mereka.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebagai ibu bapa sudah tentu kita ingin anak kita mempunyai imaginasi yang tinggi serta kreatif. Kemahiran berfikir secara kreatif boleh dipupuk sejak dari kecil...