Jangan membazir kalau ada lebihan roti yang hampir tamat tempoh tu. Kalau dah bosan makan begitu saja dicicah air kopi, bolehlah cuba resipi ini.

Puding roti dah biasa, tapi kali ini resipi bingka roti pandan. Bingka roti ini boleh dimakan begitu saja atau kalau nak lain sikit, bolehlah dinikmati dengan sos kastard seperti puding roti. Resipi ini dikongsikan oleh Farisha Sofea.

Roti Dah Nak Expired, Jangan Bazir. Boleh Cuba Resipi Bingka Roti Pandan Ni

Artikel Menarik: [Layan Movie Sambil Makan Keropok Lekor. Resipi Ni Tak Guna Ikan, Serius Sedap!]

💓 BINGKA ROTI PANDAN 💓

Kalau ada roti dah nak tamat tempoh tu tapi tak tau nak buat apa , apa kata cuba buat bingka roti pandan nie 😋👇

IKLAN
Bahan Bahan :

Bahan A :

2 1/2 cawan air
10 helai daun pandan

Bahan B :

IKLAN

1 cawan gula
1 cawan santan
2 sb mentega
3 biji telur
1/2 sk garam halus
1 sk esen vanilla
sedikit pewarna hijau

Bahan C :

IKLAN

500g / 18 keping roti

Bahan Lain :

Bijan

Artikel Menarik: [Tak Perlu Oven Pun, ‘Pizza Kuali’ Ni 100 Peratus Masak Atas Api Je, Padu!]

Cara-cara:
  1. Kisarkan Bahan A dan tapiskan . Kemudian tuangkan semula ke dalam pengisar dan masukkan ke semua Bahan B. Kisar lagi sehingga sebati.
  2. Sementara itu di dalam bekas lain , carik-carikkan Bahan C kepada kepingan kecil. Tuangkan bahan yang dikisar tadi ke dalam Bahan C dan kacau menggunakan senduk sehingga sedikit hancur.
  3. Panaskan oven bersama loyang yang telah dioles dengan sedikit minyak. Keluarkan loyang dan tuangkan adunan sebanyak 3/4 penuh.
  4. Ratakan permukaan adunan dan taburkan bijan. Bkar pada suhu 180°C selama 1 jam atau sehingga masak.
  5. Kemudian bakar seketika menggunakan api atas sahaja untuk menggaringkan permukaan bingka.
  6. Sejukkan dahulu sebelum dipotong. Siap, selamat mencuba!
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI