Macam mana hendak pastikan sup tulang kita jadi lagi sedap kebabom? Perkongsian resipi Fazniza Razali ini anda kena cuba. Lain dari yang lain.
Rupanya dengan hanya mengisarkan dua bahan ini iaitu Bahan 2 (saderi dan batang carrot) sup tulang jadi lagi sedap. Jom cuba!
Teringin nak masak sup tulang lembu, boleh lah try resepi ni. Yang aku tunjukkan ni masak secara manual. Kalau yang ada pressure cooker tu bolehlah guna.
Bahan-bahan 1:
3 biji bawang besar
8 biji bawang putih
Halia dalam 2 ketul
1 sudu ketumbar.
**bahan ni dikisar sampai halus.
Bahan 2:
3 batang sadari
1 batang karot
**ni pun dikisar sampai hancur
Bahan 3:
3 batang kayu manis
4 biji bunga lawang
10 biji bunga cengkih
10 biji buah pelaga
1 senduk serbuk sup
2kg tulang
5 biji kentang(dibelah 2)
3 batang sadari (dihiris)
3 biji bawang besar(dibelah 4)
Air
Ads
Panaskan minyak, tumiskan bahan 1 hingga bau wangi, kemudian masukkan bahan 2 dan bahan 3, kacau rata hingga sebati dan berbau wangi.
Masukkan air, kemudian tulang. Dah cara manual memang tunggu lama, didihkan hingga isi-isi dekat tulang tu empuk.
Ads
Tak empuk lagi tambah air, tak empuk tambah lagi air dan seterusnya hinggalah isi-isi tu empuk.
Dekat 1 1/2 jam jugak. Dah empuk masukkan ubi kentang, batang saderi dan bawang yang dah dibelah. Masukkan garam dan serbuk perisa.
Masa ni kita tunggu pulak ubi kentang empuk dalam 10 minit.
Ads
Dah masak semua bolehlah angkat, taburkan sedikit bawang goreng dan daun sup.
Tak semua orang gemar sahur makan nasi dan berlauk berat. Ada yang kurang berselera pada waktu pagi. Tapi jangan jadikan ianya alasan untuk tidak bersahur kerana ada pelbagai jenis menu simple yang boleh dicuba antaranya menu berasaskan roti.
Bahan pun ringkas je, nak buat pun mudah sangat-sangat. Paling penting, so sedap.
Jom buat Cheesy Egg Toast!
Bahan-bahan:
1 keping roti.
1 biji telur gred C kalau boleh sebab nak yang kecil je. Gred A nanti melimpah.
Sedikit cheese apa sahaja yang ada.
Sedikit sapuan mentega/marjerin apa sahaja yang ada.
Sedikit garam dan lada hitam secukup rasa.
Cara penyediaan:
1. Tekan bahagian tengah roti biar tenggelam dan membentuk kawah dan sapukan butter/marjerin/spread tadi di sekeliling permukaan roti.
2. Pecahkan telur di tengah-tengah roti dan masuk ke dalam kawah tadi kemudian taburkan garam, lada hitam dan juga cheese di atas dia.
3. Masukkan ke dalam air fryer pada suhu 180degree selama 10 minit.
Ramadan kali ini lebih istimewa bersama Pa&Ma Superb Huffaz. Nantikan bacaan doa dan surah pilihan dari anak-anak Genius Aulad bermula 3 April ini! Saksikan setiap hari jam 7.00 malam di Facebook Majalah Pa&Ma.
Jangan ketinggalan okay! Teruskan menyokong kami di @majalahpama #majalahpama #pamasuperbhuffaz
Buat pertama kalinya BINTANG KECIL membawa anda menyaksikan kisah magisnya ciptaan Allah di samping mendekati kehidupan para sahabat nabi dan tokoh ilmuwan di dalam siri Hikayat 1001 Malam yang disokong sepenuhnya dari TATEH. Saksikan setiap hari sepanjang bulan Ramadan ini istimewa bersama PU RIZ dan team BK Squad di Youtube Channel Bintang Kecil bermula 1 Ramadan pada jam 6.30 petang. Jangan ketinggalan! Follow @bintangkecil #bintangkecilmy #bintangkecil #1001Malam
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tak lengkap kita beraya tanpa sajikan kek buatan sendiri. Bosan dengan kek marble biasa, apa kata raya kali ini kita cuba Kek Marble Orange pula. Hanya gunakan sedikit pewarna dan perasa sunquick. Cukup sedap.
Paling senang bila chef masakan popular Azlina Ina gunakan tepung magic viralnya. Cukup mudah. Jom cuba!
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sebut je tart nanas, pasti semua membayangkan rasanya yang gebu dan cair di mulut bila mengunyahnya.
Ditambah pula dengan inti nanasnya yang masam manis, tak sedar boleh habis sebalang.
Mungkin bagi yang ada anak-anak kecil, biskut ni kurang digemari. Maklumlah anak-anak ni kalau berasaskan coklat itu yang akan dituju dulu.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.