Bagi yang pernah mencuba ayam Domino’s pasti tahu keenakan hidangan tersebut. Sesiapa yang teringin ayam Dominos bolehlah mencuba resipi yang dikongsi oleh Puan Fiza ini.
Cara penyediaanya sangat mudah dan bahan-bahan yang digunakan juga boleh didapati di dapur rumah sahaja. Ikuti resipi ini.
Ayam Panggang Ala Dominos
Ads
Sekilo drumstik yang kecik tu yer…kalau ikut resepi asal guna sekor ayam..cuci bersih..toskan.
Bahan-Bahan;
Ads
120g sos cili
120g sos tomato
120g sos tiram (yang ni saje-saje makcik tambah)
2sb madu (yang ni pon makcik tambah)
2sb gula
1sb garam
1sb serbuk cili
2sb lada hitam
2ulas bawang putih di tumbuk lumat
60g butter
Cara Penyediaan;
-Masak kesemua bahan sampai butter cair
-Sejukkan
-Lumur pada ayam dan letak sedikit minyak
-Perap (lagi lama lagi sedap)
-Bakar suhu 180°-200° ikut oven masing-masing qpi atas bawah…
-30-40 min (ikutlah nak garing mane yer..jangan rentong sudah😅)
Wow ini paling mudah! Hanya dengan tiga bahan sahaja, muffin sudah tersedia untuk sajian anak-anak di petang hari. Hanya gunakan tepung naik sendiri, mayonis dan juga susu segar, muffin tersedia untuk anak-anak.
Bukan itu sahaja, malah tidak perlu guna mixer atau dikacau terlalu lama. Wajib cuba resipi mudah dan ringkas, Pn Aliah Yahaya Alia ini.
Resepi ni selalunya bila anak- anak mintak dengan tetiba. Muffin 3 bahan. Boleh la try nanti.
Bahan-bahan:
1 cawan tepung naik sendiri (self rising flour)
3 sudu besar Mayonis (apa-apa brand pun boleh asalkan mayonis yang putih ni)
1/2 cawan susu segar (Fresh milk ye )
Gaul tepung bersama mayonis rata.
Masukkan susu segar dan gaul asal sebati. Jangan lama sangat. Kejap je. Ingat, asal sebati. Stop! Jangan gaul lagi.
Jangan over mix. Nanti keras , teman tak jamin.
Scoop kan pakai scoop eskrem. Dapat dalam 6-7 cup je. Acuan tak ada. Belasah je apa yang ada. Kite buat dia.
Bakar 200°C /20 minit .
Siap. Rasa dia macam ala-ala scones pun ada. Tapi lembut. Tak manis sangat. Boleh je tukar flavour kalau korang nak.
Kami suka yang plain. Boleh je makan dengan nutella/jem. Macam-macam. Ikut suka.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masuk hari ke 10 Ramadan, ada diantara kita yang sudah mula memikirkan menu berbuka. Pening dibuatnya bila dah mula buntu nak masak apa kan?
Apa kata kali ini kita cuba pula jemput-jemput isi penuh dengan nasi dan jejari ketam. Memang laju bila makan waktu balik terawih. Nak buat pun simple. Jom cuba perkongsian resipi Aisyah Humaira.
Jemput-jemput Nasi Jejari Ketam. Rangup-rangup, halus dan lembut di dalam sesuai buat makan-makan lepas terawih atau sahur kan?
Sedap, simple dan mengenyangkan. Ni zie buat beberapa hari lepas. Semalam anak balik bazar dengan ayahnya, dia cakap “cucur macam umi buat baru ni tu tak ada jual pun dekat bazar umi” (seakan dia teringin nak makan lgi) sayu hati dengar ok petang ni umi buat untuk berbuka.
Bahan-Bahan:
2 cawan nasi
2 cawan air atau boleh agak²
2 1/2 cawan kecil tepung gandum
15 batang crabsticks di potong kecil
Daun kucai secukupnya di hiris halus
Sedikit garam serbuk cukup rasa
Minyak untuk mengoreng
Kisar nasi bersama air hingga lumat,sebati.
Masukkan tepung gandum ke dalam bekas, bahan kisar dan semua bahan berbaki satu persatu.
Hidangan seperti bihun mungkin sudah terbiasa bagi anak-anak kita. Apa kata kali ini kita cuba kelainan dengan menghidangkan bakso pula untuk anak-anak.
Resipi bakso simple tapi sedap menyengat perkongsian Nor Asiah ini mama wajib cuba. Sedap!
Bakso tengahari ni. Saya pandai makan bakso masa pergi Medan, Indonesia. Sebelum tu tak makan, anak-anak pun ikut suka makan bakso. Tapi area rumah payah jumpa yang kena dengan citarasa. Kalau terasa nak makan bakso saya akan buat sendiri.
Suun saya beli kat kedai aceh dekat umah..Dia cakap suun madura, rasanya dia cakap. Lama dah beli, saya suka buat stok. Bebola saya beli dengan kawan, bukan homemade.
Bumbu ada banyak brand tapi haritu ada brand ni ja kat kedai aceh. Ada masako dan Rayco.
Bahan-bahan:
Tulang lembu -rebus bersama daun bawang 2 pokok
Bahan tumis:
7 ulas bawang putih
3 biji buah keras
1/2 sudu teh lada putih
1 pokok daun bawang
(Tumbuk semua bahan hingga lumat)
Rebus tulang lembu bersama daun bawang hingga empuk.
Bila dah empuk, masukkan sedikit garam dan bahan perasa. Ketepikan.
Panaskan minyak dan tumis bahan tumbuk hingga garing dan perang. Angkat dan toskan. Ketepikan.
Masukkan sepeket bumbu kuah bakso dalam rebusan tulang. Biarkan masak selama 10 minit.
Selepas 10 minit, masukkan bahan tumis yang siap digoreng tadi ke dalam kuah dan masak selama 5 minit.
Tutup tudung periuk dan api kemudian hiaskan dengan daun bawang dan daun sup.
Bahan cili:
6 bj cili besar
5 bj cili kecil
5 bj bawang putih
Rebus semua bahan di atas hingga layu. Angkat dan toskan.
Blend dengan sedikit air. Bila dah hancur, masak bahan blend dengan sedikit minyak, gula melaka, garam dan sedikit perasa.
Memang betul-betul seram ke sampai Faiz Dickie boleh panik tengok adik-adik Bintang Kecil kita menangis dalam Scream Park Sunway Lagoon ni? Kalau tak percaya korang kena layan sampai habis episod pertama Scream Park Challenge ni.
Follow dan subscribe Youtube Channel Bintang Kecil.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Puteri Diraja Johor selamat dilahirkan, membawa kegembiraan kepada Agong dan Raja Permaisuri yang kini menimang cucu ketujuh dalam suasana penuh syukur.