Kehamilan

Salah Tanggapan Asid Folik Bantu Wanita Mudah Hamil. Pegawai Farmasi Kongsi Fungsi Sebenar Asid Folik

Share

Mungkin ramai yang bertanggapan asid folik membantu kesuburan dan menyebabkan wanita jadi mudah hamil. Ternyata ia salah. Ikuti penerangan pegawai fasrmasi ini.

Menurut Pegawai Farmasi, Siti Hawa Mohd Nor menerusi posting Instagramnya, asid salah tanggapan kepada asid folik yang dikatakan menambahkan kesuburan dan menyebabkan wanita hamil.

Asid folik ialah berperanan untuk mengelakkan kecacatan pada janin. Ia dipanggil Neural Tube Defects seperti kecacatan pada tulang belakang serta pembentukan tengkorak yang tidak sempurna.

BILA PERLU DIAMBIL?

Pasangan yang merancang untuk hamil, 3 bulan sebelumnya sudah boleh mengambil asid folik. Menurut Siti Hawa, sebelum hamil dan pada trimester pertama ibu wajib mengambil asid folik untuk mengelakkan kecacatan pada janin.

DOS ASID FOLIK

Dos normal asid folik ialah 0.4mg hingga 5mg.

Dos 5mg diberikan kepada pesakit kencing manis dan wanita yang pernah melahirkan bayi yang cacat.

PERLUKAH ASID FOLIK? TAK CUKUP KE DARI SUMBER MAKANAN?

Asid folik memang tidak cukup bagi ibu mengandung. Ini kerana asid folik senang hancur dan musnah ketika proses makanan tersebut dimasak.

Jadi, bagi wanita hamil suplemen asid folik adalah wajib diambil bagi mengelakkan kecatatan pada janin.

Sumber: sitiawe

IKLAN