Bekas isteri kepada Pencetus Ummah (PU) Abu Sufyan, Ain Afini bersyukur kerana proses melahirkan anak sulungnya, Muhammad Adam Aysar Jun lalu dipermudahkan.
Menceritakan pengalaman pertama kali melahirkan anaknya itu, Ain mengalami kontraksi yang sangat menyakitkan dan tidak dijangka.
Malah anaknya perlu diberikan antibiotik selepas dilahirkan.
“Apa persamaan keychain ni dengan gambar sebelah? Samaaaa! Satu dalam bentuk keychain. Ni gambar masa hari pertama permata umi lahir, lebam tangan sebab on antibiotic tapi anak umi ni kuat walaupun halus je masa lahir.
“Allah rezekikan masa nak bersalin mudah sangat alhamdulillah. Masa contraction je rasa apakah perasaan ini hahaha sakit ya ampun tapi beberapa kali push dah selamat lahir. Lepas bersalin siap boleh jalan laju sebab tak rasa sakit apa…rezeki kat situ,” tulisnya.
Ain berkongsi perkara tersebut di akaun Instagram miliknya.
Ads
Menerusi perkongsian tersebut dia memuat naik foto bayinya saat baru sahaja dilahirkan.
Entri tersebut mendapat perhatian pengikutnya yang rata-rata memuji kecekalan serta ketabahan Ain melahirkan anaknya ketika sudah menjadi ibu tunggal.
Ads
Terdahulu, Ain diceraikan oleh PU Abu kerana mendakwa dirinya tidak sanggup dimadukan dengan seorang janda berusia 24 tahun, dikenali sebagai Hana Azraa.
Ain mengundang simpati netizen apabila dia diceraikan suami ketika sedang sarat hamil tujuh bulan dan selamat melahirkan anaknya pada 7 Jun lalu.
Sumber: Gempak & Ig Ain Afini
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Ramai ibu bapa mungkin menyangka anak hanya alami masalah tonsil bila kerap sakit tekak atau berdengkur ketika tidur. Namun, hakikatnya ada satu lagi penyakit yang jarang disedari iaitu adenoid.
Jika tidak dirawat, ia boleh mengubah wajah anak, ganggu tidur dan menjejaskan tumbesaran.
Menurut perkongsian Klinik Taqwa, seorang kanak-kanak perempuan berusia 5 tahun, Aleeya, sering mengalami masalah tonsil bengkak. Pada mulanya, ibunya membawa Aleeya ke hospital kerajaan. Pemeriksaan awal mendapati tonsilnya sudah kronik.
Namun, selepas dirujuk ke Klinik Taqwa MT, pemeriksaan oleh Dr. Hana mendedahkan sesuatu yang lebih membimbangkan. Tonsil Aleeya memang besar, terutama di sebelah kanan, tetapi wajahnya juga menunjukkan tanda-tanda adenoid facies — hidung kecil, gigi atas menonjol, langit mulut tinggi serta mulut sentiasa terbuka kerana lebih banyak bernafas melalui mulut.
Adenoid ialah tisu kecil di belakang rongga hidung yang berfungsi melawan kuman. Walaupun penting untuk sistem imun, adenoid yang membesar boleh menyebabkan pelbagai masalah terutama pada kanak-kanak berusia 2 hingga 6 tahun.
Tanda-tanda adenoid membesar termasuk:
Anak berdengkur kuat semasa tidur
Bernafas melalui mulut hingga mulut sentiasa terbuka
Hidung tersumbat walaupun tiada selesema
Suara sengau seperti bercakap melalui hidung
Kerap selesema atau jangkitan telinga
Perubahan wajah (adenoid facies)
Menurut Dr. Hana, rawatan bergantung pada tahap keseriusan keadaan anak.
1. Pembedahan Jika terlalu teruk, doktor mungkin cadangkan pembedahan membuang adenoid (dan kadang-kadang tonsil sekali). Prosedur ini membantu ramai kanak-kanak kembali sihat, tidur lena dan bernafas dengan lebih baik.
2. Pendekatan tanpa pembedahan Untuk kes yang sederhana, ibu ayah boleh mencuba langkah berikut:
Berikan anak makanan berkhasiat kaya buah-buahan & sayuran
Kurangkan makanan bergula atau diproses
Pastikan anak cukup tidur dan aktif bermain
Dapatkan nasihat doktor untuk rawatan tambahan jika perlu
Dengkuran bukan hanya masalah orang dewasa. Bila anak kecil tidur berdengkur kuat, bernafas melalui mulut atau wajahnya mula berubah, ia mungkin tanda adenoid membesar.
Rawatan awal sangat penting supaya anak dapat bernafas dengan baik, tidur nyenyak dan membesar dengan sihat.
Ibu ayah, jika anak menunjukkan tanda-tanda seperti Aleeya, jangan tunggu lama. Segera berjumpa pakar ENT untuk pemeriksaan lanjut. Ingat, kesihatan anak adalah amanah, dan tindakan pantas boleh menyelamatkan masa depan si kecil.
Berat badan isteri yang berlebihan selalu dianggap isteri kuat makan dan banyak berehat daripada melakukan sebarang kerja. Sebenarnya, bukan itu faktornya, isteri yang kurang rehat dan tak cukup tidur juga boleh menyebabkan berlakunya perubahan hormon dalam badan. Jadi suami perlu tahu 5 tanda isteri tak cukup tidur dan kurang rehat.
Semua Suami Kena Tahu 5 Tanda Isteri Tak Cukup Tidur;
1. Kalau sakit tu jadi lambat baik sikit sebab sistem imum dan respon tubuh untuk lawan jangkitan kuman tu jadi perlahan sikit bila kurang tidur
2. Ada masalah berat badan. Lemak bertimbun di sana sini. Bukan sebab isteri tu pemalas tapi 2 hormon ni, LEPTIN dan GHRELIN jadi kacau bilau. Tu yang jadi selalu lapar dan susah kenyang.
3. Selalu pelupa. Kurang tidur ni akan efek pada ‘long and short term memory’. Kreativiti dan konsentrasi isteri kita pun akan menurun secara drastik. Tu yang duk pakai baju kelawar je tu. Bukan tak pandai berhias tapi otak jadi tumpul dan susah nak fokus.
4. Tidur berlebihan di siang hari, selalu dilihat menguap dan lesu. Sebab tu la kita kena pandai baca bahasa badan pasangan kita. Jangan mimik muka nampak lesu dan berkerut sini sana kita buat tak tahu. Jangan!
5. Isteri selalu moody. Tak cukup tidur ni akan menyebabkan isteri kita ni selalu melenting dan mudah marah ( irritability & anger ). Bukan tu je, ketahanan isteri kita pada stres pun akan sangat lemah.
Tu la kenapa tolong la perhatikan isteri kita walaupun mungkin isteri kita nampak seperti tak ada apa apa tapi percayalah, mereka tetap perlukan perhatian dan pertolongan kita.
Saya percaya, suami yang paling sensitif dengan emosi isteri adalah suami yang paling hebat di mata anak anaknya sendiri!
Sedih adalah perkara biasa ketika hamil namun perasaan sedih yang berpanjangan dan terlampau ketika hamil boleh memberi kesan langsung kepada bayi.
Kajian membuktikan gangguan emosi seperti depresi, kegelisahan dan serangan panik boleh memperangaruhi reaksi janin.
Jantung bayi boleh menjadi lebih laju malah pergerakkannya dan tendangannya tidak menentu ketika ibu dilanda emosi. Jadi hati-hati!
Apabila ibu mengalami tekanan atau kesedihan yang berpanjangan, tubuh akan menghasilkan hormon stres seperti kortisol.
Hormon ini boleh menyeberangi plasenta dan mempengaruhi janin, menyebabkan perubahan dalam degupan jantung dan pergerakan janin.
Janin yang terdedah kepada tahap kortisol yang tinggi berisiko mengalami gangguan perkembangan neurologi dan emosi selepas lahir.
Gangguan Kesihatan Mental Semasa Hamil dan Kesan kepada Janin
Depresi (Kemurungan)
Depresi semasa hamil boleh menyebabkan ibu kehilangan minat terhadap aktiviti harian, mengalami gangguan tidur, dan perubahan selera makan. Keadaan ini boleh mengurangkan pengambilan nutrien penting, menjejaskan pertumbuhan janin, dan meningkatkan risiko kelahiran pramatang .
Kegelisahan (Anxiety)
Kegelisahan yang berlebihan boleh menyebabkan ibu mengalami serangan panik, meningkatkan kadar denyutan jantung dan tekanan darah. Ini boleh mengurangkan aliran darah ke janin, mengganggu bekalan oksigen dan nutrien yang diperlukan untuk perkembangan yang sihat.
Gangguan Bipolar
Ibu dengan gangguan bipolar mengalami perubahan emosi yang ekstrem, dari mania ke depresi. Ketidakstabilan emosi ini boleh menyebabkan ketidakpatuhan terhadap rawatan, meningkatkan risiko komplikasi kehamilan, dan memberi kesan negatif kepada janin .
Gangguan Stres Pasca Trauma (PTSD)
PTSD boleh menyebabkan ibu mengalami kilas balik trauma, mimpi buruk, dan kebimbangan yang berterusan. Keadaan ini boleh meningkatkan tahap hormon stres, menjejaskan kesejahteraan janin, dan meningkatkan risiko gangguan perkembangan emosi selepas lahir .
Serangan Panik
Serangan panik menyebabkan gejala fizikal seperti sesak nafas, pening, dan jantung berdebar. Kekerapan serangan ini boleh menjejaskan kesihatan ibu dan janin, meningkatkan risiko kelahiran pramatang dan berat badan lahir rendah .
Gangguan Pemakanan
Gangguan seperti anoreksia atau bulimia boleh menyebabkan kekurangan nutrisi penting semasa hamil. Ini boleh mengakibatkan pertumbuhan janin terhambat, kelahiran pramatang, dan masalah kesihatan jangka panjang bagi bayi.
Kesan Menangis Pada Janin
Menangis sesekali adalah normal, tetapi menangis yang berterusan akibat tekanan atau kesedihan boleh memberi kesan negatif kepada janin. Kesan tersebut termasuk:
* Gangguan Perkembangan Psikologi: Janin mungkin menjadi lebih sensitif terhadap stres, berisiko mengalami masalah emosi selepas lahir .
* Pertumbuhan Fizikal Terhambat: Tekanan kronik boleh mengurangkan aliran darah ke janin, mengganggu bekalan nutrien dan oksigen .
* Risiko Kelahiran Pramatang: Tahap hormon stres yang tinggi boleh merangsang kelahiran sebelum waktunya .
Sokongan social dari suami dan keluarga, menjalankan aktiviti riadah dan bersenam serta pemakanan seimbang boleh mengubah emosi ibu hamil menjadi lebih baik. Tenangkan fikiran dan jangan sedih-sedih!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kenali Dr Mohammed Taufiq Johari, Menteri Belia dan Sukan termuda Malaysia yang baru bergelar ayah. Usia muda, latar belakang perubatan dan nilai kekeluargaan menjadikan beliau simbol kepimpinan generasi baharu.