Kek pandan layer sangat sesuai untuk dijadikan sebagai kuih petang ataupun kudap-kudap. Baunya yang wangi semerbak dari jus pandan memang membangkitkan selera. Sesuai juga dijadikan sebagai kek hari jadi kalau mama nak buat untuk anak-anak.
Resepi Oreo Nutella Cheese cake ini sangat mudah, walaupun tak ada oven tapi anda tetap boleh buat kek yang sedap ala kedai mewah untuk anak-anak tersayang!
Ibu ini berkongsi resepi Oreo Nutella Cheese Cake yang sangat mudah dan yang paling penting lemak berkrim. Jom cuba resepi yang dikongsi.
Oreo Cheese cake bersama Nutella. Tunaikan permintaan anak lagi.
Rasa apa? Lemak berkrim dan gebu.. sekali suap ada rasa macam cheese tart coklat di kedai kek “bakers cotttagee” tu tapi yang ni la….gi… gebu!
korang mesti cuba tau cara buat pun senang..tak perlu oven tak perlu mixer mudahkan?
Bahan-bahan:
🍭1 paket biskut Oreo
🍭1 botol kecil jem Nutella
Bahan Kisar:
🍰500gm cream cheese
🍰1 kotak kecil cooking cream
🍰4 biji telur
🍰3 sudu besar penuh gula
🍰2-3 sudu besar susu pekat manis
🍰2 sudu besar penuh tepung jagung
🍰1 sudu besar perahan lemon
👉🏻 Kisar semua bahan diatas dalam blender hingga sebati dan gebu
Cara-cara:
🌴Alas loyang dengan baking paper, Masukkan bahan kisar dalam loyang dan tabur biskut oreo yang telah dipatah kecil, tekan2 supaya biskut tenggelam. Tutup dengan Aluminium foil dan kukus selama 30 minit atau sehingga masak
🌴Setelah kek masak , Buang kertas lapik tadi dan bolehlah tuang Nutella spread yang telah dicairkan dahulu didalam macrowave. Sejukkan selama 1jam atau lebih didalam peti sebelum dihidangkan.
Bermula 22 Julai ni semua anak-anak dah mula sekolah. Anak-anak memang digalakkan untuk membawa bekal dari rumah. Tapi Ada kalanya mama pun buntu nak buat bekal apa untuk anak-anak.
Selalu bekal yang dibawa tak habis dimakan. Jadi untuk pastikan si kecil teruja nak bawa bekal dan apa yang dibawa habis dimakan. Ini idea bekal bento untuk mama sediakan.
Ada variasi makanan dengan bentuk yang berbeza-beza. Mesti seronok anak-anak tunggu bekal dari mama setiap hari.
kalau tak dapat buat tiap hari, 2-3 kali seminggu pun sudah memadai. Secara tak langsung boleh galakkan anak-anak makan Makanan dari rumah.
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Masakan yang sedap mestilah cukup rasa semuanya. Kebanyakan daripada kita akan menggunakan serbuk perasa untuk beri rasa sedap. Sebenarnya ada lagi cara yang lebih berkhasiat untuk mama sediakan makanan untuk seisi keluarga.
Salah satu pilihan sihat yang boleh digunakan untuk beri kelazatan pada makanan adalah dengan menggunakan kulit tomato. Rasa asli semulajadinya ini lagi baik untuk kesihatan selain kaya dengan Vitamin C.
Perkongsian Roazura Bahari ini boleh mama cuba kerana kita tahu khasiat buah tomato ini memang sangat bagus.
Akhirnya tertunai juga untuk berkongsi serbuk perisa tambahan bagi sesiapa yang ingin menggunakannya dalam masakan.
Semoga perkongsian ini memberi manfaat untuk semua, menambah kesedapan dalam masakan lebih asli dan semulajadi.
Bahan utama:
Buah tomato secukupnya
Langkah membuatnya:
1) Belah 4 bahagian tau potong ‘X’ atas buah tomato
2) Kemudian masukkan dalam periuk dengan air mendidih
3) Biarkan sehingga kulit tomato sedikit terbuka kemudian angkat dan toskan.
4) Kupas kulit tomato tersebut, lapik kertas minyak atas dulang dan susun kulit tomato tersebut.
5) Bakar dalam oven atau air fryer sehingga kulit tomato kering.
6) Selepas itu, masukkan dalam blender kering dan kisar halus kulit tomato tersebut
7) Siap dijadikan serbuk perisa semulajadi
8) Bolehlah dimasukkan dalam masakan untuk menyedapkan lagi rasanya.
Selamat mencuba! Nak lagi mudah buat stok perasa semulajadi ni pada hari minggu. Serbuk perasa ni boleh dicampurkan dalam pelbagai jenis masakan seperti berkuah atau bergoreng. Dijamin sedap!
Dah tak ada idea nak masakkan apa untuk anak, semua dia tolak. Tak tahulah di mana silapnya padahal dah cuba macam-macam resipi. Untuk mommies yang ada masalah anak susah makan, jom segera dapatkan e-book 100++ Resipi Si Manja & Tip Untuk Mama!
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Bayi menggigit ketika menyusu boleh membuatkan mama terkejut dan sakit. Ketahui punca serta 8 cara berkesan untuk mengatasi masalah bayi menggigit ketika menyusu dengan lebih tenang.