Pakar perubatan di Amerika Syarikat (AS) dan Eropah memberi amaran pandemik COVID-19 mungkin menyebabkan peningkatan kes penyakit Kawasaki dalam kalangan kanak-kanak.
Ketua Rawatan Intensif Pediatrik Hospital New York Morgan Stanley, Dr Steven Kernie berkata di AS, puluhan kanak-kanak kini mengalami penyakit itu yang menunjukkan simptom demam, ruam, dan sakit perut.
“Lazimnya kami menyaksikan kanak-kanak dengan demam dan suhu tinggi yang dialami selama tiga atau empat hari… selalunya dengan ruam yang tersebar luas. Ia mungkin di seluruh badan. Ia boleh berlaku di tapak tangan dan kaki,” jelasnya.
Penyakit Yang Jarang Berlaku
Ads
Pihak berkuasa di New York pada Rabu mengumumkan 64 kanak-kanak disyaki mengalami simptom penyakit Kawasaki, satu penyakit yang jarang berlaku.Beberapa lagi kanak-kanak lain di AS juga dikenal pasti mengalami sindrom itu, termasuk seorang bayi enam bulan di California yang turut disahkan positif COVID-19.
Masih Dalam Kajian Jika Ada Kena Mengena Dengan Covid-19
Walaupun ia masih tidak dibuktikan, pakar perubatan kini sedang mengkaji sama ada sindrom itu merupakan komplikasi yang berlaku akibat COVID-19.
“Kami menyaksikan dalam kalangan beberapa kanak-kanak, walaupun masih jarang berlaku dan melibatkan jumlah yang kecil, serta dengan konteks ketika ini, mereka menunjukkan respons keradangan,” kata Pengarah Bersama Pusat Kajian Penyakit Kawasaki, UC San Diego, Dr Adriana Tremoulet.
Ads
Ada Yang Meninggal Dunia
Di United Kingdom, Setiausaha Kesihatan, Matt Hancock pada Selasa memaklumkan bahawa beberapa kanak-kanak di negara itu telah meninggal dunia akibat penyakit Kawasaki yang dipercayai mempunyai kaitan dengan COVID-19.
Doktor di Itali turut menyaksikan peningkatan kes sindrom Kawasaki dalam kalangan kanak-kanak, terutamanya di bahagian utara yang merupakan kawasan paling teruk terjejas akibat COVID-19.
Ads
Ibu Bapa Tak Perlu Risau
Namun, ia masih dipercayai bahawa kanak-kanak yang dijangkiti COVID-19 kebanyakannya hanya mengalami simptom ringan.
“Saya berpandangan bahawa ibu bapa tidak sepatutnya risau tentang sindrom ini lebih daripada perkara lain. Maksudnya, sekiranya anak-anak mereka terdedah kepada kes positif COVID-19, kanak-kanak itu mungkin hanya mengalami simptom ringan.
“Hanya peratusan kecil sahaja yang mungkin terdedah kepada sindrom ini, kata Dr Steven.
Sebelum bercakap dan bertanya sesuatu perkara kepada wanita hamil, anda kena sentiasa ingat yang dia sedang melalui fasa perubahan hormon, bentuk fizikal sehingga menjadikannya mudah menjadi sensitif. Ambil tahu dan elakkan soalan-soalan seperti berikut.
1. Mengandung lagi ke? Bila nak bersalin?
Anda perlu tahu bahawa tempoh kehamilan mengambil masa sehingga 40 minggu atau lebih. Sudah tentulah ia mengambil masa yang panjang sebelum tiba masa untuk bersalin.
2. Mengandung kembar ke ni?
Saiz perut ketika hamil boleh menimbulkan isu sensitif. Jika saiz perutnya kelihatan besar pada pandangan anda, jangan sesekali ditanya soalan sebegini. Dibimbangi soalan itu membuatkan wanita hamil beranggapan bahawa perutnya terlalu besar untuk memuatkan seorang bayi.
3. Nanti nak ambil epidural ke? Tahu tak saiz jarum tu?
Jangan sesekali menakut-nakutkan orang lain yang tidak pernah melalui pengalaman yang sama seperti anda. Lebih-lebih lagi jika wanita hamil itu sedang menunggu hari untuk bersalin.
4. Anak lelaki/ perempuan lagi?!
Jantina anak bukanlah sesuatu yang boleh dipilih. Ia adalah rezeki yang sudah ditentukan oleh Tuhan.
5. Kenapa awak seorang je yang panas?
Apabila usia kehamilan bertambah terutamanya di akhir trimester, kebanyakan wanita hamil akan mengalami situasi di mana akan kerap berasa panas disebabkan peningkatan jumlah darah dalam tubuh. Jadi, adalah normal bagi wanita hamil untuk sentiasa berasa panas sedangkan anda rasa di sebaliknya.
6. Berapa lama agaknya boleh kembali kurus lepas bersalin?
Wanita hamil itu belum pun selamat melahirkan anaknya, anda sudah bertanya soalan sebegini. Soalan ini tidak patut ditanya kerana ia mungkin boleh membuatkan wanita hamil itu stres dengan berat badannya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Penjagaan gigi bayi boleh dimulakan seawal bayi lagi. Buka bila tumbuh gigi baru nak mula! Doktor gigi kongsi 5 tips penjagaan gigi si bayi dan kanak-kanak. Bila nak mula guna berus gigi dan kuantiti ubat gigi juga diulas.
Menurut Dr Iqbal Rosali, Pegawai Pergigian di Pusat Sejahtera, Universiti Sains berkongsi tentang penjagaan gigi anak daripada bayi. Berikut ialah perkongsian beliau;
Beliau telah mengulas tentang cara penjagaan gigi kanak-kanak dan bayi, peringkat penggunaan kain dan berus serta ubat gigi.
PENJAGAAN GIGI BAYI
#1 GUNAKAN BERUS BILA ANAK BERUSIA 14 BULAN
Dr Iqbal menerangkan yang dia mula memberus anaknya menggunakan berus gigi semasa anaknya berumur 14 bulan.
“Ini berus gigi anak saya yang berumur 18 bulan. Saya mula gosok gigi dia dengan berus gigi ini lebih kurang 4 bulan lepas (kira-kira berusia 14 bulan).”
#2 SEBELUM ITU HANYA LAP GUNA KAIN
Beliau juga mengatakan, bagi penjagaan gigi anaknya sebelum itu, dia hanya menggunakan kain untuk mengelap bahagian dalam mulut termasuk gusi dan gigi.
“Sebelum itu cuma gunakan kain sahaja.”
#3 TAK GUNAKAN UBAT GIGI
Dr Iqbal menerangkan yang dia tidak menggunakan ubat gigi sebalik memberus kosong dalam posisi berbaring. Ia bertujuan untuk melatih si anak. pada permulaannya anak akan menangis dan ibu bapa perlu bersabar kerana lama-kelamaan mereka akan terbiasa.
“Saya tak gunakan ubat gigi. Cuma berus kosong sahaja.
“Sebab nak biasakan dulu. Saya baringkan dan peluk dia untuk gosokkan gigi. Mula-mula menangis. Sekarang bila saya pegang berus gigi dia dah tahu.”
#4 BILA 18 BULAN BARU GUNAKAN UBAT GIGI
Dr Iqbal juga turut berkongsi yang dia mula menggunakan ubat gigi apabila anaknya berumur 18 bulan serta kuantiti ubat gigi yang perlu. Berus gigi selalunya akan menunjukkan saiz ubat gigi yang perlu digunakan.
Sekarang saya sudah mula gunakan ubat gigi kanak-kanak. Ada yang tanya banyak mana nak guna ubat gigi. Cuba tengok pada berus gigi. Ada warna biru di tengah-tengah.
(Gambar) Itulah kuantiti untuk letak ubat gigi. Sikit sahaja. Tak perlu banyak pun.
(Gambar) Kalau bawah 3 tahun, cuma sebesar sebiji beras.
#5 GUNA UBAT GIGI BERFLOURIDA
Dr Iqbal juga menyarankan penggunaan ubat gigi berflourida kerana ia memberikan perlindungan yang lebih padu. Bagi mengelakkan anak tertelan, dia menasihatkan ibu bapa agar membantu anak menggosok gigi.
“Ada juga tanya nak guna ubat gigi yang mana. Saya guna ubat gigi berflourida. Barulah gigi kuat dan tidak senang rosak. Kalau untuk budak, cukup 500-600 ppm flourida. Separuh dari orang dewasa.
“Sekarang sudah ada ubat gigu berflourida untuk kanak-kanak. Kalau tak nak bagi dia tertelan, kita sebagai ibu bapalah yang wajib gosokkan.”
Haid yang datang lambat selepas melahirkan anak adalah perkara biasa. Keadaan ini berlaku bagi membolehkan hormon kembali stabil. Pun begitu haid yang terlalu lambat sebenarnya membimbangkan.
Jangan berdiam diri. Jika ini yang terjadi ada baiknya ibu segera mendapatkan pencerahan daripada doktor. Setiap orang berbeza-beza keadaannya. Masalah hormon adalah penyebabnya.
Begitu kata Dr Zubaidi Hj Ahmad, Ahli Jawatankuasa Pusat, Pertubuhan Doktor Islam Malaysia (PERDIM) menjelaskan secara terperinci buat semua ibu-ibu.
Selepas melahirkan anak, selalunya wanita akan mengalami gangguan kitaran haid. Selalunya seorang wanita akan mengalami haid semula antara enam hingga dua belas bulan.
Namun jika hal ini berlanjutan lebih dari setahun, terdapat gangguan hormon (ketidakseimbangan hormone) yang serius berlaku dalam tubuh wanita tersebut.
Selain itu selalunya selepas melahirkan anak, seorang wanita dinasihatkan mendapatkan suntikan pencegah kehamilan. Suntikan ini dikenali sebagai Provera (Medroxyprogesterone Acetate) adalah hormon progesterone sintetik yang menggangu kitaran haid.
Masalah berat badan berlebihan dan obesiti juga mengganggu kitaran haid. Obesiti juga mungkin disebabkan oleh masalah kekurangan hormone thyroid (hypothyroidism) di mana mungkin sesetengah orang mengalami masalah kesukaran untuk menurunkan berat badan.
Masalah tekanan emosi sepanjang tempuh pantang seperti tidak cukup tidur kerana memberikan perhatian pada anak dan terpaksa bangun setiap 2 jam bagi menyusukan anak juga mempengaruhi hormone seterusnya mengganggu kitaran haid.
Saya mencadangkan agar puan-puan melakukan pemeriksaan doctor, bimbang ia disebabkan oleh masalah yang lebih besar seperti ketumbuhan atau masalah pramatang menopause yang sering berlaku pada wanita muda di zaman ini.
Selalunya doctor akan membuat pemeriksaan hormon dengan mengambil sampel darah bagi melihat tahap hormone-hormon seperti testosterone, estrogen, thyroid dan beberapa jenis hormone lagi.
Selain itu doctor akan melakukan pemeriksaan ultrasound bagi melihat bayangan organ dalaman seperti ovari, rahim atau mungkin ketumbuhan lain yang ada dalam rongga pelvis.
Pemeriksaan MRI hanya akan dilakukan jika doctor melihat ada sesuatu yang tidak normal dalam pemeriksaan darah atau ultrasound. Jadi proses diagnose yang dilakukan agak rumit dan mengambil masa. Harus bersabar dan menurut saja arahan doctor untuk setiap pemeriksaan.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.