“Macam Fasha Junior” Anak Fasha Sandha Tunjuk Minat Berlakon Macam Ibu, Tak Dapat Green Light Dada!

Share

Diam tak diam, anak kedua Fasha Sandha, Puteri Raysha Jemyma kini sudah pun berusia lapan tahun. Malah anak kecil yang semakin cantik persis ibunya ini kini sudah mula menunjukkan minat untuk berlakon.

Menurut perkongsian Fasha di Instaramnya, anak keduanya itu sudah mula minat berlakon malah turut beraksi untuk persembahan di sekolahnya.

Melihat kehebatannya ibunya beraksi di pentas lakonan seakan menjadi idola buat Jemyma.

Pun begitu bakat anak kecil itu kata Fasha hanya dikembangkan untuk projek sekolah kerana tidak mendapat keizinan dari suaminya, Aidil Aziz yang digelar Dada oleh anak-anak.

“My 8 year old daughter dah tunjuk minat nak jadi pelakon. Unfortunately, dada tak izinkan jadi pelakon tv/ filem.

“Jemyma and Rayfal hanya boleh berlakon untuk school project je. Takpe sayang,” kongsi Fasha.

Biarpun begitu, akui Fasha dia teramat berbangga dengan bakat lakonan cemerlang anaknya itu.

Menarik: Begini Rupanya Defrost Ayam Cara Betul. Tak Perlu Tunggu Lama Pun, Sekejap Dah Boleh Masak!

Kami Masih Belajar, Anak Genap Setahun, Banyak Mengajar Ernie Zakri Jadi Ibu Terbaik!/

Tiap Kali Mengemop Kena Berebut, Anak Kedua Shukri Yahaya Suka Mengemas, Ramai Nak Buat Menantu!

“Good job Jemyma! Ibu Dada and Ayah proud of you,” kongsi Fasha.

Melalui video yang dikongsikan Fasha jelas Jemyma sememangnya cukup berbakat dalam dunia lakonan malah cukup berani untuk tampil di pentas dengan gaya tersendirinya.

Terdahulu, Fasha Sandha dan Aidil mendirikan rumah tangga pada Mac 2019. Pasangan ini dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Aisha Amaira.

Menerusi perkahwinan sebelum ini, Fasha dikurniakan dua orang cahaya mata iaitu Putera Rayfal Ramli, dan Puteri Raysha Jemyma.

 

Menarik: Nama Pendek & Sweet, Mia Ahmad Kongs Nama Buah Hati Terbaru, Senang Nak Sebut!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

IKLAN