Manfaatkan perjalanan ke sekolah sebagai waktu mendidik anak. Setiap pagi, ibu bapa memulakan rutin harian mereka dengan menghantar anak-anak ke sekolah. Walaupun masa yang diambil untuk perjalanan itu mungkin hanya sekitar 15 hingga 30 minit, ia sebenarnya adalah peluang emas yang sering terlepas pandang untuk mendidik dan menasihati anak-anak.
Manfaatkan Perjalanan Ke Sekolah Sebagai Waktu Mendidik Anak
Dalam kesibukan kehidupan seharian, waktu ini boleh dijadikan saat yang paling berharga untuk membina hubungan, menyampaikan nilai-nilai murni dan membentuk peribadi anak-anak.
1. Mulakan Hari Dengan Kata-Kata Positif
Permulaan hari yang baik akan memberi kesan kepada mood anak sepanjang hari. Ibu bapa boleh menggunakan masa di dalam kereta atau semasa berjalan kaki ke sekolah untuk memberi kata-kata semangat, seperti:
“Hari ini mesti jadi hari yang hebat untuk kamu!”
“Ibu yakin kamu boleh buat yang terbaik dalam ujian nanti.”
Ucapan-ucapan positif sebegini memberi dorongan emosi yang sangat kuat kepada anak dan meningkatkan keyakinan diri mereka.
2. Sisipkan Nasihat Ringan Tapi Bermakna
Nasihat yang berkesan tidak semestinya panjang lebar. Cukup dengan pesanan ringkas yang penuh makna. Contohnya:
“Hormati guru dan kawan-kawan ya.”
“Jangan mudah putus asa kalau tak faham sesuatu pelajaran.”
“Jujur dan bertanggungjawab, walaupun orang lain tidak melihat.”
Ads
Ulangan pesanan seperti ini setiap hari akan tertanam dalam ingatan dan jiwa anak.
3. Gunakan Cerita Pendek Atau Peristiwa Semasa
Ibu bapa juga boleh berkongsi kisah-kisah pendek atau mengambil contoh daripada berita atau peristiwa semasa yang sesuai dengan usia anak. Sebagai contoh, jika berlaku kes buli di sekolah lain, ibu bapa boleh menyentuhnya dengan cara yang mendidik:
“Baru-baru ni ada kes buli di sekolah. Sebab tu pentingnya kita jadi kawan yang baik dan bantu orang lain, bukan menyakiti.”
Cerita sebegini membantu anak memahami realiti dan membina empati serta nilai moral.
4. Tanya Dan Dengar Pendapat Anak
Gunakan masa ini untuk bertanya soalan seperti:
“Apa yang kamu rancang nak buat hari ni di sekolah?”
Ads
“Apa yang kamu paling suka belajar semalam?”
Soalan-soalan sebegini bukan sahaja membuka ruang perbualan, tetapi juga menunjukkan bahawa ibu bapa mengambil berat tentang kehidupan anak di sekolah.
5. Didik Tentang Keselamatan Dan Adab
Selain memberi nasihat berkaitan pelajaran, ibu bapa boleh mengambil kesempatan untuk menekankan aspek keselamatan dan adab. Antaranya:
“Hati-hati bila melintas jalan.”
“Bila guru bercakap, kita dengar dan beri perhatian.”
Ads
“Jangan bercakap kasar dengan kawan.”
Perjalanan ke sekolah bukan sekadar membawa anak dari satu tempat ke tempat lain. Ia adalah peluang harian yang sangat berharga untuk membina peribadi anak, menyemai nilai-nilai murni, serta mengeratkan hubungan kekeluargaan.
Gunakan setiap saat itu sebaik mungkin. Hal ini kerana nasihat yang ikhlas dan konsisten dari ibu bapa adalah benih kepada anak-anak yang berjaya dan berakhlak mulia.
“Saya tak hisap rokok depan anak pun, saya merokok kat luar rumah je.”
“Saya basuh tangan lepas merokok, jadi tak bahaya.”
Namun, tahukah anda? Merokok walaupun di luar rumah masih boleh mendatangkan bahaya kepada bayi dan anak kecil. Dan kesannya bukan kecil, ia boleh menjejaskan sistem pernafasan, tumbesaran dan perkembangan otak si manja.
Secondhand vs Thirdhand Smoke: Apa Bezanya?
1. Secondhand smoke Asap yang keluar semasa rokok dibakar dan dihembus oleh perokok. Walaupun anda merokok di luar, sisa asap ini boleh melekat pada pakaian dan dibawa masuk ke dalam rumah.
2. Thirdhand smoke Sisa toksik yang melekat pada baju, rambut, kulit, tangan, perabot, kereta, dan dinding selepas merokok. Ia tidak kelihatan, tetapi masih berbahaya. Bayi yang menyentuh baju anda atau dipeluk selepas merokok mungkin menyerap bahan kimia ini melalui kulit, tangan dan mulut.
Kenyataan ini disahkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dan banyak kajian saintifik yang membuktikan thirdhand smoke kekal aktif di persekitaran selama berjam-jam, malah beberapa hari.
Kesan Merbahaya Kepada Bayi & Kanak-Kanak
Berikut antara risiko yang bayi hadapi apabila tinggal bersama perokok, walaupun si bapa tidak merokok di hadapan mereka:
1. Masalah pernafasan kronik – Batuk berpanjangan, lelah (asthma), dan bronkitis. 2. Jangkitan paru-paru (pneumonia) – Bayi lebih mudah dijangkiti kerana sistem imun belum matang. 3. Risiko kematian mengejut bayi (SIDS) – Bayi yang terdedah kepada asap rokok mempunyai risiko SIDS yang lebih tinggi. 4. Tumbesaran terganggu – Zat beracun seperti nikotin dan karbon monoksida boleh menjejaskan perkembangan otak dan paru-paru.
“Kenapa Anak Asyik Sakit?” — Lihat Diri Sendiri Dulu
Ramai ibu bapa mula salahkan taska, pengasuh atau cuaca bila anak kerap batuk atau demam. Tapi jarang bapa sedar:
“Baju yang saya peluk anak setiap malam… mungkin penyebab utama dia sakit.”
“Tangan yang saya suap dia makan… mungkin bawa sisa nikotin yang bahaya.”
“Rambut saya yang bau asap… dia hidu tiap kali tidur atas dada saya.”
Ini bukan salah orang luar. Ini bermula dari rumah. Dan kadang-kadang dari tangan bapa sendiri.
Apa Yang Bapa Boleh Buat?
Sekiranya anda belum sedia untuk berhenti merokok sepenuhnya, cuba amalkan langkah-langkah pencegahan berikut:
Jangan merokok dalam kereta atau rumah langsung.
Selepas merokok: Tukar baju, basuh tangan, muka dan berus gigi sebelum menyentuh bayi.
Pastikan baju merokok disimpan berasingan dan tidak digunakan untuk pegang bayi.
Jangan pegang bayi serta-merta selepas hisap rokok. Tunggu sekurang-kurangnya 2 jam dan bersihkan diri.
Wahai bapa, anak kecil anda tak tahu bezakan bau rokok dengan bahaya. Mereka hanya tahu rasa selesa bila dipeluk, dicium, dan disuap oleh ayah mereka.
Tapi tanpa sedar, bau itu bawa racun. Baju itu simpan sisa asap. Tangan itu tinggalkan nikotin.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Cikgu, susah betul nak kawal anak puan hari ni. Dia tak berhenti bergerak, susah fokus dalam kelas.” – inilah antara luahan yang sering kita dengar daripada guru sekolah. Ramai ibu bapa mungkin tak sangka, puncanya boleh jadi pengambilan gula berlebihan dalam diet harian anak.
Anak-anak memang suka makanan manis. Gula-gula, air kotak, biskut manis – semua jadi kegemaran. Tapi ibu ayah tahu tak, pengambilan gula yang berlebihan boleh memberi kesan pada tingkah laku dan pembelajaran mereka?
Gula Buat Anak Jadi “Tak Reti Duduk Diam”
Gula adalah sumber tenaga segera. Bila anak minum air manis, makan coklat, gula-gula atau jajan bergula tinggi, tahap gula dalam darah mereka naik mendadak. Kesan seketika ini membuatkan anak:
Terlalu aktif, berlari ke sana ke mari.
Sukar duduk diam semasa guru mengajar.
Mudah hilang fokus terhadap tugasan sekolah.
Masalahnya, tenaga ini hanya bertahan sekejap. Selepas itu, tahap gula akan jatuh mendadak dan anak pula jadi cepat penat, moody atau meragam. Inilah yang sering disebut sebagai “sugar rush” diikuti dengan “sugar crash”.
Tidak Semua Anak Sama, Tapi Ibu Bapa Perlu Peka
Perlu diingat, bukan semua kanak-kanak menunjukkan reaksi sama terhadap gula. Ada anak yang sangat sensitif hingga jadi hyper selepas hanya sedikit gula, manakala ada yang nampak biasa sahaja.
Namun, jika ibu bapa perasan anak mula:
Terlalu aktif selepas makan manis,
Sukar kawal emosi atau cepat meragam,
Tak boleh fokus dalam kelas,
itu tanda jelas untuk kawal pengambilan gula mereka.
Cara Bijak Kurangkan Gula Anak
Pilih buah sebagai pemanis semula jadi – daripada beri anak gula-gula, gantikan dengan buah segar atau kering (tanpa gula tambahan) seperti kurma, kismis atau pisang.
Biasakan susu tanpa gula tambahan – elakkan serbuk minuman segera atau susu pekat manis. Susu segar atau susu UHT tanpa gula lebih baik.
2. Masak sendiri makanan ringan – buat muffin pisang, puding susu atau agar-agar buah di rumah. Lebih sihat dan ibu ayah boleh kawal kandungan gula.
3. Kurangkan pengaruh iklan makanan manis – anak mudah terpengaruh dengan iklan air kotak dan snek di TV atau YouTube. Ajar mereka untuk pilih makanan sihat sejak kecil.
4. Tetapkan had masa untuk ‘treat manis’ – contohnya hanya sekali seminggu. Bila ada had, anak belajar menghargai makanan tersebut dan tidak ketagih gula.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Datuk Ramli MS rancak bersembang dengan anak perempuannya, Nur Izzara, riuh dua beranak ni. Telatah Tok Ram melayan anak perempuannya Nur Izzara menarik perhatian warga maya. Siapa sangka di sebalik ketegasan karakter Datuk Ramli MS, rupanya wujud sisi penyayang pada lelaki ini.
Datuk Ramli MS Rancak Bersembang Dengan Anak Perempuannya, Nur Izzara, Riuh Dua Beranak Ni
Hampir 11 tahun melayari bahtera rumah tangga berdua, kini hadirnya Nur Izzara menyerikan kehidupan pasangan selebriti, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah. Bagi mereka berdua, kehadiran si kecil itu upama satu rahmat buat rumah tangga mereka.
Melalui hantaran Datin Alyah dilaman Instagramnya, pelantun lagu Jutaan Purnama ini berkongsi momen bila mana suaminya Tok Ram rancak bersembang dengan Izzara.
Peramah dua beranak ni. Daddy dengan mummy 3 patah je sehari borak.- tulis Alyah.
Perkongsian Alyah ini telah menarik perhatian ramai warga maya. Ramai yang ‘terhibur’ dengan gelagat Tok Ram dan juga Izzara termasuk juga rakan selebriti.
Wow best giler! Inilah peluang untuk semua followers Pa&Ma dan Pn Nad Masrom bersama rakan-rakan menyambut MINGGU PENYUSUAN SEDUNIA bersama-sama di WEBINAR PENYUSUAN – SYOKNYA SUSUKAN ANAK!
Tunjukkan kuasa ibu menyusu mampu gegarkan webinar ini dengan kehadiran seramai yang boleh. Sambil-sambil itu kita tambah lagi ilmu penyusuan.
Bukan itu sahaja ya, ada banyak hadiah cabutan menarik kita sediakan. Antaranya, baucar penginapan 2H 1M di hotel best, pam susu elektrik serta banyak lagi.
Amaran METMalaysia meramalkan hujan berterusan di enam negeri sehingga 8 Disember. Ketahui tip keselamatan penting untuk melindungi anak-anak ketika cuaca buruk.