Rendang tok adalah antara variasi rendang yang paling enak kerana rasa daging yang diperap dan direneh dengan rempah ratus.

Mungkin ada yang ingat nak sediakan rendang tok ni renyah, tapi sebenarnya mudah je. Jom ikuti resepi ini.

RENDANG TOK PERAK

Resepi Rendang Tok Perak, Ini Step By Step Cara Penyediaan

(A) Bahan-bahan :
(untuk diperap dengan daging)
• 1 kg daging potong kiub 3×3 inchi
• *20 tangkai cili kering
• *4 biji bawang besar
• *6 ulas bawang putih
• *4 inchi halia
• *4 inchi lengkuas
• *1 ketul isi kunyit
• *4 batang serai
• *2 sudu makan jintan manis
• *2 sudu makan jintan putih
• *2 sudu makan ketumbar
• *2 sudu makan lada hitam
• *5 biji buah keras
(Semua bahan bertanda * dikisar halus, bahan rempah ratus disangai sekejap sebelum dikisar, satukan semua bahan dgn daging dan perap semalaman dalam peti sejuk)

Resepi Rendang Tok Perak, Ini Step By Step Cara Penyediaan

IKLAN

Resepi Rendang Tok Perak, Ini Step By Step Cara Penyediaan

Resepi Rendang Tok Perak, Ini Step By Step Cara Penyediaan

(B) Bahan-bahan :
• 500ml santan pekat @ dr 2 biji kelapa
• 5 sudu makan kerisik
• 5 sudu makan gula merah @ gula melaka
• 1 cawan air asam jawa dari 2 sudu asam
• Garam & gula secukupnya
• Air secukupnya

Resepi Rendang Tok Perak, Ini Step By Step Cara Penyediaan

IKLAN

(C) Bahan-bahan :
(penumis)
• 2 keping kulit kayu manis
• 4 kuntum bunga lawang
• 8 kuntum cengkih
• 8 biji pelaga
• 2 helai daun pandan potong pendek-pendek
• 1 senduk minyak untuk menumis

Resepi Rendang Tok Perak, Ini Step By Step Cara Penyediaan

Cara-caranya :
• Panaskan minyak dan tumis semua bahan (C) hingga naik bau, masukkan bahan (A) iaitu daging yang telah diperap semalaman dan diikuti dengan semua bahan (B), gaul rata dan masak dengan api sederhana hingga daging empuk dan rendang sejat, kacau dengan kerap bagi mengelakkan bahagian bawah menjadi hangit…(boleh tutup api ikut tahap kelembapan rendang yang anda suka, rendang tok boleh bertahan lama jika dikeringkan hingga bahan rencahnya menjadi serbuk)

IKLAN

Kredit: Zarina ZaraKhayla

Resepi Rendang Tok Perak, Ini Step By Step Cara Penyediaan

Jangan abaikan keselamatan si manja ketika berada dalam kereta. Belajar tentang fungsi car seat serta ketahui kecederaan yang akan berlaku kerana impak kemalangan. Ketahui lebih lanjut tentang car seat di E-Workshop Sayangi Nyawa Anak Anak Dalam Kereta, Let’s Buckle Up!

Daftar secara PERCUMA di https://toko.ideaktiv.com/product/sayang-nyawa-anak-dalam-kereta/

(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI