Lain anak lain penangannya ketika hamil dan melahirkan. Bagi pengacara, Jihan Muse, kehamilan kali kedua ini begitu berbeza malah dia kini menjadi cepat penat berbanding dengan anak sulungnya.
Menurut kata Jihan, dek kerana faktor usianya yang semakin bertambah, dia mengakui lebih senang lelah ketika melakukan pelbagai aktitivi.
“Kali ini berbeza sebab faktor usia jadi penat dia lain macam. Itu pun antara sebab saya tak bekerja sebelum ini.
“Selain itu saya juga kena jaga anak. Semuanya saya buat sendiri sebab saya tak ada pembantu rumah.
“Lepas tu umur kita juga sudah meningkat, penat memang penat tetapi semangat tu buat kita rasa gembira.
“Saya dan suami yang buat semuanya. kalau nak cakap mengenai teruja nak sambut kelahiran, ya memang teruja sebab kami berdua memang menunggu,” kongsinya.
Ads
Ibu kepada Ungku Arsalan Haq ini juga dijangka bakal menyambut kelahiran anak keduanya ini sekitar bulan September nanti.
Malah kata Jihan lagi, dek kerana keadaan dirinya yang tidak mengizinkan, dia lebih gemar mengambil tawaran kerja yang ringan-ringan sahaja.
Ads
“Kalau ikutkan tarikh jangkaan bersalin saya adalah pada bulan September. jadi kalau bekerja pun mungkin dalam sebulan lagi mungkin bolehlah kot.
“Saya masih ambil tawaran bekerja tapi yang ringan-ringan sahaja, ” kongsinya lagi.
Terdahulu, Jihan mengumumkan kehamilan keduanya selepas muncul di kaca televisyen ketika mengacarakan Anugerah Meletop yang lalu.
Ads
Jihan dan suaminya, Ungku Hariz mendirikan rumah tangga pada 20 Mac 2016. Pasangan ini dikurniakan dengan seorang cahaya mata, Ungku Arsalan Haq yang kini berusia lima tahun.
Wahai ibu, janganlah terlalu mudah untuk percaya dengan petua-petua karut. Jangan pertaruhkan nyawa dan keselamatan bayi. Tidak semua perkara boleh dipulihkan dengan urutan. Semoga kisah ini menjadi iktibar kepada semua.
Uri bawah atau placenta previa adalah salah satu komplikasi yang sering dihadapi para ibu hamil. Mempunyai beberapa tahap, ia adalah satu keadaan yang tidak dapat diubati. Ibu yang mengalami placenta previa berada dalam kategori kehamilan berisiko tinggi.
Benar urutan boleh memberikan kesan terapi yang bagus tapi bagi ibu yang mengalami plasenta previa, ia bukanlah idea yang baik. Berusaha dan berikhtiarlah namun jangan sampai memudaratkan dan tidak mengendahkan nasihat doktor.
Kisah ibu muda yang mengalami plasenta previa dan mendapatkan urutan daripada bidan kampung yang dikongsi daripada Poliklinik Az-Zaara ini diharapkan membuka mata semua.
Saya nak balik kampung, nak suruh bidan kampung urut bagi uri naik.
Ada seorang ibu muda, yang pertama kali mengandung didapati mengalami Placenta Previa Type 3, dia disahkan tidak boleh bersalin secara normal kerana uri menghalang laluan bersalin. Sewaktu itu, dia 28 minggu mengandung.
NASIHAT DOKTOR TIDAK DIENDAHKAN
Surat rujukan ke hospital diberikan agar dia mendapat rawatan susulan di hospital dengan segera. Namun nasihat itu tidak dipedulikan.
Atas nasihat orang lain, ibu tersebut mengambil keputusan untuk berubat dengan cara kampung. Dia berjumpa dengan seorang bidan kampung tua, yang ‘berpengalaman’ dalam mengurut ibu mengandung dan ibu dalam pantang. Salah satu ‘kapakaran’ beliau adalah urut untuk menaikkan rahim.
Jadi selepas 2-3 kali urut, bidan tersebut menerangkan kepada si ibu bahawa urinya sudah naik dan tidak lagi menghalang laluan untuk bersalin. Jadi ibu tersebut sudah boleh bersalin secara normal. Bidan itu juga mencadangkan si ibu tersebut bersalin terus dengannya nanti apa bila sampai waktunya.
Gembira bukan kepalang ibu muda tersebut. Bersyukur dengan keputusannya untuk tidak meneruskan rawatan di hospital. Rasa seperti doanya telah dimakbulkan. Pulanglah si ibu dengan hati yang berbunga.
PENDARAHAN TERUK HINGGA HAMPIR PENGSAN
Selang 2-3 minggu selepas itu, si ibu dapati ada darah yang keluar, namun rasa sakit untuk bersalin tidak ada, darah semakin lama semakin banyak keluar. Dia dan suami terus berjumpa dengan bidan tersebut. Setelah beberapa jam rawatan bidan tersebut, namun darah masih tidak berhenti. Si ibu semakin lemah, pucat dan hampir pengsan.Tidak puas hati dengan rawatan bidan tersebut, si suami mengambil keputusan untuk membawa isterinya yang hampir pengsan itu ke hospital.
Setibanya di hospital, dia dibawa ke zon kecemasan. Pakar sakit puan dihubungi. Rupa-rupanya si ibu telah mengalami pendarahan teruk akibat uri dibawah.
Sebenarnya uri tersebut tidak berganjak sedikit pun walaupun selepas diurut oleh bidan itu. Keadaan si ibu amat genting pada waktu itu, tekanan darah semakin menurun, jantungnya berdegup sangat kencang untuk menghantar darah yang tinggal sedikit ke organ-organ utamanya.
Dia juga sangat pucat dan mula meracau-racau. Ujian darah menunjukkan paras hemoglobin ibu tersebut sangat rendah iaitu hanya 5 berbanding yang normal adalah 12. Keadaannya pada waktu itu adalah sangat genting.
Doktor pakar mula berbincang dengan si suami. Tindakan segera perlu diambil untuk menyelamatkan nyawa si ibu. Pembedahan segera perlu dilakukan walaupun bayi masih tidak cukup bulan untuk memberhentikan pendarahan dan menyelamatkan nyawa si ibu.
Jadi bagaimana dengan nyawa bayi? Pakar bedah sakit puan dan pakar kanak-kanak akan berusaha sebaik mungkin untuk menyelamatkan kedua-duanya. Namun keutamaan sekarang adalah menyelamatkan nyawa ibu.
Setuju dengan saranan doktor pakar, pembedahan mula dilakukan. Syukur pada ilahi, pembedahan berjaya dilakukan, pendarahan dapat diberhentikan. Nyawa ibu berjaya diselamatkan.
Namun bayi yang dilahirkan sangat pra matang iaitu pada 32 minggu. Dia dimasukkan ke unit rawatan rapi untuk pemeriksaan lanjut. Akibat dari pembedahan secara tidak dirancang terpaksa dilakukan, bayi tidak mempunyai paru-paru yang matang dan sangat berisiko mendapat jangkitan kuman.
Selepas pembedahan dilakukan, si ibu menerima 8 bag darah untuk menstabilkan keadaannya.
Kisah ini disiarkan supaya menjadi iktibar kepada semua.
INFO MENGENAI URI
Uri tidak boleh naik semula walaupun di urut.
Uri akan naik sendiri tanpa perlu diurut jika sebelum 28 minggu.
Selepas 28 minggu, kedudukan uri tidak akan banyak berubah sehingga bersalin.
Jika didapati mengalami uri dibawah, pastikan ibu mendapat rawatan susulan di hospital dengan segera. Si ibu sangat berisiko mendapat pendarahan yang tidak boleh diberhentikan seperti yang berlaku pada ibu tadi.
Kes seperti ini, bayi perlu diberikan suntikan agar paru-paru baby lebih cepat matang sekiranya pembedahan awal perlu dilakukan.
Sama-sama kita doakan agar si ibu dan bayi tersebut selamat dan kes seperti ini tidak lagi berlaku.
Tahniah diucapkan buat pengasas jenama LeeyanaRahman, Norleeyana atau mesra di sapa Yana yang hamil anak ketiga.
Menerusi Instagramnya, Yana berkongsi perkhabaran gembira itu menjelang Aidil Fitri yang lalu.
Menerusi entri yang sama itu juga, Yana turut memuat naik gambar ujian kehamilan yang dilakukannya bersama gambar suami ketika berkongsi hal kehamilannya itu.
“Dalam pada duk kuat bergaduh tu boleh termengandung pulak tiba tiba aihhh @hafizhamids,” tulisnya menerusi kapsyennya.
Tambah ibu kepada dua cahaya mata ini lagi, dia bersyukur atas rezeki kurniaan Allah walaupun sebelum ini pernah menjalani rawatan IVF untuk hamil anak pertamanya.
“Tak tau nak sedih ke nak happy ke nak apa. Dulu sampai buat IVF sebab 5 tahun menanti zuriat.
“Sekarang ni anak tak sampai 2 tahun tup tup mengandung lagi,” tulisnya.
Ibu cantik manis yang begitu berjaya dengan koleksi baju dan tudung raya setiap kali raya ini juga turut memohon doa agar dipermudahkan kehamilannya kali ketiga ini.
“Apa-apa pun Allah yang berkuasa atas setiap rezeki kita. Doakan i kuat hadap alahan untuk beberapa bulan ni,” tulisnya.
Meninjau diruangan komen rata-rata pengikut jenama Leeyanarahman dan rakan-rakan pempengaruh itu turut mengucapkan tahniah.
Terdahulu, Leeyana dan suaminya, Hafiz Hamid pernah menjalani rawatan IVF untuk mendapatkan zuriat pertama mereka. Kini pasangan ini dikurniakan dengan dua orang cahaya mata perempuan.
Pelbagai hadiah menarik menanti anda selain boleh berhimpun bersama ratusan ekor kucing Oyen comel di sini. Apa lagi daftar sekarang dan jadi sebahagian peserta kami.
Mudah sahaja hanya klik link di bawah dan daftar.
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) sekarang!
Dapatkan lebih ilmu keibubapaan di Tik Tok Pa&Ma @pama.my
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Isteri kepada pelakon Shukri Yahaya, Tya Adnan berkongsi kepada umum rakaman video ‘gender reveal’ untuk kandungan keduanya menerusi satu entri yang dimuat naik di Instagram.
Dalam perkongsian video tersebut, acara yang dibuat secara tertutup di rumah itu cukup meriah meskipun hanya dengan kehadiran beberapa ahli keluarga sahaja. Mungkin sahaja masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) maka acara tersebut dibuat hanya untuk ahli keluarga terdekat sahaja.
Dalam video tersebut, dilihat ahli keluarga yang baru selesai menunaikan solat bersama-sama menunggu Shukri Yahaya dan salah seorang lagi ahli keluarga mereka untuk membuka kotak bagi mengetahui gender bayi yang bakal dilahirkan.
Apa yang mencuit hati apabila keduanya tersalah membuka kotak. Shukri dilihat begitu gembira apabila mengetahu gender bayi yang bakal dilahirkan Tya adalah lelaki. Kakak Ameena juga dilihat sangat teruja melihat belon biru yang keluar dari kotak yang dibuka oleh ayahnya.
Pola tidur bayi sering membuat ibu bapa risau apabila anak sukar tidur malam. Ketahui tempoh tidur bayi mengikut usia serta cara melatih pola tidur bayi supaya anak tidur lebih lena.