1. Panaskan air dalam kuali leper dan rebus sayur untuk 1 minit. Angkat dan toskan. Letakkan dalam bekas.
2. Letakkan sos tiram di atasnya.
3. Ambil kuali dan panaskan minyak. Masukkan bawang putih yang telah dicencang. Masukkan juga sedikit sos tiram dan masukkan serbuk lada hitam. Goreng hingga garing dan angkat.
Ads
4. Taburkan di atas sayur tadi dan bolehlah dihidang.
Note: Boleh menurunkan tekanan darah
-Membekalkan vitamin c dan vitamin b-6 yang mana baik untuk jantung
-baik untuk kesihatan mata
-menyihatkan tulang dalam badan
Sebagai ibu bapa yang prihatin dan mahukan anak-anak berjaya dalam kehidupan, anda perlulah melabur dalam kesihatan mereka. Berusahalah untuk memberi makanan yang pelbagai, seimbang dan berkhasiat agar anak-anak yang sedang bersekolah dapat membesar dan kekal sihat.
Pemilihan dan amalan pengambilan makanan sihat perlu diterapkan di kalangan kanak-kanak sekolah. Berikut adalah panduan am untuk membantu anda memilih makanan sihat untuk anak-anak agar mereka dapat makan secara sihat dan belajar menikmati makanan berkhasiat: Anda juga boleh bekalkan mereka makanan yang berkhasiat disediakan di rumah. Sekiranya ada majlis-majlis di sekolah yang perlukan sumbangan makanan, bekalkan makanan yang berkhasiat seperti buah-buahan potong yang digaulkan dengan jus lemon dan sebagainya.
Gunakan maklumat yang positifBeritahu anak-anak bahawa semua makanan boleh memenuhi keperluan pemakanan yang sihat. Tidak ada makanan yang baik atau tidak baik. Kunci utama pemakanan sihat ialah pilihan dan pengambilan makanan secara sederhana. Ajar mereka mengenai pemakanan yang baik dengan cara yang mudah seperti Yogurt dan susu boleh membantu perkembangan tulang yang kuat atau lobak merah membantu anda melihat dalam keadaan yang gelap.
Tumpukan kepada pemilihan makanan yang kaya dengan nutrienSentiasa galakkan anak anda untuk memilih makanan yang kaya dengan nutrien di kantin sekolah. Ajar mereka untuk sentiasa memilih makanan seperti:
-Buah-buahan pelbagai warna sebagai snek berbanding gula-gula.
-Sayur-sayuran beraneka warna.
-Makanan yang diperkaya dengan nutrien, bijirin penuh dan yang tinggi serat.
-Minuman bersusu berbanding minuman kordial.
-Hidangan yang kurang berminyak dan bergula.
-Hidangan yang mengandungi produk kekacang seperti tempe dan tauhu selain ayam, daging dan ikan.
Tetapkan peraturan makanan keluarga
Kanak-kanak lebih mudah memilih makanan sekiranya mereka tahu peraturan pemakanan keluarga. Contohnya, setiap ahli keluarga wajib bersarapan pagi setiap hari, susu ialah minuman pilihan selepas makan malam atau snek di sekolah perlulah daripada 5 kumpulan makanan dalam piramid makanan dan yang kurang minyak, garam dan gula.
Tetapkan beberapa garis panduan yang perlu dipatuhi apabila makan di luar, seperti memesan air buah-buahan atau air kosong.
Jadi contoh yang baikKanak-kanak mudah dipengaruhi oleh keadaan sekeliling dan orang yang rapat dengan mereka. Sebagai ibu bapa, pemilihan makanan yang anda buat akan mempengaruhi anak-anak. Jika anda memilih makanan yang sihat, anak-anak juga akan mencontohi anda.
Selain menunjukkan contoh tabiat makan yang sihat, bincang dengan anak-anak tentang Panduan Piramid Makanan dan pelbagai sajian makanan lazat yang boleh dinikmati.
Paling mama pening bila kena sediakan bekal atau bento untuk anak ke sekolah. Macam-macam resipi yang mama perlu fikirkan. Kalau mama kehabisan idea mama boleh cuba resipi yang dikongsi ini. Anak memang akan puji sedap!
ABANG SUKALAH YANG NI!
Haaa senang gheja umi lepas ni nak prepare sesiap bekal untuk abang Luqman pi sekolah. Mujuq dia komen “Umi, Abang sukalah yang ni!
1) Amik bahagian dada ayam senang takdak tulang. Stim 5-10 minit jangan lama nanti tak juicy.
2) Gaul mesra semua bahan ya sampai depa serasi seiring sejalan gitu.
3) Roti canaikan bagi nipis. Sapu sos dulu, pastu letak inti ayam dan last landing cheddar.
4) Klip tepi roti guna bahagian depan garpu ya nak kasi kemas. Tekan agak-agak camtu, jangan over sangat kang tembus pulak roti tu tekeluaq inti.
5) Tadaa kemas cun kan? Anak-anak tengok pun geram nak makan
6) Cikmah guna Roti Gardenia Classic Jumbo dapatlah 20 bijik. Haaa sekali buat banyak teruih. Lebih simpan dalam frezer. Sesuai sangat utk mak mak bizi
7) Cikmah takdak oven (dah jahanam), jadinya bakaq atas kuali leper saja. Renjis mentega skit kasi efek garing. Kalau takmau, ikut hangpalah, janji jangan rebus sudah la 😁😜 punggah.
Jika menyebut Puding Karamel pasti kita terfikirkan bahan utamanya iaitu telur yang menjadi asas kepada puding ini selain bahan-bahan lain seperti gula, susu dan sebagainya. Namun menghasilkan puding ini tanpa telur seakan tidak masuk akal. Bagaimana puding ini dihasilkan jika bahan utamanya tidak ada?
Resipi istimewa Puan Mawar Ali yang menghasilkan Puding Karamel tanpa telur ini mendapat perkongsian lebih 18 ribu perkongsian di facebook. Wow! hebatnya resipi yang satu ini. Bagaimana nak hasilkannya? Ini cara yang dikongsikan olehnya.
Puding Karamel Tanpa Telur, Tanpa Kukus & Tanpa Bakar
Bahan-bahan:
3 sudu besar gula pasir (untuk dijadikan gula hangus)
1 peket agar-agar serbuk (10g)
4 cawan air
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu pekat manis
1 tin susu cair
3 sudu besar tepung kastard
1 sudu kecil esen vanila
Taburkan gula pasir di dalam loyang. Masak hingga keperangan. Kemudian goyangkan loyang supaya gula hangus tadi sekata di sekeliling loyang. Ketepikan.
Kemudian, dalam bekas lain, masukkan susu cair, tepung kastad dan esen vanila. Kacau hingga tidak berketul.
Masukkan pula agar-agar serbuk, air, susu pekat manis dan gula ke dalam campuran no. 2 tadi. Lepas tu masak atas dapur.
Kacau sehingga bahan-bahan masak dan mendidih. Kemudian tuangkan ke dalam loyang gula hangus.
Bila dah sejuk sikit, masukkan ke dalam peti ais. Lebih kurang 2 hingga 3 jam.
Bila dah sejuk, letak dalam bekas secara terbalik. Taraaaaa….gula hangus dah dekat atas. Cun je.
Selamat mencuba.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selera kita sememangnya berbeza-beza. Ada yang gemar makan nasi, tak kurang juga yang cukup gemar makan aneka pasta dan rangkaian mi. Jika mencari kelainan pada selera yang dah semakin pudar di rumah, apa kata mama cuba sediakan resipi Yee Mee Sizzling ni pula untuk anak-anak di rumah.
Resipi Yee Mee Sizzling yang dikongsikan oleh Pn Suzana Othman ini memang istimewa. Paling membanggakan resipi semudah ini boleh menggembirakan anak-anak dan seisi rumah. Jom cuba resipi ringkas tapi sedap ni.
Harini macam buntu tak tau nak masak apa. Dah sepetang kat dapur ulang-alik tapi tak siap-siap masak lagi. Tanya anak nak mee sizzling tak? Laju-laju diorang jawab nak serentak. Ibu tak pernah masak mee sizzling sebenarnya tapi ibu cuba.
Masa makan Adam cakap Adam terharu. Ibu tanya, kenapa? Sebab ibu masak lagi sedap dari kat kedai, jawab dia. Aihhh.. tetiba ibu pun terharu bila Adam cakap gitu.
Mak-mak kalau buntu nak masak apa sesekali boleh la cuba masak Yee Mee Sizzling untuk anak-anak. Kat sini kita ada sertakan resepinya. Jom tengok step by step kat gambar
Bahan-bahan untuk kuah:
1 mangkuk ayam bahagian isi -potong dan bersihkan.
10 biji cendawan shiitake kering -rendam dengan air panas kemudian potong empat bahagian.
10 tangkai cili kering -potong (kurangkan jika tak nak pedas)
5 ulas bawang putih -cincang
1 inci halia -hiris nipis
1 ketul kiub ayam
1 sk serbuk lada hitam (yg dikisar sendiri)
1 senduk kicap pekat
1 senduk sos tiram
1 sb minyak bijan
3 sb tepung jagung yg dilarutkan dalam sedikit air
Garam
Gula
1 liter air
Bahan lain:
1 bungkus yee mee
Telur
Sayur Pak choy
Panaskan minyak masak dalam periuk. Tumis bawang putih dan halia hingga wangi kemudian masukkan cili kering, tumis sebentar.
Masukkan ayam.
Masukkan kicap pekat, sos tiram, minyak bijan, serbuk lada hitam dan juga kiub ayam.
Masukkan cendawan shiitake. Masukkan 1 liter air, perasakan dengan garam dan 1 sb gula.
Bila dah menggelegak, masukkan larutan tepung jagung, masak hingga kuah pekat. Tutup api.
Sediakan kuali non stick, letakkan yee mee, curahkan kuah sizzling atas yee mee. Buka api dapur, masukkan sebiji telur dan pakchoy. Masak sekejap hingga mee lembut. Ulang proses ini bergantung kepada berapa banyak hidangan yang ingin disediakan.
Dah pun siap yee mee sizzling. Tak payah guna pan macam kat kedai pun takpe, guna apa yang ada kat rumah aje. Sedap tau gaiss, boleh la buat lepas rindu korang yang suka makan yee mee sizzling kat food court tu.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Aktiviti mewarna bukan sekadar hiburan untuk kanak-kanak. Ketahui bagaimana ia membantu meningkatkan fokus, kreativiti, kemahiran motor halus, koordinasi serta keyakinan diri anak.