Menurut kepercayaan masyarakat orang lama, masalah kencing malam mungkin boleh diselesaikan dengan hanya memakai tangkal yang dililit pada pinggang ketika sedang tidur. Mengarut!
Ya, ia merupakan satu keadaan yang sering berlaku dalam kalangan individu terutamanya kanak-kanak.
Ada kepercayaan yang kata ia adalah disebabkan perbuatan minum air terlalu banyak sebelum masuk tidur. Persoalannya, apa punca kencing malam yang sebenar?
Apa itu kencing malam?
Sebelum pergi dengan lebih mendalam lagi, wajarlah untuk kita semua tahu akan definisi sebenar keadaan yang lebih dikenali sebagai ‘mengompol’ ini terlebih dahulu.
Sesuai dengan namanya, kencing malam adalah satu keadaan di mana individu terbuang air kecil secara tidak sengaja ketika sedang tidur.
Dalam bahasa saintifiknya, keadaan ini dikenali sebagai enuresis nokturnal dan jangan dikelirukan dengan satu lagi kondisi iaitu nokturia.
Untuk pengetahuan anda, nokturia adalah kondisi di mana individu secara sengaja keluar dari kamar tidur untuk pergi kencing di bilik air.
Ada satu lagi kondisi yang tidak harus kalian terkeliru dengan kencing malam iaitu inkontinen desakan (UI) – berjaga pada waktu malam selepas terbangun untuk pergi kencing di tandas tapi tidak sempat sampai ke sana.
Ia boleh terjadi kepada semua orang namun lebih kerap untuk golongan kanak-kanak berusia sekitar 12 tahun ke bawah dan lebih banyak berlaku kepada lelaki berbanding wanita. Kenapa?
Apa punca kencing malam?
Ramai ibu bapa yang berpesan kepada anak supaya jangan minum air terlalu banyak sebelum waktu tidur untuk elak mereka terkencing di atas tilam atau katil kelak.
Ads
Ya, ini mungkin salah satu daripada punca enuresis nokturnal ekoran pundi kencing mereka terlalu penuh dengan air yang perlu dibuang ketika sedang tidur.
Pun begitu, bukan itu sahaja sebab yang ibu bapa perlu beri perhatian khusus.
Sebenarnya, terdapat beberapa lagi punca kencing malam yang lain termasuklah:
#1. Keturunan dan genetik
Sekiranya salah seorang daripada ibu bapa pernah mengalami masalah yang sama, terdapat 40% kemungkinan anaknya juga mengompol pada waktu malam.
Seandainya kedua-dua mereka pula pernah mengalaminya, peratusan itu akan meningkat ke 70%.
#2. Gangguan hormon
Terdapat satu hormon dalam tubuh badan manusia bernama antidiuretik (ADH) yang berfungsi mengurangkan rasa ingin terkencing pada waktu malam.
Namun dalam beberapa kes ada individu yang kekurangan ADH dalam tubuh badan sekali gus meningkatkan kemungkinan mereka untuk mengompol.
Ads
#3. Gangguan tidur
Kanak-kanak yang mengalami gangguan tidur seperti apnea tidur obstruktif akan mengakibatkan mereka tidur terlalu nyenyak disertai dengkuran.
Ia kemudiannya akan menyebabkan saluran udara tersumbat dan keseimbangan kimia dalam otak terganggu lantas menjadi pencetus kencing malam.
#4. Gangguan pundi kencing atau buah pinggang
Gangguan pada organ penting untuk proses perkumuhan ini adalah penyebab individu mengalami masalah kekerapan atau kesakitan ketika kencing.
Selain menyebabkan kencing malam, segala penyakit pada organ seperti pundi kencing dan buah pinggang akan menyebabkan masalah semasa membuang air kecil.
#5. Sembelit juga mungkin punca kencing malam
Untuk pengetahuan anda, pundi kencing dan usus besar berada sangat dekat di antara satu sama lain.
Ads
Disebabkan itu, sembelit atau kesukaran membuang air besar akan membuat usus besar menekan pundi kencing lantas mengurangkan kemampuannya.
Sekiranya anak anda mengalami sembelit dan mengompol serentak, adalah penting untuk ibu bapa merawat masalah sembelit itu terlebih dahulu.
#6. Ambil kafein terlalu banyak
Ibu bapa perlu tahu bahawa kafein adalah bahan dalam pelbagai jenis minuman yang bersifat diuretik – membuat individu lebih kerap terasa ingin kencing.
Oleh itu, adalah disarankan untuk ibu bapa kurangkan memberi minuman seperti kopi, teh atau soda kepada si kecil sebelum mereka masuk ke kamar tidur.
#7. Kencing malam akibat stres
Bukan orang dewasa sahaja yang terdedah kepada stres, kanak-kanak juga sama ya!
Antara perkara yang akan meningkatkan tekanan adalah berpindah rumah, bertukar sekolah, penceraian ibu bapa atau kematian orang tersayang.
Kencing malam pula adalah salah satu daripada kondisi yang akan terjadi akibat perkara ini.
Konklusinya, terdapat beberapa punca kencing malam yang lain selain daripada minum air terlalu banyak sebelum masuk tidur.
Sekiranya anak anda mengompol dan tiada satupun penyebab di atas yang dirasakan tepat, maka segera berjumpa doktor untuk berkonsultasi.
Jumaat, tanggal 12 Februari, pelakon dan pengacara cantik manis, Scha Alyahya sudah pun selamat melahirkan bayi keduanya di Prince Court Medical Centre, Kuala Lumpur.
Sejurus memaklumkan berita gembira itu kepada seluruh pengikutnya di instagram, Scha dihujani dengan pelbagai ucapan tahniah atas kelahiran bayi perempuan keduanya itu.
Hasil tinjauan Pa&Ma, hantaran yang dimuat naik Scha mengenai kelahiran bayi keduanya itu menerima lebih 5 ribu komen yang mengucapkan tahniah atas kelahiran itu. Malah menerima lebih 306 tanda suka daripada seluruh pengikutnya di Instagram.
Semalam menerusi Instagram, Scha tampil berkongsi gambar suami kesayangannya, Awal Ashaari yang setia menemaninya malah menjadi orang kuat menyokongnya saat menanti detik mencabar di hospital.
Kapsyen ringkas dari Scha namun cukup bermakna bagi menggambarkan betapa dia menghargai jasa yang dilakukan suaminya.
“Real heroes dont wear capes, they wear blankets.
“Thank you Daddy, we love you,” tulis Scha ringkas tapi cukup bermakna.
Perkongsian Scha dengan sekeping gambar Awal memangku bayi mereka itu mendapat pelbagai reaksi dari seluruh rakan selebriti juga peminat Scha.
Bukan itu sahaja malah Scha turut berkongsi video pendek Awal yang tidur di kerusi dengan hanya memakai selimut.
Lebih menarik lagi, Scha sempat mengusik ayah kepada dua cahaya mata itu di Instastorynya. Seronok melihat gelagat Awal di bilik khasnya, di hospital ketika menemani Scha.
“Cukup tidur tak?
“Sebab mommy tak kacau awak,” kongsi Scha.
“Mommy pulak bagus lah this time around, mommy boleh buat semua sendiri,” kata Awal berseloroh.
Awal dan Scha selamat bernikah pada 4 Mei 2012 dan mereka dikurniakan anak pertama, Lara Alana yang kini berusia tujuh tahun.
Pa&Ma D Parents adalah komuniti yang menghimpunkan semua yang bergelar ibu bapa & diwujudkan sebagai menyokong perjalanan mereka sepanjang membesarkan anak di era milenium dan akan berkongsi info, artikel dan pelbagai promo aktiviti atau event yang dianjurkan oleh Pa&Ma. Join channel telegram Pa&Ma D Parents (https://t.me/pamadparents)
Lubuk konten untuk papa dan mama paling lengkap di seeNI. Pa&Ma kini di seeNI.
Download
sekarang!
Dr. Izzar Anwari suami kepada pelakon popular, Ummi Nazeera tampil menjelaskan tentang Herd Immunity melalui instagramnya. Selepas viralnya program debat di TV AlHijrah tentang Vaksin: Perlindungan atau Kemudaratan, ramai yang membahaskan tentang Vaksin.
Dato Dr Musa, panel jemputan telah menjelaskan tentang “Herd Immunity”, bagaimana keberkesanannya. Namun bagi yang tidak mengikutinya, pasti ada yang tidak faham tentang istilah “Herd Immunity” ini. Dr. Izzar menerusi Akaun Istagramnya menjelaskan kembali bagaimana Herd Immunity ini berfungsi.
HERD IMMUNITY adalah keadaan di mana suatu penyakit berjangkit tak dapat menyerang suatu kelompok masyarakat oleh kerana sebahagian besar daripada masyarakat tersebut mempunyai IMUNITI dan terlindung dari penyakit tersebut.
Cara nak dapat HERD IMMUNITY itu adalah melalui VAKSINASI
Apabila peratusan yang tinggi daripada kita telah divaksin/ diimunisasi, maka susah untuk penyakit ini merebak kerana camna dia nak jangkit sebab orang ramai dah imun kan?
Tetapi, ada segelintir orang yang tak bernasib baik sebab mereka dikecualikan dari mengambil vaksin sebab ia tidak sesuai untuk mereka atas faktor kesihatan. (Slide next page). Jadi, HERD IMMUNITY juga amat penting untuk melindungi golongan ini
HERD IMMUNITY hanya tercapai jika kebanyakan orang (95%) telah mendapat liputan vaksinasi. Jika ramai memilih untuk tidak mengambil vaksin, HERD IMMUNITY ini akan TERJEJAS. Sekarang Malaysia DAH TURUN ke 88% ya btw. NOT GOOD
Oleh itu, vaksinasi ni bukan hanya untuk melindungi anak kita, tetapi juga untuk melindungi NYAWA anak2 yang tak dapat mengambil vaksin sebab ianya tidak sesuai untuk mereka atas faktor kesihatan. Ni yang sihat walafiat ni taknak ambil vaksin dah kenapa?
So, kalau kita menolak vaksin sedangkan kita tahu ia bukan sahaja akan membahayakan kesihatan anak kita malah NYAWA anak orang lain, agak2 agama kita benarkan tak?
Thanks mak abah sebab vaksinkan saya semasa kecil dulu. Alhamdulillah
Tip berpantang bersalin czer, Mona Allen minta warga maya kongsi pengalaman. Mona Allen selamat bersalin anak keduanya pada 4 Jun yang lalu. Seperti ibu-ibu lain yang bersalin, sudah tentulah akan melalui tempoh berpantang. Begitu juga dengan Mona Allen, dia juga turut melakukan amalan berpantang.
Tip Berpantang Bagi Wanita Bersalin Czer
Dalam satu hantaran yang dikongsikan oleh Mona beberapa hari yang lalu, Mona bertanyakan cara-cara pantang, cara penjagaan, cara pemakanan, apa yang boleh, apa yang tidak bagi ibu-ibu yang bersalin secara caesarean.
Hantaran Mona dilaman Instagramnya mendapat banyak respon di kalangan warga maya. Ramai yang berkongsi pengalaman masing-masing termasuk juga rakan-rakan artis.
Berikut antara komen-komen rakan artis dan juga warga maya:
Untuk info, Mona dan suaminya, Pekin Ibrahim mendirikan rumah tangga pada 7 Disember 2018. Pasangan itu dikurniakan anak pertama, Petra Pekin pada 31 Ogos 2022. Manakala anak kedua mereka juga lelaki yang diberi nama Persia Pekin, dilahirkan pada 4 Jun lalu.
Kisah benar seorang ibu tentang bagaimana karies botol menyebabkan semua gigi anaknya terpaksa dicabut melalui pembedahan. Ketahui punca, perjalanan emosi dan tips elak masalah sama.