
Seakan sudah menjadi lumrah bagi anak-anak kita, kepingan roti jarang dihabiskan dengan pantas. Sudahnya roti terbiar hingga hampir tamat tempohnya. Pastinya ia satu kerugiaan. Ada cara untuk menarik perhatian anak-anak kecil dengan kepingan roti ini.
Selain mengolah menjadi cucur atau apa jua resipi berasaskan roti, Roti Bakar 3 bahan ini antara resipi terlajak mudah yang boleh dicuba di rumah. Hanya sapukan dengan tiga bahan seperti biasa dan bakar. Habis licin anak-anak makan. Pasti!
Jom cuba resipi yang dikongsikan oleh Ziera Xiera ini. Super mudah!

Beli roti dari Ahad hari tu, tak ada sorang pun yang makan, pagi ni buat kan roti bakar. Aii licin pulak dia orang makan. Senang hati tengok roti dah habis.
Roti bakar
* Potong kerak di bahagian tepi roti, kalau tak nak potong pun boleh ikut suka.

* Sapu kaya (tak kisah jenama apa) , jangan kedekut nak sapu lebih ya, ni yang buat sedap meleleh nanti seiring dengan cair butter tu.
* Pastikan buttercup (kalau nak lagi sedap guna lah pure butter yang mahal tu) dalam keadaan keras, potong sekeping-sekeping, kemudian potong kepada 3 bahagian, susun atas roti yang dah di sapu kaya tadi.
* Bakar dalam oven suhu 200c 10-15 minit. Ikut pada garing yang kita nak.

Siap!
EPISOD 8 PA&MA JOURNEY BERSAMA JOVIANINA: SI CILIK BERJIWA BESAR
Setiap parents pasti menginginkan anak-anak yang berjiwa besar. Mempunyai semangat tolong-menolong, akhlak yang baik serta menghormati orang tua. Oleh itu, ibu dan ayah sendiri harus menunjukkan contoh terbaik untuk menjadi ikutan anak-anak. Mereka umpama kain putih, ibu ayahlah yang bertanggung jawab untuk ‘mencantikkan’ hiasannya.

Saksikan Episod ke 8, PA&MA Journey Bersama JoviaNina, setiap Rabu jam 9 malam hanya di Astro Ria saluran 104/124.
Nak macam-macam info? Jom join telegram Pa&Ma D Parents https://t.me/pamadparents
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi Aiskrim Vanilla Magnum Homemade. Makan Sejuk, Terasa Nikmat Coklatnya!

Selain pemanis mulut seperti puding, agar-agar atau kek, aiskrim juga antara yang menjadi pilihan yang ramai suka. Biasanya sebut aiskrim anak yang akan teruja. Resipi aiskrim kali ni bukan je anak-anak yang suka, kita sebagai ibu ayah pun pasti nak cuba.
Aiskrim vanilla magnum homemade ini antara yang boleh anda buat kerana ia cukup-cukup mudah dan rasanya memang umph! Sekali buat memang tak rugi. Mesti anak akan minta buat lagi.
Resipi yang dikongsikan oleh rohaya zulkarnin aya sangat simple! Hanya guna 5 bahan dah boleh sediakan aiskrim sedap ni.

Resepi Aiskrim Vanilla Coklat
*3/4 susu pekat.. Klu tak nak manis kurangkan lagi pun boleh.
*2 kotak kecil susu full cream
*1 sudu besar ovellate (pastikan yang halal)
*2 sudu kecil perisa vanilla
Mixed bahan-bahan di atas sampai gebu gebas, agak-agak 20 minit.. Lepas tu tuangkan dalam jug.. Senang sikit nak masukkan dalam plastik aiskrim nanti.
Topping coklat
200 gram chocolate milk..
100 gram dark chocolate brand beryl’s
Buat teknik double boil ye laling.. Jangan sampai setitik air pun terkena coklat takut nanti coklat mengeras.

Dah suam-suam masukkan dalam piping bag dan picit masukkan dalam plastik aiskrim. Pastikan jangan terlebih atau terkurang. Masa kita ratakan coklat dalam plastik aiskrim boleh agak-agak ketebalan coklat tu..
Lepas tu tuang je vanilla aiskrim yang dah siap mixed tu dalam plastik aiskrim. Jangan risau cokat tu tak akan bercampur dengan vanilla aiskrim..

Dah masukkan hentak-hentak sikit bagi mampat.. Kalau tak ketuk nanti ada ruang kosong dalam tu..

Selamat mencuba.. Sy halal resepi ni..
Kredit Resepi: rohaya zulkarnin aya
(Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti or event dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel Telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Resipi Bubur Nasi Dengan Grilled Salmon Bagus Untuk Otak Anak & 9 Resipi Bubur Wajib Dicuba

Pernahkah ibu bapa terfikir mengenai resepi bubur bayi 6 bulan yang sedap, menarik dan berkhasiat buat si comel anda? Artikel ini akan membantu anda untuk mencari resepi tersebut.

Setiap ibu bapa pasti akan berasa sangat teruja dan gembira melihat tumbesaran dan perkembangan bayi dari masa ke semasa. Bagi memastikan bayi membesar dengan sempurna, aspek pemakanan mereka perlu dijaga dengan sempurna.
Selepas bayi dilahirkan, mereka akan bergantung sepenuhnya terhadap susu ibu. Selepas itu, anda boleh mula beralih kepada susu formula atau susu segar jika tidak mampu meneruskan penyusuan susu badan.
Makanan apakah yang paling sesuai buat bayi selain susu? Jawapannya adalah bubur. Namun begitu, apakah resepi bubur bayi 6 bulan yang paling terbaik? Sila ikuti artikel ini dengan lebih lanjut untuk mengetahui mengenainya.
Bayi 6 bulan & makanan pejal
Mungkin akan ada ibu bapa yang tertanya-tanya umur berapa yang paling sesuai untuk memberi bayi makanan pejal? Ada yang akan menjawab setahun, kurang setahun, lebih setahun atau pelbagai lagi jawapan yang boleh mereka fikirkan.
Sebenarnya, umur yang paling sesuai untuk bayi mula makan makanan pejal adalah 6 bulan. Ini sesuai dengan saranan WHO dan UNICEF yang menjadikan umur 6 bulan ini sebagai umur optimum bagi bayi mula cuba makanan pejal.

Ini kerana, bayi 6 bulan secara umumnya sudah mempunyai sistem penghadaman yang agak matang dan sedia untuk mula menerima makanan. Selain itu, bayi 6 bulan juga selalunya sudah mula pandai menelan makanan pejal.
Resepi-resepi bubur bayi 6 bulan
Antara makanan pertama yang boleh ibu bapa berikan kepada bayi adalah bubur. Persoalannya, apakah jenis bubur yang sesuai untuk bayi anda? Berikut merupakan resepi bubur bayi yang boleh anda cuba sediakan buat si comel anda.
#1. Bubur nasi dengan susu ibu
Hakikatnya, tiada makanan yang mampu menggantikan susu ibu. Oleh itu, apa kata jika anda masak bubur nasi dengan susu ibu? Sudah pasti ia akan penuh khasiat dan nutrisi serta disukai oleh bayi. Bahan yang diperlukan adalah nasi, bawang merah, bawang putih, dan susu ibu.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, susu ibu dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#2. Bubur nasi dengan ayam
Ini merupakan bubur nasi yang paling sedap dan merupakan kegemaran ramai individu tanpa mengira usia. Bahan-bahan yang diperlukan adalah beras, bawang putih, bawang merah, dan ayam bahagian dada.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, ayam yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#3. Bubur nasi dengan daging
Selain ayam, anda juga boleh gunakan daging untuk dicampurkan ke dalam bubur nasi bayi anda. Antara daging yang selalu digunakan adalah daging lembu atau kambing. Bahan-bahan yang anda perlukan ialah beras, bawang putih, bawang merah dan daging lembu/kambing.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, daging lembu/kambing yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#4. Bubur nasi dengan kentang
Jika bayi anda bukan penggemar daging, kentang sangat sesuai untuk dicampurkan ke dalam bubur nasi bayi kerana ia merupakan sumber karbohidrat baik yang. Bahan untuk bubur nasi bersama kentang ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan kentang.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, kentang yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan kentang sebelum diberi kepada bayi
#5. Bubur nasi dengan brokoli
Selain kentang, brokoli juga merupakan sayur sedap yang pasti disukai oleh bayi anda. Cuma, jangan mencampurkan brokoli ke dalam bubur dengan potongan yang terlalu besar.
Bahan-bahannya ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan brokoli.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, brokoli yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan brokoli sebelum diberi kepada bayi
-Untuk brokoli, membasuh dengan melalunya di bawah air sahaja tidak mencukupi. Anda perlu merendamnya dalam air sekurang-kurangnya 30 minit supaya semua kutu dan serangga yang bersembunyi di dalamnya keluar.

#6. Bubur nasi dengan bayam
Selain brokoli, bayam juga amat sesuai untuk diberikan kepada si comel anda. Cuma, pastikan anda menghirisnya kecil-kecil terlebih dahulu. Bahan-bahannya ialah beras, bawang merah, bawang putih, serbuk ikan bilis, dan bayam.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, bayam yang dicincang kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Lenyekkan bayam sebelum diberi kepada bayi
-Sama seperti brokoli, membasuh dengan melalunya di bawah air sahaja tidak mencukupi untuk sayur bayam. Anda perlu merendamnya dalam air sekurang-kurangnya -30 minit supaya semua kutu dan serangga yang bersembunyi di dalamnya keluar.
#7. Bubur nasi dengan lobak merah
Ini pula merupakan resepi bubur nasi yang paling biasa kita ketahui dan temui. Bubur nasi dan lobak merah merupakan resepi bubur nasi enak dan berkhasiat yang boleh anda sediakan untuk si comel anda.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, lobak merah yang dipotong kecil dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Jika anda mahu, anda boleh mencampurkan sekali ayam, daging atau ikan bilis ke dalamnya
#8. Bubur nasi dengan ikan bilis
Untuk resepi bubur nasi yang ini, apa yang anda perlukan ialah beras, bawang merah, bawang putih, dan ikan bilis.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Kisar ikan bilis sehingga hancur serta jangan lupa dibuang tulangnya
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras, serbuk ikan bilis dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
#9. Bubur nasi dengan kekacang
Selain ayam, daging, ikan atau sayur-sayuran lain, anda juga boleh sediakan bubur nasi dan kekacang untuk bayi anda. Anda boleh gunakan pelbagai jenis kacang seperti almond, pistachio, macademia, pekan, dan lain-lain.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras dan sedikit air
-Masak dengan api perlahan
-Sementara menunggu bubur masak, anda boleh bakar kacang sehingga garing
-Kisar kekacang
-Taburkan serbuk kacang ke dalam bubur sebelum dihidangkan
#10. Bubur nasi dengan grilled salmon
Wah! Ini mungkin resepi bubur bayi yang paling mewah, bukan? Ikan salmon mengandungi asid lemak omega 3 yang sangat bagus untuk perkembangan otak bayi. Anda boleh buatkan bubur nasi bersama salmon sebagai menu untuk si comel anda.
Cara memasaknya adalah seperti berikut:
-Bersihkan salmon serta pastikan semua tulangnya dibuang.
-Panggangkan salmon sehingga masak
-Sangai beras dan goreng tanpa minyak
-Kisar beras sehingga hancur
-Tumis bawang merah dan bawang putih dengan minyak zaitun
-Setelah bawang garing keemasan, masukkan beras dan air, masak dengan api perlahan
-Sebelum dihidangkan kepada bayi, anda boleh carikkan salmon tadi dan campurkan ia ke dalam bubur
-Boleh juga masukkan sayur-sayuran seperti lobak merah, brokoli, bayam, kentang, dan sebagainya
Selain daripada bubur nasi, terdapat pelbagai lagi makanan lain yang sangat sesuai buat bayi yang berumur 6 bulan. Berikut merupakan antara resepi-resepinya:

Puri sayur-sayuran
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1⁄2 cawan sayur pilihan anda
-Air yang secukupnya untuk mengukus
Cara memasak:
-Masukkan sayur pilihan anda ke dalam pengukus dan letakkan di atas air mendidih dan kukus selama 15 minit atau sehingga ia lembut.
-Kisar dengan sedikit air ataupun sup ayam yang secukupnya. Kalau sudah cukup lembut, anda juga boleh lenyekkan sayur pilihan anda sehingga ia menjadi puri.
-Puri sayur-sayuran boleh diberi begitu sahaja pada mula-mula untuk mengikuti 4 days wait rule apabila memperkenalkan makanan baru kepada si comel.
Puri buah-buahan
Bahan-bahan yang diperlukan:
-1 biji buah pilihan anda yang telah dibersihkan, dibuang kulit, bijinya dan dipotong kepada saiz kecil supaya ia cepat lembut
-1 cawan air
Cara memasak:
-Tuang air ke dalam kuali dan didihkan.
-Masukkan buah pilihan anda ke dalam periuk. Tutup dan renehkan selama 10 minit atau sehingga buah tersebut menjadi lembut.
-Lenyek buah tersebut dengan menggunakan garpu sehingga menjadi puri atau anda juga boleh kisarkan ia dengan mesin pengisar.
-Puri buah-buahan boleh diberi begitu sahaja ataupun dicampur dengan susu ibu. Ia sebenarnya terpulanglah kepada citarasa anda sendiri.
Sup stok ayam atau ikan bilis
Bahan-bahan yang diperlukan:
-800 g tulang ayam bahagian dada
-1 1⁄2 cawan ikan bilis
-4 cawan air
Cara memasak:
-Bersihkan tulang ayam dan buangkan lemak, kulit dan darah beku. Buang kepala dan isi perut ikan bilis.
-Didihkan 4 cawan air dan masukkan tulang ayam dan ikan bilis. Sebaik sahaja mendidih, senduk keluar segala kotoran pada permukaan sup sehingga sup itu jernih. Reneh ia selama 45 minit atau sehingga sup itu tinggal separuh daripada jumlah asalnya.
-Tapis dan biarkan ia sejuk.
-Sup ini boleh ditambahkan ke dalam bubur si manja. Kemudian baki sup ini juga boleh disimpan dalam peti sejuk.
Demikian merupakan beberapa resepi bubur bayi 6 bulan dan beberapa lagi resepi lain yang boleh anda cuba untuk beri si comel anda makan.
Sumber: Hello Doktor
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Coco Pops Jar Sedap & Rangup Untuk Anak-Anak Layan Lepas Tarawih, Mak Ayah Boleh Tumpang Sekali!

Percaya atau tidak walaupun baru sahaja berbuka puasa, anak-anak kecil kita sudah memasuki dapur semula selepas selesai bertarawih bersama keluarga. Ada yang mengambil air, tak kurang juga potongan kuih yang disediakan ibu. Risau memikirkan anak-anak tidak punya makanan kudapan untuk malam hari, ada baiknya ibu sediakan kudapan ringkas ini untuk anak-anak. Mak ayah pun boleh tumpang sekali.
Resipi yang dihasilkan oleh ibu ini, Zuraita Anua ini cukup mudah hendak disediakan. Rangup dan rasa coklatnya cukup enak. Paling sesuai untuk sajian anak-anak makan sambil menonton televisyen di malam hari. Jom cuba!
Resipi wajib cuba: Sedapnya Samperit Matahari Ni Mudah Nak Sedia Confirm Sedap
Resipi ini diinspirasikan daripada Chocolate Rice Jar. Haritu suami saya beli tiga kotak besar Coco Pops sebab Koko Krunch dah habis. Maklumlah anak-anak saya ni baik yang beso sampailah yang kecik amat sukakan cereal. Risaulah hati si bapa kalau tak cukup stok cereal kat rumah. Jadi, apa sahaja brand cereal yang ada, terus dibelinya. Namun, yang dimakan cuma sekotak, itupun puas paksa.

Anak-anak saya kurang suka sebab teksturnya yang kecil. Susah nak makan katanya. Eh, apa pulak yang susahnya? Bukak mulut, telan ajelah. Hmm, macam itulah selera anak-anak zaman sekarang. Kita dulu dapat yang ini pun lompat bintang dah.
Mula-mula saya terfikir untuk jadikannya cookies, tapi kurang rajin pulak. Akhir sekali saya terfikir untuk buat ala-ala Chocolate Rice Jar sebab tekstur cereal ini yang crispy macam bubble rice. Alhamdulillah success! Kalau takde PKP, gigih juga saya nak cari bekas comel-comel. Tapi disebabkan kedai banyak tutup, kita guna bahan apa yang ada. Yang nak dimakan isinya, bukan bekasnya ya kan?

Coco Pops Jar
Bahan-Bahan :
1 bar coklat Cadbury (165gm)
50 gram coklat gelap
3 sudu besar minyak masak
1 kotak besar Coco Pops

10 cawan Coco Pops (sekotak besar) menghasilkan sebanyak ini. Isi siap-siap dalam bekas.
Untuk sos coklat pula, cairkan coklat cadbury dan juga coklat gelap dengan minyak. Gunakan kaedah double boil.
Setelah cair, angkat dan biarkan coklat betul-betul sejuk. Tuangkan ke atas bekas berisi Coco Pops.
Tengok coklat tu, boleh bayangkan betapa sedapnya kan.

Selamat mencuba!
Resipi wajib cuba: Resipi Nasi Butter Ala KFC, Kalau Buat Confirm Suami Anak Jilat Jari
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!


