Ketika dalam keadaan kecemasan, kita cenderung untuk mengambil tindakan pantas untuk menghalang perkara itu berterusan. Dalam sesetengah kes, mungkin elok tetapi ada juga tindakan reflek begitu yang boleh mendatangkan kemudaratan.

Seperti yang dikongsikan oleh Dr Ahmad Luqman Bukhari ini, sekiranya berhadapan dengan hal kecemasan seperti hidung anak keluar darah, jangan dongakkan kepala mereka.

Tolonglah jangan suruh anak dongakkan kepala jika hidungnya berdarah!

Saya perhatikan ada parent yang terburu-buru lakukan sedemikian untuk hentikan pendarahan. Elakkan buat begitu sebab darah yang keluar tu akan terus mengalir ke bahagian belakang hidung seterusnya berisiko masuk ke paru-paru. Bahaya woih!

Hidung Berdarah, Jangan Biar Anak Dongak Kepala. Doktor Ini Kongsi Tip Yang Betul
Sumber foto: www.freepik.com

Bila kejadian berdarah hidung seperti ni berlaku, pertama parent mesti bertenang dulu. Tak usah panik. Tarik nafas dalam-dalam dan lakukan beberapa step ni.

1. Minta anak tunduk dan membongkok ke hadapan. Kemudian picitkan bahagian luar hidungnya. Atau jika anak mampu buat sendiri, suruh dia compress bahagian tu selama 15 – 20 minit. Kena berterusan ya, jangan berhenti-henti.

2. Mesti bertenang. Perlahan-lahan beritahu anak supaya dia bernafas melalui mulut.

IKLAN
Hidung Berdarah, Jangan Biar Anak Dongak Kepala. Doktor Ini Kongsi Tip Yang Betul
Sumber foto: www.freepik.com

3. Sediakan pek ais dan letakkan dibahagian dahi. Ini dapat bantu mengecutkan salur darah dan mengawal pendarahan dari hidung.

4. Namun, sekiranya masih terdapat pendarahan yang aktif mengalir, segeralah bawa anak menuju ke hospital berdekatan untuk dapatkan rawatan kecemasan.

5. Tak usah masukkan apa-apa objek ke dalam hidung walau air sekali pun. Tak pasal-pasal boleh menyebabkan pendarahan mengalir keluar tak berhenti.

Baca Juga:

IKLAN

Makan Tomato Macam Jajan. Patutlah Kulit Anak-Anak Kieda Crepe Cantik Betul!

Tak Puas Hati Kena Paksa Mandi, Adik Ni Bagi Muncung Panjang Pada Ibunya. Comel!

Teliti & Tulisan Cantik, Usia 4 Tahun Anak Dazrin Kamarudin Pandai Mengeja. Bijaknya!

IKLAN

Ingat ya, pertama sekali wajib bertenang dan lakukan seperti tadi.

Selalunya kes kanak-kanak hidung berdarah ni berlaku dalam jangka waktu yang pendek. Kemudian akan berhenti dengan sendirinya.

Kebanyakan disebabkan oleh trauma seperti terhantuk, korek hidung atau lapisan mukosa hidung yang kekeringan. Namun jika berlaku pendarahan yang teruk, banyak dan tidak berhenti, tak usah tunggu. Ia sangat perlu kepada rawatan perubatan.

Semoga bermanfaat!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama)

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI