Pisang selalu menjadi kegemaran anak-anak kita. Namun mempelbagaikannya dalam masakan seperti puding roti ini nampak lain daripada yang lain.

Jika puding roti biasa hanya berkuahkan sos kastard, kali ini ditambahkan dengan potongan pisang yang pastinya buat anak makin kenyang.

Jom cuba resipi ringkas yang dikongsikan oleh Cik Sue Zakaria ini. Sedap!

Puding Roti Pisang Bersos Kastard, Ekstra Kenyang, Laju Anak Makan!


Dapnya sekali sekala makan puding roti kan. Tengah-tengah panas ni biasa nak benda sejuk je masuk tekak.

Bahan-bahan:
Roti
2 cawan susu segar
2 biji telur itik
2 sb mentega
4 sb gula
Pisang

Puding Roti Pisang Bersos Kastard, Ekstra Kenyang, Laju Anak Makan!

Campurkan semua bahan tadi kecuali pisang dan roti. Kacau sampai sebati atas api yang kecil. Tak perlu lama-lama sangat.

Puding Roti Pisang Bersos Kastard, Ekstra Kenyang, Laju Anak Makan!

IKLAN

Dah siap masak sos roti tu, bolehlah susun roti dalam loyang. Dan letak pisang sekali. Susun je ikut suka.

Puding Roti Pisang Bersos Kastard, Ekstra Kenyang, Laju Anak Makan!

Letak coklat cip lagi sedap.

Puding Roti Pisang Bersos Kastard, Ekstra Kenyang, Laju Anak Makan!

Tuang sos tu bagi roti kembang.

IKLAN

Puding Roti Pisang Bersos Kastard, Ekstra Kenyang, Laju Anak Makan!

Bakar dalam oven pada suhu 180 C selama 40 minit. Dalam dulang pembakar letak air ye.

Puding Roti Pisang Bersos Kastard, Ekstra Kenyang, Laju Anak Makan!

Ni lepas dah siap bakar.

Untuk sos kastard senang je.

IKLAN

1 tin susu cair
2 sb gula pasir
2 sb tepung kastard
1 cawan air

Kacau je semua sampai dia jadi pekat.

Puding Roti Pisang Bersos Kastard, Ekstra Kenyang, Laju Anak Makan!

Dapnya masyaAllah. Apalagi sos kastard dia tu sejuk-sejuk waktu keluar peti ais.

Artikel berkaitan: Puding Roti Serikandi 3 Warna, Potong Kecil, Nikmatnya Makan Sejuk-Sejuk

Kukus Boleh Bakar Pun Boleh, Puding Roti Kukus Dengan Sos Kastard, Paling Mudah & Sedap

Nak relaks, jom cuci mata di SINI.

Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI