Mungkin anda sedang merancang untuk mendapatkan anak perempuan. Bermacam usaha telah dicuba tapi rezekinya masih lagi anak lelaki. Ada lelaki sudah berderet macam keretapi tapi anak perempuan masih lagi belum ‘kunjung tiba.’
Seorang guru kimia, Taibah Nurwahidah Mohamad berkongsi teori memahamkan sifat kromosom X dan Y serta bagaimana pemakanan, tempoh bersama dan faktor kesuburan boleh menentukan jantina bayi yang anda inginkan.
Alhamdulillah saya dan suami dah mencuba dan diizinkan Allah untuk mendapat bayi perempuan, anak ke-2 kami.
Terima kasih buat suami Mhafiz Mahadar yang turut memberi kerjasama. Tak sia-siakan usaha awak saat melihat anak perempuan awak lahir ke dunia.
Ingat Lagi Tak Subjek Biologi Di Sekolah Dulu?
Bagaimana jantina anak ditentukan. Sperma membawa kromosom XY dan ovum membawa kromosom XX. Apabila persenyawaan berlaku peratusan jantina lelaki dan perempuan adalah 50-50.
Maka perlu diingatkan jantina bukanlah faktor genetik, perlu diingatkan merancang jantina perlulah dilakukan sebelum merancang untuk hamil. Once dah berlaku persenyawaan, cara saya ni tak berkesan dah.
Bagaimana untuk kita menambahkan keberangkalian persenyawaan itu akan menghasilkan perempuan ialah kita kena paham apa sifat kromosom X dan Y terlebih dahulu.
X tempoh hayatnya lebih panjang tetapi pergerakan lebih perlahan manakala Y tempoh hayatnya pendek tetapi pergerakannya adalah lebih laju.
Keadaan berasid adalah lebih sesuai untuk X manakala Y lebih suka keadaan beralkali. Di sinilah saya mula berfikir macam mana nak jadikan perkara asid alkali ni (cikgu kimialah katakan)
Jika mahukan baby boy,suami perlulah lebihkan memakan makanan laut (seafood) manakala jika mahukan baby girl, suami perlulah memakan daging sama ada ayam atau lembu.
Kenapa suami? Kenapa bukan isteri? Kerana suami yang bawa kromosom Y yang mana menentukan boy atau girl maka suami-suami main peranan besar kat sini. Ok, apa yang saya dan suami usahakan ialah sebulan (bulan rancang nak hamil bermula daripada hari pertama saya period) suami dilarang makan apa-apa jenis seafood.
Sebulan memang hari-hari sumber protein yang suami ambil hanyalah ayam, daging atau telur. Sampaikan ayah beli ketam dan siput sedut pun dia kena telan air liur je. Suami tak ada masalah untuk ni sebab dia memang suka ayam dan daging.
Selain itu, suami juga kena lebih makan masam, yang ni mencabar sikit untuk suami sebab dia memang tak suka buah masam-masam tapi direlakan juga bila isteri beli buah yang masam untuk dia.
Isteri juga boleh membantu dengan lebihkan mengambil makanan bersumber tenusu; susu, cheese dan butter.
Ads
Saya kongsi ini lebih kepada untuk bayi lelaki jadi kalau mahu anak lelaki perlu lakukan sebaliknya. Elakkan makan masam dan isteri elakkan makanan tenusu.
Yang ini susah sikit sebab kita sendiri tak tahu bila waktu subur kita bukan. Ada dua cara hendak tahu waktu subur.
Cara Pertama:
Senang sahaja, pergi farmasi beli Ovulation Test. Bentuk dia lebih kurang macam pregnancy test. Cara nak guna boleh tengok pada kotaknya.
Cara Kedua:
Ads
Hanya boleh dipakai bagi sesiapa yang kitaran haidnya sama setiap bulan. Yang ni nak senang guna app period. Kita boleh tengok corak kitaran haid kita. Bagi yang kitarannya sama setiap bulan, tolakkan jumlah kitaran dengan 14, maka hari itulah waktu subur dia. Waktu subur bermakna hari ovum dilepaskan oleh ovari. Contoh (30-14), maka hari ke-16 itulah hari subur
Kenapa penting hendak tahu waktu subur. Tadikan sudah cerita tentang tempoh hayat X dan Y. Jika mahukan bayi perempuan, perlu bersama 2 hari sebelum hari subur. Ini disebabkan Y yang hayatnya pendek itu akan mati sebelum ovum dibebaskan untuk bersenyawa. Yang tinggal hanya X maka jadilah XX (girl).
Kalau hendak bayi lelaki, terbaliklah jadinya perlu bersama pada waktu subur. Y yang bergerak laju akan sampai terlebih dahulu kepada ovum untuk disenyawakan maka jadila XY (boy)
Ikut Logik Sains
Itu saja tip yang saya dan suami gunakan. Banyak sebenarnya tip lain kalau google tapi yang lain saya tak jumpa logik sainsnya, maka malaslah nak follow. Saya suka buat sesuatu yang ada sebab jelas. Kan dah kabo tadi saya cikgu sainskan.
Nak Anak Perempuan.. Doa Senjata Utama
Jangan lupa, DOA senjata utama. Tak guna usaha tanpa doa minta sungguh-sungguh pada Allah.
Semoga tip ini dapat memberi manfaat pada yang membaca!
Setelah ramai yang buat spekulasi kehamilan, akhirnya Elisya Sandha berkata, bukan niatnya menyembunyikan kehamilan yang kini dah masuk tujuh bulan itu.
Bukan niat untuk menyembunyikan kehamilan
Spekulasi kehamilan yang heboh diperkatakan sejak Januari lalu akhirnya terjawab apabila adik Fasha Sandha itu mengesahkan menerusi video ‘reels’ akaun Instagram (IG) baru-baru ini.
“Seperti lazimnya, wanita hamil pasti bimbang mengumumkan berita berbadan dua. Kita tak tahu apa sahaja boleh terjadi dalam tempoh ini.
“Mengambil keberkatan Ramadan dan kehadiran Syawal, saya dan suami putuskan untuk berkongsi berita gembira ini,” katanya.
Bagaimanapun, pelakon Pujaan Hati Kanda dan Nasi Kerabu Untuk Cik Abe itu belum bersedia untuk berkongsi jantina bakal anak yang akan dilahirkan.
“Saya akan mengumumkannya dalam sebuah majlis ‘baby shower, insya-Allah, bulan depan,” katanya.
Terdahulu, Elisya berkongsi coretan di bawah video ‘reels’ dengan menzahirkan rasa syukur atas nikmat diberi.
“Alhamdulillah, bersyukur atas rezeki yang dikurniakan. Video ini sangat bermakna, ia momen terindah dalam hidup.
“Kepada sesiapa yang membaca atau melihat video ini, mohon doakan bayi sulung kami ini. Saya juga mendoakan semua wanita dapat pengalaman yang sama,” tulisnya di IG.
Di dalam video dimuat naik, turut dipaparkan video Elisya membuat kejutan tentang kehamilannya itu kepada suami, ibu dan ibu mentuanya, Sheila Rusly.
Lebih sebak, suami dan ahli keluarganya menangis selepas mengetahui mengenai berita bakal menerima ahli keluarga baharu.
Perkongsian Elisya itu mendapat pelbagai reaksi daripada rakan artis dan netizen yang tidak melepaskan peluang mengucapkan tahniah dan mendoakan proses kehamilan dipermudahkan.
Ramai juga peminat pasangan ini meneka jantina bayi dalam kandungan adalah lelaki.
Terdahulu, Elisya mendirikan rumah tangga dengan Uzair Haqimy pada Ogos, tahun lalu.
Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Asyik bagi arahan adakalanya buat mak ayah pening memikirkan cara bagaimana mendapatkan kerjasama anak.
Menurut perkongsian Penulis Keibubapaan, Pn Wawa Shauqi, menukar cara arahan dengan menggunakan masalah sebagai kunci utama amat memberi kesan pada anak. Jom cuba ikuti perkongsian tip ini.
Bagi sesiapa yang rasa susah nak dapatkan kerjasama anak, cuba tips ni.
Teknik dia namanya ‘naming the problem’. Kita nak anak kita buat something. Tapi kita tak sebut. Sebaliknya, kita sebut masalah yang kita sedang nampak.
Tak paham? Ok begini. Kita bayangkan kita sedang jalan-jalan kat taman. Tiba-tiba ada sorang stranger tegur, “Bro, tali kasut tu ikat la!”
First reaction kita akan rasa,”Apahal suruh-suruh aku?” Walaupun lepas tu, kita buat je. Sebab yang disuruh tu, untuk kebaikan kita.
Tapi berbeza kalau stranger tu ‘menyatakan masalah’, “Tali kasut abang tak ikat.” Kita akan respon dengan, “Owh, terima kasih.”
Sebab apa? Sebab bila menamakan masalah, kita tak terasa ditekan, dipaksa, disuruh atau dikuasai.
Kenapa teknik ni lagi berkesan dari direct suruh anak?
1. Fitrah manusia kalau disuruh, makin berat nak buat. Dalam fizik ada istilah ‘FORCE CREATE RESISTANCE’.
Dalam konteks mendidik anak-anak pun sebenarnya pun macam tu.
Bila kita disuruh, automatik akan ada sedikit rasa terancam. Sebab otak kita detect suruhan sebagai tindakan nak kuasai diri kita. Tu sebab, lagi kita suruh, lagi kita paksa, lagi kita tekan, lagi bertambahlah anak tak nak buat.
2. Kaedah ini, cara terlembut nak dapatkan perhatian anak. Cara terbaik juga untuk bagi anak rasa diri dia berkuasa jadi problem solver.
Kita memberi anak ‘sense of achievement’. (Dalam Maslow Hierarchy of Needs, self actualization ni berada paling atas sekali.)
Bila kita point out masalah, anak akan terdetik dalam diri,
“Sebagai orang besar, aku patut tau apa nak buat.”
Cara ni juga, akan ajar anak untuk biasakan diri jadi mencari solusi bila ada masalah.
3. Sebagaimana kita penat menyuruh. Sebenarnya, anak pun ada masanya penat disuruh.
Cubalah. Tukarkan sikit ayat supaya kurang unsur suruhan dan paksaan.
Bear in mind, teknik ni mungkin tak berkesan kat anak kecik bawah 6 tahun. Mungkin juga tak berkesan untuk manusia Literal Thinking macam yang saya cerita kat post lepas. Tapi berbaloi untuk dicuba.
❌️ Basuh pinggan dengan cawan tu
✔️ Ada pinggan cawan korang dalam sinki tu
❌️ Kutip barang-barang korang atas lantai
✔️ Barang-barang korang ada atas lantai ni.
❌️ Kemas bilik tu
✔️️ Mama nampak bantal bilik korang bersepah tadi
❌️ Tolong mama basuh baju
✔️️ Baju kotor banyak tu dalam bakul
❌️ Pegi mandi cepat
✔️️ Mama nampak korang still pakai baju yang sama korang tidur malam tadi.
Semoga bila bukak sekolah nanti, bacaan darah tinggi kita tak naik. Rambut tak gugur, muka tak bertambah kedut dan jantung kekal berdegup tenang.
Bukan sekadar penyanyi comel bersuara lunak, Iman Troye juga seorang anak yang penuh rasa hormat dan percaya pada ibu bapa. Dalam sebuah sesi temu bual bersamanya, penyanyi lagu Teman ini meluahkan pendapat tentang isu buli yang semakin membimbangkan, terutamanya dalam kalangan pelajar sekolah.
Ibu ayah bukan sekadar penonton
Kata Iman, ibu ayah bukan sekadar tukang hantar dan ambil anak di sekolah, tapi mereka adalah orang yang paling dekat dan paling perlu ambil tahu apa yang berlaku dalam kehidupan anak-anak.
“Saya rasa mak ayah paling penting untuk aware keadaan anak di sekolah. Kena tanya sekolah macam mana, kena buli ke, makan elok ke.”
Walaupun ada cikgu dan kaunselor, anak-anak paling selesa buka mulut dengan mak ayah sendiri. Jadi, ibu bapa kena sentiasa ada ruang untuk mendengar dan perhati, bukan hanya bila dah jadi kes viral.
Instagram pun mak pantau!
Iman juga berkongsi pengalaman zaman sekolahnya – di mana ibunya akan sentiasa pantau apa yang dia post di Instagram. Tak ada istilah “privacy” yang keterlaluan dalam keluarga mereka. Dan Iman pun okay je dengan perkara tu.
“Dari saya kecil sampailah dah besar ni, mak saya memang pegang akaun Instagram saya. Segala akaun saya dia pegang. Saya dah terbiasa macam tu dan saya rasa itu yang terbaik sebab apa pun yang berlaku, kita akan cari mak kita betul tak?”.
Malah dia selesa bila maknya tahu semua benda sebab dia percaya, ibu lebih arif tentang baik buruk dunia luar, lebih-lebih lagi bila anak muda macam dia sentiasa terdedah dengan macam-macam.
Duit pun bagi mak pegang, no problem!
Bukan setakat akaun media sosial, akaun bank pun mak yang pegang! Iman cerita yang dia tak pernah simpan rahsia pasal duit dengan ibunya. Dari awal terima bayaran show, sampai sekarang pun, semua gaji diuruskan oleh ibu. Dan dia senang hati dengan susunan itu. Baginya, apa saja rezeki yang datang, semua tu berkat doa dan restu mak ayah.
Bila kasih ibu jadi pelindung
Dalam dunia sekarang yang penuh cabaran – buli siber, tekanan rakan sebaya, dan mental health yang kian meruncing – kisah Iman ni macam satu tamparan lembut untuk kita semua. Bila ibu ayah terlibat secara aktif dalam kehidupan anak-anak, mereka akan rasa lebih selamat, lebih yakin, dan lebih kuat untuk berdepan dunia luar.
Anak manja? Bukan. Anak yang tahu erti syukur
Iman bukan anak yang manja, tapi dia adalah contoh anak muda yang tahu erti syukur dan percaya kepada kekuatan doa mak ayah. Dan mungkin, inilah rahsia rezekinya yang mencurah-curah – bukan sekadar bakat, tapi juga restu yang mengiringi setiap langkahnya.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.