Ads

Makanan Tidak Sihat Jejaskan Otak Anak? Ini Peringatan Penting Pakar Otak Buat Ibu Ayah

Makanan Tidak Sihat Jejaskan Otak Anak? Ini Peringatan Penting Dr Rizal Abu Bakar Buat Ibu Ayah. Inilah yang akan dikupas bahawa ssetiap ibu ayah mesti ada impian yang sama. Nak anak membesar jadi bijak, cepat belajar, fokus di sekolah dan berjaya bila besar nanti pastinya ia berkaitan dengan otak anak.

Dari kecil lagi kita hantar anak ke sekolah terbaik, beli buku pendidikan, mainan yang merangsang minda malah ada yang sanggup keluarkan belanja besar demi perkembangan otak anak.

Tapi dalam sibuk kita nak anak jadi genius, kadang-kadang ada satu perkara penting yang terlepas pandang iaitu pemakanan harian mereka. Persoalan adakah makanan yang anak makan boleh jejaskan otak anak?

Ramai ibu ayah tak sedar, apa yang anak makan setiap hari sebenarnya memberi kesan besar kepada perkembangan otak, emosi dan tingkah laku mereka.

Perkongsian daripada pakar otak, Dr Rizal Abu Bakar ini membuka mata ramai tentang bagaimana makanan tidak sihat boleh memberi kesan serius terhadap fungsi otak terutama kepada kanak-kanak yang sedang membesar.

Makanan Tidak Sihat Boleh Ganggu Perkembangan Otak Anak

Menurut Dr Rizal, makanan tinggi gula, makanan proses, lemak trans dan makanan segera bukan sekadar menyebabkan obesiti atau masalah kesihatan fizikal sahaja, tetapi turut memberi kesan kepada perkembangan otak anak.

Antara kesan yang dikongsikan ialah:

Gangguan Mood Dan Emosi

Makanan diproses dikaitkan dengan risiko kemurungan dan ketidakseimbangan emosi yang lebih tinggi. Sebab itu ada anak yang mudah marah, cepat memberontak atau sukar mengawal emosi.

Keradangan Dan Kerosakan Sel Otak

Pengambilan makanan bergula dan makanan segera secara berlebihan boleh menyebabkan keradangan kronik yang merosakkan sel otak. Lama-kelamaan ia boleh mengganggu fungsi pembelajaran dan perkembangan mental anak.

Penurunan Kognitif Dan Memori

Diet tinggi gula boleh menjejaskan hippocampus, bahagian otak yang penting untuk memori dan pembelajaran. Anak mungkin jadi sukar fokus, lambat memahami arahan dan cepat lupa.

Ads

Perkembangan Otak Terbantut

Kanak-kanak sangat perlukan nutrien yang cukup untuk perkembangan otak yang optimum. Jika pemakanan harian dipenuhi makanan tidak sihat, perkembangan otak boleh terganggu sejak kecil lagi.

Halangan Darah-Otak Jadi Lemah

Makanan tidak sihat juga boleh melemahkan sistem perlindungan otak dan membenarkan toksin masuk ke dalam otak. Keadaan ini boleh menjejaskan kesihatan mental dan fungsi otak dalam jangka panjang.

Makanan Tidak Sihat Dan Tingkah Laku Anak

Makanan Tidak Sihat Jejaskan Otak Anak? Ini Peringatan Penting Pakar Otak  Buat Ibu Ayah

Kadang-kadang kita cepat marah bila anak susah dengar cakap.

“Berapa kali mama dah cakap?!”

Ayat itu mungkin keluar hampir setiap hari.

Ads

Anak tetap buat benda sama. Tak fokus. Tak dengar arahan. Lambat respon.

Kita ingat mereka degil.

Hakikatnya, mungkin otak mereka sedang “penat” dan tidak mampu memproses arahan dengan baik.

Bila anak dimarahi berulang kali, otak mereka sebenarnya menjadi lebih tertekan. Ini membuatkan mereka semakin sukar fokus dan memahami apa yang cuba disampaikan.

Sebab itu penting untuk ibu ayah faham bahawa perkembangan otak anak bukan hanya bergantung pada pendidikan, tetapi juga pada apa yang mereka makan setiap hari dan bagaimana persekitaran di rumah dibentuk.

Ads

Cara Membantu Perkembangan Otak Anak Secara Sihat

Makanan Tidak Sihat Jejaskan Otak Anak? Ini Peringatan Penting Pakar Otak  Buat Ibu Ayah

Anak-anak perlukan:

  • makanan berkhasiat
  • tidur yang cukup
  • suasana tenang
  • kasih sayang
  • komunikasi yang baik

Semua ini membantu perkembangan otak yang sihat.

Sebagai ibu ayah, kesedaran ini sangat penting. Didikan anak bukan bermula ketika mereka masuk sekolah, tetapi sejak dari kecil lagi termasuklah dalam memilih makanan yang masuk ke dalam badan mereka setiap hari.

Nak anak jadi bijak bukan sekadar hantar kelas mahal atau paksa belajar awal.

Tetapi bermula dengan menjaga asas paling penting iaitu kesihatan otak mereka.

Perkongsian Dr Rizal Abu Bakar ini wajar dijadikan peringatan buat semua ibu ayah. Kadang-kadang perubahan kecil dalam pemakanan dan cara kita melayan anak mampu memberi kesan besar kepada perkembangan mereka pada masa depan.

Makanan Tidak Sihat Jejaskan Otak Anak? Ini Peringatan Penting Pakar Otak  Buat Ibu Ayah

Sumber: Dr Rizal Abu Bakar 

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Untuk Papa Mama

dera kanak-kanak 4 tahun

Dera Kanak-Kanak 4 Tahun, Wanita Warga Emas Ditahan Polis Di Seremban!

Kes dera kanak-kanak mengejutkan apabila seorang wanita warga emas ditahan polis selepas dipercayai memukul kanak-kanak lelaki berusia empat tahun di Negeri Sembilan.