Ada sesetengah ibu bapa yang gusar kerana anak mereka akan kerap meragam terutamanya jika ditinggalkan. Baru saja nak bangun, mulalah dia menangis macam dipukul. Kadang-kadang nak ke tandas pun jadi masalah. Biasanya keadaan ini berlaku pada usia anak lebih kurang tiga tahun ke bawah.
Dr Ahmad Luqman Bukhari menjelaskan situasi ini dipanggil sebagai Separation Anxiety dan normal berlaku dalam kalangan anak kecil berusia enam bulan ke dua tahun setengah. Tambah Dr Luqman lagi, pada usia ini anak tidak faham tentang Object Permanence, mereka merasakan jika tidak nampak depan mata maknanya tiada.
Ikuti penjelasan lanjut Dr Luqman tentang hal ini.
Memang mencabar emosi betul bila anak kita asyik nak melekat sampaikan tak boleh nak berpisah langsung.
Kadang tu mak ayah ‘hilang’ dari depan mata kejap je tapi dia punya meraung, Ya Tuhan satu taman terkejut dengar suara dia!
Pantang rasa nak kena tinggal, tiba-tiba je 3C ni berlaku dengan amat dasyat – Crying (menangis), Cranky (merengek) dan Clingy (nak berdukung atau melekat je kerja).
Tapi bila parent muncul balik, eh terus senyap budak tu. Siap tersengih-sengih lagi.
Inilah yang disebut fasa ‘Separation Anxiety’. Benda ni normal je sebenarnya dan selalu berlaku kat anak kita yang dalam lingkungan umur 6 bulan hingga 2 tahun setengah.
Masa tu dia belum berapa faham lagi pasal ‘Object Permanence’ ni. Pada dia, kalau parent tu tak ada kat depan mata, maksudnya memang tak ada! Hilang selama-lamanya!
Ads
Sebab tu mak ayah semua wajib tahu 5 teknik untuk atasi masalah Separation Anxiety ni supaya kita semua tak stress nanti bila fasa ni berlaku kat anak kita sendiri.
#1. Biasakan bercakap dengan anak kita tu bila kita nak ke mana-mana.
Masa nak ke toilet, beritahu, “Mak nak ke tandas ni.” Nak ke dapur ke, nak ke bilik ke pun sama.
Mula-mula si kecil tu tak faham tapi lama-lama, nanti sikit-sikit dia akan mula mengerti ke mana kita nak pergi.
Ads
#2. Untuk anak yang dah pandai merangkak, tak pun yang dah mahir berjalan, mak ayah cubalah main kejar-kejar dengan dia sekerap mungkin.
Bila dia mendekat nak mintak kita dukung, masa tu kita buat-buatlah lari macam tengah bermain dengan dia. Tak adalah nanti dia meraung kalau kita tak dukung pun sebab dia duk ingat yang kita tengah main dengan dia.
#3. Penting sangat untuk kita patuhi janji dengan anak.
Kalau kita cakap nak pergi sekejap, make sure betul-betul sekejap.
Bila kita praktikkan macam ni, si kecil tu akan develop rasa confidence untuk ditinggalkan sebab dia tahu mak ayah dia tak kan mungkir janji.
#4. Ada anak yang jadi kacau bilau macam ni masa nak tinggalkan kat pengasuh.
Ads
Make sure sebelum serahkan anak kita tu, cukupkan dulu semua keperluan fisiologi dia.
Mana yang lapar berilah makan minum dulu. Mandi, tukar pampers siap-siap. Nanti tenanglah sikit budak tu waktu nak kena tinggal.
#5. Akhir sekali, kena keraskan hati kita ni sikit kalau si kecil tu nak minta dukung. Beritahu yang kita tengah ada kerja nak siapkan.
Tak apalah kalau dia menangis pun, biarkan kejap.
Tapi bila dah siap je kerja terus kita datang balik entertain anak kita tu. Lama-lama nanti si kecil tu akan tahu yang kita sebenarnya tak abaikan dia pun, cuma mak ayah ada benda nak kena selesaikan sekejap.
Sampai satu tahap, Separation Anxiety ni selalunya akan hilang sendiri. Paling penting kita kena pandai latih dan yakinkan si kecil tu yang ketiadaan kita depan mata tak kan menyakitkan emosi dia pun.
Separation Anxiety ni sebenarnya salah satu tanda perkembangan anak kita. Dia dah mula develop attachment dengan kita. Janganlah salahkan si kecil tu, pergi cakap dia mengada-ngada pulak.
Tolong saya #kongsikan ilmu ni ye terutamanya dengan kawan-kawan yang baru ada anak. Percayalah, ilmu ni penting sangat untuk mereka.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
“Anak saya dah 5 bulan tapi masih nak melekat, masih nak menangis kalau saya tinggal. Masih tak hilang High Demand dia ni” Pening si ibu muda memikirkan anaknya.
Tapi betul ke anak yang berusia atas 3 bulan masih ‘High Demand’? Atau sebenarnya itu cara dia ingin berkomunikasi dengan ibunya? Ikuti perkongsian daripada konsultan tangisan bayi, Puan Uswatun.
Ibubapa TOLONG BEZAKAN: menangis, meragam, buat perangai VS berpersonaliti high demand
Pertama sekali, tolong ingat ⬇️⬇️⬇️⬇️ ⛔Istilah ‘high demand baby’ untuk anak NEWBORN 0-3 bulan sahaja ⛔Istilah ‘high demand baby’ untuk anak NEWBORN 0-3 bulan sahaja ⛔Istilah ‘high demand baby’ untuk anak NEWBORN 0-3 bulan sahaja ⛔Istilah ‘high demand baby’ untuk anak NEWBORN 0-3 bulan sahaja ….penatnya saya nak ulang sebut selama 1 dekad ini🤢
Keduanya, kena tahu BEZA: menangis, meragam, buat perangai VS berpersonaliti high demand
😭Menangis 🖍️ Medium komunikasi dan luahan perasaan e.g sedih, cemas, takut, letih 🖍️ Di buat SEMUA ANAK : baby Newborn easy , Newborn high demand atau Newborn sawan tangis (colic).Juga bayi lebih berusia dan toddler
😩 Meragam 🖍️ Akibat sesuatu KEPERLUAN yang tak di penuhi seperti lapar, tak selesa ,demam atau sakit dan letih misalnya akibat tak cukup rehat 🖍️Juga di buat oleh semua anak .
😵 Buat perangai 🖍️ Pameran emosi akibat isu anak tak difahami oleh orang sekeliling dan anak itu sendiri tak memahami bagaimana dunia ini berfungsi yang di sebabkan oleh proses pembesaran dan perkembangan anak yang masih ‘on going’.
Misalnya: Anak protes bila ibu cuba pergi darinya akibat otak anak mula faham konsep resah berpisah (separation anxiety). Atau anak menjerit bila di halang bermain dengan gunting kerana tak faham punca di halang.
🖍️Bila kehendak dan jangkaan anak tidak dipenuhi. Misalnya: Anak mahukan sesuatu mainan dan enggan di turuti ibuayah. Atau bila mainan yang cuba di susunnya terjatuh. Atau untuk tarik perhatian ibuayah yang kurang fokus kepadanya misalnya kerana sibuk mengurus adik yang baru di lahirkan.
👶 Berpersonaliti high demand
🖍️ Kategori anak NEWBORN yang menuntut bantuan dan perhatian tinggi yang banyak serta berterusan dari ibubapa untuk buatnya boleh bertenang samada semasa berjaga atau tidur.
Ia berlaku akibat lemah adaptasi peralihan alam rahim-dunia yang drastik.
Misalnya: kerap menangis walau sudah cukup kenyang dan selesa. Dan sukar berhenti menangis walau ibuayah sudah cuba tenangkan dengan pelbagai usaha yang mampu di fikirkan di kepala. Maka,
❌ Anak besar yang clingy dan hanya gembira bila berdukung dan beriba, menjerit bila ibu tinggal walau sekejap dan takut orang lain BUKAN HIGH DEMAND . ➡️ Itu isu ‘buat perangai’ akibat akalnya sudah faham konsep-konsep hidup seperti konsep jarak, separation anxiety, object permanence dan dalam proses mengukuhkan hubungan sosial.
❌ Anak besar yang perlu di dodoi , mengempeng, bertepuk dan beriba untuk boleh tidur dan terjaga pula asal ibu hilang dari sisi BUKAN HIGH DEMAND. ➡️ Itu isu kebergantungan tidur.
❌ Anak besar yang kuat meragam dan bad mood asal celik mata BUKAN HIGH DEMAND. ➡️ Itu boleh jadi akibat letih dan tak cukup rehat, lapar atau tak sihat.
❌ Anak besar yang pantang nampak mak asyik nak menempel di susu dada ibu untuk berhenti menangis bagi setiap sebab, kecil atau besar dan untuk rasa gembira semata-mata BUKAN HIGH DEMAND. ➡️ Itu isu jangkaan respon menenangkan yang ibu biasa berikan.
❌ Anak besar yang mengamuk bila tak dapatkan sesuatu atau sesuatu tak berjalan dan menjadi seperti kemahuannya BUKAN HIGH DEMAND. ➡️ Itu isu anak mula explore jenis respon ibubapa bagi setiap keadaan atau akibat isu kemahiran kognitif (kemahiran mentafsir dan memahami sesuatu) anak yang masih berkembang atau anak dah masuk usia mula pandai manipulasi tangisannya untuk ubah respon ibubapa kepadanya. ****
Baby kecil dengan baby lebih berusia dan toddler tu sama ke❓
Kita yang tengok pun tau lain.
Jadi kenapa nak bedal terma yang sama sejak baby kecil ➡️ baby ‘besar’ ➡️ toddler ❓
Anak sendiri sudah laju kaki tangan Anak sendiri sudah meriah bercakap Anak sendiri sudah makan macam-macam Anak sendiri sudah banyak akal buat aksi pelbagai …Mak masih tengok dia macam newborn, KENAPA❓🤢
TAK HAIRAN lah bila ibubapa tersekat dengan cara dan fikiran lama melayan anak bagai newborn walau anak dah besar dan bijak, ibubapa CIPTA ANAK HIGH DEMAND nya sendiri!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
WEBINAR AKU TAK TAKUT BERANAK
Sertai Webinar keibubapaan terbesar dianjurkan tahun ini. Pastikan anda bersama kami untuk bersama-sama mendapat ilmu dan peluang memenangi pelbagai hadiah.
🔸 27 JUN 2021
🔸 8.00 PAGI – 10.00 MALAM
🔸 Secara virtual di platfotm ZOOM
Selain berpeluang menceduk ilmu yang dikongsi, anda juga berpeluang memenangi hadiah cabutan bertuah sebab ada 70 hadiah best yang ditawarkan termasuklah sebuah handphone 📱
Ramai ibu bapa yang masih lagi keliru nak beli mainan yang macam mana sesuai untuk perkembangan anak. Sebabnya ada mainan berbunyi, mainan yang jenis material kayu, plastik dan pelbagai lagi.
Selalu itu juga persoalan dari ibu bapa adalah mainan ini selamat ke atau bolehkah membantu anak belajar sesuatu daripadanya. Ok nak selesaikan persoalan dari mak ayah ini, Terapis Cara Kerja, Maryam Jamadi ada berkongsikan pandangannya mengenai mainan yang sesuai untuk peringkat umur anak.
Sebenarnya ramai mak ayah yang PM berkenaan macam mana pilih mainan untuk anak, maaf tak dapat reply satu persatu sebab sebagai terapis kanak-kanak banyak sangat komponen nak fikir dan terlampau complicated nak terangkan walaupun nampak mudah.
Jadi kali ini saya akan ceritakan ciri-ciri mainan yang bagus untuk anak 0-3 tahun. Lagi satu yang saya suka tentang mainan IKEA sebab setiap mainan ada label range umur yang sesuai untuk anak dan pendapat saya semua mainan bagus untuk anak asalkan tidak membahayakan.
Mainan yang paling bagus untuk anak bawah 2 tahun adalah mainan yang merangsang deria iaitu mainan yang mempunyai ciri- ciri:
Sekarang banyak dah mainan yang ada label bagus untuk deria apa dan apa untuk memudahkan mak ayah untuk memilih .
Apa yang membezakan semua jenis mainan diatas adalah tahap perkembangan dan fisiologi anak, adakah anak masih dalam:
Jika anak masih di tahap fasa memasukkan barang di dalam mulut, jangan risau sebab ia normal dari anak umur 3 bulan sehingga 2 tahun kerana fasa ini deria yang paling kuat adalah deria di mulut berbanding tangan sebab itu anak akan masukkan barang dalam mulut untuk “rasa” benda tersebut sama ada selamat atau tidak. Jadi, mak ayah perlu sangat EXTRA CAREFULL dengan pemilihan mainan dan pastikan mainan sekeliling anak bersih. Elakkan mainan yang:
Kalau boleh elakkan membeli mainan yang tidak ada lebel “Non-Toxic” lagi-lagi mainan di kedai RM2 yang kita tak tahu diperbuat daripada apa. Murah memang murah, tetapi kesannya jangka masa panjang. (Saya pun ada belikan anak mainan kedai RM2 tetapi pastikan semasa anak dah tak masukkan mainan dalam mulut).
Kalau perasan ada beberapa jenis anak patung ataupun mainan yang mempunyai hidung, butang, mata ataupun reben yang diperbuat daripada plastik kalau boleh jauhkan daripada anak. Sama juga dengan material mainan, cuba tekan sikit mainan tersebut kalau rasa macam mudah pecah sila elakkan membeli mainan itu.
Yang ini paling saya takut, pastikan tiada tali/benang/ reben/ kain yang panjang sebab ada risiko anak terjerut leher sendiri.
Mainan anak bawah 3 tahun sepatutnya lagi besar dari saiz mulut anak. Kalau nak tahu, boleh cuba masukkan mainan dalam ruang silinder bekas tisu tandas atau paling senang cuba bayangkan sama ada mainan itu muat dalam mulut anak atau tidak. Kalau muat, sila simpan sehingga anak habis fasa ini.
Anak main belon memang comel, tetapi tak comel apabila mempunyai risiko sukar bernafas akibat tercekik belon. Serpihan belon boleh menyempitkan ruang penafasan anak. Hati-hati.
Pendapat saya kalau anak masih dalam fasa memasukkan benda dalam mulut, mak ayah layak untuk “overprotective”. Lagi-lagi apabila bermain di “indoor playground”, kerana risiko jangkitan lebih tinggi semasa fasa ini. Kalau main “outdoor playground” sekurang-kurangnya kotoran akan dibersihkan dengan hujan. Tetapi kalau main di “indoor playground” semuanya terpulang kepada pemilik sama ada mampu tak nak bersihkan kolam bola yang ada beribu bola.
(Saya lebih suka anak berguling di rumput luar dan main pasir di pantai berbanding berenang dalam “ball pool” semasa anak dalam fasa ini)
Nak main duit syiling, tanah, pasir, batu atau tanah liat silakan tetapi pastikan dengan pemerhatian sebab sekelip mata anak dah masuk mulut.
Selalunya semasa anak berumur 2 tahun hingga 3 tahun. Fasa ini anak dah mula banyak bermain menggunakan tangan berbanding memasukkan benda dalam mulut apabila deria sendi dan sentuhan ditangan sudah kuat untuk anak “rasa”. Kalau ada masukkan benda dalam mulut pun disebabkan “gatal gusi”.
Semasa tahap ini, dah boleh percaya anak sedikit semasa bermain benda kecil kerana anaak sudah pandai membezakan makanan atau bukan melainkan benda baru. Jika mak ayah kali pertama beri anak main benda baru contohnya tanah liat, terangkan pada anak ciri-ciri material tersebut dan jangan lupa beritahu yang mainan itu tak boleh dimakan.
Jika anak masih memasukkan mainan dalam mulut walaupun selepas umur 3 tahun, sila dapatkan pemeriksaan doktor kerana ini adalah salah satu tanda anak mengalami masalah Sensory Prosessing Disorder.
Kalau nak cerita spesifik apa mainan bagus atau tak bagus, bagi saya semua mainan bagus selagi ia selamat. Periuk, senduk, beras, bawang di dapur pun bagus untuk bagi anak main
Mak ayah boleh rujuk setiap gambar untuk review mainan IKEA daripada saya dan save sebab saya akan tambah info di setiap gambar dengan lebih lanjut jika ada masa terluang di page saya.
*Tak perlu pun beli daripada Ikea sebenarnya sebab ada banyak kedai yang ada jual mainan yang mempunyai fungsi yang sama dan lebih murah. Cuma review daripada Ikea ini untuk membantu mak ayah menggambarkan mainan yang bagus untuk anak.
Disebabkan ramai yang mengadu anak-anak dah start bosan dan ibu bapa dah kering idea nak buat aktiviti apa sepanjang #DudukRumah ni, Puan Adlil Rajiah, penulis buku keibubapaan berkongsi 37 cadangan aktiviti mudah yang korang boleh buat dengan anak-anak sampai habis PKP ni.
Post ini panjang. So boleh la baca sambil makan superring ke apa. Baca dan hadam perlahan-lqhqn, then pilih lah aktiviti mana yang sesuai dengan umur anak, keadaan rumah, dan tahap kerajinan korang. 😌
Yang penting, jangan mengeluh. Because PKP ni is actually the best opportunity untuk kita asah parenting skill.
So let’s do this together, parents!
1. Cari satu dinding rumah yang lapang, tampal kertas majong di seluruh permukaan dinding, dan bagi anak conteng sepuas-puasnya guna krayon, marker, pensel warna. Jangan lupa untuk tukar kertas bila dah penuh diconteng.
2. Cari cawan atau mug yang plain, dan beri anak lukis atas mug tu menggunakan permanent marker. Saya ada banyak mug besar warna putih yang saya bagi Haikal lukis dan deco. Dan setiap pagi, saya akan buat kopi dalam mug yang Haikal dah lukis. Walaupun kadang2 tah pape je yg dia lukis. Tapi sebab saya tahu ini adalah salah satu cara paling mudah untuk saya bina self-esteem dia, so why not? Dan Haikal lebih pandai menghargai, bila nampak saya hargai hasil tangan dia. What we appreciate, appreciates. Kan?
3. Ada banyak tshirt plain? Haa apa lagi? Ajak la anak lukis atas tshirt tu! Untuk lebih fun, make it this way: Minta anak lukis atas tshirt kita, dan kita lukis atas tshirt anak. Selesai lukis, bagi kering, dan sama2 pakai. 😊
4. Lukis dan warna sama2 atas plain blanket atau pillow case. Ya saya tahu, by this time, mesti korang rasa macam, DAH KENAPA SEMUA BENDA NAK KENA CONTENG NI? 😆 Macam yang saya cakap tadi, pilih la mana2 yang kau suka. Tak perlu pun conteng semua benda. Tapi kalau saya, buat je. Sebab, why not? 💁🏽♀️
5. Buat cupcake dan ajak anak deco toppings sama2. Kalau malas nak bake sendiri, beli je cupcake plain yang dah siap, then ajak anak deco toppings je. Settle. Cupcake boleh simpan dalam peti. Boleh buat breakfast keesokan harinya.
6. Buat pizza dengan toppings yang berbeza-beza. Beli je doh pizza instant tu. Takpun, guna roti keping je. Then hias dengan sos tomato atau sos bolognese, then tambah la sosej and cheese. Bakar. Settle.
7. Buat cookies pelbagai bentuk. Beli cookie mix yang instant tu. Pastu bentukkan guna cookie cutter. Takpun bentukkan sendiri guna tangan. Boleh buat bentuk alphabets dan numbers. Sambil buat cookies, sambil kenal huruf dan nombor. Agitcheww.
8. Buat aiskrim Malaysia. Yang ni tak payah ajar kot. Tapi buat lah yang unik sikit. Takde lah balik2 aiskrim milo je 😑. Cuba la buat Ribena laici ke, bandung cincau ke, air kathira ke. Pergh air bazar remdan terus hahah.
9. Ajak anak basuh kereta, atau basuh motor, atau basuh basikal. Motif utama bukan nak membasuh sangat. Tapi nak main air dengan anak. Sebab do you know that water play sebenarnya boleh boost good emotions dan self-esteem anak juga? Yass! Takpun, kalau taknak basuh kereta, basuh je bilik air! Life skill tuu.
10. Ajak anak spring clean almari baju atau almari mainan dia. Sort sama2, mana yang dia masih pakai, dan mana yang tak. Yang dah tak pakai, boleh buang atau bagi orang lain yang mungkin memerlukan. Boleh ajar anak sense of giving di situ.
11. Role playing. Mak bapak berlakon jadi anak, anak berlakon jadi mak bapak. Switch role. Kat sini kau akan lihat betapa terer nya anak berlakon jadi kau. Baru tahu betapa hodohnya bahasa dan perangai kita bila marah anak. 😌
12. Ajak anak buat simple exercise yang tak perlukan apa2 equipment. Pasang instrumental music rancak, then buat la apa2 movement yang senang anak nak ikut. Benda yang paling kita taknak berlaku masa PKP ni ialah badan yang TAK BERGERAK. Sebab inactive body leads to inactive brain. So kena paksa badan bergerak. As your body moves, your brain grooves!
13. Introduce anak dengan permainan tradisional. Contoh: congkak, ceper, batu Seremban, etc. Dulu saya tak pernah terfikir nak introduce Haikal dengan permainan tradisional. Sebab bagi saya, permainan tu semua bukan zaman dia. Tapi masa balik kampung beberapa bulan lepas, mak saya ajar Haikal main congkak, dan adik2 saya ajar haikal main ceper. And surprisingly, HAIKAL SANGAT SUKA. Dan sampai sekarang congkak dan ceper dah jadi aktiviti harian dia.
14. Main teng teng. Haa kalau rumah ada tiles yang petak2 besar tu, senang lah. Guna masking tape berwarna untuk tanda kotak yang nak digunakan. Teng teng is a good game untuk latih anak imbangkan badan.
15. Main khemah2 guna kerusi, cadar, selimut, dan sebagainya. Takut rumah bersepah? Takpe, bersepah sampai 14 April je 😆. Chill, parents. Fokus bina hubungan dengan anak sekejap. Lepas ni boleh fokus kemas rumah balik.
16. Stamping Art. Bentang kertas majong besar2 kat lantai dan sediakan 2-3 warna watercolour. Kemudian, buat stamping guna batang sawi, batang celery, bendi, corak daun, sweet pepper, lemon, etc.
17. Make socks puppets. Ambik sepasang stokin plain, tampal googly eyes atau 2 biji butang pada hujung stoking, lukis corak-corak sikit, masukkan tangan dan jadilah puppet. 😁
18. Untuk anak yang dah besar sikit, maybe boleh ajak buat Vision Board. Minta anak imagine pencapaian atau impian dia 3 tahun dari sekarang. Minta anak lukiskan semua imaginasi dia pada sekeping kertas, dan jangan lupa letak tajuk “Impian saya pada tahun 2023”. Atau kalau tak reti lukis, boleh ajak anak google gambar2 yang berkaitan dengan impian dia. Contohnya, gambar basikal idaman, gambar tempat percutian idaman, gambar birthday cake idaman, gambar mainan idaman, apa saje. Dan bantu anak susun strategi macam mana dia nak capai semua tu. Contohnya, kena belajar berapa jam sehari, jaga solat setiap hari, simpan duit berapa ringgit setiap hari, etc. Latih anak untuk BERANI BERIMPIAN DAN BERANI SAHUT CABARAN!
19. Tengok balik gambar2 anak masa baby dan ceritakan pada anak the story behind every picture. Pergh to be honest, this is my most favourite thing to do with Haikal. Bila anak tengok gambar2 dia masa baby, dia akan faham hidup ni adalah satu proses, dan setiap hari kita grow jadi orang yang lebih berkebolehan dan lebih bermanfaat.
20. Build an “i can” box. Cari satu kotak tisu lama, deco lah sikit kotak tu kalau rajin, then setiap hari minta anak senaraikan 3 PERKARA YANG DIA BOLEH BUAT PADA HARI TU. Contohnya: Today, I can wash my own plate. I can make my own bed. I can tie my shoes. Kalau anak belum pandai menulis, parents boleh tolong tuliskan. Then masukkan nota tu dalam kotak tisu tadi. Bila2 anak rasa gagal atau tak yakin diri, tengok balik semua “I can” yang dia tulis sebelum ni. Manusia ni mudah rasa down atau rasa gagal bila dia lupa apa yang dia pernah capai sebelum ni.
21. Make a feelings chart. Ambil sekeping kertas, lukis beberapa ekspresi wajah yang menunjukkan emosi berbeza. Contohnya, muka sedih 😭, muka marah 😡, muka gembira 😁, muka excited 😍, muka terkejut 😱, muka kecewa 😫, etc. Then setiap malam sebelum tidur, tanya anak how does he/she feels today. And why. Maybe ibu bapa boleh mulakan dulu. Kongsikan perasaan anda dengan anak, dan explain. Contohnya, tunjuk kat gambar muka gembira, then explain “Mama gembira sebab papa belanja mama kfc tadi.” Then next, tunjuk pulak muka terkejut, then explain, “Mama terkejut sebab first time dengar haikal kentut masa solat tadi.” Hahah. Then, anak punya turn pulak untuk share emosi dia. Ingat, anak yang kenal emosi, akan eventually pandai kawal emosi.
22. Listen to your child’s fav song. Pick 1-2 lagu kegemaran anak, cuba hafal lirik dia. Dan ajak anak sing out loud dan menari macam orang gila bersama-sama. 😂
23. Berlakon. Anak berlakon jadi peniaga kedai makan, kita jadi pelanggan. So anak kena ambik order, siapkan order, hidang, letak harga, dan kita bayar. Order yg simple2 dah la. Roti peanut butter ke, biskut ke, air kosong ke. Jangan kau order siakap stim pulak. 😑
Then esoknya tukar suasana, anak berniaga kedai runcit pulak. Keluarkan la kejap segala stok sardine, susu pekat, kicap, maggi dalam almari tu. Sambil main, boleh ajar anak kira duit, operasi matematik tambah tolak, cara layan pelanggan, etc.
24. Buat greeting card. Beli beberapa keping kertas berwarna, dan ajak anak tulis atau lukis sesuatu untuk atok, nenek, dan sepupu2 dia. Mungkin boleh hias guna lace, beads, butang juga. Bila dah siap, boleh terus pos. Zaman semua orang berhubung guna whatsapp ni, bila dapat physical greeting card camni, confirm riuh sekampung hahah.
25. Kalau ada sesiapa yang bakal sambut birthday bulan April, contohnya birthday atok ke birthday nenek ke, boleh ajak anak buat wrapping paper sendiri untuk balut hadiah birthday tu. Bagi anak lukis dan tulis apa saje sampai penuh satu kertas majong, then balut hadiah guna kertas tu, then pos! Confirmmm, riuh lagi sekampung hahah.
26. Main cikgu2. Anak jadi cikgu, mak bapak jadi murid. Tak payah whiteboard bagai. Tampal je kertas majong kat dinding. Cikgu berdiri sambil pegang pembaris, murid2 duduk bersila sambil buat muka takut-takut hahah. Beri kebebasan kepada anak untuk pilih topik yg nak diajar. Percayalah, kau akan terkejut betapa banyaknya benda baru yg kau belajar lepas tu. Tetiba rasa tak percaya anak yg baru 4 tahun, dah tahu urchin itu landak laut. Kau yang umur 40 pun baru tahu. 😆
27. Finger painting guna kaki. Bentang kertas majong atau surat khabar lama besar-besar atas lantai, bancuh beberapa warna water colour dalam tray, then try finger painting guna kaki. This is fun weh! Tips: Buat kat car porch atau berhampiran bilik air, supaya senang nak cuci later.
28. Buat jigsaw puzzle sendiri. Print beberapa gambar keluarga atas kertas keras. Then potong gambar tu kepada 6-9 bahagian. Then suruh lah anak sambungkan macam main puzzle biasa. Nak lagi mencabar, potong gambar tu dalam bentuk random. Maksudnya bukan potong petak2. Tapi potong main bantai. Haa..habis PKP pun belum tentu settle puzzle tu 🤣
29. Make your own cookbook. Ajak anak senaraikan makanan favourite dia, then google resepi setiap makanan tu, dan tulis dalam 1 buku. Boleh tulis macam biasa, atau lukis bahan2 dan langkah2 nya. Then, ajak anak masak ikut resepi tu sama-sama. Activity yang melibatkan sequence atau langkah demi langkah (seperti memasak) sangat membantu dalam membina fokus anak.
30. Setiap malam, tanya anak apa 3 perkara yang buat dia gembira hari ni. And share yours too! Dalam keadaan sekarang ni, sangat penting untuk kita latih anak dan diri sendiri untuk fokus perkara yang best, dan bukan perkara yang tak best!
31. Main teka binatang. Buat bunyi atau pergerakan tertentu, dan minta anak teka apakah binatang yang sedang dilakonkan. Boleh buat bunyi harimau, gaya itik berjalan, gaya ular, bunyi anjing – apa sahaja. Nak jadi babi pun boleh. Ehh!
32. Buat banana split. Beli pisang, aiskrim, nuts, choc chips, choc rice atau apa saje untuk toppings. Balik rumah, ajak anak buat sama2, deco2 topping, pastu layan ramai2 sambil membincangkan isu covid19 yg sedang melanda. Pergh!
33. Main sambung perkataan. Contoh: Saya, ya apa? Yaman, man apa? Mana, na apa? Nanas, nas apa? Nasi, si apa? Siamang, mang apa? Mangkuk, kuk apa? Kuku, ku apa? Haa tengok, main sorang pun boleh. 😆
34. Game 5 seconds rule. Ok yang ni best. Cara main dia senang je. Setiap orang kena namakan 3 benda yang diminta, dalam masa 5 saat. Contohnya, “Namakan 3 benda yang berwarna pink.” Atau “Namakan 3 benda yang berbentuk bulat.” Atau “Namakan 3 benda yang kita tak boleh makan.” Apa sahaja! Dan bila kena jawab dengan cepat (within 5 secs), jawapan yang keluar dari mulut random gila dan tah pape. Hahah
35. Board game. This one is evergreen kot. I guess semua rumah kena ada at least one board game. Tak kisah la dam ular ke, chess ke, saidina ke, scrabble ke. This is the simplest way untuk buat aktiviti berkumpulan yang setempat, dan boleh main sambil baring.
36. Lego. Yang ni nak kena explain ke? Semua anak mesti ada mainan building blocks kat rumah kan? Paling common lego lah. Sangat berguna di kala anak2 tak boleh keluar rumah. To make it feels different everyday, beri tema berlainan setiap hari. Contohnya, hari ni tema kedai makan. So bina lah kedai makan guna lego tu. Esoknya, tema kapal angkasa pulak. So buat lah kapal angkasa dengan tempat launching dia sekali. Lusa, tema bengkel kereta, dan sebagainya. Paksa diri untuk kreatif berfikir. Jangan anak cakap bosan, kau pun tumpang bosan sekali.
37. Ok ni last pilihan yang korang ada, kalau rasa semua 36 aktiviti tadi menyusahkan. Download je PDF Haikal’s Game Book, yang ada 60 mukasurat untuk setiap game. Hanya perlu download dan print, dan buat lah sampai lebam. Boleh dapatkan kat sini: https://www.sogeliga.com/printables
Semoga apa yang saya kongsikan dalam post ni bermanfaat. Dan semoga kita semua survive PKP ni dengan cemerlang lah hendaknya 😌