“Kenapa saya asyik teringin makan lemon je masa mengandung ni?” Soalan ini biasa dilontarkan oleh ibu hamil, terutama apabila selera bertukar arah kepada makanan masam seperti lemon.
Ramai ibu hamil percaya pengambilan lemon boleh meredakan morning sickness. Lemon sebenarnya agak berbeza bagi ibu hamil.
Anda perlu tahu, makan dan minum lemon semasa mengandung mempunyai beberapa pro dan kontra masing-masing bergantung kepada tubuh ibu hamil itu sendiri.
Persoalan utamanya juga adakah sihat ibu hamil mengambil buah lemon ini setiap hari?
Beberapa kajian klinikal, mengidam lemon atau makan masam semasa mengandung adalah perkara biasa. Ia mungkin berkait rapat dengan pelbagai factor termasuklah perubahan hormone yang berlaku kepada ibu hamil.
* Perubahan hormon
Hormon seperti estrogen dan progesteron yang berubah boleh menjejaskan deria rasa dan bau.
* Tubuh perlukan vitamin C
Lemon kaya dengan vitamin C yang membantu penyerapan zat besi dan menguatkan sistem imun.
Ads
* Mengurangkan rasa loya (morning sickness)
Rasa masam dari lemon dipercayai boleh membantu mengurangkan rasa mual.
Pengambilan lemon yang dikatakan dapat meredakan morning sickness sebenarnya ada pro dan kontranya. Ini yang ibu hamil perlu tahu.
Lemon bantu lancarkan penghadaman, sembelit
Ads
Jika diambil secara sederhana, lemon dapat bertindak baik kepada tubuh ibu hamil. Antaranya ialah dapat meningkatkan imuniti tubuh ibu hamil serta melancarakan penghadaman.
1. Meningkatkan imuniti tubuh
Lemon kaya dengan vitamin C, sejenis antioksidan yang kuat. Semasa hamil, sistem imun ibu menjadi sedikit lemah untuk menyesuaikan diri dengan kehadiran bayi dalam rahim. Manakala Vitamin C pula membantu melawan jangkitan seperti selsema dan batuk, menyokong pembentukan kolagen yang penting untuk kulit, sendi dan salur darah bayi serta memudahkan penyerapan zat besi, sekali gus mencegah anemia semasa hamil.
2. Melancarkan penghadaman
Ramai ibu hamil mengalami masalah perut kembung, angin dan rasa tidak selesa di bahagian perut. Lemon, jika dicampur dengan air suam boleh merangsang penghasilan jus gastrik dan enzim pencernaan malah membantu makanan dihadam dengan lebih lancer selain dapat mengelakkan rasa sebu dan tidak selesa selepas makan.
3. Mengurangkan sembelit
Masalah sembelit sangat biasa berlaku semasa kehamilan kerana perubahan hormon melambatkan pergerakan usus. Dengan adanya pengambilan lemon, boleh merangsang hati untuk menghasilkan hempedu dan cecair penting dalam proses penghadaman.
Ads
Kesan Buruk Jika Lemon Diambil Berlebihan
1. Pedih Ulu Hati / Heartburn
Semasa mengandung, otot yang memisahkan perut dan esofagus menjadi longgar disebabkan hormon progesteron, menyebabkan asid mudah naik ke kerongkong. Lemon mengandungi asid sitrik yang boleh menambah keasidan dalam perut dan memburukkan simptom pedih ulu hati dan ketidakselesaan dada.
2. Hakisan Enamel Gigi
Asid sitrik dalam lemon juga boleh memberi kesan kepada lapisan pelindung gigi (enamel). Jika diambil berlebihan atau tanpa penjagaan mulut ia boleh boleh menyebabkan gigi menjadi sensitive dan kerosakan gigi dan berlubang meningkat.
3. Ketidakselesaan Perut
Lemon yang terlalu banyak boleh mengganggu keseimbangan pH dalam perut, terutama jika ibu tidak mengambil makanan lain yang bersifat alkali. Ini boleh menyebabkan perut memulas atau ‘masuk angin’ serta rasa mual dan ketidakhadaman yang berpanjangan.
✅ Tips Selamat Mengambil Lemon Semasa Hamil
* Ambil dalam kuantiti sederhana, contohnya perah sedikit dalam air suam.
* Gunakan straw jika minum air lemon untuk kurangkan sentuhan dengan gigi.
* Elakkan lemon jika anda ada gastrik atau pedih ulu hati teruk.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Cromboloni manisan viral yang bentuknya tidak ubah seperti roti bom dan disalut dengan pelbagai perisa leleh. Biasanya anak-anak sukalah dengan manisan manis begini. Perisa yang sering menjadi kegemaran ramai antaranya coklat, pistachio, strawberi dan macam-macam lagi. Topping pula boleh ikut selera masing-masing.
Cromboloni atau dipanggil New York Rolls ini juga sangat sesuai untuk peminat hidangan viral. Anda pasti tidak akan melepaskan peluang untuk mencuba walaupun sekali seumur hidup. Harganya juga agak keras, jadi kalau hendak makan puas, jomlah kita buat sendiri. Boleh cuba resipi seperti yang dikongsikan oleh Farisya Annisa ini.
RESIPI CROMBOLONI
Bahan-bahan:
250 gram tepung roti
1/2 sudu kecil Garam
20 gram marjerin cair
1 kuning telur
125 ml susu cair penuh krim
30 gm gula
1 sudu kecil yis segera
1/2 sudu kecil garam
100 gm korsvet/pastri marjerin
Jem coklat coklat berlapis
Alatan khas, rolling pin
Buat Sendiri, Anak-anak Dapat Makan Puas-puas
Cara membuat:
1. Sediakan papan leper kayu atau meja bagi membentangkan puff pastri.
2. Sapukan pada puff pastri di atas papa tersebut dan canainya perlahan-lahan guna rolling pin.
3. Apabila doh terasa mudah untuk dibentuk serta anjal, anda boleh mula membentuk cromboloni.
4. Potong pastri dengan memanjang dan lebar ikut cita rasa anda.
5. Susun di atas satu persatu pastri yang anda potong tadi.
6. Gulungkan dari hujung ke hujung secara kemas dan cuba bentukan bulatan bola sehingga doh habis.
7. Sekiranya anda inginkan cromboloni yang besar boleh tambahkan sahaja gulungan pastri puff.
8. Susun pastri yang dibentuk tadi dalam loyang leper bulat.
9. Pukul kuning telur dan sapukan pada setiap pastri yang siap digulung tadi.
10. Panaskan ketuhar pada suhu 180 darjah celcius.
11. Bakar cromboloni lebih kurang dalam 20-25 minit.
12. Setelah kelihatan warna keperangan dan masak, boleh terus keluarkan dari oven. Sejukkan ke suhu bilik.
13. Apabila cromboloni sudah sejuk, bolehlah sapu jem kesukaan anda guna penyepit dan alat yang tajam untuk membuat rongga ditengah.
14. Masukkan jem tersebut ke dalam lubang dengan bantuan piping bag.
15. Cromboloni anda sudah siap! Bolehlah dinikmati bersama keluarga.
Spaghetti antara menu kesukaan kanak-kanak dan juga menu yang mudah untuk para ibu sediakan. Bagi ibu-ibu yang sibuk bekerja ataupun nak mudah sediakan sarapan serta bekal untuk anak boleh cuba resipi spaghetti aglio olio ini.
1) Mula-mula, rebuskan spaghetti bersama 1 sudu minyak masak. Rebus selama 7-8 minit dan tapiskan. Simpan sikit tau air rebusan tu untuk digunakan kemudian.
2) Dalam kuali yang yg lain, masukkan olive oil (saya guna minyak masak biasa) dan tumis bawang putih yang telah dihiris. Agak dah naik bau tu, baru saya letak cili kering yg telah dipotong. Saya letak lambat sikit takut hangit.
3) Kemudian,masukkan udang, sotong dan sosej. Masak selama 1 minit. Lepastu masukkan pula sedikit air rebusan spaghetti tadi.
Nugget yang dijual di pasaran sememangnya kurang sesuai buat anak kita. Selain tinggi garam, nugget di pasaran juga dikhuatiri mengandungi bahan pengawet yang sememangnya tidak sihat untuk anak-anak kecil kita yang sedang membesar.
Resipi homemade nugget yang dikongsikan oleh Khairul Mursyidah Khalid ini cukup mudah untuk dicuba. Paling menarik kerana nugget yang dihasilkan dicampur sedikit sayur bayam untuk lebih menyihatkan anak. Pastinya lebih sihat, halal dan menyihatkan anak kita. Jom cuba resipi ringkas ini.
HOME MADE NUGGET
“U dah boleh bagi goreng-goreng untuk dia. Boleh naik lagi berat nanti”. Baik doktor!
So, tadaa new menu for today. Syida share sini ya, kalau nak buat sila-sila.
Bahan-bahan Isi ayam dada Bawang putih Sayur bayam (suka hati kalau nak sayur lain) Tepung jagung sikit Mix herbs, black pepper, white pepper (untuk umur Nuha syida letak sikit dulu as intro)
Blend semua bahan ni boleh tambah air sikit. Steam sampai dia dah masak. Sejukkan dan baru potong kecik-kecik.
Nak goreng macam biasa boleh celup telur then gaul breadcrumbs. Ataupun boleh gaul tepung gandum + tepung jagung saja.
* Nugget ni tekstur dia lembut sebab tepung tu syida letak sikit ja.
60 Peratus Bukan Dari Daging Sebenar
Sementara itu, Public Health Malaysia turut berkongsi bahan-bahan yang digunakan dalam pembuatan nugget yang diragui malah sememangnya kurang sihat buat anak-anak kita. Ini mak ayah perlu tahu.
Jika anda merasakan nugget adalah pilihan yang baik dan mudah untuk menggantikan sumber protein dari daging ayam, fikirkan semula.
“Autopsy” yang dilakukan oleh pengkaji terhadap nugget ayam menemui sebahagian besar nugget ayam TIDAK mengandungi daging putih ayam sebaliknya bahan bahan lain dari ayam seperti kulit, tulang, saluran darah dan komponan ayam.
Selain itu, bagi meningkatkan rasa dan untuk bertahan lama, garam dan bahan pengawet di campur ke dalam adunan sebelum ini. Kandungan garam yang tinggi ini adalah punca kepada peningkatan tekanan darah dan pengambilan kalori tinggi nugget boleh menyebabkan kegemukan.
Makanan segera seperti ini merupakan sejenis makanan ultra- processed yang sememangnya bukan pilihan yang baik jika anda mengutamakan kesihatan.
* Tinggi kandungan lemak tepu yang mengakibatkan darah tersumbat.
* 60% struktur nugget terdiri daripada lemak, saluran darah, saraf, tisu lembut haiwan dan tulang.
* Hanya 40 – 50 peratus daging sebenar.
* Tinggi kalori dan menggemukkan.
* Tinggi garam.
* Tinggi bahan pengawet
Jadi elakkan pengambilan yang kerap. Pastinya lebih baik anda sediakan sendiri buat anak-anak di rumah!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Astro, peneraju kandungan dan hiburan negara, tampil dengan satu pelancaran istimewa yang cukup bermakna — “Tawaran Eksklusif untuk Penjawat Awam”, sebagai tanda penghargaan kepada...