Bosan juga kalau asyik makan nasi je. Sesekali nak juga tukar selera, terasa nak makan pasta. Sebenarnya ada banyak versi resipi untuk masak pasta ni, terpulang kepada kreativiti kita. Nak tarik selera anak pun senang, sebab kebanyakan anak lebih gemarkan mi atau pasta berbanding nasi.

Jangan risau kerana kandungan karbohidrat yang ada dalam pasta juga dapat memberi rasa kenyang. Dimasak pula bersama sayur atau protein seperti isi ayam, daging mahupun seafood pun dah cukup memenuhi keperluan nutrisi.

Superdaddy atau Khairul Abdullah berkongsi resipi Aglio Olio Mit Scampi, nampak sedap! Jom tengok resipinya;

Aglio Olio Mit Scampi, kata orang Jerman. Orang Kedah pulak panggil Spageti Udang Merah Ngat Aihh.

Resipi Spageti Udang Merah Ngat Aihh Superdaddy, Mudah Je Nak Buat. Confirm Terangkat!
Sumber foto: Facebook Khairul Abdullah

Mudah dan sedap yakmat ni.

Tapi kena masak dua kali, mula kena buat spaghetti dulu lepas tu baru buat udang tu pulak.

Bahan-bahan nak kena ada:

1 pek spaghetti, rebus al-dente (11 minit)
12 ulas bawang putih dihiris nipis.
12 ekor udang dibersihkan ikut suka hati.
3 sudu besar butter/marjerin whatever.
5 sudu minyak zaitun.
1 tangkai daun parsli atau ketumbar atau whatever yang ada
2-3 biji cili padi atau
1 sudu chiili flakes, ikut yang mana ada
Sedikit serbuk lada hitam
Garam secukup rasa

Resipi Spageti Udang Merah Ngat Aihh Superdaddy, Mudah Je Nak Buat. Confirm Terangkat!
Sumber foto: Facebook Khairul Abdullah

Cara nak buat dia;

1. Didihkan air, lepas tu masukkan 1 sudu besar garam dan spaghetti dan set timer 11 minit. Sambil tu kacau-kacau. Spaghetti sedap: 

IKLAN

2. Sementara tunggu spaghetti tu masak. Panaskan kuali dan masukkan minyak zaitun dan masukkan 3/4 bawang putih (simpan sedikit untuk udang nanti) dan kacau sampai keperangan. Pastu masukkan cili padi atau chilli flakes dan kacau sekejap. 

Baca Juga:

Anak Reject Nasi Buatkan Sup Tepung. Resipi Mudah Nak Buat, Makan Pun Bertambah-Tambah!

Resipi Cucur Bilis Kentang Paling Mudah. Confirm Berebut Makan Satu Keluarga!

Resipi Rice Ball Sesuai Untuk Anak Reject Nasi. Sedap Sangat, Paling Penting Kenyang!

3. By the time, spaghetti pun dah cukup 11 minit, maka toskan dan ambil sekitar ½ cwan air rebusan tadi dan masukan ke dalam bahan tumis bersama spaghetti. Kacau sebati, lalu taburkan daun parsli/ketumbar yang diracik halus serta garam dan lada hitam. Tutup api.

IKLAN

4. Panaskan kuali bersama butter/marjerin dan masukkan baki bawang putih. kacau biar keperangan lalu masukkan serbuk lada hitam dan garam kacau lagi dan masukkan udang dan balik-balikkan. Bila udang bertukar dari jernih kepada putih pekat maka tutup api. Gaul sebati biar semua sos butter tadi meyelimuti semua udang.

Resipi Spageti Udang Merah Ngat Aihh Superdaddy, Mudah Je Nak Buat. Confirm Terangkat!
Sumber foto: Facebook Khairul Abdullah

Masukkan spaghetti ke dalam pinggan paling cantik dan letakkan udang ke atasnya. Ceduk sikit sos/minyak udang tadi dan renjiskan ke atas spaghetti.

Hidangkanlah kepada isteri atau suami dan anak-anak atau mak ayah hampa semua.

Mudah-mudahan masuk syurga.

Aamiin.

#superdaddy
#aglioolio
#agliooliowithprawns

IKLAN

Best ni! Kalau tiba-tiba teringin nak makan pasta, bolehlah cuba resipi versi ni pula. Sedap dan mudah, sesuai buat untuk anak-anak. Tak makan udang, gantikan dengan seafood lain.

Cara mudah nak latih anak suka solat, jom sertai Kem Solat 2023. Klik https://toko.ideaktiv.com/product/kem-solat-mega-bintang-kecil-2023/ untuk daftar

Resipi Spageti Udang Merah Ngat Aihh Superdaddy, Mudah Je Nak Buat. Confirm Terangkat!

Untuk lebih banyak info terkini jom sertai Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents) atau channel Telegram Pa&Ma (https://t.me/majalahpama) sekarang!

 

 

 

 

Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI