
Bila makan macam-macam, perut pun mulalah meragam. Perut rasa tidak selesa dan sebu, rasa macam nak muntah. Rasa ada ‘angin’ dalam badan. Macam-macam petua tradisional juga yang boleh dicuba untuk menghilangkan angin dalam badan.
Mengikut perkongsian petua oleh Khairul Hakimin Muhammad, beliau berkongsi cara untuk membuat susu dengan campuran madu dan halia tua yang telah diajar oleh isterinya untuk mengatasi masalah ini, supaya angin dapat keluar dan lawas dengan baik.
Petua Atasi Perut Meragam
Menurut beliau lagi, syarat utama petua minuman ini ialah perlu menggunakan susu tepung.
SUSU BUANG ANGIN
Bahan-Bahannya:
2 sudu besar susu tepung
1 sudu besar madu
1/2 inci halia tua
1 cawan air panas
Minum ‘Susu Buang Angin’ Ini Memang Mujarab
Cara membuat:
- Kikis kulit halia dan ketuk sedikit. Bukan tumbuk lumat.

2. Kemudian letakkan air mendidih separuh cawan dahulu dan campakkan halia tadi. Biarkan dalam seminit.

3. Masukkan pula madu.

4. Setelah itu masukkan pula susu tepung.

5. Akhir sekali, kacau dan tambah air panas lagi. Minum sejam sebelum tidur. Amalkan setiap hari.

Kredit: Khairul Hakimin Muhammad
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Suntikan Untuk Matangkan Paru-Paru Bayi Memang Sakit, Tapi Lakukanlah Persiapan Ini Demi Bayi Anda

ADOOOIII, sakitnya cucuk ubat matangkan peparu bayi ni doktor. Kalau tak cucuk takpe ke? – ujar Betty sambil mengosok-gosok punggungnya”
Corticosteroid adalah sejenis ubat yang diberikan kepada ibu, jika seseorang ibu itu dijangka akan melahirkan bayi pramatang/ tak cukup bulan. Ubat ini diberikan secara suntikan pada otot, sama ada pada peha, lengan atau pada punggung. Ianya diberikan melalui 2 dos atau ada yang memberikan sebanyak 4 dos dalam tempoh 24 – 48 jam

75262216_10216090470798085_5177444188970549248_n.
Mengapa corticosteroid membantu mengurangkan risiko berkaitan dengan bayi pramatang?
Ubat ini sudah digunakan bertahun-tahun lamanya, diberikan kepada ibu yang dijangkakan akan melahirkan bayi pramatang, meningkatkan peluang bayi pramatang hidup selepas dilahirkan. Selain itu, ianya mengurangkan risiko bayi pramatang mendapat komplikasi serius seperti masalah pernafasan (disebabkan peparu bayi masih tidak matang), pendarahan di dalam otak, jangkitan kuman yang serius ataupun masalah pada salur pencernaan.
Adakah corticosteroid berbahaya kepada saya dan bayi?
Suntikan sebanyak 2 atau 4 kali dianggap selamat untuk ibu dan bayi. Lebih banyak kajian diperlukan untuk mangatakan suntikan lebih daripada itu adalah selamat.
Bilakah sepatutnya saya mendapat suntikan corticosteroid ?
Suntikan diberikan pada minggu kehamilan ke 24 dan 34 minggu 6 hari. Jika anda akan menjalani pembedahan elektif, suntikan corticosteroid amatlah digalakkan jika pembedahan itu akan berlangsung pada 35 hinggga 38 minggu 6 hari kehamilan.
Suntikan corticosteroid boleh diberikan sebelum 24 minggu kehamilan, tetapi bukti corticosteroid dapat membantu bayi seawal ini masih lagi tidak jelas, pakar perunding akan berbincang dengan anda terlebih dahulu.
Berapa lama suntikan corticosteroid ini menjadi efektif?
Suntikan corticosteroid ini membantu jika dos terakhir diberikan antara tempoh 24 jam sehingga 1 minggu sebelum bayi dilahirkan. Ada juga kebaikan sekiranya bayi dilahirkan dalam tempoh 24 jam dari dos yang pertama.
Siapakah yang sepatutnya menerima suntikan corticosteroid?
Anda akan dinasihatkan untuk menerima suntikan ini jika anda berpotensi untuk melahirkan bayi pramatang, sebelum 35 minggu kehamilan. Ini termasuklah :
-Anda sedang mengalami kontraksi pramatang
-Air mentuban sudah pecah, walaupun tiada kontraksi
-Bayi dikehendaki untuk lahir awal, misalnya bayi tidak membesar dalam rahim
-Anda mempunyai masalah dan bayi perlu dilahirkan awal untuk menyelamatkan ibu, misalnya pre-eclampsia
-Jika anda akan menjalani pembedahan caeserean elektif sebelum 39 minggu, anda akan disarankan untuk menerima suntikan corticosteroid.
Kelahiran pramatang ni tak boleh disekat-sekat walaupun doktor guna pelbagai ubat untuk hentikan proses bersalin. Apa yang boleh dibuat, bantu mempersiapkan bayi pramatang yg bakal lahir untuk matangkan peparunya agar kurang komplikasi berkaitan dengan kelahiran pramatang
Manusia hanya merancang, Allah yang menentukan segala-galanya. Ini ikhtiar kita
Sumber: Dr. Muhammad Izzat
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Pendarahan Banyak Kerana Komplikasi Plasenta Previa, Ummi Nazeera Dedahkan Itu Menjadi Punca Dia Bersalin Pada 34 Minggu

Semua peminat sudah mengetahui tentang berita aktres Ummi Nazeera bersalin apabila memuat naik gambar Baby AA minggu lepas. Kelahiran bayi sulungnya itu awal dari tarikh jangkaan. Hari ini ibu muda ini mendedahkan sebabnya.
Ummi melahirkan anak sulungnya, Ayra Aneesah pada jam 11.39 malam, 22 Ogos 2018. Dia yang mengalami akibat komplikasi Plasenta Previa type 2 semasa hamil melakukan pelbagai usaha yang disarankan iaitu memperbanyakkan rehat, bed rest, sujud dan berdoa.

Pendarahan pertama terjadi semasa sambutan Hari Raya diikuti pendarahan kedua hingga menyebabkan Ummi menangis bimbang kehilangan buah hati yang dikandungnya. Namun selepas pendarahan yang banyak kali ketiga, Ummi terpaksa melahirkan buah hatinya melalui pembedahan (emergency C-section).
Berikut ialah perkongsian Ummi menerusi posting di Instagramnya;
My Darling Daughter , Ayra Aneesah binti Mohd Izzar.
Alhamdulillah .. Allah made it easy for mommy to be pregnant but the journey to carry you was a challenge for both of us.
Mummy had Placenta previa .. type 2.. I started bleeding right after Eid celebration .
I cried when it happened . I thought I had lost you . Alhamdulillah .. all was well.
Then, I rested . A lot . Bed rest . I went out like once a week .. I tried everything I could .
Sujud a lot . Doa a lot . Unfortunately , it happened again for the 2nd time . And again the 3rd time. I was bleeding so much doctor decided I had to go thru emergency csect. Mummy was so scared I almost lost my calm. Alhamdulillah daddy was there to calm me down by being firm with me. ” don’t cry! Istighfar” he said while placing his hand on my forehead and his other hand holding my hand.. I knew deep inside he was right. Only Allah could help.

Alhamdulillah the operation went well . ” No complication “. Syukur ya Allah.
Masa masuk operation room , muka daddy masam sangat. Masa mommy keluar operation room muka daddy senyum macam kerang busuk. He said ” I dah jumpa anak and dah azan alhamdulillah”.
I wanna take this opportunity to say thanks to all doctors and nurses in charge for taking care of me and Ayra at Hospital Serdang .. Thank u so much. ❤️ The minute I saw u I was so happy . You’re perfect alhamdulillah . And mommy was right .. it’s a girl! @izzar @ayra.aneesah Ayra : respectable . Aneesah : generous and loyal.
Aneesah is my late grandmothers name . May you become the coolness of our eyes Sayang. We love you.
View this post on InstagramA post shared by Ummi Nazeera (@umminazeera) on

PEMINAT UCAP TAHNIAH & PUJI KECOMELAN AYRA
Para peminat tidak putus mengucapkan syukur dan tahniah kerana Ummi melahirkan Ayra dengan selamat. Ada yang berkongsi pengalaman hamil dan bersalin disebabkan pendarahan kerana plasenta previa dan tidak kurang yang memuji kecomelan Ayra Aneesah.





Sumber: Instagram Ummi Nazeera & Dr Mohd Izzar
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Hidung Berdarah, Jangan Biar Anak Dongak Kepala. Doktor Ini Kongsi Tip Yang Betul

Ketika dalam keadaan kecemasan, kita cenderung untuk mengambil tindakan pantas untuk menghalang perkara itu berterusan. Dalam sesetengah kes, mungkin elok tetapi ada juga tindakan reflek begitu yang boleh mendatangkan kemudaratan.
Seperti yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari ini, sekiranya berhadapan dengan hal kecemasan seperti hidung anak keluar darah, jangan dongakkan kepala mereka.
Tolonglah jangan suruh anak dongakkan kepala jika hidungnya berdarah!
Saya perhatikan ada parent yang terburu-buru lakukan sedemikian untuk hentikan pendarahan. Elakkan buat begitu sebab darah yang keluar tu akan terus mengalir ke bahagian belakang hidung seterusnya berisiko masuk ke paru-paru. Bahaya woih!

Bila kejadian berdarah hidung seperti ni berlaku, pertama parent mesti bertenang dulu. Tak usah panik. Tarik nafas dalam-dalam dan lakukan beberapa step ni.
1. Minta anak tunduk dan membongkok ke hadapan. Kemudian picitkan bahagian luar hidungnya. Atau jika anak mampu buat sendiri, suruh dia compress bahagian tu selama 15 – 20 minit. Kena berterusan ya, jangan berhenti-henti.
2. Mesti bertenang. Perlahan-lahan beritahu anak supaya dia bernafas melalui mulut.

3. Sediakan pek ais dan letakkan dibahagian dahi. Ini dapat bantu mengecutkan salur darah dan mengawal pendarahan dari hidung.
4. Namun, sekiranya masih terdapat pendarahan yang aktif mengalir, segeralah bawa anak menuju ke hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan kecemasan.
5. Tak usah masukkan apa-apa objek ke dalam hidung walau air sekali pun. Tak pasal-pasal boleh menyebabkan pendarahan mengalir keluar tak berhenti.
Baca Juga:
Makan Tomato Macam Jajan. Patutlah Kulit Anak-Anak Kieda Crepe Cantik Betul!
Tak Puas Hati Kena Paksa Mandi, Adik Ni Bagi Muncung Panjang Pada Ibunya. Comel!
Teliti & Tulisan Cantik, Usia 4 Tahun Anak Dazrin Kamarudin Pandai Mengeja. Bijaknya!
Ingat ya, pertama sekali wajib bertenang dan lakukan seperti tadi.
Selalunya kes kanak-kanak hidung berdarah ni berlaku dalam jangka waktu yang pendek. Kemudian akan berhenti dengan sendirinya.
Kebanyakan disebabkan oleh trauma seperti terhantuk, korek hidung atau lapisan mukosa hidung yang kekeringan. Namun jika berlaku pendarahan yang teruk, banyak dan tidak berhenti, tak usah tunggu. Ia sangat perlu kepada rawatan perubatan.
Semoga bermanfaat!
Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


