Pasangan mana yang tidak gembira saat mengetahui mereka bakal menjadi ibu bapa tidak
lama lagi. Malah, perasaan bahagia itu terus mekar saat permata hati yang dinantikan
menjengah dunia ini. Apatah lagi, jika zuriat yang ditunggu merupakan anak pertama.
Saat seperti ini memerlukan pelbagai persiapan untuk menyambut kelahiran si kecil.
Seawal bayi itu berusia sehari, sudah tentu ada yang mula merancang pelbagai persiapan. Namun, persiapan bukan hanya tertumpu kepada bayi sahaja tetapi buat ibu juga.
Pendek kata, semua perancangan harus dibuat awal dengan teliti. Maklumlah pengalaman
pertama tentu banyak yang perlu dipelajari.
Kalau boleh, semua keperluan bayi hendaklah lengkap dan sempurna, termasuk makanan
premium, pakaian yang berkualiti, barang permainan yang selamat, dan penjagaan terbaik di taska. Pertanyaan tentang penjagaan kesihatan bayi juga menjadi keutamaan, dengan
mendapatkan nasihat perubatan dari hospital pakar.
Berikut antara perkara-perkara yang biasa dilakukan oleh ibu bapa saat dikurniakan anak
pertama.
MAKANAN ORGANIK DAN PREMIUM
Sumber foto: www.shutterstock.com
Anak pertama ini bagai anugerah yang sangat berharga, jadi sudah tentu bakal ibu bapa akan lebih teruja. Barang-barang keperluan bayi, termasuklah dari segi makanan, adalah yang terbaik dan tip-top! Pastinya mereka akan menyediakan makanan berkhasiat dan mencari pelbagai panduan pemakanan bayi.
Malah, ada juga yang sudah mula merancang untuk membeli kelengkapan aksesori membuat bubur bayi. Harga bukanlah menjadi masalah, kerana mereka sanggup berbelanja demi anak tersayang. Kalau boleh, setiap hari menu yang berbeza dan semuanya haruslah dari bahan organik dan premium.
2. PAKAIAN JENIS KAIN KAPAS YANG BERKUALITI DAN SELESA
Ads
Ramai pasangan yang baru bergelar ibu bapa biasanya cukup teruja untuk membeli pakaian pertama bayi. Namun, penting untuk tidak membazir. Bak kata perpatah, “alah membeli menang memakai”. Kulit bayi biasanya sangat sensitif dan lembut, oleh itu, fabrik jenis kain kapas sangat sesuai untuk bayi baru lahir. Fabrik ini tidak hanya mempunyai kualiti terbaik tetapi ia juga dapat memberikan keselesaan maksimum kepada bayisepanjang hari. Kain yang ringan membolehkan bayi bergerak dengan mudah dan mengelakkan rasa panas serta tidak selesa
PERMAINAN RANGSANG MINDA TERBAIK
Sumber foto: www.shutterstock.com
Boleh rambang mata apabila melihat begitu banyak barang permainan di pasaran untuk anak kecil! Pilihan permainan untuk bayi boleh menjadi sukar apabila berhadapan dengan pelbagai pilihan di pasaran. Namun, penting untuk tidak membazir dengan membeli barangan yang tidak berfaedah. Bayi pada umumnya penuh dengan tenaga dan sentiasa ingin meneroka dunia sekeliling.
Mereka gemar aktiviti seperti menggenggam, menolak, melempar, mengetuk, dan mengisi sesuatu dalam bekas. Pilih permainan yang memberikan manfaat dan merangsang perkembangan motor halus, seperti permainan berwana hitam putih, yang diperbuat daripada kain serta “baby gym”. Yang paling penting, pastikan permainan tersebut
selamat dan bebas dari bahan toksik.
BERTEMU DENGAN PAKAR KESIHATAN KANAK-KANAK TERBAIK
Sumber foto: www.shutterstock.com
Dalam tempoh membesarkan anak, ibu bapa pasti sering menghadapi pelbagai cabaran dan isu kesihatan yang memerlukan pandangan pakar. Kebimbangan tentang kesihatan anak kecil menyebabkan sesetengah ibu bapa sanggup mengeluarkan perbelanjaan yang besar untuk memastikan anak mendapat penjagaan terbaik. Sehubungan itu, ada yang memilih hospital swasta demi keselesaan anak mereka. Pendek kata, ibu bapa akan mendapatkan perkhidmatan pakar pediatrik dari segi rawatan sehingga ke pemulihan. Bagi ibu bapa, mendapatkan doktor pakar kanak-kanak untuk hal berkaitan anak adalah yang terbaik kerana mereka mahir dalam bidang tersebut. Ini sejajar dengan perkhidmatan yang disediakan di Hospital-Hospital Pakar KPJ Healthcare Berhad, yang cukup terkenal dengan rawatan klinikal berteknologi tinggi dan kemudahan fasiliti bertaraf dunia
Ads
Tahniah! KPJ Healthcare Berhad telah dinobatkan sebagai salah satu Jenama Pilihan Pa&Ma bagi anugerah HOSPITAL PAKAR PILIHAN PA&MA
Pencapaian cemerlang lebih 40 tahun membina legasi, KPJ Healthcare Berhad terus kukuh sebagai penyedia perkhidmatan kesihatan swasta terkemuka di Malaysia. Dipacu dengan slogan ‘Care for Life’, KPJ Healthcare menawarkan perkhidmatan penjagaan pesakit yang holistik dengan menyediakan rawatan klinikal berteknologi tinggi dengan kemudahan fasiliti bertaraf dunia melalui rangkaian sistem perkhidmatan KPJ Healthcare merangkumi 29 hospital pakar, 4 pusat penjagaan ambulatori dan 2 pusat penjagaan warga emas di seluruh negara. Kumpulan KPJ Healthcare telah merawat lebih 3.3 juta pesakit oleh petugas kesihatan yang terdiri lebih daripada16,000 tenaga kerja dan 1,300 pakar perubatan.
Ads
KPJ Healthcare turut menguruskan kemudahan Klinik Waqaf An-Nur (KWAN), termasuk perkhidmatan dialisis dan klinik-klinik bergerak yang bertujuan untuk menyediakan penjagaan kesihatan berkualiti kepada komuniti yang kurang berkemampuan.
KPJ Healthcare juga dinobatkan sebagai “Hospital Terbaik Malaysia” sebanyak empat kali di Anugerah Penjagaan Kesihatan dan Hospital GlobalHealth Asia Pasifik yang jelas membuktikan dedikasi dan komitmen mereka yang berterusan dalam sektor penjagaan kesihatan.
Untuk maklumat lanjut hubungi talian 03-2681 6222 atau layari laman web layari laman website KPJ Healthcare Berhad di https://www.kpjhealth.com.my/ serta ikuti Facebook: KPJ Healthcare Berhad dan @kpjhealthcareberhadofficial di Instagram untuk melihat pelbagai aktiviti dan tawaran harga paling menarik untuk anda.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila memasak untuk anak, bukan saja nak sedap tapi berkat. Mula-mula ayah belikan barang mentah, kemudian ibu pula masak. Rahsia air tangan ibu selain kepakaran menyediakan hidangan yang enak adalah amalan yang ibu buat waktu memasak.
Krediti foto: Facebook Munirah W A Rahman
Semasa ibu memasak, ibu boleh memohon kepada Allah SWT segala apa yang dihajati melalui masakan yang akan dihidangkan kepada suami dan anak-anak. Inilah masa yang sesuai untuk membacakan doa dan zikir pada masakan. Memang tidak ada kajian saintifik yang menjelaskan kehebatan air tangan seorang ibu, tetapi ia boleh dijelaskan melalui kaedah rohaniah.
Berwuduk dan solat sunat dua rakaat sebelum memulakan urusan memasak.
Doa masuk dapur iaitu surah Al-Kahfi, ayat 10 yang bermaksud “ Ya Tuhan kami, berilah kami rahmat yang besar dari sisi Mu dan persiapkan petunjuk terhadap urusan kami.”
Doa mengambil beras iaitu surah An-Nahl ayat 96 yang bermaksud “ Apa yang di sisi mu akan lenyap dan apa yang di sisi Allah adalah kekal.”
Doa simpan beras iaitu surah Ali Imran ayat 27 yang bermaksud “Engkau jualah yang memberi rezeki kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dengan tiada hitungan hisabnya.
Doa memotong sayur atau daging iaitu surah Al-Baqarah 71 yang bermaksud “Musa berkata: “Sesungguhnya Allah berfirman bahawa lembu betina itu adalah lembu betina yang belum pernah dipakai untuk membajak tanah dan tidak pula untuk mengairi tanaman, tidak cacat, tidak ada belangnya”. Mereka berkata: “Sekarang barulah kamu menerangkan hakikat sapi betina yang sebenarnya”. Kemudian mereka menyembelihnya dan hampir saja mereka tidak melaksanakan perintah itu.”
Doa memotong sayur ialah surat Al-Kautsar 1–3 yang bermaksud “Sesungguhnya kami telah memberikan kepada mu nikmat yang banyak. Maka dirikanlah solat kerana Tuhan mu dan berkorbanlah. Sesungguhnya orang-orang yang membenci kamu dialah yang terputus.
Doa meletak kuali atas dapur ialah surah Al-Baqarah 137 yang bermaksud “Maka Allah akan memelihara kamu daripada mereka. Dan Dialah Yang Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.”
Mulakan dengan bacaan Basmalah. Dan setiap kali hendak masukkan bahan dalam periuk atau kuali, dahulukan dengan ucap Basmalah untuk mendapatkan keberkatan.
Waktu mengacau masakan, kacau ikut lawan arah jam. Maksudnya dari kanan ke kiri. Itu sunnah Rasulullah.10.Ketika memasak, sentiasa basahkan lidah dan bacakan doa surah Al-Imran ayat 200 yang bermaksud “ Hai orang-orang yang beriman! Sabarlah dan lawanlah sabar, dan bersedialah dan berbaktilah kepada Allah supaya kamu mendapat kejayaan.” Doa ini boleh melembutkan hati ahli keluarga.
Zikir penyedap sajian yang dimasak ialah selawat dan istighfar sepanjang proses memasak.
Krediti foto: Facebook Munirah W A Rahman
Moga ibu-ibu muhasabah diri untuk memasak buat ahli keluarga. Dengan air tangan ibu-ibu yang penuh kasih sayang semasa memasakan serta disulami zikir dan doa akan menjadikan akhlak anak-anak terpuji. Doa dan zikir ini juga boleh dipraktikkan kepada suami supaya rumah tangga harmoni dan penuh kasih sayang.
Utamakan anak, Nia Ramadhani pindah Singapura cari pendidikan terbaik. Keputusan ini diambil bersama suaminya, Anindra Ardiansyah Bakrie, demi memastikan anak-anak membesar dalam suasana pembelajaran yang lebih baik dan penuh pengalaman baharu.
Pelakon asal Indonesia ini tidak menafikan bahawa perpindahan ke negara jiran bukanlah satu keputusan yang mudah. Namun, sebagai ibu, beliau percaya pendidikan adalah hadiah paling berharga untuk anak-anak.
Demi Masa Depan Anak-Anak
Menurut Nia, perpindahan ini dibuat kerana anak keduanya, Mainaka, akan bersekolah di Singapura. Katanya, beliau dan suami telah sepakat memilih sekolah terbaik untuk anak-anak mereka.
“Kita akan ke Singapura kerana Mainaka akan bersekolah di sana. Bismillah untuk yang terbaik,” kata Nia penuh syukur.
Walaupun berpindah negara, pelakon drama popular Bawang Merah Bawang Putih itu menegaskan kerjaya seninya tetap berjalan seperti biasa. Malah, beliau tidak menolak kemungkinan untuk menerima tawaran berlakon di Singapura jika ada.
“Kerja tetap jalan seperti biasa. Kalau ada tawaran, mungkin juga di Singapura,” ujarnya.
Spekulasi Netizen
Sebelum ini, berita perpindahan Nia mencetuskan pelbagai tanda tanya dalam kalangan peminat kerana tiada pengumuman rasmi dibuat. Namun, spekulasi mula timbul selepas tular video perbualan santainya dengan pengurus yang bergurau tentang keinginannya menjadi warganegara Singapura.
Walau begitu, belum dapat dipastikan sama ada penghijrahan ini bersifat sementara untuk pendidikan anak-anak atau langkah awal menetap lebih lama di luar negara.
Keluarga Jadi Keutamaan
Untuk rekod, Nia mendirikan rumah tangga bersama Ardi pada 2010. Pasangan ini dikurniakan tiga orang cahaya mata – Mikhayla (13), Mainaka (10) dan Magika (8). Ketiga-tiga anak inilah yang menjadi keutamaan mereka dalam membuat keputusan besar ini.
Kisah Nia Ramadhani menjadi inspirasi kepada ibu bapa tentang pentingnya berkorban demi masa depan anak-anak. Tidak semua mampu berpindah ke luar negara, tetapi sebagai ibu bapa kita boleh memberi yang terbaik dengan cara lain – seperti memilih sekolah yang sesuai, membimbing anak belajar dengan penuh sabar, dan sentiasa menjadi sumber sokongan utama mereka.
Akhirnya, kejayaan anak-anak bukan hanya datang daripada sistem pendidikan semata-mata, tetapi juga daripada kasih sayang, perhatian, dan pengorbanan ibu bapa yang tidak pernah putus.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bila pelakon Nynaa Harizal berkongsi gambar raya dengan ‘baby barunya’ ramai warga maya geram dengan kecomelan bayi lelakinya. Nynaa dan suaminya, Mohamed Fahmi Ilyas memilih nama, Isaac untuk anak lelaki mereka.
Nynaa Harizal Kongsi Gambar Raya Dengan ‘Baby Baru’
Isaac merupakan anak kedua Nynaa. Terdahulu, Nynaa sudah pun memiliki seorang anak perempuan, Zara Ariyanaa yang dilahirkan pada 29 Januari 2023. Pastinya rasa seronok dan teruja menjadi seorang ibu melenyapkan rasa lelah untuk membesarkan buah hati kesayangannya.
Pemilik nama lengkap Nurul Hanynaa Hariza yang juga bekas peserta Dewi Remaja 2019 itu menganggap momen bergelar seorang ibu merupakan suatu perkara yang mengubah kehidupannya.
Comel Betul Isaac
Berikut perkongsian Nynaa di laman Instagramnya:
Selamat Hari Raya from our little Family. The outcome of our 1-minute photo session with Arianaa dan Isaac, tulisnya.
Untuk rekod, Nynaa mendirikan rumah tangga dengan bekas pelumba kereta F3, Mohamed Fahmi Ilyas pada 28 Ogos 2021. Kehadiran sepasang cahaya mata mereka, Ariyanaa dan Isaac menyerikan lagi rumah tangga pasangan ini.
Kelahiran Chrystan menjadi momen penuh emosi bagi Chryseis Tan dalam kehamilan terakhirnya. Kisah C-section ketiga ini sarat syukur, ketakutan dan kasih sayang seorang ibu.