Kadang-kadang kita nak makan lauk simple je, barulah berselera. Biarpun ringkas tapi itulah yang buat kita makan bertambah-tambah nasinya. Salah satu resipi yang boleh diuat saat lapar tapi tak mahu lauk terlalu ‘heavy’ adalah sambal telur cili kering ni. Mantap!
Untuk anda yang mungkin buntu nak masak apa sahur nanti, bolehlah cuba resipi yang dikongsikan Wan Luqman ni. Perkongsian di laman Facebook mencecah 54k! Nak buat mudah dan rasanya confirm sedap.
Ikuti perkongsian resipi TELUR SAMBAL CILI KERING ini.
Assalam sis.
TELUR SAMBAL CILI KERING.
Suapang pertama mesti mikir “eh kene tamboh nasik ni!”.
Hehe harini ambe makan nasi putih dengan lauk ni je. Mu renjis² kicap manih, peroh asang lima, tabur daun bawang skit. Nyandorrrrr.
Selamat mencube dan selamat namboh nasik! Jom semua orang buat kita kasi viral! 🤣🤣
Biasanya makanan itu ada daya tarikannya yang tersendiri dan susah untuk kita jelaskan dengan kata-kata. Tapi bila sudah rasa, baru tahu nikmatnya.
Begitu juga jika kita menikmati hidangan set nasi ayam, bukan sahaja rasanya power dan sedap, warna nasinya yang kekuningan nampak begitu menyelerakan begitu juga ayamnya seakan berkilat, mampu membangkitkan selera!
Untuk yang ingin menyediakan menu sedap seperti ini, apa kata jadikan resipi yang dikongsikan oleh Niq Ain ini sebagai panduan.
Hari ni saya kongsi resepi yang amat senang,
NASI AYAM BERKILAT……
resepi mudah saya :
Nasi
-beras
-air
-pewarna atau serbuk kunyit
-garam sedikit
-hirisan halia
-serbuk pati ayam sedikit (kiub knorr pun boleh)
Sup
-air
-bwg putih ketuk 3ulas
-5 keping halia hiris
-buah pelaga 3 biji
-biji lada putih (black pepper yg dibuang kulit)
-serbuk pati ayam (kiub knorr pun boleh)
-sedikit garam
Cara membuat:
Ayam
-Ayam bersih stgh ekor (sy guna yg sederhana sahaja sebab makan dua org) jika ayam besar, masa bakar tu lebihkan ya
Resipi bihun memang mudah disediakan. Senang kata resipi paling selamat nak disediakan kalau mama dah terlambat nak siapkan makanan. Kalau nak tahu macam mana cara penyediaan bihun goreng singapore, ikut langkah-langkah ini.
Resipi Bihun Goreng Singapore
Bahan-bahan:
Bahan utama:
Sebungkus bihun direndam lembut.
Bahan A:
-3-4 ulas bawang merah
-5-6 ulas bawang putih
-1 sudu kecil lada hitam
-2 sudu makan udang kering
-2 inci halia
Nota: Kisar kesemua bahan A
Bahan rencah:
Udang kecil 250g (kopek kulit udang)
Seikat kucai dipotong dalm 4cm panjang.
Lobak sebatang dihiris halus memanjang,
Cara–cara memasak:
-Tumis bahan kisaran hingga halus sehingga naik bau.
-Perasakan dengan gula, garam dan serbuk perasa secukupnya.
-Kemudian masukkan isi udang.
-Selepas itu masukkan bihun yang telah direndam lembut.
Akhir sekali masukkan sayur-sayuran dan potongan cili merah sebagai hiasan.
Siap dan sedia untuk dimakan!
Sumber: Senangnya Masak
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Susu ibu merudum dan ibu sudah mencuba pelbagai cara dengan memastikan pelekapan betul, mengawal stres dan ambil sajian berkhasiat. Tidak salah untuk mencuba makanan penggalak susu.
Semula jadi dan bukan makanan yang diproses, rasanya juga sedap. Tapi mama jangan terlalu obses dengan penggalak susu. Ambil dalam kuantiti sederhana dalam jangka masa yang tidak terlalu lama. Paling penting kena kerapkan menyusu secara terus, kawal stres dan amal pemakanan seimbang. Keberkesanan berbeza, terletak pada keserasiannya bagi setiap individu.
#1: LONGAN KERING
Longan kering juga boleh memperbanyakkan susu. Hanya rebus dan minum airnya. Tambahkan gula perang jika perlu. Kalau mama suka, boleh tambahkan kurma cina dan biji selasih, dah macam lai chi kang pulak rasanya, sedap!
#2: BETIK
Betik yang manis dan berlemak ini juga dikatakan boleh menambahkan susu ibu. Ambil sebagai snek atau pencuci mulut. Antara amalan orang dulu-dulu memakan betik muda atau ditumis air untuk menambah susu ibu.
#3: PEGAGA
Mama boleh ambil pegaga sebagai ulam dan boleh juga dijadikan jus. Ia sedap dan rangup, boleh dijadikan kerabu juga, lazatnya!
#4: KURMA
Buah ini ada kemanisan semula jadi! Kandungan zat besi dan kalsium yang terdapat di dalam buah kurma adalah unsur yang paling tinggi bagi membentuk susu ibu. Bagi ibu yang mempunyai masalah kekurangan susu, dengan memakannya dapat galakkan pertambahan kandungan susu.
#5: OATMIL
Pada saat susu merudum, mama cuba makan oatmil atau tambahkannya dalam minuman. Makanan yang kaya dengan khasiat ini boleh memberikan kesan menambah susu bagi sesetengah ibu.
#6: JINTAN
Untuk mendapat kerberkesananya, anda perlu menggunakan jintan manis dan jintan putih ini dalam kebanyakan menu makanan seharian.
#7: JANTUNG PISANG
Jantung pisang juga dikatakan boleh menambahkan susu. Boleh dibuat kerabu atau ulaman.
#8: HALIA
Halia boleh diambil sebagai ulam atau teh. Boleh juga dicampurkan sebagai rencah masakan yang diambil ibu.
#9: BAWANG PUTIH
Bawang putih bukan sahaja baik untuk mencegah jangkitan kuman, tetapi boleh menambah susu ibu. Mudah sahaja caranya, hanya tambahkan kuantiti bawang putih dalam masakan!
#10: BADAM
Badam, sedap dan berkhasiat. Antara kekacang yang boleh menambah penghasilan susu ibu. Boleh dijadikan susu, ditambah ke dalam smoothies atau dijadikan kudapan.
#11: BARLI
Enaknya minuman barli musim panas ini. Selain menyejukkan badan, ia turut merangsang penghasilan susu. Untuk itu, anda hanya perlu memasak barli sehingga kembang dan menjadikannya sebagai minuman sama ada dihidangkan secara suam mahu pun sejuk.
#12: HABBATUS SAUDA
Habbatus sauda adalah makanan sunah yang berupaya menambahkan susu ibu. Kunyah mentah atau telan bersama air suam.
RESIPI ‘MILK BOOSTER’!
Mommy wajib try ok..!
Assalamualaikum. Sepanjang berpantang ni, fokus Ayue memang perbanyakkan susu badan je sebab Ayue memang dah nekad nak susukan baby Ayue sampai umur dia 2 tahun kalau diizinkan. InsyaAllah. Tapi masalahnya susu Ayue tidak lah semeriah sesetengah ibu diluar sana sampai berbotol-botol dapat sekali pump.
Rezeki susu untuk baby Ayue cukup untuk dia saja. Syukur sebab masih ada.Cumakalau boleh Ayue nak usahakan sampai Ayue boleh buat stok susu (EBM) supaya senang kemudian hari. Maklum lah, Ayue kan banyak kerja luar. Jadi kalau ada stok EBM, mudahlah Ayue nak pastikan baby Ayue sentiasa ada bekalan susu.
Ayue memang suka cuba yang semulajadi dulu berbanding pelbagai produk yang ada dipasaran. Yela, nak natural ni lah lagi bagus kan. Tapi bergantung juga pada badan seseorang. Ada orang mudah saja cari milk booster nya. Ada juga yang susah. Tapi takpa, ni Ayue nak senaraikan resepi-resepi milk booster semulajadi yang Ayue dah cuba okay.
Milk booster 1
Bahab-bahan;
Longan Kering – segenggam Kurma Merah (red dates) – segenggam Buah Goji – 2 sudu Gula Batu – secukupnya Air 1 periuk
Cara Masak:
Cuci dan rebus semua bahan hingga kembang. Tunggu sehingga suam baru minum.
Untuk milk booster 1, rasanya sedap sangat. Macam air laichee kang gitu. Ada yang tak letak buah goji. Tapi Ayue suka letak. Hehe. Selalu Ayue buat untuk bekalan sehari saja. Air pun ikut suka Ayue nak letak banyak mana. Terpulang ok?
Milk booster 2
Longan Kering – segenggam Kurma Merah (red dates) – segenggam Buah Goji – 2 sudu Buah Betik muda – Sebiji Gula Batu – secukupnya Air 1 periuk
Cara Masak:
Potong betik. Cuci dan rebus semua bahan hingga kembang. Tunggu sehingga suam baru minum.
Moga bermanfaat!
Kredit : Ayue Idris
Jom, join Gathering Ibu Hamil Menawan sekarang! Banyak aktiviti dan hadiah menarik menanti dan penampilan istimewa Pn. Nad Masrom. Klik DAFTAR segera!
Pemilihan makanan sebelum bersalin sangat penting untuk membekalkan tenaga, mengelakkan keletihan dan membantu ibu melalui proses kelahiran dengan lebih selamat.