Kalau dahulu, pesta makanan selalu diadakan bagi memenuhi permintaan rakyat Malaysia yang sangat menghargai makanan serta berani mencuba pelbagai hidangan menarik. Namun, ujian COVID-19 yang melanda Malaysia menyebabkan setiap aktiviti seumpama itu dihentikan demi kesihatan kita.
Salah satu makanan yang terkenal di pesta makanan Thailand adalah nasi istimewa dari negara itu. Rasanya berlemak dan ayamnya pula lembut sekali. Bagi mengelakkan rasa ‘kempunan’, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan oleh Nur Aisya ini. Sangat mudah!
Ikuti perkongsian resipinya ini:
Baru tau senang buat nasi ayam thai ni.. 30minit siap.. Kalau tau mcm ni senang.. Kluar2 dr perot mak terus buat.. Hahahahaha…. Moh sarapan….
NASI THAI
BAHAN UNTUK NASI & SUP: 2 whole leg 1 pokok daun ketumbar dgn akar sekali 1 btg serai 3 hiris halia 1 kiub ayam Sedikit garam
BAHAN SOS: Seulas bwng putih Cili api ikut pedas masing2 1 btg cili besar merah Tangkai pokok ketumbar
Ads
*Blend semua bahan ni *Dh siap blend.. Masuk dlm kuali.. Sbb takot perut tk tahan mkn yg mentah… Kat sini tambah: Sos tiram 1 sudu besar Sos cili 2 sudu besar Sos nampla
*Dh siap buh dlm mangkuk. Agak2 kepekatan dia tu.. *Racik bawng putih 2 ulas. Setangkai pokok ketumbar.. Masukkan dan kacau sebati. Siap.
Bagi peminat nasi ini, bolehlah mencubanya. Kalau dilihat pada bahan-bahan yang digunakan serta langkah membuatnya tidaklah sesukar mana. Selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Tiap hari masak gulai pun bosan juga. Kadang tu sampai ibu pun dah tak ada idea nak masak. Tapi tetap juga kena sediakan menu atas meja untuk hidangan ahli keluarga.
Kadang lauk yang simple pun sebenarnya dah boleh membuka selera. Tak perlu nak beriya memasak dua atau tiga jenis lauk, asalkan kena selera, nasi satu periuk tu kejap licin.
Kali ni anda boleh cuba resipi simple yang dah viral. Resipi sambal bilis bunga kantan ni memang terbaik. Makan dengan nasi panas-panas, yang tak menambah makan pun akan bertambah. Tak percaya cuba buat.
Hanya dua bahan utama iaitu ikan bilis dan bunga kantan, boleh jadi lauk pembuka selera untuk seisi keluarga.
Resipi yang dikongsikan oleh Norizan Silawati Mohd Yusof boleh anda cuba buat. Jangan salahkan sesiapa ya kalau makan nasi bertambah lepas ni.
Resipi Sambal Bilis Bunga Kantan
-Bunga kantan rincih halus seeloknya guna yang kembang mekar tu.
– Saya guna satu kuntum mekar + 3 kuntum biasa tu.. (Ada banyak bolehlah letak lebih ikut citarasa)
– Ikan bilis digoreng ketepikan bagi sejuk
– Masak sambal macam buat sambal biasa tu. Dah kering sikit masukkan bunga kantan masak sampai layu dan garing.
– Tutup api dan biarkan sambal dah tak panas baru gaulkan ikan bilis yang dah goreng tadi.
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Sahur yang baik boleh menghasilkan puasa berkualiti. Tiada rungutan lapar. Kurang keroncong di perut. Fokus pada ibadah. Tingkatkan kualiti. Dari pagi sampai petang terus bertenaga.
Apa contoh sahur yang mengenyangkan?
Idea Sahur 1
Tubuh manusia 70% adalah air. Otak pula 80% air. Tubuh manusia perlukan banyak air.
Salah satu makanan yang dikategorikan sebagai super food ialah chia seeds. Bijirin ini dari Amerika Selatan.
Secara tradisi diguna oleh puak Aztecs dan Mayan. Lelaki yang memburu masuk hutan berbekalkan Chia Seeds yang memberi maksud “kekuatan”.
Chia Seed hebat sebab 28 gram atau dua sudu chia seeds mengandungi:
Fiber: 11 gram
Protein: 4 gram
Omega 3: 9 gram
Kalsium: 18% dari keperluan harian tubuh manusia
Manganese: 30% dari keperluan harian tubuh manusia
Phosphorus: 27%
Chia Seed juga mengandungi Zinc, Vitamin B3 (Niacin), Potassium, Vitamin B1 (Thiamine) and Vitamin B2
Semua ini penting untuk membekalkan nutrien sepanjang berpuasa. Dengan kandungan anti oksida yang tinggi, Chia Seed patut menjadi pilihan nombor 1.
Caranya:
2) Biarkan selama lebih dari 30 minit. Lebih lama lebih bagus.
3) Chia Seed akan kembang seperti biji selasih.
4) Minum.
Air tersimpan di dalam Chia Seed. Ia akan terkeluar sedikit demi sedikit. Seterusnya membekalkan air sepanjang tempoh berpuasa.
Perut terasa penuh. Kenyang. Sampai pukul 6 petang masih buang air kecil.
Itu petunjuk baik. Badan masih banyak air. Kita lebih bertenaga.
Ini baru satu contoh. Chia Seed ada pelbagai guna. Nak tahu cara lain?
Idea Sahur 2
Tadi bercerita tentang Chia Seed. Bersahur dengan Chia Seed. Ada lagi menu dengan Chia Seed.
Bahan:
2 sudu Chia Seed
1/3 cawan susu almond
¼ rolled atau regular oat
¼ greek yogurt
2 sudu madu
1 sudu cinnamon
Sedikit Gajus (ikut citarasa)
2 biji buah tin kering (dipotong kecil)
(Untuk gajus dan buah tin, boleh dicampur dengan buah-buahan kering lain atau kekacang lain)
Caranya:
Campurkan kesemua bahan tadi. Gaul. Tutup semalaman. Saya letakkan di luar. Dalam suhu bilik.
Bila bangun tidur suhu badan panas. Tubuh kurang air. Sesuai dengan suhu bilik.
Masukkan sesuatu yang sejuk umpama mencurah air ke atas teko atau kuali yang panas. Suhu bilik lebih sesuai.
Kenapa susu almond? Ada vitamin E. Bagus untuk kulit. Berpuasa kulit jadi kering. Kurang air. Vitamin E boleh membantu.
Kenapa dengan Greek Yogurt (GY)? Ia ada protein. Membantu membina otot. Berpuasa seperti bersenam. GY bekalkan asid amino. Tujuan membaiki sel-sel yang rosak.
GY bekalkan iodin. Penting untuk fungsi Thyroid. Boleh seimbangkan metabolism tubuh.
GY juga ada probiotics. Organisme mikro penting untuk usus. Perut tidak meragam. Ada bakteria baik menjaga. Perut jadi selesa.
GY ada kalsium. Tujuannya mengawal kortisol – hormone stress. Andai tinggi kortisol tubuh akan mula membentuk dan mengumpul tisu lemak. Maka akan muncul benjolan di sana sini.
Kenapa dengan cinnamon? Ada antioksida. Namanya polyphenols. Baik untuk mengurangkan keradangan dalam sistem. Tubuh jadisihat dan muda.
Bagus untuk mengelak dari penyakit nyanyuk. Otak jadi muda. Otak lebih tinggi prestasi.
Kenapa Gajus? Bagus untuk otak. Kenapa buah tin? Banyak fiber. Kurang lapar.
Resepi ini selalu diberi kepada saudara baru. Orang tidak pernah berpuasa ada kesukarannya. Alhamdulillah, resepi berjaya membolehkan saudara baru berpuasa.
Yang dah berpengalaman berpuasa, resepi Insyaa Allah akan lebih membantu. Sila share. Agar manfaat lebih ramai perolehi.
Idea Sahur 3
Menu
1) Ambil air direndam dengan chia seed (cari yang organik). Minum selepas sejam direndam
2) Ambil buah segar
3) Makan buah tamar 2-3 biji
4) Telur rebus
5) Jamah makanan tinggi fiber. Contoh makanan tinggi fiber: Sayur, kekacang, ubi keledek, beras perang.
Senang atau senang?
Tidak perlu bersilat di dapur.
Tidak perlu berlama-lamaan untuk penyediaan sahur.
Tajuk kata 3 resepi. Tapi nak tambah sikit lagi.
Idea Tambahan
Kelapa untuk sahur. Campur chia seed. Kekal bertenaga hingga ke senja.
Resepi berbuka. Blend Beetroot campur seleri dan lemon serta madu. Terangkat. Nutrisi melekat.
Salad avocado dengan sayur tempatan dan telur ayam kampung. Padu baq hang.
Moh kita try. Sihat itu berkat. Sihat itu syariat.
Sup ayam untuk anak yang demam atau selesema amat membantu. Sama seperti yang disediakan oleh Hanis untuk Yusuf ini.
Apabila anak tidak sihat, mama tentu susah hati. Anak yang selalu cergas nampak lesu dan kurang ceria. Hanis melalui Instastory nya telah berkongsi resipi sup ayam yang telah dimasak untuk Yusuf yang sedang tidak sihat.
Hanis memang rajin memasak untuk keluarga dan tidak lokek berkongsi resipi. Berikut ialah langkah demi langkah memasaknya.
BAHAN YANG DIPERLUKAN
Antara bahan yang diperlukan dalam sup ayam yang dikongsikan oleh Hanis ialah:
LANGKAH DEMI LANGKAH MEMASAK
2.Kemudian tumis bawang yang ditumbuk dan dihiris bersama bunga lawang dan buah pelaga. Tumis sehingga naik bau.
3. Kemudian masukkan air.
4. Biarkan menggelegak terlebih dahulu sebelum dimasukkan ayam. Menurut Hanis ini adalah petua supaya sup tidak berasa hanyir.
5. Biarkan seketika sehingga ayam empuk. Masukkan pula lobak merah, saderi, garam dan serbuk lada putih.
6. Biarkan lama sehingga sup menjadi pekat. Tutup api dan sedia untuk dihidang.
Hanis telah menghidangkan sup kepada Yusuf dan Yusuf telah memakannya. Pandai Yusuf ambil hati mommy, walau pun tidak sihat dia tetap menjamah apa yang dihidangkan oleh mommy nya.
Anda juga boleh memberikan anak anda sup ayam sekiranya anak mengalami selesema, batuk atau demam. Resipi yang dikongsikan oleh Hanis ini boleh anda realisasikan ketika anak tidak sihat.
FAKTA MENGENAI SUP AYAM
Sup ayam sering dijadikan remedi untuk anak-anak yang mengalami selesema dan demam. Kajian yang dijalankan mendapati kandunagn anti radang dalam sup ayam membantu melegakan simptom selesema.
Selain itu, sup juga membantu menyalurkan cecair kepada si manja yang mungkin terhidrat akibat tidak sihat. Ayam yang kaya dengan protein membekalkan sumber cysteine (iaitu sejenis asid amino) yang boleh membantu melegakan mukus.
Disamping itu, sup ayam juga mengandungi gelatin daripada kolagen ayam yang memberikan rasa yang sedap. Hydrophilic colloids di dalamnya juga membantu merangsang penghadaman.
Menambahkan halia di dalam sup ayam akan menjadikan sup lebih berkhasiat. Gingerol yang terkandung di dalam halia bertindak sebagai anti radang dan anti mikrob yang sangat baik untuk anak yang selesema. Ia juga boleh memanaskan badan yang kesejukan.