Betullah orang kata isteri ni sepanjang masa akan berfikir. Dari sekecil-kecil masalah sampailah masalah besar semuanya akan difikir serentak.
Kadang tu waktu tidur pun masih berfikir walaupun mata pejam. Suami kena faham situasi isteri dan jangan biarkan ada 5 tanda ini kerana ini tanda-tanda awal burnout.
Burnout ni bahaya kerana kita boleh hilang kewarasan diri, sentiasa fikir negatif walaupun depan mata penuh perkara positif dan hilang tujuan hidup!
Berikut perkongsian dari Mohd Fhais mengenai tanda isteri terlalu penat berfikir.
1 – Membebel Setiap Hari
Bila mulut tak boleh stop tu tanda otak tak stop berfikir. Sentiasa dalam mood ‘bekerja’, nak tukar ke mood ‘rehat’ memang kena tunggu mata tutup baru mulut boleh tutup. Tahu tak kesan penat otak bekerja ni 10 kali ganda lebih penat daripada buat kerja sebenar tau!
2 – Tak Boleh Sabar
Ads
Kalau boleh masa nampak ‘kekotoran & kesemakan’ di rumah tu terus nak bersihkan. Tak kira awal pagi atau dah larut malam. Sekali otak dah fikir nak mop lantai kena mop time tu juga, jika tidak hidup rasa tak tenteram. Ini tanda isteri dah hilang kawalan ‘otak masa’ sehingga tak mampu lagi nak kawal waktu bekerja.
3 – Mudah Serabut
Bila otak tak berehat, memang mudah la limbic ( otak emosi ) nak ambil alih decision making badan kita. Itu yang tak boleh nampak baju berlongok tak lipat jadi serabut kepala, nampak anak buat sepah jadi serabut, nampak bilik air kotor jadi serabut. Sampai tengok muka sendiri kat cermin pun serabut. Serabai sangat!
4 – Senang & Suka Bergaduh
Kortisol & adrenalin ni bahaya kalau berlebihan dalam badan. Asalnya dua hormon ni berfungsi untuk stabilkan tubuh kita masa stres atau dalam bahaya tapi bila ia berlebihan ia buat tubuh makin tak stabil pula. Tak pelik la orang yang dah penat melampau pun bila waktu gaduh jadi penuh bertenaga. Semua gara-gara dua hormon ni la.
Ads
5 – Lupa Diri
Terlalu leka uruskan keperluan anak, pasangan dan orang lain sehingga keperluan diri sendiri lupa. Bila di tanya,
” Bila kali terakhir buat sesuatu untuk kepentingan diri sendiri ? ”
Jawapannya mesti TAK INGAT & TAK TAHU
Ads
Yela, Faham sangat kalau kita buat sesuatu untuk diri sendiri nanti mesti ada orang yang akan cakap kita selfish. Lebih lebih lagi isteri yang selalu jadi perhatian.
Sebab tak selfish la wanita selalu jadi mangsa!
Mungkin ini kenapa menurut statistik yang di keluarkan kkm tahun 2017 dari 4.2 juta rakyat malaysia yang di sahkan ‘sakit mental’ kebanyakkannya ialah golongan wanita.
Mari la para lelaki budiman di luar sana jom selalu ingatkan wanita kesayangan anda, baik isteri, ibu mahupun kenalan wanita supaya ingat diri dan utamakan keperluan diri dahulu sebelum yang lain.
Jika isteri ajak keluar rumah ikutkan sahaja ajakan tu. Bawa la mana-mana pun asalkan keluar rumah supaya boleh tenangkan jiwa mereka. Makin kerap keluar, makin tenang la jiwa isteri kesayangan anda.
Sebaik menimang cahaya mata, anda seharusnya mula memikirkan tentang perancangan bagi menampung kos pendidikan bermula daripada Tadika, persekolahan rendah dan menengah; serta peringkat lebih tinggi iaitu kolej atau universiti.
Ramai sedia maklum dengan peningkatan kos sara hidup dari semasa ke semasa yang mana ia turut melibatkan pertambahan biaya pendidikan. Tambahan pula pada masa kini, kos pendidikan di kolej mahupun universiti awam ataupun swasta boleh mencecah sehingga ratus ribu ringgit untuk peringkat Ijazah, bergantung kepada bidang pengajian yang bakal dipilih oleh si anak.
Malah, anak yang belum masih bersekolah pun memerlukan kos perbelanjaan yang tinggi. Mana tidaknya, yuran tuisyen perlu dilunaskan. Pembelian alat-alat persekolahan juga perlu disediakan selengkapnya. Itu belum mengambil kira perbelanjaan harian seperti duit saku, kelengkapan ko-kurikulum, sumbangan PIBG dan lain-lain lagi.
Jika perancangan perbelanjaan pendidikan tidak disediakan lebih awal, pasti anda bakal tertekan saat ia diperlukan. Bagaimana caranya untuk menyediakannya? Jawapannya ialah membuat simpanan. Lebih awal anda bermula, lebih tinggi simpanan yang dapat dibuat untuk pendidikan si anak kelak.
Merancang
Langkah pertama yang perlu dilakukan ialah letakkan sasaran tempoh masa. Kedua, sasarkan matlamat jumlah simpanan yang diperlukan. Dan ketiga, jumlah simpanan yang disasarkan pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama.
Jika anak berusia bawah satu tahun tahun, anda pasti menjangkakan dia masuk universiti pada usia 18 tahun. Maka, tempoh yang ada adalah selama 17 tahun. Setelah itu, tetapkan anggaran kos perbelanjaan yuran pengajian universiti sekarang dan anggaran untuk 17 tahun akan datang.
Selanjutnya, jumlah kos pada langkah ketiga, dibahagi dengan tempoh masa pada langkah pertama dan anda akan mendapat jawapan jumlah wang yang perlu dikumpulkan bagi menampung perbelanjaan pendidikan di masa akan datang. Dengan jawapan itu, anda perlu bahagikan kepada 12 bulan pula dan akhirnya jumlah bulanan yang perlu disimpan akan diperoleh.
Cara nak simpan
1. Kumpulkan RM900 sebelum anak lahir
Sebaik sahaja disahkan hamil, mula kumpulkan RM900 sebagai modal permulaan simpanan pendidikan. Jangan fikir susah untuk kumpulkan RM900. Anda, suami isteri boleh berkongsi menyimpan RM100 sebulan. Suami RM50, isteri RM50. Dalam masa 9 bulan cukuplah RM900 semasa anak dilahirkan.
Dana RM900 ini perlu dimasukkan ke dalam institusi penyimpanan wang yang dipercayai. Antaranya unit saham amanah, bank, Tabung Haji, unit amanah dan yang seumpamanya atas nama anak itu sendiri dan salah seorang daripada anda sebagai pemegang amanah akaunnya.S
2. Simpan duit raya minimum RM100 setahun
Sebagai tambahan daripada apa yang disimpan sebelum kelahirannya, kumpulkan sekurang-kurangnya RM100 daripada jumlah duit raya yang diperolehinya. Kalau simpan lebih banyak, lebih bagus!
Walaupun hanya RM100 setahun, tapi nilainya akan bertambah apabila dikumpulkan tanpa culas setiap tahun. Tidak percaya? Segeralah lakukannya semasa sambutan Hari Raya tahun depan.A
3. Ambil pelan pendidikan insuran atau takaful
Pelan pendidikan adalah satu cara anda memindahkan risiko kewangan akibat daripada kehilangan pencari nafkah utama dalam keluarga. Andaikan suatu hari nanti, pencari nafkah utama meninggal dunia atau mengalami kecacatan kekal. Berkemungkinan besar, beliau tidak berupaya untuk bekerja. Jadi, pelan pendidikan dapat membantu.
Bila situasi ini berlaku, pelan pendidikan anak anda dibayar oleh syarikat insuran atau takaful sehingga tempoh matang pelan pendidikan yang telah diambil. Jadi, ada jaminan untuk anak anda meneruskan pengajiannya walaupun berlaku malapetaka yang tidak diingini dalam keluarga.
4. Kumpul bar emas
Anda digalakkan untuk menyimpan emas kerana nilainya akan bertambah dari tahun ke tahun. Lebih istimewa, ia kalis inflasi. Sekiranya anda mula menyimpan 1 gram emas sebulan untuk anak bermula daripada bulan kelahirannya, maka akan ada 216 gram emas. Cara ini secara tidak langsung, dapat menampung pendidikan si anak walau apa pun yang berlaku kepada ekonomi dan ringgit Malaysia.A
5. Akaun 2 KWSP
Bagi yang bekerja di sektor swasta dan memiliki akaun Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP), anda mempunyai simpanan yang dibahagikan kepada dua akaun iaitu Akaun 1 dan Akaun 2. Menerusi akaun tersebut, anda boleh memohon pengeluaran pendidikan.
Pengeluaran ini membolehkan anda mengeluarkan simpanan yang terkandung di dalam Akaun 2 untuk membiayai yuran pengajian anak. Terdapat beberapa syarat yang perlu dipatuhi sebelum pengeluaran simpanan dibenarkan oleh KWSP.
Antaranya ialah anak anda perlulah telah mendaftar untuk pengajian akademik/ professional/ kemahiran vokasional di institut pengajian tinggi (IPT) yang dibenarkan. Selain itu, anak itu mestilah mengikuti pengajian peringkat Diploma, Diploma Lanjutan, Ijazah Sarjana Muda, Sarjana, Doktor Falsafah atau yang setara dengannya.
Sekiranya anak anda belajar di IPT dalam negara, pengeluaran diluluskan tidak kira jika belajar secara sepenuh masa, separuh masa, program jarak jauh atau francais. Walau bagaimanapun jika pengajian itu di IPT luar negara, KWSP membenarkan pengeluaran untuk tanggungan pengajian sepenuh masa sahaja.
Sila rujuk Senarai Semak Dokumen Pengeluaran Pendidikan untuk semua dokumen yang diperlukan di laman web KWSP dan pejabat KWSP. Jika anda mempunyai kemusykilan atau memerlukan maklumat lanjut mengenai pengeluaran ini, sila hubungi mana-mana cawangan KWSP yang berhampiran atau Pusat Pengurusan Perhubungan di talian 03 -8922 6000 atau Maklumbalas Pelanggan, http://enquiry.kwsp.gov.my
Bebas hutang
Kesimpulannya, dengan membuat simpanan awal dana pendidikan, anak anda sudah pasti tidak perlu membuat pinjaman pendidikan semasa masih dalam tempoh pengajiannya. Sekurang-kurangnya ia dapat mengelakkan diri daripada dibelenggu dengan bebanan hutang sewaktu di awal alam pekerjaannya kelak.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Dah tak lama lagi sesi persekolahan penggal baru akan bermula. Ibu bapa dah mula sibuk untuk buat persiapan anak-anak. Ada sekolah dah minta beberapa keping gambar passport anak untuk pendaftaran.
Kali ini bagi memudahkan kerja ibu ayah dan nak jimatkan duit untuk ambil gambar anak, apa kata cuba ambil sendiri gambar dengan menggunakan aplikasi yang dikongsikan oleh Puan Nana Ruzanna di facebooknya.
Sekolah pakat dah minta gambar passport bebudak ni. Nana shoot dan print sendiri je. Ada yang menyenget, ada yang terlebih renyeh, ada yang malu meow meow. Kasi halal la ye cikgu.
Sehelai print boleh dapat 32 keping gambar passport. Kos tak sampai RM2. Kalau buat kat kedai, 4 keping RM16. Kali 3 orang, ‘terbang duit’. Belum lagi kira mood bebudak ni ke laut. Boleh menyinga mama kat kedai tu nanti.
Bila buat sendiri, gambar pun lebih menepati citarasa. Boleh ambil masa yang tenang untuk dapatkan mood pasang surut model-model tak terlatih ni. Jimat pun jimat. Jiwa pun tenang.
Kesimpulannya.. Puas hati I. Tu je nak kabor. Haha..Nak diy sendiri. Ni yang anda perlukan:
Smartphone
Tak kisah brand apa pun asalkan mampu ambil gambar dengan resolusi yang cantik dan tak jemu mata memandang.
Apps ID photo di hp/komputer
Senang guna apps ni sebab background dan size semua kita boleh pilih. Tak payah nak cover dinding dah. Dulu ada kawan sampai beli kain biru dekat Jakel semata-mata nak buat background gambar passport. Kini semuanya hanya di hujung jari anda.
Selain guna apps di phone. Boleh juga guna PC seperti guide dan website dibawah ni.. Encik abang Nana gigih buat video nak bagi ramai yang faham. Korang pergi la jengah ye
Tak kisah brand apa pun asalkan ada setting untuk glossy paper. Nana guna printer biasa je. Brand Epson.
Photo glossy paper
Boleh beli online je. Dekat shopee, lazada ada jual. Bawah RM10 boleh dapat untuk 20 keping. Murah je kan. Ingat, pastikan korang set glossy paper kat printer sebelum print ok.
Kesabaran dan kerajinan yang jitu
Part ni amat penting ketika shooting. Bonus andai model anda jenis kaki selfie dan beri kerjasama yang padu. Nana snap gambar anak-anak semua pada waktu yang berbeza.
Bergantung pada mood mereka pada ketika itu. Takpa, ambil masa untuk dapatkan hasil gambar terbaik. Tak puas hati, delete. Ambil balik. Apa ada hal. Ini kan kedai gambar korang yang punya. Open 24/7. Chill.
Akhir kata, selamat buka kedai gambar buat korang semua. All the best
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI. Download seeNI sekarang!
Bersempena dengan Bulan Menabung Simpan SSPN (BMS) 2024, pertandingan Baby Merangkak Race Pa&Ma X Simpan SSPN telah diadakan di MyTown Shopping Centre, Kuala Lumpur,...