Selalu kita beli sahaja, apa kata kali ini kita cuba pula sediakan baby cakoi untuk anak-anak di rumah. Makin laris bila makan waktu panas-panas.

Jom cuba resipi baby cakoi dan baby donut yang dikongsi oleh Missz Amira ini.


RESIPI BABY CAKOI & BABY DONUT

Bahan Kering:
3 cawan tepung gandum
2 sb marjerin/mentega/butter
1 sk garam

Bahan A
1 cawan air suam
2 sb susu pekat
Gula 1 sb
1 biji telur
1 sb yis

Resipi Baby Cakoi Paling Senang Nak Buat, Sedap & Lembut Sampai Ke Malam!

Satukan bahan kering, ampur semua dan gaul sampai menjadi serbuk roti (macam dalam gambar).

IKLAN

Resipi Baby Cakoi Paling Senang Nak Buat, Sedap & Lembut Sampai Ke Malam!

Kemudian satukan semua A dan kacau sebati. Kemudian terus masukkan ke dalam tepung tadi.

Resipi Baby Cakoi Paling Senang Nak Buat, Sedap & Lembut Sampai Ke Malam!

Uli sampai sebati macam dalam gambar. Doh memang sedikit lembut, tapi bila dah kembang akan lebih gebu dan senang untuk dibentuk.

Resipi Baby Cakoi Paling Senang Nak Buat, Sedap & Lembut Sampai Ke Malam!

IKLAN

Biarkan doh naik kembang 2 kali ganda dari asal (dalam masa 30 minit hingga 1 jam mengikut cuaca, yis, doh).

Bila dah naik kembang, tumbuk doh untuk keluarkan angin.

Resipi Baby Cakoi Paling Senang Nak Buat, Sedap & Lembut Sampai Ke Malam!

Untuk elak melekat pada tangan, sapukan tepung gandum pada tangan ketika membentukkan baby cakoi dan donut.

Cara bentukkan baby cakoi, gelekkan doh atas papan sehingga panjang dan potong mengikut saiz yang diingini kemudian kepitkan antara dua.

IKLAN

Resipi Baby Cakoi Paling Senang Nak Buat, Sedap & Lembut Sampai Ke Malam!

Biarkan doh naik kembang 2 kali ganda.

Panaskan minyak sehingga betul-betul panas. Kemudian goreng menggunakan api sederhana.

Siap!

Menarik: Nervous Lagi Sebulan Lebih Tambah Lagi Sorang, Sarat 7 Bulan, Mawar Rashid Risau Dekat Nak Bersalin!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

Pa&Ma

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI