Apam susu ini sesuai makan masa breakfast atau hi- tea baby mahupun dijadikan makan tengah malam. Teksturenya yang gebu tak tercekik, pastikan putar tu bagi lama baru lah gebu gebas. Sesuai seawal usia 7 bulan.

Resepi Apam Susu Gebu Untuk Bayi, Gebu & Senang Kunyah Tak Tercekik


Bahan-bahan:

  • 4 bji telur
  • 1 sudu besar ovalette
    ( Boleh gantikan ovallete dgn baking powder yg aluminum free 1 sudu kecil)
  • 3 sudu besar susu fm / full cream debu
  • 1 sudu kecil esen vanilla ( optional, if x nk letak pon x pa)
  • 1/2 cawan madu ( 1y above)
  • Bawah 1y boleh guna puree kurma

Nota: Kesemua bahan diatas ini dicampurkan sehingga putih dan ringan. Sekiranya tiada mixer, boleh menggunakan blender.

Resepi Apam Susu Gebu Untuk Bayi, Gebu & Senang Kunyah Tak Tercekik

Bahan B:

2 cawan tepung gandum( unbleached)

IKLAN

Noted : sukatan ni agak banyak, boleh kurangkan sukatan if nak buat sikit jer

Cara – caranya:

Apabila sudah siap gaulkan kesemua bahan A diatas, masukkan dua cawan tepung gandum dan gaul sehingga sebati.

 

IKLAN

Asingkan kepada 2 bahagian untuk warna (guna puree buah naga sebagai pewarna semula jadi)

Jangan lupa sapu acuan dengan minyak / guna baking paper dan kukus selama 30 minit dengan api yang kuat dan pastikan air mendidih dahulu baru masukkan adunan.

Untuk elakkan apam daripada bantar, pastikan tudung periuk dibalut bersama kain bagi mengelakkan air menitik.

Resepi Apam Susu Gebu Untuk Bayi, Gebu & Senang Kunyah Tak Tercekik

IKLAN

Pastikan mixer atau blender mengisar selama 15 ke 20 minit. Ini kerana, lebih lama putar, apam susu akan lebih gebu.

Selamat mencuba momies!

Kredit:syazalwidad_bukhri

Resepi Apam Susu Gebu Untuk Bayi, Gebu & Senang Kunyah Tak Tercekik

Ketahui fungsi caresat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up! Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI