Dalam perkahwinan, wang bukan segalanya tetapi perlu ada tiga kriteria ini dalam memastikan rumah tangga bahagia. Bagi seorang isteri, walaupun nampak tanggungjawab ini besar, namun jika dibiasakan dari awal tiada masalah.
Memetik laporan xtra, pengarah, penerbit dan ikon masakan, Sheila Rusly mendedahkan pernah beri tiga tips untuk kekal bahagia dalam perkahwinan kepada menantu kesayangannya, pelakon Elisya Sandha.
Jaga hati, memasak & hubungan intim
Antara tiga tips yang dikongsikan oleh selebriti ini adalah kepentingan menjaga hati suami, jaga perut (memasak) dan menjaga hubungan intim antara suami dan isteri.
Mengulas lebih lanjut, Sheila yang juga merupakan pelakon berkaliber berkata pasangan suami isteri pada zaman sekarang hanya mengutamakan hubungan intim mereka.
Ads
“Saya selalu berkongsi tips dengan Elisya. Saya kata kalau nak bahagiakan suami ni sangat senang. Pertama, kena jaga hati dia, kedua jaga perut dia, dan ketiga baru jaga hubungan intim suami isteri. Zaman sekarang hubungan intim dulu, salah!
“Tiga perkara itu sahaja. Jaga hati dia, jangan buat benda yang suami tak suka. Rajin memasak untuk ikat perut suami. Barulah buat hubungan intim sekali atau dua kali seminggu,” katanya dengan nada tegas namun sempat berseloroh.
Elisya menantu yang rajin
Disoal sama ada Elisya rajin memasak, Sheila berkata dia sangat memuji kerajinan adik kepada pelakon Fasha Sandha itu yang tidak henti mencuba menu baharu untuk menambat hati suaminya, Uzair Haqimy.
“Tiap kali bila saya di dapur, dia akan tanya saya masak apa. Dia akan tanya pelbagai soalan tentang resepi yang saya masakkan itu. Kalau dulu masa baru bertunang dia akan catit resepi di buku nota.
Ads
“Sepanjang setahun dia jadi menantu saya jadi bila saya cakap tentang resepi tu dia mudah faham. Bila dia cuba masak, sekali atau dua kali terus jadi,” ujarnya lagi.
Wabaknya COVID-19 yang menyerang seluruh dunia telah membuatkan ibu bapa menjadi lebih berhati-hati terhadap kesihatan anak mereka. Oleh itu, tinjauan di seluruh negara bernama #ImmunityMatters dilakukan untuk mengetahui kepercayaan dan perubahan ibu bapa dalam pilihan dan keutamaan pemakanan mereka.
Tinjauan ini dimulakan oleh Mead Johnson Nutrition’s Enfagrow A + Malaysia. 500 ibu bapa dengan anak-anak berusia di atas 1 tahun mengambil bahagian dalam menjawab tinjauan ini.
Hasil #ImmunityMatters menunjukkan bahawa:
60% ibu bapa prihatin dengan mendapatkan nutrien yang betul untuk kekal sihat
52% ibu bapa percaya bahawa pemakanan anak mereka dapat ditingkatkan.
94% ibu bapa percaya bahawa pemakanan adalah peranan utama kesihatan anak terutama dalam menguatkan imuniti mereka.
82% ibu bapa percaya bahawa kesihatan imun kanak-kanak dapat dipelihara dari masa ke masa dan ini berkorelasi dengan tahap peningkatan (95%) ibu bapa yang biasa dengan makanan yang meningkatkan imuniti.
42% membuat keputusan secara sedar untuk mengubah pilihan makanan keluarga mereka.
84% menunjukkan bahawa keutamaan ibu bapa dalam memilih makanan dan nutrien yang membina kekebalan untuk menjaga pertahanan semula jadi anak-anak dan keluarga.
#StrongerImmunityForASmarterTommorow
“Tinjauan ini adalah sebahagian dari kempen kami #StrongerImmunityForASmarterTomorrow, dalam usaha untuk memahami keprihatinan dan tingkah laku ibu bapa terhadap peranan pemakanan dalam membangun imuniti. Tujuan syarikat adalah untuk melindungi, menyembuhkan dan memupuk dalam mengejar dunia yang lebih bersih dan sihat tanpa henti. ” – kata Pengarah Perubatan Mead Johnson Nutrition, Dr Tan Choon Kiat.
Tambahnya lagi, “Terinspirasi oleh tujuan kami, kami percaya bahawa penting untuk mendidik ibu bapa tentang manfaat pemakanan yang betul yang mempengaruhi kekebalan pada tahun-tahun awal dan seterusnya, sehingga ibu bapa dapat membuat keputusan yang lebih tepat yang akan memberi kesan positif kepada kesihatan anak mereka dan kekebalan. Sekarang, lebih daripada sebelumnya, adalah penting untuk mempunyai kesihatan imun yang kuat. Ibu bapa secara beransur-ansur tertarik kepada pemakanan yang lebih baik untuk membina imuniti dan melindungi anak-anak mereka daripada penyakit bermusim dan masalah kesihatan. ”
Dengan memberikan khasiat yang betul, kita dapat memperkuat dan membina sistem imun anak kita dari dalam kerana ia adalah salah satu pertahanan terbaik untuk tubuh. Lebih 70 hingga 80% sel imun terdapat di usus kita. Diet dengan nutrien yang betul dapat membantu memodulasi fungsi kekebalan tubuh, mengurangkan risiko jangkitan dan memperkuat tindak balas keradangan ketika diserang oleh patogen atau virus.
Apa Kepentingan Susu?
Susu adalah salah satu sumbangan yang paling penting dalam diet anak kerana makanan padat nutrien yang memberikan tenaga, protein dan mikronutrien berkualiti tinggi seperti kalsium magnesium, selenium, riboflavin, vitamin B12 dan asid pantotenat. Jadi, apakah cadangan penggunaan susu setiap hari?
Menurut Garis Panduan Diet Malaysia untuk Kanak-kanak dan Remaja 2013, kanak-kanak digalakkan untuk mengambil dua (2) hingga tiga (3) hidangan susu atau produk tenusu sehari. Susu dilengkapi dengan bahan-bahan seperti MFGM, DHA, PDX-GOS dan Yeast Beta Glucan berfungsi secara sinergi untuk membantu melindungi daripada jangkitan.
Selain tabiat pemakanan, tinjauan juga dilakukan untuk mengetahui perubahan lain yang telah dilakukan oleh ibu bapa dalam kehidupan seharian mereka. Aktiviti yang paling tidak mustahak untuk anak mereka pada masa ini adalah aktiviti interaksi sosial dan aktiviti luar. Namun, didapati bahawa lebih daripada 50% ibu bapa mengutamakan pertumbuhan fizikal dan mental serta masa keluarga bersama anak-anak mereka.
Kajian ini merupakan sebahagian daripada siri pendidikan berterusan Enfagrow A + Malaysia untuk mendorong pemakanan dan tabiat makan yang sihat pada tahun-tahun awal kanak-kanak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Besarnya pengorbanan seorang ibu demi membesarkan anak-anak. Pelakon dan juga penyanyi, Betty Ibtisam Abu Bakar Benafe atau lebih dikenali sebagai Betty Benafe, 39 mengalami kecederaan mata hitamnya tertusuk permainan anak.
Ibu kepada Julia Claire Dargus, 5 dan Bruce Dean Dargus, 3, berkongsi gambar matanya yang sudah bertampal selepas menerima rawatan akibat tertusuk mainan anaknya.
Biarpun menanggung kesakitan namun sebagai ibu, Betty tetap positif dengan apa yang dialami dan faham dengan perangai anak-anak yang sedang membesar dan aktif pula.
Dalam kapsyen yang ditulis di Instagramnya, Betty turut bersyukur kerana masih diberi peluang melihat lagi. Dia membayangkan betapa sukarnya mereka yang langsung tidak diberi penglihatan oleh Allah tetapi kagum dengan semangat mereka untuk terus hidup.
Selain dari itu, Betty juga reda dengan ujian yang dilalui dan berharap agar ibu-ibu lain turut diberikan kesabaran yang tinggi menghadapi pelbagai kerenah anak-anak sepanjang membesarkan mereka.
Dia turut berterima kasih kepada yang mendoakan kesejahteraan dan kesembuhannya.
Saat dapat tahu bakal bergelar ibu bapa, pastinya kita berjanji dengan pasangan untuk membesar dan mendidik anak dengan baik. Tambah pula masing-masing tiada pengalaman jadi pastinya kita akan cuba sedaya mungkin untuk menjaga anak pertama dengan sebaiknya.
Walaupun semasa fasa mengandung tu ada ibu yang agak stres kerana alahan, terpaksa berulang alik klinik untuk pemeriksaan kesihatan semua itu tetap dilalui dengan sabar. Cumanya pernah tak kita terfikir kesilapan yang dilakukan tanpa sengaja sehinggalah kita dapat pengalaman itu untuk kelahiran anak seterusnya.
Nak tahu apa kesilapan dan sindrom anak sulung ini, Influencer Parenting, Puan Wawa Shauqi berkongsi pengalamannya dan mungkin ini juga dilalui oleh kita semua.
Sindrom Anak Sulung
Ini gambar waktu bulan kelima saya jadi mak. Nampak tak apa kesilapan saya dalam tu?
Ya, anak dah 5 bulan. Tapi saya masih pakaikan dia mitten. Mitten kecik pulak tu.Begitulah.
Waktu kali pertama jadi mak, banyak kesilapan saya dah buat. Antara kesilapan lain adalah:
– Biarkan diri stres waktu mengandung. Akibatnya anak lahir jadi bayi yang ‘stres’. Kuat meragam.
– Tak belajar ilmu parenting. Akibatnya, banyak kesilapan parenting. Saya buat. Paling gila, masa saya buat tu, saya yakin saya buat benda betul.
– Manjakan anak dengan pelbagai peralatan bayi. Berjam-jam duduk atas rocker dan walker. Tak banyak tummy time. Akibatnya, banyak perkembangan motornya terjejas.
– Memaksa dan mengajar anak secara keras untuk dia pandai membaca dari kecil. Akibatnya, dia hilang minat belajar dan membaca. Walaupun dari kecil dah boleh membaca.
– Menjadi ibu yang impulsif dalam menghukum. Akibatnya, sampai sekarang saya struggle nak membentuk dirinya yang impulsif bila beremosi.
Hati-hati ibu ayah. Kesilapan kita mendidik anak sulung boleh menjadi punca utama mereka memiliki ‘Sindrom Anak Sulung’ yang ketara.
Antara contoh sindrom anak sulung yang saya maksudkan adalah :
1️⃣ Memiliki FIXED MINDSET
Harapan yang terlalu tinggi diletakkan pada anak sulung, menyebabkan ibu bapa sukar menerima kesilapan yang dilakukan anak-anak.
Anak-anak dipaksa memenuhi kehendak kita, walaupun ia tidak kena dengan fasa dan fitrah anak ketika itu.
Hasilnya, anak menjadi terlampau perfectionist. Sukar menerima kekurangan dan kesalahan.
Dan bila terbuat salah, mereka cenderung untuk memiliki mindset, “Alaa.. Aku dah salah. Takde harapan dah ni nak betulkan balik. Sekali gagal, totally gagal!”
2️⃣ BOSSY
Bagus untuk kita didik anak sulung jadi seorang yang bertanggungjawab. Tapi, pastikan ia tidak keterlaluan. Sehingga timbul sifat bossy pada anak.
Kadang-kadang, sifat bossy tersebut sampai buat adik-beradik yang lain rasa tertekan.
Disuruh dengan kasar, tak pertimbangkan apa orang lain sedang buat dan susah bertolak ansur.
Bayangkan bila sifat bossy ni anak bawa bila bersosial. Pening orang lain nak melayan oi.
Takut-takut, dia menjadi individu yang tidak disenangi di kalangan kawan-kawan.
3️⃣ OVERLY SENSITIVE
Anak sulung juga cenderung menjadi seorang yang mudah beremosi. Sebab masa dia kecil dulu, kita tak ada ilmu nak kendalikan emosi mereka dengan baik.
Struktur emosi mereka tak stabil. Mudah runtuh, remuk dan rapuh. Besar pengaruh karektor anak sulung ni tau. Sedikit-sebanyak mempengaruhi karektor adik-adik yang lain. Walaupun kita tahu yang setiap anak dilahirkan dengan karektor yang pelbagai.
Tak percaya, cuba tengok. Ada banyak ketika, adik-adik akan ikut apa yang kakak atau abang dia buat. Yang paling tak seronok, hat-hat buruk tu paling mudah mereka ikut.
Pun begitu, berterima kasih dan hargailah anak sulung kita. Mereka adalah guru yang paling banyak berkorban mendidik kita.
Melalui merekalah kita merasai pengalaman manis kali pertama memegang anak hasil benih sendiri.
Melalui merekalah, jiwa kita terdidik untuk memahami jiwa anak-anak kecil.
Melalui merekalah kita mendidik diri mengawal bara emosi.
Melalui merekalah kita melalui pengalaman menakjubkan, membesarkan manusia dari proses alam rahim sampai dia dah besar sekarang. Hargai mereka. Sayangi mereka. Tidak pernah terlewat untuk kita betulkan kesilapan. Selagi mana kita usaha bentuk mereka dengan ilmu yang betul.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Favouritism dalam didik anak boleh memberi kesan psikologi jangka panjang tanpa disedari ibu bapa, termasuk trauma emosi yang berlarutan hingga dewasa.