Menularnya wabak pandemik Covid-19 sejak awal tahun ini memberikan kesan yang cukup hebat buat industri pelancongan khususnya. Manakan tidak banyak aktiviti seperti melancong ke luar negara terpaksa dibatalkan. Malah pelancong dari luar negara juga tidak dapat datang melawat ke negara kita.

Nadya Syahera Terkenang Melancong Ke Luar Negara Bawa 2 Anak Kecil. Pohon Doa Hapus Wabak Covid-19 Sebelum Hari Raya

Kini apa yang mampu dibuat hanyalah mengimbau kembali kenangan indah sepanjang percutian yang lepas. Pelakon Nadya Syahera turut berkongsi foto memori tahun lepas ketika dia dan keluarganya bercuti ke luar negara.

Walaupun terpaksa mengharungi pelbagai dugaan maklum sahaja membawa dua orang anak yang masih kecil ke destinasi luar negara yang sedang mengalami musim sejuk ketika dikunjungi.

Menurutnya siapa yang sangka tahun ini sudah tidak berpeluang untuk melancong ke luar negara kerana penularan Covid-19.

IKLAN

Nadya Syahera Terkenang Melancong Ke Luar Negara Bawa 2 Anak Kecil. Pohon Doa Hapus Wabak Covid-19 Sebelum Hari Raya

Jelasnya ini mungkin teguran dari Yang Maha Esa. Tambahnya juga Ramadan kali ini juga tak akan sama dengan tahun sebelumnya. Doanya agar dapat beraya seperti selalu dan mohon Allah hapuskan wabak Covid-19 ini.

Antara kenangan tahun lepas, 1st time bawak 2ketui ni pi jalan jauh. Banyakkk jugak cabarannya, sangat berbeza dgn trip2 sblm ni ye. Bawak anak kecik tak sempat bercinta wey haha. Biasa p berdua, pastu terus try p berempat negara yg jauh, sejuk plus last minit plan. Nahhh! macam2 lah jadinya.

IKLAN

Tapi keseluruhan, anak2 happy and kitorg pun happy sbb dorg happy.

Pastuuuuu siapa sangka, tahun ni mungkin tak berpeluang dah nak pegi travel negara2 luar akibat penularan Wabak Covid19 ni, habis semua kena. Allah nak tegur tu, sekelip mata je jadi kan?

IKLAN

Takpelah, PKP dilanjutkan lagi, Ramadhan kita tahun ni takkan sama dgn tahun2 sblm ni. Doakan semoga kita dapat beraya seperti selalu. Hapuslah wabak covid19 ya allah.aminn

View this post on Instagram

Antara kenangan tahun lepas, 1st time bawak 2ketui ni pi jalan jauh. Banyakkk jugak cabarannya, sangat berbeza dgn trip2 sblm ni ye. Bawak anak kecik tak sempat bercinta wey haha. Biasa p berdua, pastu terus try p berempat negara yg jauh, sejuk plus last minit plan. Nahhh! macam2 lah jadinya. Tapi keseluruhan, anak2 happy and kitorg pun happy sbb dorg happy. Pastuuuuu siapa sangka, tahun ni mungkin tak berpeluang dah nak pegi travel negara2 luar akibat penularan Wabak Covid19 ni, habis semua kena. Allah nak tegur tu, sekelip mata je jadi kan? Takpelah, PKP dilanjutkan lagi, Ramadhan kita tahun ni takkan sama dgn tahun2 sblm ni. Doakan semoga kita dapat beraya seperti selalu. Hapuslah wabak covid19 ya allah.aminn #tb

A post shared by NS (@nadyasyahera) on

Tak dinafikan memang ramai yang terpaksa membatalkan rancangan untuk melancong ke luar negara pada tahun ini kerana Covid-19. Namun bersangka baiklah dengan Yang Maha Pencipta kerana perancanganNYA adalah yang sebaik-baiknya. Teruskan berdoa supaya wabak ini berakhir tidak lama lagi dan kita dapat menjalani ibadah puasa dan menyambut hari raya seperti biasa. Amin.

Sumber: Media Hiburan & Nadya Syahera

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI