Tidak dinafikan, ada sesetengah anak yang sukar dikejutkan dari tidur. ‘Liat’ sungguh, panggillah berapa kali pun masih tidur lagi. Bila berlaku di awal pagi dan perlu mengejar masa untuk ke sekolah dan sebagainya, kadang-kadang boleh buat kita jadi nak marah kan?
Kalau mama papa fikir nak mudah kejut dengan jeritan atau pergi dekat dan cubit anak, itu bukanlah adab yang betul. Bukan saja emosi anak tercalar, ia juga mempengaruhi kesegaran mereka untuk sepanjang hari.
ADAB BANGUNKAN ANAK DARI TIDUR
Cara atau adab membangunkan anak yang tidur, anak yang masih bayi, kanak-kanak , remaja atau dewasa:
1. Beri salam kepada anak yang sedang tidur
Sumber foto: www.shutterstock.com
2. Sentuh hujung ibu jari kakinya dan goyangkannya perlahan -perlahan.
Ads
3. Panggil namanya dengan lembut dan teruskan menggoyang kakinya.
4. Kalau masih belum bangun, kuatkan sedikit suara dan goyang badannya.
5. Teruskan memanggil namanya dan panggillah sayang, manja atau anak.
Sumber foto: www.shutterstock.com
6. Bangunkan sambil memujinya contoh: “Bangun sayang, anak umi yang baik, anak umi yang soleh, anak umi yang rajin.”
Ads
7. Setelah anak bangun, usap kepalanya sambil berucap dengan lembut agar ia mandi , solat subuh dan bersegera ke sekolah untuk menjadi anak yang bijak pandai.
Bukan sahaja pening kepada terpaksa bekerja dari rumah (WFH) dalam keadaan serba tak mencukupi bahkan setelah sesi persekolahan anak-anak dengan sesi pembelajaran dari rumah (PdPR) bertambah memeningkan kepada ibu.
Mana tidaknya, grup whatapps dan grup telegram yang terlalu banyak membuatkan ibu keliru. Jangan memeningkan kepala tetapi bertindaklah lebih bijak dengan mengatur grup-grup ini supaya lebih tersusun. Barulah ibu tak pening kepala.
Perkongsian langkah demi langkah membuat grup telegram dan whatapps khusus untuk pelbagai kelas anak-anak ini mama wajib praktik. Jom ikuti langkah yang dikongsikan ibu Herda Johan ini.
“AKU PENING DAH NI BANYAK SANGAT GROUP TELEGRAM KELAS ANAK NI SERABUT AKU!!!”
OK ni nak ajar cara mudah. Mak-mak dok bising dah terlalu banyak group kelas. Pening nak cek.
Dok fikir masalah jadi masalah memang laaa pening. Cuba fikir jalan nak settle masalah kan tak serabut kepala otak.
Ok ni cara senang nak tengok group anak yang menimbun. Kadang nak pin post terhad kan. Ini cara mudah. Buat folder dalam TELEGRAM.
Cara leh tengok kat setiap pic di bawah OK.
1. Gi kat profile kita pastu klik setting.
2. Klik folder.
3. Klik create new folder.
4. 1st Klik kat folder nama tu buh laa folder apa. Contoh kalau group kelas anak buh laa nama anak yang mana.
2nd klik add chats…. Next pic.
5. Pilih group yang berkait dengan folder kita tu. Cth ikut group kelas anak.
6. Taraaaa siap nanti senang je cek kat bahagian atas kotak mesej tu ada folder. Klik je. Tak perlu nak pin post.
Setting Di Grup Whatapps Ni akak share camne nak senang untuk WhatsApp lak. Sebab ada parents yang selesa guna wasap. Cara leh tengok kat bawah ye.
1. Klik lama kat group mana yang kita nak pastu tunggu sampai keluar ✅ kat icon group. Pastu klik atas kat 3 titik sebelah kanan pilih add chat shortcut.
2. Nanti akan keluar kat home screen phone/tablet kita utk setiap group tu. Pastu korang seret je bawak masuk dalam 1 folder.
3. Klik kat folder tu nanti edit je nama.
4. Nanti jadi laa cmni kat home screen korang.
Dah jangan serabut otak. Kita sekarang ni memang tengah pening hal sekolah anak, tapi bawa bertenang buat mana termampu. Demi kebaikan anak-anak kita buat mana yang terbaik!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Selalu kita rasa anak perempuan lebih memerlukan sokongan emosi. Namun, hakikatnya dikatakan ibu bapa perlu melebihkan anak lelaki, betul ke? Jom baca perkongsian artikel ini.
Emosi sensitif
Sebagai ibu bapa, hampir kebanyakan daripada kita merasakan kanak-kanak perempuan lebih memerlukan sokongan sama ada dari aspek fizikal atau mental yang melibatkan emosi.
Walau bagaimanapun, keadaan sebenarnya adalah kanak-kanak lelaki mempunyai jiwa yang lebih sensitif berbanding perempuan. Disebabkan ini, mereka lebih memerlukan sokongan berbanding kanak-kanak perempuan.
Kenyataan ini adalah berdasarkan satu kajian yang dipanggil sebagai ‘The Fragile Male’ atau turut dikenali sebagai ‘Lelaki yang rapuh’. Ia adalah mengenai bagaimana minda bayi lelaki adalah lebih sensitif dan dipengaruhi oleh emosi dan perasaan si ibu.
Tahap perkembangan
Umumnya, selepas dilahirkan otak bayi lelaki tidak berkembang sepenuhnya. Keadaan ini adalah berbeza dengan bayi perempuan, di mana perkembangannya adalah lebih pantas enam minggu.
Perkembangan ini pastinya memberikan kelebihan buat bayi perempuan untuk berkembang dan mendapatkan momentum yang lebih baik berbanding bayi lelaki. Manakala bagi bayi lelaki, mereka akan sedikit terkebelakang.
Keadaan ini bukan sahaja mempengaruhi daripada aspek tumbesaran fizikal, tetapi ia juga melibatkan soal tahap kematangan sosio-emosi mereka. Jadi sebab itulah, kadang-kadang sebagai ibu bapa, kita akan nampak anak perempuan adakalanya lebih dewasa berbanding anak lelaki.
Cara didikan
Mungkin sebagai ibu bapa, kita tidak sedar sebenarnya cara didikan yang diberikan dalam membesarkan anak lelaki juga mempengaruhi aspek perkembangan mentalnya. Ini kerana, seringkali kita akan membesarkan mereka dengan cara yang lebih tough berbanding anak perempuan. Setuju tak ibu bapa sekalian?
Biasanya anak perempuan akan lebih dilimpahi dengan kasih sayang, lebih dimanjakan serta diberikan permainan yang menjurus kepada memupuk rasa sayang. Sedangkan anak lelaki, diberikan permainan yang berunsur lasak seperti kereta dan patung adiwira. Begitu jugalah dalam aspek didikan, yang lebih berunsurkan kelakian.
Penulis tidak mengatakan semua ibu bapa mendidik anak lelaki mereka begitu, tetapi penulis percaya kebanyakan ibu bapa melakukannya. Ini kerana ibu bapa merasakan anak lelaki adalah sebagai individu yang boleh diharapkan apabila dewasa kelak.
Sebaliknya, kesan didikan yang diberikan ini hanyalah akan melahirkan seorang individu lelaki yang kasar jiwa dan sifatnya. Malah tidak dinafikan mereka juga mungkin kurang sensitif terhadap perasaan individu lain.
Berikan lebih kepada anak lelaki
Jadi bagaimana cara untuk mengatasi isu ini? Mudah sahaja. Ibu bapa harus memberikan sokongan fizikal dan mental yang mencukupi kepada anak lelaki sama seperti anak perempuan. Ini sekali gus dapat membantu anak mengendalikan emosi mereka dan menjadi individu yang lebih prihatin pada masa hadapan.
Berikut adalah beberapa cara yang ibu bapa boleh lakukan di rumah kepada anak lelaki:
Sama rata
Kesimpulannya, ibu bapa perlu memberikan kasih sayang secara fizikal atau mental secara sama rata kepada anak-anak tidak kira anak lelaki mahupun perempuan. Usah membeza-bezakan antara anak-anak anda.
Dalam masa yang sama, pastikan keadaan mental anda sebagai ibu bapa juga stabil. Ini kerana jika anda mengalami tekanan sudah tentu ia akan memberi kesan secara langsung kepada anak-anak. Ibu bapa dengan emosi yang seimbang, pastinya akan melahirkan anak-anak yang gembira dan bahagia.
PCOS adalah keadaan yang boleh menganggu kesuburan wanita, hormon dan penampilan seseorang wanita. PCOS mempunyai kesan jangka masa panjang kepada kesihatan. Dalam setiap 100 wanita 2 hingga 26 wanita akan mengalami masalah ini.
Apakah ovari polisistik ni?
Ovari polisistik adalah ovari yang lebih besar dari ovari ovari yang normal dan mempunyai 2 kali ganda folikel ( ruang kosong dala ovari yang berisi air selepas ovari menetaskan telur dalam setiap ovulasi )
Maka, dengan mempunyai ovari polisistik tak bermakna anda mengalami PCOS. Tetapi wanita yang telah didiagnos dengan PCOS mempunyai ovari polisistik.
Apakah gejala-gejala PCOS?
➢ Haid menjadi tak teratur atau tiada langsung
➢ Pertumbuhan bulu lebih banyak di muka dan badan ( hirsuitism )
➢ Kepala botak
➢ Berat badan menjadi berlebihan – berat badan naik dengan cepat dan susah nak diturunkan
➢ Kulit berminyak dan senang naik jerawat
➢ Sukar untuk hamil
➢ Kemurungan dan masalah psikologi
Gejala ini berbeza antara satu pesakit dengan yang lain. Ada yang mengalami gejala yang sedikit, walaubagaimanapun ada yang mengalami gejala yang melampau.
Apakah sebenarnya punca PCOS?
Tidak diketahui, tapi ianya diwarisi. Jika mak, makcik atau adik beradik mempunyai PCOS, kemungkinan anda mendapat PCOS pun meningkat
Perlu diketahui gejala yang timbul akibat PCOS sebenarnya berpunca dari ketidakseimbangan hormon dalam badan
❖ Hormon testosteron ( hormon lelaki ) dihasilkan dalam kuantiti yang sedikit oleh ovari semua wanita. Wanita yang menghidap PCOS mempunyai paras hormon testosteron yang lebih tinggi dari biasa dan menyebabkan seseorang wanita itu ‘menyerupai’ lelaki
❖ Insulin adalah hormon yang bertanggungjawab mengawal atur paras gula dalam darah. Bagi wanita yang menghidap PCOS, insulin dalam badan menghadapi kerintangan dan tidak dapat berfungsi seperti biasa. Hasilnya paras gula dalam darah meningkat. Untuk mengatasi masalah ini, badan secara automatik akan menghasilkan lebih banyak insulin. Insulin yang banyak ini menjadi punca kepada masalah kegemukkan, haid tak teratur, masalah kesuburan dan paras hormon lelaki ( testosteron ) yang tinggi.
Bagaimanakah PCOS dikenalpasti?
Wanita yang menghidap PCOS mempunyai gejala yang datang dan pergi, lebih-lebih lagi jika berat badan mereka bertambah dan berkurang. Keadaan ini menyukarkan doktor membuat diagnosis dan mungkin mengambil masa yang sedikit lama untuk mengenalpasti PCOS.
Walau bagaimanapun, diagnosis PCOS dikenalpasti bila anda mengalami mana-mana 2 simptom di bawah :
• Haid tak teratur, atau tiada langsung
• Pertumbuhan bulu di muka dan badan yang berlebihan atau ujian darah hormon menunjukkan paras testosteron lebih dari biasa
• Pemeriksaan ultrasound menunjukkan ovari polisistik
Apa kesan PCOS kepada kesihatan dalam jangka masa panjang ?
Kerintangan Insulin / Diabetes
Jika paras gula darah tidak berada dalam lingkungan yang normal, keadaan ini boleh menyebabkan diabetes. 1 atau 2 dari 10 wanita yang menghidap PCOS akan menghidap kencing manis juga nanti . Diabetes yang tidak dirawat akan menyebabkan kesan buruk untuk jangka masa yang panjang. Jika anda penghidap PCOS, kemungkinan anda mendapat kencing manis meningkat sekiranya :
Tekanan darah tinggi
Wanita yang menghidap PCOS akan mengalami tekanan darah tinggi yang mana disebabkan oleh kerintangan insulin dan berat badan berlebihan untuk mereka yang menghidap PCOS. Tekanan darah tinggi yang tidak dirawat boleh menyebabkan sakit jantung, masalah buah pinggang dan strok.
Kanser
Jika anda didatangi haid kurang dari 3 kali setahun, dinding rahim akan jadi tebal lebih dari biasa dan boleh menyebabkan kanser rahim pada sebilangan kecil wanita.
Ada banyak cara untuk melindungi dinding rahim menggunakan hormon progesterone. Doktor akan berbincang dengan anda sama ada menggunakan pil hormon selama 5 hari berturut – turut untuk 3 atau 4 bulan, mengamalkan pil perancangan keluarga atau menggunakan alat dalam rahim ( Mirena ) . Cara-cara ini bergantung kepada hasrat pesakit sama ada mahu mengandung lagi atau tidak.
PCOS TIDAK meningkatkan risiko wanita mendapat kanser payu dara atau kanser ovari.
Kemurungan dan perubahan mood
Simptom PCOS boleh menyebabkan seseorang wanita kemurungan memikirkan perubahan yang terjadi pada diri dan berasa rendah diri
Apa yang boleh dilakukan untuk mengurangkan risiko jangka panjang ?
1. Mengamalkan gaya hidup yang sihat ▪ Makan makanan yg seimbang ▪ Bersenam secara berkala ( 30 minit setiap sesi sekurang kurangnya 3 kali seminggu )
2. Dapatkan berat badan atau BMI yang ideal
3. Pemeriksaan doktor berkala untuk saringan kencing manis, darah tinggi, kanser Rahim atau masalah kemurungan
PCOS boleh sembuh?
PCOS tiada penawar dan tidak boleh sembuh. Rawatan perubatan yang diberikan adalah untuk mengurangkan simptom-simptom PCOS di samping mencegah komplikasi yang boleh timbul akibat PCOS. Rawatan yang sangat berkesan adalah dengan mengurangkan berat badan dan bersenam dan mengubah gaya hidup menjadi lebih sihat, bukan bergantung kepada ubat-ubatan semata-mata.
Kaki ibu hamil bengkak adalah perubahan yang biasa berlaku semasa kehamilan. Ketahui punca, cara mengurangkan bengkak serta tanda bahaya yang memerlukan pemeriksaan doktor.