“May you have your bapak’s smile,” Sharifah Amani harap anak sulung punya senyuman seperti suaminya. Hampir dua tahun mendirikan rumah tangga, pelakon Sharifah Amani dan suami tidak sabar menantikan kelahiran bayi sulung.
“May You Have Your Bapak’s Smile”
Dalam satu perkongsian di laman Instagramnya, Sharifah berharap agar anaknya memiliki senyuman seperti suaminya.
“May you have your Bapak’s smile. Mudah mudahan,” tulis Amani di ruangan kapsyen.
Amani atau nama sebenarnya Sharifah Amani Syed Zainal Rashid Al-Yahya, 38, sempat berkongsi gambar suaminya ketika masih kecil.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Perubahan hormon, morning sickness dan keletihan semasa hamil adakalanya membuatkan ibu-ibu jarang bersiap semasa kandungan makin sarat.
Hanis Zalikha juga mungkin berhadapan situasi yang sama. Dalam entri Instagramnya, Hanis memuatnaik foto yang menampakkan baby bump.
Katanya kalau tidak bersiap untuk keluar, maka tiada foto yang dirakamkan pada kehamilan anak keduanya ini. Jadi dia cuba untuk mengabadikan foto di Instagram sebagai kenangan untuk tatapan anak yang bakal lahir nanti.
haniszalikha “Kalau tak keluar bersiap, memang takde gambar time pregnant ni ?
“Mommy tried sayang, so one day I can tell you, this was me when I was pregnant with you ❤️.
Hanis jarang memperlihatkan baby bump nya di Instagram membuatkan peminat teruja. Masing-masing memuji kecomelan baby bump milik selebriti ini dan menyatakan tidak sabar untuk menatap adik Yusuf Iskandar yang bakal lahir kelak.
Para peminat tidak ketinggalan meneka jantina bayi. Ada yang meneka lelaki dan ada pula yang mengatakan perempuan.
Urutan kehamilan, manfaatnya dan risiko telah menjadi topik kontroversi sejak sekian lama. Walaupun terdapat penyelidikan kecil mengenainya, dan tidak ada persetujuan kukuh dalam kalangan saintis, penyelidikan perubatan baru-baru ini menunjukkan bahawa wanita memperoleh manfaat daripada terapi ini semasa dan selepas kehamilan mereka.
Apakah urutan kehamilan?
Urutan kehamilan terdiri daripada urutan pranatal dan postnatal daripada ahli terapi yang dilatih dalan urutan kehamilan. Ia bertujuan untuk meningkatkan kesihatan wanita semasa dan selepas kehamilannya. Urut tipikal berlangsung selama satu jam.
Apakah manfaat urutan kehamilan?
Sesetengah kajian telah menunjukkan banyak kesan baik urutan kehamilan pada kesihatan, baik dari segi fizikal dan mental wanita. Kajian menunjukkan bahawa urutan pranatal dapat mengubah regulasi hormon dengan ketara dalam tubuh, yang membawa kepada peningkatan paras dopamin dan serotonin, dan penurunan norepinephrine dan kortisol. Perubahan tahap hormon ini berpotensi untuk mengurangkan tekanan dan kebimbangan. Wanita sering mengalami peredaran darah yang berkurangan semasa hamil yang berkaitan dengan bengkak dan ketidakselesaan pada sendi, yang disebut edema.
Terapi urut boleh meningkatkan peredaran darah, dan boleh mengurangkan bengkak dan kesakitan. Manfaat lain yang mungkin dialami ibu adalah mengurangkan sakit saraf, sakit belakang, serta pengurangan ketegangan otot atau sakit kepala, dan tidur yang lebih baik.
Apakah langkah berjaga-jaga untuk urutan kehamilan?
Salah satu sebab mengapa urutan kehamilan adalah subjek yang tidak menentu adalah kerana terdapat bilangan profesional yang disahkan dan tiada penyelidikan klinikal yang menyeluruh. Memilih ahli terapi urut yang diperakui dengan pengetahuan luas mengenai urutan kehamilan adalah sangat penting untuk anda dan kesihatan bayi anda. Jika anda meneruskan urutan kehamilan, pastikan anda memberi perhatian kepada tubuh anda sendiri dan berunding dengan terapi anda untuk kedudukan yang paling selamat dan selesa semasa urutan.
Adalah disyorkan untuk mengelakkan urutan kehamilan semasa trimester pertama anda kerana tahap kehamilan ini dikaitkan dengan risiko keguguran yang lebih tinggi.
Adalah dinasihatkan supaya anda berunding dengan doktor anda sebelum mencuba urutan kehamilan jika anda mengalami mana-mana yang berikut:
-Morning sickness, mual atau muntah
-Pendarahan semasa kehamilan
-Kontraksi preterm/lebih awal
-Kehamilan berisiko tinggi
-Kehamilan yang menyebabkan hipertensi (PIH)
-Kelahiran preterm sebelum ini
-Bengkak yang teruk
-Tekanan darah tinggi
Terapi urut, secara amnya, terkenal kerana keupayaannya untuk melegakan ketidakselesaan di dalam tubuh dan menggalakkan rasa kelonggaran dan kesejahteraan.
Kehamilan boleh menjadi stres pada tubuh dan minda, dan urutan kehamilan mempunyai keupayaan berpotensi untuk mengurangkan rasa sakit dan kesakitan yang mungkin dihadapi oleh ibu hamil.
Adalah lebih baik untuk berunding dengan bidan anda atau doktor anda untuk mendapatkan panduan di mana untuk mencari ahli terapi urut yang layak dan sesuai di kawasan anda.
Bagi ibu hamil pertama kali atau ibu yang sudah lama tidak hamil, info terkini mengenai pemeriksaan-pemeriksaan pranatal di klinik ibu dan anak ini amat membantu.
Ibu hamil pertama kali mungkin akan berasa janggal dengan pemeriksaan yang dilakukan di klinik. Info yang dikongsikan oleh jururawat Lara Marina ini boleh dijadikan panduan. Berikut ialah perkongsiannya;
Pemeriksaan rutin akan dilakukan pada setiap temu janji untuk memastikan anda dan bayi anda sihat.
Temu ramah ringkas dengan jururawat (akan bertanya soalan-soalan asas mengenai keadaan kesihatan anda ketika itu dan pergerakan bayi).
Pemeriksaan dengan doktor bertugas (apabila perlu, tidak semestinya pada setiap kali).
Semasa pemeriksaan pranatal pertama di KKIA, anda akan menjalani satu ujian darah untuk memeriksa:
Satu ujian darah untuk memeriksa kadar hemoglobin anda akan dilakukan setiap tiga bulan. Walau bagaimanapun, sekiranya anda didapati mempunyai masalah ANEMIA (Kekurangan darah) doktor mungkin akan membuat pemeriksaan yang lebih kerap.
Jika ini adalah kehamilan pertama anda, suntikan kancing gigi akan diberikan sejurus anda dapat merasa atau mengenalpasti pergerakan bayi. Dos yang kedua akan diberi sebulan kemudian.
Bagi kehamilan seterusnya, satu dos bagi setiap kehamilan sahaja diperlukan dan diberikan untuk melalikan anda dan bayi daripada kesan penyakit kancing gigi.
Di antara bulan ke5 dan ke7 kehamilan, anda akan menjalani Ujian toleransi glukos oral untuk menguji Kencing manis. Ujian ini memerlukan anda berpuasa semalaman sebelum menjalani ujian darah. Jika anda mempunyai faktor risiko tambahan untuk kencing manis, ujian tersebut akan dilakukan semasa awal kehamilan dan mungkin diulang pada trimester ketiga jika ujian pertama didapati normal.
Ujian MGTT wajib bagi kandungan pertama jika pesakit berusia 25 tahun ke atas, obesiti atau mempunyai ahli keluarga yang ada sejarah kencing manis.
Semasa pemeriksaan pertama anda di KKIA, jururawat atau bidan mungkin akan memeriksa payudara untuk memastikan tiada ketulan tidak normal dan untuk memastikan tiada masalah apabila menyusukan nanti. Jururawat akan berbincang dengan anda dan memberi nasihat tentang penyusuan badan.
Sebilangan klinik kerajaan menyediakan ultrasound secara terhad manakala sebahagian lagi tidak menyediakan kemudahan ini. Kebanyakan KKIA bergantung kepada kaedah manual seperti mengukur perut dan mendengar degupan jantung bayi.
Di klinik kerajaan yang mempunyai kemudahan ultrabunyi atau ultrasound, anda mungkin akan diimbas dua kali :
Jika anda mahu mendapatkan ujian-ujian pranatal yang lain seperti imbasan atau scan untuk sindrom down, anda perlu mendapatkannya di klinik atau hospital swasta.
Ada di antara KKIA yang berada dalam kawasan klinik-klinik kerajaan yang turut menempatkan klinik pergigian. Setiap wanita mengandung yang datang ke klinik tersebut akan diberi pemeriksaan pergigian di situ. Di KKIA yang tidak mempunyai kemudahan tersebut pula, anda akan dirujuk ke klinik pergigian terdekat.
Di klinik pergigian, doktor gigi akan memeriksa gigi dan gusi anda dan memberi nasihat mengenai penjagaan pergigian semasa mengandung.
Setiap kali anda datang untuk membuat pemeriksaan pranatal di KKIA, anda akan dibantu oleh seorang jururawat perbidanan. Pemeriksaan dengan doktor yang bertugas akan dilakukan sekurang-kurangnya sekali untuk imbasan dan pemeriksaan kesihatan keseluruhan. Pemeriksaan dengan doktor seterusnya hanya dijalankan apabila perlu. Pada pemeriksaan seterusnya anda mungkin akan berjumpa doktor yang berlainan. Ini adalah perkara biasa.
Jika terdapat sebarang komplikasi atau isu-isu tertentu berkaitan kehamilan anda, doktor di KKIA mungkin akan merujuk anda kepada doktor pakar di hospital kerajaan.
Kehamilan anda akan dirujuk kepada doktor pakar sekiranya berlaku keadaan ini iaitu:
Jururawat atau bidan-bidan akan melawat pesakit di rumah selepas bersalin untuk memeriksa keadaan ibu dan anak.
Terdapat banyak perkhidmatan sokongan pranatal di KKIA. Anda boleh bertanya jururawat dan doktor sebarang soalan berkenaan kehamilan atau pun kesihatan bayi anda. Jika anda mempunyai masalah atau kebimbangan, anda boleh pergi ke klinik atau hospital kerajaan berdekatan dengan membawa buku pranatal anda. Sebilangan KKIA dan hospital kerajaan juga mengadakan seminar penyusuan bayi dan persediaan melahirkan bayi.
Dalam kes kecemasan, ibu boleh ke klinik kerajaan atau klinik ibu mengandung yang berdekatan atau pun hospital. Jangan lupa bawa buku pranatal anda bersama.
Selepas bayi anda dilahirkan dan anda telah keluar daripada hospital, seorang jururawat atau bidan yang berdaftar dengan kerajaan daripada KKIA akan melawat anda secara berkala di rumah untuk memeriksa keadaan anda dan bayi.
Jururawat atau bidan tersebut akan memberi bantuan dan panduan serta sokongan berkenaan penyusuan, memandikan bayi dan penjagaan bayi yang baru lahir. Mereka akan menggalakkan anda berehat dan memberi nasihat mengenai cara terbaik untuk menjaga kesihatan fizikal dan emosi anda.
Peringatan :
Sila bawa buku merah anda ke mana saja anda pergi, Incase anda tiba-tiba tidak sedarkan diri, pihak yang berkenaan akan tahu tentang sejarah kehamilan anda dan amat membantu untuk sebarang keputusan yang akan dibuat (Kandungan ke berapa, yang ke berapa minggu, sesuai utk kelahiran yang bagaimana).